Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday 2 July 2014

Tun Mahathir kembali tegur kepincangan kerajaan pimpinan Najib lembab.!






 Diwaktu bulan-bulan puasa ini, sepatutnya kita boleh lebih 'releks', tetapi kerajaan masih lagi tidak hilang bengap mereka terutamanya pemimpin kerajaan sendiri si Najib Razak.

 Tun Mahathir yang sudah berumur melebihi 80 tahun tetap bersuara kembali menegur kepincangan kerajaan yang mahu Akta Hasutan dihapuskan pulak dan digantikan dengan akta baru kononnya lebih fleksibel dan lebih dilihat Transformasi kearah 1 Malaysia. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain takut untuk bersuara kerana risau akan di gugurkan dari jawatan-jawatan mereka... Mereka bukannya berjuang untuk agama, bangsa & negara, tetapi mereka berjuang kerana jawatan. pi mampos buang.!


Baca tulisan Tun dibawah;

  1. Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Akta Hasutan dan menggantinya dengan Akta Harmoni dan Akta Uniti.

2. Kita sudah pun mansuh ISA dan Akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan dari pemansuhan kedua-dua Akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas.
http://www.malaysiakini.com/news/175950


3. Apabila Akta Hasutan digugur maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut. Kedua-dua akta baru berkenaan dengan harmoni dan uniti tidak akan menghalang hasutan yang akan berlaku.

 

4. Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan.

5. Di Thailand ada undang-undang “Les Mejeste” yang melarang sebarang cemuhan terhadap raja dan institusi raja. Tetapi di Malaysia undang-undang ini tidak ada.

6. Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.

7. Ramai mungkin yang akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja. Tetapi kerana hasutan dibenar mereka yang berminat untuk mendiri Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka.

8. Kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan dari sikap liberal yang kita agungkan sekarang.

Akta Hasutan

Inilah kesan Liberal (khas ditujukan kepada pemimpin pekak si Najib Razak) yang dilihat lebih liberal dgn konsep gagasan 1 Malaysianya.. Walaupun gagal dlm mendapat kembali kerusi yang hilang semasa PRU12, Kerajaan BN juga hilang 7 Kerusi 133 berbanding 140 semasa era Tun Abdullah.


Bukan sahaja negara bakal huru hara, kemungkinan lebih teruk  BN bakal tumbang dalam PRU14 tahun 2018 kerana pemimpinnya gila nak jadi glamer dgn konsep liberal yang diamalkan.. Bukan sahaja menjadi glamer, malah disingkirkan pemimpin UMNO pilihan rakyat yang lain melalui kuasa wang selaku menjadi Menteri Kewangan..

Teguran Tun Mahathir juga tidak penting kerana Tun sudah tidak ada apa-apa jawatan.. Si Najib pekak adalah pemimpin seperti kacang yang melupakan kulit... Dia tak sedar diri dan tak tahu orang mengundi UMNO & BN dalam PRU yang lalu bukan kerana BN itu hebat, tetapi kerana mereka tidak mempunyai pilihan....Bak kata orang, mengundi dalam keadaan terpaksa.. Mereka kebanyakkannya masih tak sedar diri.. Lihatlah juga 6calon  yang tidak membantu BN dlm PRU 13 yang lalu di letakkan didalam Kabinet atas dasar kesian... Sepatutnya Najib perlu meletakkan calon dari Sabah & Sarawak yang banyak membantu BN sejak dari dulu lagi...

Kerusi Dewan Rakyat jatuh daripada 140 kepada 133. Kerusi DUN jatuh daripada 306 kepada 274 walaupun tawan semula Kedah dan sahkan penguasan ke atas Perak. Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada pembangkang.

Umpan yang ditabur Najib tidak menjadi. Tapi umpan sudah pun dimakan dan ditelan. Kenyang.
Orang Melayu yang juga akhirnya yang tolong beliau. Tapi mereka dipingirkan. tunggulah masanya mereka merajuk.  Orang Melayu semakin jauh terpinggir.

Langkah Najib mendekati orang muda pun belum lagi berpihak kepada BN.

Suara Wanita juga semakin sayup itu petanda BN bakal tumbang tak lama lagi... mereka terus tak mahu berubah & memilih untuk REBAH..

3 comments:

Anonymous said...

Tolong lah orang Islam dan Melayu, dah nyanyok Najib ni, cukuplah Najib dah buat banyak masalah untuk Islam,Melayu dan negara, harap orang Islam bersatu buat satu parti politik yang baru.

Anonymous said...

You actually make it seem really easy together with your presentation however I in finding this matter to be
actually one thing which I feel I would by no means understand.
It sort of feels too complicated and very wide
for me. I'm looking forward in your next publish, I will try to get
the hang of it!

My web site: jelly splash hack

Anonymous said...

wake up woi najib!!wake up!!

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya