Ini adalah si kaki pengampu yang amat disayangi Najib Razak iaitu Nazri Aziz
Page kaki pengampu ( Friend of BN ) turut serta mengampu sebaik mungkin.
Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.
Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.
Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.
Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.
Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.
Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
Sila baca teguran sepenuhnya didalam blog Tun Mahathir Mohamad
MENEGUR
Lihat juga teguran-teguran Tun yang lain;
http://darah-satria.blogspot.com/2014/07/tun-mahathir-kembali-tegur-kepincangan.html
http://darah-satria.blogspot.com/2014/04/tun-mahathir-hentam-pemimpin-hipokrit.html
http://darah-satria.blogspot.com/2014/01/kegagalan-najib-razak-menurut-tun-daim.html
Hanya Tun sahaja yang berani menegur kepincangan pentadbiran Najib, nak harapkan pemimpin UMNO yang lain?? boleh pegi jahanmlah.!! Lagi2 kaki pengampu UMNO yang hanya bersepah menjadi pak turut.. Mereka lebih berminat mendengar perkara yang baik-baik sahaja sedangkan perkara yang tidak baik tidak dipedulikan sama sekali..
Apakah di dalam UMNO & BN yang memimpin kerajaan hari ini semuanya kaki pak turut sahaja??
Orang yang lebih berusia jika menegur itu adalah untuk kebaikkan.. bukan untuk menjatuhkan, tetapi benda ini selalu disalah ertikan oleh species kaki pengampu.. mereka takut menerima teguran dan sering menyalahkan satu sama lain.. Ayat yang paling utama kita akan dengar bila ditegur, dilebel perosak UMNO, dilebel tidak mendapat imbuhan, dilebel cuba menjatuhkan pemimpin dan macam-macam lagi.. Inilah dia mentaliti dan standart mereka. Bila disuruh letakkan jawatan untuk mengelakkan UMNO dipenuhi oleh yang bodoh-bodoh, mereka tak peduli.. Apakah kerajaan pimpinan Najib hari ini akan fikir mereka lebih selamat walaupun kehilangan 7 kerusi berbanding 140 diera pantadbiran Tun Abdullah??
Dihadapan penyokong, bukan main lagi mengeluarkan kenyataan UMNO akan berubah. tetapi apa yg sudah jadi semasa pemilihan tertinggi UMNO yang lepas??
Saya telah menulis awal lagi berkaitan hal ini, . Strategi lapuk dan tidak berkesan tidak membawa apa-apa perubahan.. Kerajaan menaikkan kos harga barangan dengan memotong subsidi rakyat, berbelanja mewah untuk setiap program-program kerajaan..
Adakah ini yang dikatakan BANGKIT UNTUK BERUBAH??
Setiausaha Agung UMNO, si Tengku Adnan mendesak agar Tun jangan menegur secara terbuka padahal kedudukannya semasa mengundi Parlimen di Putrajaya juga adalah kerana suara Tun yang datang berkempen.. Inilah dia jenis-jenis orang UMNO yang tak sedar diri..
Tengku Adnan dengan Raof Gemok ni sama-sama kaki pengampu untuk kestabilan kerusi masing-masing..
Ini yang dikatakan BANGKIT UNTUK BERUBAH??
Kesilapan kerajaan kerana seringkali berjanji untuk sedapkan hati akhirnya membawa padah.. Padah bukan waktu sekarang, tetapi padahnya akan dilihat semasa PRU yang akan datang.
sebelum ini berjanji untuk tiada kenaikkan harga barangan kawalan, namun apa yang sudah jadi?? kenaikkan minyak 20 sen, gula 34 sen
Apakah mereka fikir rakyat akan mengundi BN kali ini sedangkan penyokong BN sendiri ramai yang tidak puas hati dengan cara pentadbiran kerajaan??
Mereka memotong subsidi rakyat, menaikkan tarif elektirk, minyak tetapi dalam masa yang sama mereka boleh membazir berjuta-juta ringgit ketika UNDI??
Memang benar cakap Tun, Kerajaan tidak menitik berat kepada penyokong sendiri.
PRU13 yang lalu, BN kembali mendapat mandat memerintah kerana sokongan orang Melayu & India.
Sarawak & Sabah juga adalah penyumbang kepada BN, tetapi begitu menyedihkan nasib disana, frasarana begitu teruk, lampu-lampu jalan juga tidak ada, apakah mereka memang benar BANGKIT UNTUK BERUBAH??
Apakah mereka mendegar teguran Tun untuk tidak berboros?/ TIDAK.. Mereka jenis pekak sahaja..
Didalam media-media arus perdana, kerajaan seringkali mencari salah dan silap negeri-negeri pembangkang sedangkan negeri mereka sendiri langsung tidak dijaga...
Diluar negara, banyak menyanjungi Tun Mahathir...
tetapi begitu malangnya kita hari ini langsung tak peduli setiap teguran beliau..tunggulah saat-saat kejatuhan BN kali ini.
BN takkan kekal memerintah. dijangkakan dalam PRU14 tahun 2018 kali ini, BN bakal tumbang sekaligus meletakkan Najib adalah PM terakhir untuk Barisan Nasional.
Melalui konsep RAHMAN, Najib adalah Perdana Menteri yang terakhir..
4 comments:
Glad to have found your site. Keep up the good work! DB Product Review
WOW ! I'm so proud of you ! Betul apa yg Tun M kata tu ! Dah lah time mengundi kita dibayar RM100 @ RM50 bukanka itu semua rasuah supaya kita memilih BN ?
nice blog....saya bersama2 anda menyokong dr m....pemimpin yg tidak berjiwa rakyat harus ditumbangkan
Terrbaikk☺
Post a Comment