Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 8 February 2012

Kemelut didalam PAS





 

KUASA KETIGA Dr. Hasan Ali sedang bergerak hebat. Ramai masyarakat di luar sana melihat dengan penuh minat kepada pergerakan itu. Kuasa NGO itu kini dikenali dengan nama JATI. Ia akan menjadi alternatif kepada perjuangan orang Melayu, selain parti teras kaum itu iaitu UMNO dan Pas.

Dalam sejarah politik negara ini, ketika orang Melayu Islam sedang berada pada kedudukannya yang paling lemah dan rendah, akan muncullah NGO-NGO Melayu seperti ini. Ia wujud secara sengaja atau tidak, dengan kemunculan yang tidak disangka-sangka, bagi menyeimbangkan semula kekuatan Melayu Islam.

Ia semacam satu proses semula jadi, yang ada sesetengah pihak percaya kemunculannya mungkin daripada campur tangan wahyu? Perlu diingat kesemua NGO Melayu yang wujud sekarang ialah ke arah membantu orang Melayu memperkukuhkan semula kuasanya.
                                      

Mereka – baik kawan atau musuh, pada masa susah ini, menerima hakikat bahawa kuasa itu masih perlu dikekalkan di bawah acuan atau establishment yang ada sekarang.

Pemecatan Dr. Hasan daripada Pas, sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak, merupakan satu rahmat yang tidak ternampak dengan mata kasar. Ia berlaku semasa orang Melayu amat memerlukan satu lagi kuasa politik untuk menyatukan semula umat itu.

Mungkin juga Haji Hadi Awang, ketika memecat Dr. Hasan sedar mengenai perkara itu. Dr. Hasan lebih berharga di luar sana untuk agama Islam, hak Melayu dan institusi raja-raja.

Sebenarnya dalam banyak hal, Haji Hadi selaku Presiden Pas, memendam rasa terhadap perkembangan yang berlaku dalam pakatannya sekarang. Beliau memendam rasa terhadap agenda besar DAP dan terhadap agenda rakus Anwar Ibrahim.

Pas sendiri kini, dilihat terlalu menyimpang jauh daripada matlamat perjuangan sebenar. Pas bukan lagi boleh diiktiraf sebagai sebuah parti yang membela agama dan umat Islam.

Nik Aziz Nik Mat sudah menjadi tokoh kultus dalam parti itu yang tidak boleh sama sekali ditegur. Para pengikut Pas hanya mengangguk-angguk segala apa yang diperkatakan beliau.

Haji Hadi mungkin masih boleh mengangguk apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, tapi sampai bila? Tindakan Haji Hadi untuk tidak mahu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang merupakan refleksi atau cerminan dari hatinya.

 
                                               
Haji Hadi sebenarnya sudah letih. Sebenarnya, seperti yang saya nyatakan dalam Cuit yang lepas (Kuasa Ketiga Politik: Dr. Hasan Ali, Dr. Harun Din, Ustaz Nasa), Dr. Harun Din juga sudah letih. Perlu disebut Dr. Harun ialah Timbalan Mursyidul Am Pas, iaitu timbalan kepada Nik Aziz.

Ustaz Nasharudin Mat Isa (Ustaz Nasa) juga sudah letih. Malah dengan tindakan Ustaz Nasa yang akhir-akhir ini terlibat dalam beberapa program yang dikendalikan oleh kerajaan, kita difahamkan, ia amat-amat tidak disenangi oleh kumpulan parasit dalam Pas.

Tapi Ustaz Nasa bukan bodoh. Beliau memikirkan perjuangan Pas kini sudah melencong jauh dan semakin jauh.

Ustaz Nasa merasakan perjuangan sejatinya dalam Pas tidak boleh diharapkan lagi. Sudah tentu beliau boleh melihat yang mana hitam dan yang mana putih. Beliau merasakan perjuangan itu boleh direalisasikan dari luar, berbanding dari dalam Pas sendiri.

Kita difahamkan misinya sekarang turut membawanya menjelajah ke luar negara. Itu juga kita difahamkan amat-amat tidak disenangi oleh puak-puak parasit Pas. Adakah mereka tidak menyenanginya kerana tugasan yang dilakukan oleh Ustaz Nasa ada bersangkut-paut dengan pucuk pimpinan negara?

Ustaz Nasa juga akan meneruskan perjuangannya demi tiga paksi utama iaitu agama, bangsa dan raja-raja. Ustaz Nasa sedar tanpa Melayu, hilanglah Islam di muka bumi Malaysia ini.

Hanya Nik Aziz sahaja yang memisahkan antara Melayu dan Islam. Tapi sedarkah beliau di negara ini Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Sedarkah beliau bahawa pegangan itulah yang cuba dipecahkan oleh pihak luaran dan dalaman? Tidak sedarkah beliau bahawa soal akidah merupakan cubaan jahat yang sudah dan sedang dilancarkan ke atas orang Melayu?

Namun persoalannya, apakah Ustaz Nasa selaku bekas Timbalan Presiden Pas, dan dilantik sebagai AJK Pas Pusat dan Ahli Majlis Syura akan selamat dalam parti itu?

Benarkah ada angin-angin mengatakan Ustaz Nasa juga akan mengalami nasib sebagaimana Dr. Hasan? Adakah Ustaz Nasa juga akan dipecat? Jika tidak dipecat, apakah beliau akan diberi kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum kelak?
            

Cakap-cakap itu kini berlegar dalam Pas. Amat sedih, Pas yang sepatutnya menjadi parti kedua terbesar orang Melayu, kini sedang membara. Bara-bara api itu membakar perlahan-lahan. Mungkin ada benarnya kepercayaan Dr. Hasan bahawa dalam Pas kini ada satu kuman yang cukup bahaya iaitu parasit. Tugas parasit ialah memasuki ke dalam Pas dan menjahanamkannya secara perlahan-lahan.

 
                                                  
Dr. Hasan sudah menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebagai salah seorang daripada parasit itu.

Beliau amat marah dengan Khalid. Khalid pernah mengkritiknya semasa isu penentangan penjualan arak di Shah Alam dibangkitkan. Khalid juga beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam selangor (JAIS) ketika agensi itu menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dikatakan menganjurkan majlis yang menyeleweng dengan akidah umat Islam.

 
                          
“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket Pas.

“Sebab itu saya hendak ingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada dia (Khalid) pada pilihan raya umum akan datang kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17, Shah Alam malam kelmarin. Turut bersama beliau ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri. Majlis itu dihadiri lebih 1,000 orang.

Hakikatnya, apa yang Pas dapat daripada perjuangannya dengan pakatan pembangkang selama ini? Pas berhempas pulas merosakkan pemikiran orang Melayu, tapi yang berkuasa ialah DAP. Di Selangor yang merupakan negeri terkaya di Malaysia dikuasai oleh DAP. Begitu juga Perak dan Pulau Pinang. DAP yang mempunyai prinsip perjuangan yang sama sekali bertentangan dengan Pas sedang bergerak dengan begitu licik untuk ke Putrajaya, dengan bantuan Pas.

Namun sesungguhnya perjuangan Dr. Hasan sedang diikuti dengan teliti oleh orang ramai. Bukan sahaja oleh orang di luar Pas, yang berada dalam Pas juga sedang mengikutinya dengan penuh minat.

“Hati dan jiwa mereka bersama kita…'' kata ringkas Dr. Hasan kepada saya semalam.

Kuasa Ketiga JATI, akan menjadi satu lagi elemen penyatuan orang Melayu yang kini berpecah terlalu besar. Seperti yang sering diingatkan perpecahan Melayu akan menyebabkan bangsa itu menjadi minoriti. Sementara yang minoriti akan menjadi kuasa penentu.

Kita sebenarnya tiada pilihan. Saf penyatuan orang Melayu perlu diluruskan semula. Tanpa kemenangan dua pertiga (2/3) dalam pilihan raya kelak, orang Melayu tidak boleh menentukan kuasanya sendiri. Hala tuju orang Melayu akan lebih terumbang-ambing.

Pilihan raya kali ini merupakan perhitungan hidup dan mati kepada bangsa itu, agama yang dianuti dan raja-raja mereka.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya