Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Monday 25 May 2015

1MDB : Najib menipu rakyat dan salah guna kuasa .!






         Bukan main teruk Tun M dihentam oleh stesen pengampu terkemuka TV3 setiap hari serta menggunakan beberapa individu yang mempersoalkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamd.Mungkin kerana Najib tidak mahu penipuannya diketahui oleh rakyat, jadi dia menggunakan sepenuh kuasa yang ada untuk dirinya dan disebabkan itulah dia tidak akan letak jawatan. Jika dia meletakkan jawatan sebagai PM serta Menteri Kewangan, maka dia sudah tidak punya kuasa, sebab itu dia takut kerana meletakkan jawatan selaku jawatan PM dan Menteri Kewangan menyebabkan dirinya boleh dipenjara bersabit kesalahan pembohongan serta salah laku menggunakan kuasa.! Nah.!! Inilah jawapan mengapa Najib tidak akan meletakkan Jawatannya.. sudaj dapat dibaca bukan?


Ikuti penulisan terbaru Tun Dr Mahathir mengenai Penipuan Najib dalam 1MDB.




NAJIB DAN PEMBOHONGAN


1. Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.


2. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik.


3. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.


4. Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasuk dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai.


5. BSI bank telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh “Brazen Sky” anak syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.


http://www.sarawakreport.org/ms/2015/04/1mdb-mempersembahkan-dokumen-dokumen-palsu-kata-bsi-singapura-eksklusif/


6. BSI bank telah lapur kepada Monetary Authority of Singapore (MAS – Penguasa Kewangan Singapura) bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya.


7. Pada kebiasaannya MAS melapur maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari pengakuan bahawa kononnya lapuran ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima lapuran Monetary Authority Singapore.


-Pakar kewangan dalaman telah memberitahu  bahawa peraturan Bank Negara yang dimaksudkan dalam kenyataan Kementerian Kewangan (Najib Razak) tidak wujud sama sekali.



8. Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura.


9. Perbuatan “cover-up” atau menyembunyi kesalahan dalam urusan Kerajaan adalah salah di segi undang-undang.


10. Saya perturun di sini peruntukan dalam Malaysia Penal Code (Undang-undang Jenayah Malaysia) Section 218.

11. “Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

( Seksyen 218 antara lain memperuntukkan adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pengkhidmat awam yang bertanggungjawab bagi penyediaan mana-mana rekod dengan cara yang tidak betul, dengan niat untuk menyebabkan kerugian atau kecederaan kepada orang ramai atau dengan niat untuk menyelamatkan seseorang daripada hukuman undang-undang. Kesalahan tersebut akan mengakibatkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya.)


12. Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar. Mereka yang membuat lapuran yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.



Laporan Ketua Audit Negara mengenai akaun 1MDB itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Tetapi timbul kenyataan mengapa PAC mengecualikan Najib dan Jho Low  dalam siasatan sedangkan Najib adalah orang yang terlibat dalam salah laku 1MDB ini sendiri?



Gambar ini mungkin menceritakan betapa baiknya Najib dan Ketua Audit Negara.Apakah mungkin Ketua Audit Negara mendapat arahan tertentu dari Najib ??



Mungkinkah ini penyebab gejala Rasuah negara Malaysia antara yang tertinggi didunia kerana melibatkan pihak atasan sendiri ?
Jawatan kuasa PAC sendiri dikuasai oleh beberapa penasihat Najib.. 

wah.. 
hebat.. melantik orang-orangnya sendiri untuk kepentingan dan menyelamatkan dirinya..




13. Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya. Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.


Mungkin mereka yang terlibat dalam "cover"isu 1MDB ini juga perlu disiasat dan dakwa serta dipenjara, Tak lupa juga TV3 yang memainkan peranan terbaik menjadi stesen tv pengampu Perdana Menteri.. Mungkin juga kaki-kaki pengampu Najib boleh juga didakwa diatas seksyen 218 kerana terlibat dalam menyembunyikan laporan palsu.Kita lihat sejauh mana Najib cuba menipu rakyat lagi. Mungkin Jho Low yang dikatakan Najib tidak terlibat dalam 1MDB, akan "cover"Najib jika Najib didapati bersalah ?? sampai bilakah Najib terus menipu rakyat? adakah dengan sikap begini membuatkan peningkatan sokongan rakyat kepadanya semakin bertambah?

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya