Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday, 14 April 2015

Najib terus mengelak soalan Tun Mahathir, syok sendiri muka tak malu.!!




Dalam minggu yang lalu,  Tun Dr Mahathir Mohamad menulis banyak kali tetang isu 1MDB,
selang selepas menjawab kritikan yang dileparkan kepadanya oleh kaki-kaki pengampu Najib Razak, kini beliau pula meluahkan perasaan dalam penulisannya yang terbaru  pada 9 April 15.

Stesen pengampu Najib menerusi  TV3 menyiarkan wawancara bersama Najib Razak, tetapi apa yang menyedihkan, soalan-soalan ini tidak dijawab dengan begitu releven, Najib Razak lebih banyak  memberi fokus terhadap hala tujunya dengan cara mengelakkan jawapan yang  dimahukan oleh Mantan PM itu.

Najib dilihat lebih banyak memusingkan cerita mengenai tuduhan demi tuduhan yang perlu dijawab.
Soalnya, kes berkaitan Sirul, Soalannya siapakah yang memberi arahan kepada Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya?? tetapi yang dijawab hanyalah kes yang sudah lama sejak tahun 2008. Kes ini telah dibicarakan, malahan mengaku bersumpah didalam masjid Permatang Pauh. Ini persoalan terhadap seorang pegawai yang tidak bersalah yang hanya menurut arahan individu tertentu. Ini kes melibatkan nyawa seorang manusia yang tidak bersalah, yang dianiaya.Ini lah soalan yang ditanya,  tetapi  Najib hanya memberi jawapan fokus  kearah selesaikan kemelut pembunuhan Altantuya. itu sahaja.!!

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-saya-dikambing-hitamkan-ujar-ibu-sirul-kepada-tun-m-57422



Adalah tidak adil jika Sirul dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.

Tun Dr Mahathir turut bertanya siapa yang mengeluarkan perintah kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya itu ?


Kenapa dalam sesi temuramah bersama wartawan Najib hanya menjawab segalanya sampah?


Begitu juga dalam kes 1MDB, Soalan Tun Mahathir sejauh manakah penggunaan wang 1MDB digunakan dan mengapa ianya disimpan pada Bank Luar Negara? Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion. ?? tiada jawapan. 

Najib juga tidak menjawab soalan mengapa Jho Low diberi kepercayaan untuk mentadbir aset 1MDB ini sedangkan kehidupannya  adalah seorang yang gemar berfoya-foya dan membazirkan wang.Taek Jho Low merupakan seorang jutawan Hartanah. Diberitakan dia pernah menghabiskan 2juta USD sehari bersama Paris Hilton. Dia juga dikatakan pernah membelanjakan 2 juta USD tu semata-mata untuk minuman keras termahal Paris Hilton bersama rakan-rakannya di Les Caves du Roy Nightclub.



Najib juga tidak langsung menjawab tentang ini bukan?
Aset 1MDB bernilai berbilion-bilion ringgit syarikat milik kerajaan diberi kepercayaan kepada Jho Low yang gemar berfoya-foya? kenapa SPRM tak lakukan siasatan? apakah kerana ianya melibatkan golongan VVVIP ? 
atau SPRM telah menerima rasuah dari pihak-pihak tertentu ?



Adakah nilai sebanyak 2Juta digunakan oleh Jho Low dari sumber dana 1MDB? wang rakyat digunakan untuk berjoli? 


Oleh kerana itulah aset 1MDB langsung tidak nampak kononnya mempunyai aset bernilai sehingga 52 billion.Negara mengalami krisis kewangan yang teruk, matawang kita jatuh. tetapi dalam masa yang sama kerajaan boleh pula membeli pesawat baru  untuk kepentingan Perdana Menteri? 

Pembelian pesawat peribadi juga tidak dijawab.

Untuk melihat semua jawapan Najib. anda boleh lihat ke page ini:

PM Jawab‬ katanya.Mari lihat apa yang dah dijawab oleh Najib Razak.


Apa yang disoal tetapi apa pula jawapan yang diberikan? Jawapan lebih syok sendiri seperti mana masih berbangga dengan pemberian BR1M sedangkan perlaksanaan pemberian BR1M semakin hari semakin teruk. suruh hentikan BR1M, tapi masih berbangga atas BR1M yang diberikan. Adakah BR1M ini satu-satunya  talian hayat Najib ?
 

Apakah Kerajaan ingat dengan memberi BR1M mereka mampu mendapatkan perhatian dari rakyat? bagaimana pula dengan pihak yang tidak mendapatkannya sedangkan mereka layak? adakah pihak ini tidak terasa dengan pemberian seperti ini ? tahun ini, pemberian BR1M paling teruk. ramai merungut,  Apa gunanya memberi BR1M tetapi memotong kos subsidi untuk rakyat seperti minyak, gula, harga barang dll ??


Bagaimanakah corak mengembangkan ekonomi dalaman melalui pemberian BR1M kepada rakyat? adakah nilai RM500 ringgit mampu mengembangkan ekonomi seorang rakyat? Jangan kamu ingat cara pembaziran wang era Transformasi kamu boleh mendatangkan kesan yang baik kepada negara ?  Apakah rakyat tidak terkesan dengan kenaikkan harga barang, minyak, tarif elektrik, keperluan harian termasuk juga cas GST  ?


Corak bagaimanakah yang dikatakan kembang ekonomi dalaman sedangkan mereka perlu mengeluarkan belanja lebih banyak dari nilai BR1M yang kamu beri?



Apa yang kamu tahu? kerana kamu tak pernah menghadapi kesulitan menjadi rakyat bukan? makan kamu tidak dibayar, kamu dipuji melambung-lambung  setiap masa, setiap hari oleh para-para pembodek. Keseluruhan kepimpinan UMNO hari ini menjadi kaki pembodek. membodek  Perdana Menteri.



Najib sebenarnya gilakan populariti.. sebab itu dia dengan muka tak malu mahu setiap orang memuji-muji dirinya..

Jika begitu, kenapa sahaja tidak jadi artis? bukankah orang yang gila pujian lebih layak menjadi artis?


Nilai ringgit sudah jatuh, ekonomi negara makin rosak, kes jenayah tinggi,ISA dimansuhkan konon Najib memberitahu ianya baik untuk negara? kesannya? kes jenayah semakin meningkat-ningkat.
Apabila disuruh ganti semula ISA, Najib membuat kenyataan kononnya majoriti rakyat tak mahu ISA dikembalikan.



Apa ni?? gila ka? sendiri buat kenyataan  tanpa merujuk atas apa-apa kemahuan rakyat.!!


Perlaksanaan Projek Jambatan bengkok
Najib Razak berjanji akan meneruskan projek ini ketika menjadi TPM ketika itu, sebaliknya beliau kemudian memungkiri janjinya ketika sudah menjadi Perdana Menteri.



Najib Penipu.!!



Kes yang paling teruk yang paling besar isunya melibatkan kerajaan dibawah pimpinan Najib adalah GST.

 Kesan GST boleh menyebabkan BN tumbang pada PRU14 akan datang. akibatnya, rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang makin meningkat.


Didalam media-media, tv berita, kerajaan memainkan peranan kononnya GST baik untuk negara serta manfaatnya akan diterima oleh rakyat.. tetapi kenaikan secara mendadak keseluruhan kos menyebabkan orang semakin menolak kepimpinan Najib sekaligus tempiasnya kena pada UMNO dan Barisan Nasional.



Pakatan Rakyat sebenarnya tidak payah lagi bekerja keras dalam PRU14 akan datang kerana Najib telahpun membuat kerja untuk mereka. Nanti Najib akan menyalahkan pihak lain apabila BN tumbang seperti ia menyalahkan Tun M dalam ucapannya ketika PAU yang lepas seperti jangan mengikut kesalahan Tun M yang kononnya tak perlu pengundi dari Cina.. tetapi dia tak sedar-sedar diri ketika PRU13 yang lalu, dialah antara individu yang paling kerap menjaga orang yang tidak memberi undi kepada kerajaan. akhirnya, keluar kenyataan "Apa lagi Cina Mau"
Najib yang tak sedar diri.
                                                                                                                           
Tulisan-tulisan Tun seterusnya boleh dibaca diruangan bawah ini.

Supporting Najib

9 April 15

1. Hasil daripada pendedahan mengenai kes Altantuya ini dan 1MDB, Najib kini mendapat ikrar sokongan daripada ketua-ketua bahagian UMNO, BN, MIC, Ahli Dewan Negara dan semua jenis kumpulan. Inilah yang dilaporkan dalam akhbar arus perdana.

2. Saya  tidak meminta sesiapa pun untuk menyokong saya. Tetapi saya akan meminta semua orang-orang yang menyokong Najib untuk mengisytiharkan mereka semua menyokong beliau pinjaman 1MDB, 1MDB 42 bilion Ringgit dan ketidakupayaan untuk menjawab mana wang itu ketika ditanya.


3. Adakah anda juga menyokong menyimpan berbilion Ringgit di Kepulauan Cayman? Adakah anda juga menyokong bahawa setelah dikembalikan wang, ia mesti disimpan di dalam Bank Swiss di Singapura. Adakah anda juga menyokong penjelasan bahawa wang itu tidak boleh dibawa balik ke Malaysia oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana Bank Negara akan bertanya terlalu banyak soalan.
-Adakah  Kepulauan  Cayman itu digunakan utk ini? sebab itu wang tidak boleh dibawa balik kerana akan disoal banyak oleh Bank Negara ?

                                     

4. Adakah anda menyokong pembelian tanah Kerajaan di KL jauh di bawah harga pasaran, menilai semula untuk menjadikannya aset anda semasa membeli loji tenaga daripada sektor swasta di jauh melebihi harga pasaran.

5. Sekarang terdapat cadangan bahawa tanah ini dijual kepada syarikat-syarikat kerajaan pada harga tinggi untuk membayar berbilion-bilion yang dipinjam oleh 1MDB.


6. Jika jualan ini adalah untuk membayar hutang 1MDB, yang bermakna bahawa 1MDB yang dipinjam 42 bilion tidak boleh membayar hutangnya daripada pelaburannya, bahawa ia telah kehilangan berbilion-bilion.


7. Jadi apa yang berlaku kepada 42 bilion yang dipinjam? Mengapa 1MDB perlu meminjam 2 bilion untuk membayar faedah? Mengapa kerajaan perlu menyediakan wang hampir 1 bilion kerajaan untuk membayar hutang 1MDB?



8. Kedua-dua pinjaman oleh 1MDB bermakna ia kini mempunyai hutang sebanyak 42 + 3 bilion = 45 bilion.


9. Penyokong Najib juga mestilah  menyokong Jho Low orang yang menguruskan  1MDB yang berkawan dengan Najib seperti Daim berkawan dengan  saya. Mereka juga mesti menjadi rakan-rakan Jho Low mempunyai kepercayaan penuh kepadanya.


10. Saya meminta Najib soalan mudah tetapi tidak menjawab soalan-soalan malah beliau meminta orang ramai untuk menyokong beliau. Saya ingin minta penyokong sama ada sokongan mereka bermakna kehilangan 42 bilion Ringgit adalah okay, bahawa tidak ada keperluan untuk sekurang-kurangnya menjelaskan kemana wang itu. Jika anda lakukan, pergi memberitahu Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin untuk menutup mulut.



Agaknya kami sudah lupa atas tindakan Zahid Hamidi yang mahu mendedahkan Dalang dalam pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Kami juga lupa siapakah dia yang memberi anugerah kepada Malaysiakini agen suara pembangkang?

Kami Juga lupa kenapa DAP masih tidak dikenakan apa-apa tindakan sehingga kehari ini apabila melibatkan penipuan CEC bukan?


Jika melibatkan orang Melayu, tak sampai satu hari sahaja mereka sudah ditangkap dan disumbat kedalam penjara.

Undang-undang  hanya berani pada manusia yang lemah.!!

Akibat mengkritik Najib Razak, berduyun-duyunlah kaki-kaki pengampu membela Najib sampaikan ada beberapa menteri yang menyuruh Tun Dr Mahathir sedar diri,

kaki-kaki pengampu tegar mengampu semahu mungkin kerana sayangkan jawatannya jika Najib terus berkuasa,.

Mereka ini sebenarnya BIADAP.!!



Siapa yang patut sedar diri yer?

Kami lupa siapakah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,”


Kami juga lupa siapakah orangnya yang menolong negara kita dari mengalami krisis matwang pada tahun 97 & 98 dari serangan penyangak matawang?

Kami juga lupa siapakah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.?


Jauh beza gambar Tun dengan Zahid Hamidi pengampu Najib.

Kami juga lupa siapakah yang berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.


SIAPA YANG PATUT SEDAR DIRI WAHAI PEMIMPIN TAK GUNA SERTA PEMBODEK AH JIB GOR??




7 April 15 

 1. Saya tidak tawar untuk menolong sesiapa untuk mengatasi apa-apa masalah.

2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.

3. Saya akui dimasa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya. Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli. Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian.

4. Saya ingin penerangan berkenaan bagaimana Konsortium Perkapalan dan Forex merugikan Kerajaan dan bagaimana saya terlibat dalam perkara ini.

5. Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana.


6. Hari ini nilai Ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbillion. Kejatuhan sebanyak 70 sen pun merugikan berbillion Ringgit juga.

7. Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998. Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku dizaman saya.


8. Tetapi dalam kes 1MDB, tidak ada jawapan yang munasabah berkenaan 42 billion Ringgit yang dihutang. Kenapa bayar lebih 10% komisyen kepada Goldman Sachs hanya kerana menjual bond atau membuat pinjaman bagi Kerajaan. Kenapa faedah 5.9% dikenakan, satu faedah yang amat tinggi.


9. Disoal juga peranaan Jho Low. Siapa dianya yang diberi kepercayaan mengendali wang 1MDB berbillion-billion ringgit milik syarikat Kerajaan. Tidak ada persamaan antara Jho Low dengan Daim yang saya lantik sebagai Menteri.

10. Dimana datangnya ratusan million Ringgit untuk membeli bangunan-bangunan dan melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Seri Najib.


11. Saya bukan tuduh Dato Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.


12. Apabila saya letak jawatan satu usaha dibuat untuk mendapat bukti saya lesapkan duit Kerajaan. Kalau hendak buat siasatan lagi, saya tidak ada halangan.

Dahulu sokong, kenapa tidak sekarang?

13. Pembaca portal “Free Malaysia Today”, Izack Chin bertanya kenapa saya dahulu sokong Dato Seri Najib supaya mengganti Tun Abdullah. Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab..


14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

15. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.

Temasek and 1MDB

16. Salleh Said Kruak compares Low Taek Jho and my critic of him with the criticism against me regarding Ananda Krishan’s involvement in Petronas and the appointment of my friend Daim Zainuddin as Finance Minister. I really do not see any similarity.

17. Ananda Krishnan bought the race course in Jalan Ampang. He could develop this prime land by himself. But he decided to sell one half share of the 100 acres land to Petronas and developed it together. Later he sold his tower to Petronas. What is wrong with that? Petronas made tons of money from the project.

18. There is no similarity at all between Temasek of Singapore and 1MDB. Temasek did not lose money but money borrowed by 1MDB has disappeared.

19. 1MDB is not excess fund belonging to the Government. 1MDB borrowed all its billions. Borrowed money cannot be regarded as wealth. So far the only asset owned by 1MDB are the pieces of land bought from the Government at a price very much below market price. They have been highly revalued. But until they are sold, they cannot be used to pay the 42 billion the 1MDB borrowed. They cannot even pay the interest.

20. As for the comment that it is unfair for me to ask Najib to step down as he was elected through democratic process, I would like to remind Datuk Jamal (Md Yunos) that Tun Abdullah was also elected but Najib was partly instrumental in asking him to step down.

21. With regard to my political agenda, what is wrong with that? A Prime Minister must be seen to be clean and able to explain and answer questions and to be good for the country. Najib cannot even answer and has not answered any question, beyond exercising elegant silence or saying the allegations are not true.

22. There is also an attempt to divert attention from my question by saying that I am siding with the opposition, even that I have become leader of the opposition.

23. If saying something that is similar to the opposition makes me aligned with the opposition, then Najib must be more with the opposition than me because he agreed with the opposition to abolish the ISA, the prevention of crime law and ignore the NEP. He also wanted to abolish the Sedition Act as demanded by the opposition. If UMNO did not object the Sedition Act would have been abolished. So is Najib a member of the opposition?

24. I am still an UMNO member. My disagreement is with the leader, not with the party. I criticised the leader, not the party. It is simply because I want to see the party win. It will not win if Najib is the leader.

25. I had great hopes when Najib took over from Abdullah.

26. But he did even worse than Abdullah, losing more badly in Selangor where he was the Head of UMNO. Thre are so many scandals surrounding him now. His popularity is now even lower than when he led the BN in 2013. In a number of constituencies the margins won by Barisan Nasional (BN) are very narrow.
27. Sabah and Sarawak, are now no longer safe, no longer BN’s fixed deposits.

28. Is it too absurd to predict defeat for the BN in 2018.

29. As for my sons, if I had wanted them to succeed in politics I could have done so when I was Prime Minister. If they succeed it will be by their own effort. If the people don’t like them they will not get this support.



Apabila dihentam teruk oleh mantan PM, Najib menggerakkan keseluruhan jentera parti dari UMNO untuk mengharapkan sokongan penuh dari semua bahagian UMNO dengan cara terus berikan sokongan kepada beliau. Ini bukan soal sokongan. ini soalnya keadaan negara semakin darurat, ekonomi jatuh, nilai matawang jatuh, kos sarahidup meningkat naik. rakyat semakin terbeban dan terhimpit dgn arus Transformasinya.!!

 Apa keperluan untuk menggerakkan keseluruhan jentera UMNO untuk memberi sokongan kepada PM? apakah orang-orang UMNO ni jenis tak faham bahasa?  apakah sudah tidak ada cerdik pandai lagi didalam UMNO sehingga apa sahaja keburukkan yang dilakukan oleh pemimpinnya perlu sahaja diikut?

Gua dah tulis banyak kali pon tak guna jugak.
http://darah-satria.blogspot.com/2014/08/teguran-keras-tun-mahathir-kepada-najib.html


Adakah UMNO ini parti untuk mengejar pangkat dan kedudukan? UMNO dahulu jauh berubah dari UMNO sekarang. perjuangan UMNO telah hilang sama sekali. mereka yang benar-benar mahu berjuang untuk Agama, Bangsa & Tanah air juga tidak lagi berminat mahu bersama UMNO kerana pemimpinnya gila nak jadi popular. Mungkin kerana merasakan dirinya tidak perlu diturunkan , oleh sebab itulah  dikerahkan keseluruhan jentera UMNO memberi sokongan penuh kepada  Najib Razak. itulah yang dilakukannya hari ini.



 Selamat Melingkup wahai UMNO & Barisan Nasional.!!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya