Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday, 9 September 2014

Sikap Najib tetap mahu mansuh Akta Hasutan petanda PM terakhir kepada BN.


Kali ini sikap Najib semakin mendapat kritikan yang hebat terutamanya dari kalangan penyokong kerajaan.. Apa tidaknya,  Najib menyatakan akan tetap berpendirian mahu Akta Hasutan di Mansuhkan walaupun mendapat amaran  dari Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Penjelasan lanjut boleh dibaca disini: http://www.astroawani.com/news/show/najib-ulangi-pendirian-mansuh-akta-hasutan-43326

Sudah ku katakan kepada anda sekelian, Najib ini sudah lagi tidak releven untuk memimpin negara. Dia cuma tahu ingin menjadi glamor kerana mahu rakyat menyebut2  namanya walaupon sebutan bermotifkan kebencian.

Beberapa  page yang berani menegur  antaranya  Kelab Chedet  & Saya Sayang Tun Dr Mahathir antara yang lantang berani menegur sikap Najib serta membawa suara Tun mahathir, tidak seperti page Friend of BN kerana adminnya terdiri dari pada kaki pengampu dan kaki kuat membodek Najib. Sebab itu tidak langsung disentuh tentang sikap Najib yang degil ini.

Sokongan kepada UMNO dan BN juga jatuh merudum begitu teruk.Apa yang lebih menyedihkan, mereka juga tidak akan mengundi BN serta memberi kesan kepada pihak disekeliling termasuk sanak saudara serta rakan. Tun  sudah menarik sokongannya dari  Najib Razak kerana setiap teguran-teguran Tun sudah tidak bermakna.. Mungkin juga kerana Tun sudah tidak ada kuasa.. Inilah dia Pemimpin yang jenis tak reti nak hargai jasa orang lain  dan jenis tak sedar diri...

Baca disini teguran Tun Mahathir mengenai kesan pemansuhan Akta Hasutan


Makin menyampah lak aku tengok muka dia ni..


Mungkin kerana ayahnya adalah seorang pemimpin, maka anaknya juga perlu berlagak bagus dan menjadi bodoh sombong untuk tidak mendengar nasihat dari orang lain..... Pemimpin Malaysia yang paling lemah dalam Sejarah Negara kita, sikapnya lebih teruk dari PakLah kerana dirinya hanya mengutamakan suara pembangkang sedangkan dia menjadi PM atas tiket sokongan dari Barisan Nasional.... Mungkinkah ini petanda kepada TEORI RAHMAN yang meletakkan Najib antara PM terakhir Barisan Nasional??





itu antara beberapa print screen yang saya tunjukkan kepada anda, selebihnya bolehlah baca disini

Apabila Tun menegur sikapnya, kaki-kaki pengampu didalam Kabinetnya mula nak tunjuk lagak kononnya perlu hormat pada Ketua Pemimpin, adapula yang mengaitkan Najib antara individu yang berjaya  berbincang dengan puak pemisah berkaitan pesawat ditembak jatuh... Kononnya Najib antara pemimpin yang begitu berani (Hisyamudin)... Pegi jahanam daa... !! Berani hapa macam tu...??? itu bukan berani, tetapi syok sendiri. Manakah tidak mereka ikut berbincang kerana mereka punya kerja.. ( ini akan didedahkan kemudian dalam  agenda tersirat bahagian ke-2) Sementara itu, Muhyiddin Yasin pula menjelaskan draf berkaitan hal ini bukannya datang dari kerajaan, tetapi dari draf peguam.... persoalannya yang saya nak tanya.. Apakah didalam negara sudah tidak ada peguam?? apakah peguam negara sedang tidur lena??

Berapa banyak tindakan yang telah diambil oleh peguam negara untuk menghalang setiap agenda merosakkan negara selama ini?? Jika tidak pihak-pihak dimedia sosial memainkan peranan desak serta desak.. maka mereka terus buat tak tahu..... adakah releven Peguam Negara menjawat jawatan didalam kerajaan ?? berapa banyakkah perubahan yang telah dibuat??mengampu dan membodek itulah sahaja yang ada kepada pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO hari ini... lebih parah apabila individu yang menerima pujian itu berasa apa sahaja yang dibuat olehnya adalah betul..
 


Semakin tinggilah slogan "I Love PM" diangkat, maka semakin jahanamlah UMNO... mungkin itulah yang dimaksudkan dengan BANGKIT UNTUK BERUBAH..

Inilah masalah didalam UMNO, dihadapan penyokong, bukan main lagi kononnya BANGKIT UNTUK BERUBAH serta menyatakan suara rakyat diutamakan??. Majority rakyat Malaysia mahu kekalkan Akta Hasutan serta kembalikan ISA,, tetapi adakah pemimpin UMNO  mendengarnya?? tidak. ! malahan Najib membuat kenyataan sendiri dengan mengatakan Majority rakyat tak mahu ISA dikembalikan semula..lihat disini,




Diamanakah relevennya kenyataan sedemikian wahai Ah Jib Goh?? Kerajaan Najib lebih berminat dengan desakan pembangkang. Jika begitu, kenapa  Najib duduk didalam UMNO?? seeloknya dia keluar dari UMNOdan BN serta  bersama Lim Guan Eng atau Anwar kerana sering menjaga suara mereka bukan??

Najib sudah tidak lagi releven untuk memipin negara ini kerana fikirannya  pendek serta sedikit  lembab mengalahkan kura-kura... kelembapan tersebut di warisi pula oleh pemimpin UMNO kiri dan kanan (kaki pengampu) seterusnya menjadikan UMNO sudah tidak lagi ada pelapis yang cerdik pandai kerana si kaki pengampu dan kuat bodek sahaja yang diperlukan didalam UMNO...


Kita makin menghampiri 2015, 3 tahun tempoh yang begitu singkat sela masa ke PRU14 untuk memulihkan UMNO dan mendapatkan kembali sokongan masyarakat kepada UMNO & BN..Jika tidak ini dilakukan, PRU14 BN kemungkinan bakal tumbang. Pemimpin tertinggi UMNO dan BN tidak juga berubah.. Ini satu petanda dan kesan yang tidak baik untuk masa depan negara, Najib perlu digulingkan sebelum PRU14, jika tidak bala besar bakal berlaku dalam negara ini.... 

Pemimpin UMNO sekarang begitu bacul.. mereka hanya berani kepada bangsa sendiri sahaja, tetapi apabila dengan pihak lain, lari seperti tikus.. Kebanyakkan ahlinya juga takut untuk menegur pemimpin atasan, Mungkin bimbang jawatan tersebut akan dilucutkan atau dipinggirkan oleh rakan-rakan mereka..Mungkin ini salah satu agenda transformasi Najib, kerjanya semenjak jadi PM adalah MANSUH, MANSUH dan MANSUH !!


sekarang, anda lebih mahu menyelamatkan negara atau menyelamatkan Najib ?? sila pilih. !!



4 comments:

Anonymous said...

Terbaik...sy setuju dgn kenyataan ini!!betul ape yg dikatakn! Sy sokong sgt2....

Anonymous said...

Kekuatan Najib adalah pada Melayu Liberal dan Urban yang menyokongnya. Mereka tidak akan kehilangan apa2 jika setiap inci bumi bertuah ini hilang dari pegangan orang Melayu. Jadi apakah situasi ataupun langkah yang diambil untuk memenangi hati orang2 Melayu ini untuk kembali ke UMNO?

Ijan said...

well...betul apa yg telah di komenkan ini....buta dan pekak lah sekira nya beliau tidak nampak dan lihat akan kebangkitan rakyat yg mengundi nya dan BN....najib seolah2 dreaming yg di buai oleh pengampu2 nya...sikap yg tidak pentingkan pendapat suara majoriti ttg Akta Hasutan mungkin akan menenggelamkan najib oleh pengundi2 Barisan Nasional sendiri....dan memang ada wajarnya Tun Dr Mahathir menarik sokongan beliau terhadap najib dan berkemungkinan juga ada NGO2 yg akan mengikut pandangan Tun Dr Mahathir ...tp persoalan nya sekarang..sekiranya akar umbi yg menyokong DSNajib tarik diri..kemana arah tuju mereka ini nanti...dan sekira nya DSNajin tarik diri...adakah UMNO / BN sudah bersiap sedia dengan penganti nya...THE BIG QUESTION HERE IS WHY DS NAJIB STILL STUBORN ...THERE MUST B A SOLID REASON...KALAU NAK IKUTKAN DS NAJIB DARAH DAGING ARWAH TUN RAZAK..N ARWAH TUN RAZAK BERHEMPAS PULAS MENOLONG DAN MENAIKKAN BANGSA MELAYU....ADA KAH DS NAJIB DI TEKAN ATAU TIADA PILIHAN APABILA DI TEKAN....N SEJAK KEBELAKANGAN INI AMERIKA TERLALU MEMUJA MALAYSIA ...MUNGKIN ADA UDANG DI SEBALIK MEE KOT....WAL LAH HU ALAM...DS NAJIB PLEASE LISTEN TO ALL YOUR SUPPORTERS N NOT TO LISTEN YOUR LIBERAL THINKONG ADVISOR AND YOUR LIBERAL THINKING MINISTERS...

Unknown said...

Pak jib tido.. Mimpi apa Ntah.
Buat kerja MACAM IKUT SKRIP PEMBANGKANG.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya