Sudah agak bahawa Najib sebenarnya tidak menyaman Wall Street Journal (WSJ) tetapi hanyalah menyatakan surat kepada WSJ mengapa menyiarkan artikel berhubung 1MDB dan penglibatan beliau.. Mungkin juga kerana Najib lupa hendak memberikan berjuta-juta ringgit kepada media tersebut seperti mana pemberian kepada kaki-kaki pengampu untuk mengampu dirinya..
Najib tidaklah hebat mana, dia hanya hebat kerana menggunakan wang. Menyalahgunakan kuasa dan wang untuk memastikan dia terus menidas rakyat dengan bebanan GST serta menaikkan harga minyak ikut suka selagi hutang 1MDB tidak cukup..
Sudah dikatakan juga pembayar utama hutang 1MDB serta hutang-hutang kerajaan yang lain dikutip dari rakyat.. tanpa mengira rakyat itu susah atau senang, janji ambil selagi boleh..
Najib kini amat takut kepada pendedahan media-media seperti The Edge, Sarawak report serta WSJ. Maklumat-maklumat ini boleh menyebabkan kedudukannya tergugat.. Untuk itu, Najib terpaksa menyekat dengan menggunakan aparatus kerajaan seperti MCMC untuk menghalang rakyat mengakses maklumat tersebut..
Seperti pendedahan The Edge mengenai cara proses wang ini masuk kedalam akaunnya.
Pendedahan WSJ mengenai akaun Bank Najib Razak
US 700 Juta didapati berada didalam akaun Najib.
Yaa.. semakin mereka cuba menutup, akan semakin dibuka, semakin dia menghentam Tun Mahathir, semakin dibukakan satu persatu penipuannya.. Kini, seluruh dunia heboh mengenai konspirasi penyelewengannya. Dia hanya bergaul bersama kaki-kaki pengampunya sebab itu dia tidak tahu apa-apa maklumat dari luar. Yang dia tahu hanya mendengar ucapan "YES SIR" dari kaki pengampu disekelilingnya yang bersepah siang malam. mengampu untuk secebis wang serta kuasa. Anda sendiri boleh lihatnya bukan.?
Patutlah kita semua agak hairan mengapa Najib membiayai beberapa blogger pengampu untuk menyelamatkan dirinya.. konon semuanya fitnah.. Apabila di persoal oleh Tun Dr Mahathir, Najib menghentam Tun pula dengan mengaitkan kesemua tuduhan ini melibatkan Tun M.
Tun M bukanlah budak-budak kecik yang mudah ditipu.. Beliau adalah harapan semua rakyat Malaysia kerana beliau bukan calang-calang orang lebih-lebih lagi melibatkan soal kewangan dan pentadbiran.
Nah. Bagaimana pula dengan pendedahan media luar negara diatas?
Najib sudah takut.
Bagaimana pula dengan kematian Pengasas AM Bank Hussein Ahmad Najadi?
Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara
Dalam kejadian pada 28 Julai 2013 itu, Hussein maut di tempat kejadian sementara isterinya Chong Mei Kuan, 46, cedera parah apabila mereka ditembak pada jarak dekat di tempat letak kereta kuil Cina di Lorong Ceylon
Melalui media kerajaan melaporkan beliau ditembak mati oleh pembunuh upahan namun memutar belitkan kenyataan kononnya selepas berbincang urusniaga saham? Siapakah yang memberi kenyataan sedemikian?? adakah Polis juga bersubahat dalam perkara ini dengan begitu mudah membuat kenyataan "selepas berbincang urus niaga saham" ?? Cuba menyembunyikan sesuatu fakta yang sebenar kerana telah diberi upah yang tinggi?
Adakah ini salah satu kaedah untuk menutup rahsia sehingga sanggup mengupah orang membunuh demi menyelamatkan dirinya..
Itulah juga yang terjadi pada PI Bala. Baca disini:
http://darah-satria.blogspot.com/2015/05/pi-bala-dibunuh-kerana-dedah.html
Melalui sebuah laman portal luar Negara mendakwa Najib menerima RM2.6 bilion kedalam akaun peribadinya
Laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Jadi, Kes pembunuhan pengasas AM Bank ini mempunyai kaitan langsung dengan penglibatan Najib Razak.!
Apakah kematian PI Bala yang mendedahkan penglibatan Najib juga menerima nasib yang sama?
Mereka akhirnya mati. Bagaimana pula dengan kes Altantuya? Siapakah yang mengarahkan Altantuya dibunuh?
Bagaimana Sirul boleh terlibat dalam pembunuhan ini sedangkan Sirul adalah "Bodyguard " Najib?
Apakah Najib juga terlibat dalam dalang pembunuhan Altantuya?
Kerana takut dirinya terperangkap, jadi Akaun tersebut perlu ditutup dengan segera..
Ini buktinya.
Akaun PM tidak terlibat di bekukan kerana akaunnya sudah pun ditutup.. Hebat.!!
Kerana takut kes-kes ini dibangkitkan semula, fail-fail kes berkenaan perlu dihapuskan.. Inilah yang sedang dilakukan..malah sudah pun berlaku.
Ini buktinya:
Sila lihat nada Ketua Polis seolah-olah cuba membodohkan rakyat serta orang ramai..
Berapa jutakah yang telah diterima oleh PDRM untuk bersama-sama menjalankan kerja yang keji seperti ini?
Apakah didalam bangunan PDRM Bukit Aman tidak ada anggota polis sehingga begitu mudah ianya terbakar?
Apakah tidak ada ciri-ciri keselamatan yang dipasang pada bangunan ini? sudahlah cuba menipu rakyat, mereka mahu pula memperbodohkan orang yang tidak tahu apa-apa. Mungkin kerana mereka fikir mereka cerdik serta pangkat yang dipegang boleh dibuat sesuka hati??
Soalan kepada Ketua Polis Negara:
1) Apakah dokumen yang dikatakan surat khabar lama ini?
2) Mengapa kesemua dokumen boleh terbakar dalam satu tempat?
4) Apakah ditingkat yang terbakar ini tidak ada pemadam api?
5) Adakah dokumen yang terbakar antara dokumen penting fail-fail kes yang melibatkan seorang individu iaitu dalangnya Najib Razak?
6) Bukankah kes kematian pengasas Am Bank serta kes-kes yang berkaitan melibatkan siasatan jenayah? Tingkat 9 & 10 menempatkan dokumen fail bahagian Narkotik & Siasatan Jenayah.
7) Adakah ini salah satu kaedah untuk menghapuskan bukti dengan dibakar dokumen-dokumen tersebut?
Najib selaku Menteri Kewangan boleh membuat sesuka hati dengan menggunakan wang untuk menyelamatkan dirinya..Najib seolah-olah begitu takut kepada kebenaran.
Dalam satu sidang media berhubung tuduhan wang yang masuk ke akaun peribadinya, Najib menafikannya dan akan mengambil tindakan undang-undang. Pandai sungguh dia berlakon konon tunjukkan Darah Pahlawan. malah kaki-kaki pengampu turut mengampu semahu mungkin membodek boss yang membayar upah menjadi cybertropper dan blogger upahan Najib Razak.
"Kalau saya nak menyamun pun tak kan lah saya nak masuk dalam akaun saya dalam Malaysia, (tak kan lah bodoh sangat)"
Rasulullah s.a.w melalui sebuah hadis riwayat Muslim :
ما من عبد يسترعيه الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة
Maksudnya: Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.
Dokumen transfer USD 700 juta wang kedalam akaun Najib.
5 Julai 15
Selepas heboh mengenai klip video Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan wang berjumlah RM2.6 bilion ini kedalam akaun Najib.
Baca disini untuk ulasan Tun Mahathir berkenaan akaun peribadi.
Baru Najib membuat pengakuan bahawa RM 2.6 bilion ini memang dari akaunnya. Namun ia dari penderma. bukan wang 1MDB.. haha.. Apabila sudah tidak lagi boleh menipu, dia terpaksa mengaku kemudian memusing kenyataan. Siapakah yang sanggup mendermakan sebanyak RM 2.6 bilion dari hartanya melainkan orang gila yang sememangnya gila.
Kepentingan rakyat?
Mungkin ini yang dikatakan untuk kepentingan rakyat.?
Berhibur dan bersuka ria diatas kapal mewah yang bernilai jutaan ringgit?
Semakin ghairah Najib menipu rakyat.. Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB ?
Lihat bagaimana Najib menipu rakyat
Kenyataan Media SPRM RM2.6 bilion dari akaun Najib dari penderma.
Bagaimana dengan sidang media beliau yang sebelum ini yang mahu menyaman WSJ serta pemberi maklumat tersebut ?
Selepas mendedahkan maklumat dan mendedahkan penglibatannya bersama Jho Low, laman sesawang ini tidak boleh diakses masuk.
Ohoo.. Najib semakin takut. !
Berani kerana Benar, Takut kerana Salah.. Jadi Najib memang bersalah kerana dia seorang yang penakut. pencuri wang rakyat berbilion ringgit serta tersenarai PM paling gila popular di abad ini dan telah memalukan nama Negara Malaysia di seluruh dunia. !
Itulah pesan orang tua-tua.. jangan selalu bercakap bohong lama-lama jadi pencurik.. Najib PM yang kuat pembohong.. sekarang sudah terbukti dia mengambil wang berjumlah RM2.6 bilion.. Wang yang dikutip masuk kedalam akaun peribadinya.. Seterusnya menggunakan rakyat untuk membayar hutang-hutang tersebut dengan melaksanakan GST serta kenaikkan minyak.
Sudah saya katakan bahawa PAC (Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara) yang memihak kepada Najib Razak akan mencari jalan keluar dalam kemelut krisis isu ini dan cuba menyelamatkan Boss besar mereka (Najib Razak) .. Kerana itulah Prosiding PAC akan terus ditangguh..
Adakah rakyat boleh menerima dan mempercayai lagi kepada Barisan Nasional kerana rakyat dikerah dengan setiap bebanan dan kos sara hidup yang semakin melambung tinggi tetapi Pemimpinnya mencuri berbilion-bilion wang rakyat dan hidup mewah dengannya??
BN bakal tumbang PRU14. !!
Sabda nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dalam sohihnya :
قال الرسول : خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم …….
Maksudnya : Sebaik-baik pemimpin kamu ialah mereka yang kamu cinta dan mereka mencintaimu, mereka sentiasa menghubungi kamu dan kamu sentiasa menghubungi mereka. Dan sejahat-jahat pemimpin kamu ialah mereka yang kamu benci dan mereka pula membencimu, mereka yang kamu kutuk dan mereka pula mengutuk kamu…..
No comments:
Post a Comment