Najib terus mendiamkan diri dalam persoalan melibatkan 1MDB, manakala kaki-kaki pengampu mula membidas Tun Dr Mahathir kerana dianggap menjatuhkan Najib.. Nampaknya, keadaan semakin teruk, huru hara selepas Najib mengambil alih pemerintahan dari PakLah. kehidupan rakyat semakin terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat naik..
Majoriti rakyat sudah mula menolak Najib serta UMNO& BN.. ini satu petanda BN bakal terkubur dalam PRU 14 akan datang kerana masa selama 2-3 tahun selangkah menuju ke Pilihanraya Umum sudah tidak jauh dari masa sekarang. Mereka tidak mementingkan masa depan, malahan mereka terlalu mementingkan diri sendiri serta kuasa yang ada pada mereka..
1MDB
1- Pengurusan kewangan negara diurus tadbir melalui undang-undang, peraturan dan tindakan. Sistem yang sama juga digunapakai oleh syarikat-syarikat tetapi kerajaan menguruskan jumlah wang yang jauh lebih besar iaitu wang rakyat. Oleh yang demikian, adalah penting bagi pengurus wang tersebut untuk mematuhi peraturan dan undang-undang.
2- Rasuah berlaku di dalam mana-mana kerajaan. Tetapi kebiasaannya hanya melibatkan jumlah yang kecil. Adalah tanggungjawab auditor bersama dengan agensi anti-rasuah untuk memastikan penyalahgunaan wang kerajaan oleh mereka yang telah dipertanggungjawabkan dikurangkan sebanyak mungkin.
3- Kerajaan boleh kerugian wang hasil daripada pelaburan yang salah. Setidak-tidaknya kita tahu di mana perginya wang yang rugi itu. Tetapi apabila jumlah wang yang terlalu besar telah hilang, mereka yang diamanahkan perlu menjawab ke mana wang itu pergi. Wang yang hilang adalah berbeza dengan wang yang rugi. Kehilangan wang bermaksud wang yang telah lesap dan tidak boleh dijejak kembali. Ini hanya boleh berlaku apabila wujudnya kecurian atau rasuah.
4- Di Malaysia, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri memegang lebih daripada satu portfolio kementerian. Biasanya adalah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. Kadang-kadang sementara memilih calon yang bersesuaian, Kementerian Kewangan dipegang oleh Perdana Menteri. Tetapi Dato Sri Najib lebih gemar memegang Kementerian Kewangan sepanjang masa. Beliau juga melantik Menteri Kewangan Kedua. Memang benar ini adalah hak beliau tetapi ini tidak menafikan bahawa beliau perlu bertanggungjawab ke atas kewangan negara.
5- Perkara pertama bagi menguruskan wang kerajaan adalah melalui belanjawan tahunan. Ia Disediakan oleh Kementerian Kewangan melalui input daripada semua kementerian dan jabatan. Kemudian belanjawan ini akan dibawa ke Kabinet dan apabila diluluskan, barulah dibentangkan di Parlimen.
6- Kerajaan dijangka akan membelanjakan wang tersebut berdasarkan belanjawan. Jika belanjawan tahunan tidak dapat memenuhi keperluan mendesak kerajaan, kabinet boleh membentangkan belanjawan tambahan di Parlimen. Draf belanjawan ini akan disediakan oleh kementerian. Kerajaan boleh mencari wang melalui cukai. Kerajaan juga boleh memiliki perniagaan khusus seperti Petronas yang mana boleh menyumbang kepada belanjawan.
7- Di Malaysia, terdapat juga dana selain daripada belanjawan yang tidak dibentangkan di Parlimen tetapi masih tertakluk kepada pemantauan dan kelulusan Kabinet.
8- Minit mesyuarat kabinet adalah rahsia kerajaan. Tetapi di dalam hal 1MDB, pembentangan dan kelulusan oleh kabinet seperti tidak jelas. Ia seolah-olah seperti ada usaha untuk berselindung di sebalik rahsia rasmi kerajaan.
9- Sungguhpun begitu, apa yang diketahui adalah 1MDB mempunyai penasihat yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Adalah tidak logik jika pengurusan 1MDB yang dilantik oleh Perdana Menteri akan menolak nasihat beliau. Seperti mana Penasihat British satu ketika dahulu, nasihat oleh penasihat adalah arahan.
10- Sejak penubuhan 1MDB, sudah tiga orang CEO meletak jawatan tanpa penjelasan. Adakah ianya kerana mereka tidak boleh menerima nasihat?
11- Kerajaan melaburkan RM1 juta ke dalam 1MDB. Mengikut rekod rasmi, 1MDB telah meminjam daripada pelbagai sumber sebanyak RM42 billion.
12- Syarikat yang memiliki modal sejuta ringgit dan tidak memiliki aset tidak boleh meminjam 42000 kali ganda daripada modalnya melainkan melalui jaminan. 1MDB boleh melalukan hal sedemikian kerana ia mempunyai jaminan daripada kerajaan.
13- Dalam erti kata lain, kerajaan yang meminjam wang. Jika 1MDB kerugian, kerajaanlah yang terpaksa menanggungnya. Tetapi operasi 1MDB tidak dipantau oleh pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan wang kerajaan.
14- Mengapa 1MDB menjadi kontroversi? Di mana silapnya?
15- Sejak awal permulaan lagi 1MDB sudah silap. Ia bermula sebagai dana di luar belanjawan dan tidak dibentangkan di Parlimen.
16- Duit telah dipinjam. Oleh itu ia bukanlah kekayaan negara (sovereign wealth) sebaliknya hutang negara (sovereign debt).
17- Bon yang diuruskan oleh Goldman Sachs lebih mahal berbanding dengan pinjaman kerajaan. Kadar faedah 5.9% adalah terlalu tinggi. Biasanya pinjaman kerajaan mengenakan faedah 3% atau lebih rendah.
18- Di samping itu, komisyen sebanyak 10% telah pergi kepada Goldman Sachs. Ini bermaksud 1MDB hanya mendapat 90% tetapi 1MDB perlu membayar 100% hutang tersebut. Ini sekaligus meningkatkan kadar faedah kepada 6.6%. 6% faedah bagi pinjaman RM42 billion adalah RM 2.5 billion setahun. Sejak 2009, 1MDB tidak mempunyai pendapatan daripada asetnya. Oleh itu 1MDB perlu meminjam RM2 billion lagi bagi tujuan membayar faedah sahaja.
19- Jumlah pinjaman sekarang adalah 42,000,000,000 (42 billion). Setakat yang diberitahu, pinjaman ini digunakan bagi tujuan:
a) Pembelian Tanjong Energy (sekarang dikenali sebagai Powertek Energy Sdn Bhd) daripada Ananda Krishnan berjumlah RM8.5 billion- Lebih tinggi daripada harga pasaran. Lesen IPP ini sudah hampir tamat tempoh.
b) Pembelian Genting Sanyen Power (sekarang dikenali sebagai Kuala Langat Power Plant) berjumlah RM2.3 billion. Juga lebih tinggi daripada harga pasaran dan lesen IPP ini hampir tamat tempoh.
Kenapa Najib suka sangat menipu Rakyat serta media ?
Kenapa Najib back-up kuat sangat ye? Adakah lebihan wang telah digunakan untuk tujuan lain ?
Mungkin kerana Najib tak mahu namanya terlibat dalam salah laku pengurusan 1MDB ?
Tetapi bagaimana pula dengan kenyataan dari Jho Low yang mendakwa menerima kelulusan dari PM Najib Razak sendiri berkaitan wang 1MDB ?? Adakah Jho Low tak terlibat dalam soal ini wahai Najib ??
d) Pembelian 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak (TRX) pada harga RM320 juta iaitu RM64 per kaki persegi. Transaksi terakhir hartanah di kawasan tersebut adalah RM7,000 per kaki persegi.
e) Pembelian 495 ekar tanah di bekas lapangan terbang Tentera Udara Sg Besi (Bandar Malaysia) pada harga RM363.5 juta iaitu RM91 per kaki persegi. Jika mengikut harga pasaran, ia lebih kurang RM1,000 per kaki persegi,
f) Pemberlian 234 ekar tanah di Air Itam di Penang pada harga RM 1.38 billion iaitu RM135 per kaki persegi.
20- Perlu diingatkan bahawa tanah di TRX adalah berdekatan dengan tanah yang telah dijual pada harga RM7000 per kaki persegi. Jika diambil harga pasaran pada RM3,000 per kaki persegi sekalipun, nilai tanah TRX adalah RM 6 billion. Oleh itu kerajaan telah kehilangan pendapatan sebanyak RM5 billion kerana 1MDB hanya membayar sejumlah RM320 juta.
21- Bagi tanah di Lapangan Terbang Sg Besi pula, 1MDB membayar RM363.5 juta untuk 495 ekar tanah (RM91 per kaki persegi). Jika diambil harga pasaran sekitar RM1,000 per kaki persegi, kerajaan telah kehilangan pendapatan lebih kurang RM20 billion.
22- Tanah di Penang adalah berkualiti rendah dan mempunyai lebih 1000 penempatan setinggan. Tetapi 1MDB membayar sebanyak RM1.3 billion iaitu RM135 per kaki persegi. Mengapa lebih mahal berbanding tanah premium di TRX dan Bandar Malaysia?
23- Ini adalah pembelian yang diketahui. Jika dicampur kesemuanya menjadi RM14.7 billion. Jadi terdapat lebih RM27 billion yang tinggal.
24- Dikatakan lebih daripada USD 1 billion dibayar kepada PetroSaudi tanpa pengesahan adakah bayaran ini digunakan untuk membayar nilai syarikat tersebut ataupun membayar kepada nilai aset mereka.
25- Di manakah wang yang selebihnya?
26- Terdapat sejumlah wang yang didaftarkan di Kepulauan Cayman. Apakah kegunaan wang tersebut? Apa yang dibawa balik ke Malaysia? Apa yang dibawa balik dan didepositkan di Bank Swiss di Singapura? Mengapa? Dari mana wang tersebut dibawa balik? Mengapa wang ini tidak digunakan untuk membayar faedah RM2 billion? Mengapa Bank Negara membenarkan sebahagian wang dibawa kembali ke Malaysia tetapi sebahagian yang lain tidak? Sekarang Bank Swiss telah memberitahu pihak berkuasa Singapura bahawa dokumen berkaitan wang 1MDB tidak berasal daripada mereka dan tidak memberikan gambaran sebenar mengenai aset 1MDB. Jadi di manakah wang yang dikatakan telah didaftarkan di Kepulauan Cayman dan di bawa balik?
28- 1MDB menilaikan kesemua asetnya pada jumlah RM52 billion. Ianya tidak mustahil memandangkan tanah kerajaan telah dibeli pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran. 1MDB boleh menggunakan wang daripada aset ini hanya apabila ia berjaya menjual tanah tersebut ataupun selepas tanah itu dibangunkan. Tetapi kerja-kerja pembangunan di TRX amatlah perlahan dan di tanah Sungai Besi pula tiada langsung kerja-kerja dilihat. Semasa pembangunan, wang tidak diperolehi sebaliknya yang ada hanyalah aliran wang keluar.
29- Ini adalah kehilangan wang pinjaman pada jumlah yang begitu banyak oleh 1MDB dan kegagalan menjawab persoalan ke mana wang tersebut pergi menyebabkan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Mereka individu UMNO baik dari semua negeri serta semua Daerah lebih memilih untuk menjatuhkan UMNO dengan mengekalkan kepimpinan yang ada dengan corak yang sama semasa pemerintah Najib ini.. Orang-orang UMNO melakukan kesilapan besar kerana bersama-sama menjatuhkan BN pada masa hadapan.. mereka lah yang perlu dipertanggungjawabkan.. saya dah malas nak ulas banyak hal ini.. meluat sudah..
tanggunglah kesilapan terbesar kamu wahai UMNO serta orang Melayu.. tunggulah masanya anak cucu kamu pula menghina kamu kerana membiarkan BN & UMNO sekaligus melenyapkan kuasa Melayu dalam negara ini.. itulah jasa terbesar mereka, nasihat sudah tak makan, bila diberi nasihat di kutuk macam-macam.. malahan disindir ..
Memang benarlah... Melayu itu terlalu mudah menjadi pelupa.
2 comments:
Tanya mat maselan dia boleh bagitau kot...?
Haha
Post a Comment