Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 2 October 2014

Harga minyak naik 20 sen ? Najib PM terakhir BN.




Hari ini negara dikejutkan dengan pengumuman kenaikkan minyak 20 sen bagi setiap liter untuk Ron95 dan Diesel.
Mulai tengah malam ini, KPDNKK mengumumkan harga runcit baharu petrol RON95 akan meningkat sebanyak 20sen kepada RM2.30 seliter.

Kenaikan ini juga melibatkan harga diesel dengan harga baharu adalah RM2.20 seliter..

Apabila Tun Mahathir mengkritik dasar-dasar Transformasi Najib yang dilihat semakin hari semakin melingkupkan negara, maka si kaki pengampu akan tegar memeprtahankan Najib terutamanya si Khairy Jamaluddin.



Adakah mereka mendengar??



Tidak sama sekali.

Pada beberap minggu yang lepas, Kerajaan mendakwa mendengar segala teguran Tun Mahathir ini secara terbuka.. 


 

Kerajaan telah banyak berhabis wang berpuluh-puluh Jutaan Ringgit.. nilai pembaziran yang berskala besar ini dianggap satu  bentuk yang berpatutan. lihat video diatas.
Jangan haraplah rakyat akan terimanya bulat2 apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin hari ini sedangkan mereka tidak pun mendengar secara hati terbuka, tetapi tak peduli dengan setiap teguran-teguran itu..

Sebab teguran itu datang dari individu yang sudah tidak ada apa-apa jawatan.. pemimpin UMNO memang tak sedar diri.!!
 

Apa gunanya kerajaan memberi BRIM, menaikkan gaji, bonus serta memboros dengan keterlaluan tetapi dalam masa yang sama menarik subsidi Rakyat??

Apakah Najib fikir rakyat   boleh menerimanya ?? Apa yang lebih merunsingkan, rakyat bakal ditekan dengan kenaikkan harga barang yang melambung tinggi,.

ooo.. gua lupa... Pendapatan rakyat Malaysia sudah mencecah  dalam angka RM5,900 kan?? 

 Selang masa PRU13 yang lalu berlangsung  hanya beberapa tahun, tetapi kenaikkan mendadak gula 34 sen, tarif elektrik sehingga 15%, serta beberapa  kos yang lain.

Rakyat semakin terbeban dengan setiap kenaikkan kos ini kerana  memerlukan lebih wang untuk kos sara hidup.. 
Belum lagi habis kebencian rakyat kepadanya dalam hal  mahu mansuhkan Akta Hasutan, kini bertambah lagi dengan hal sebegini.


Benarkah Najib memberi jaminan akan ikut harga minyak pasaran?

kenapa status menunjukkan harga pasaran minyak dunia sudah turun tetapi Kerajaan dibawah pimpinan Najib menarik kembali subsidi minyak ini untuk rakyat?


Mari kita lihat harga minyak dunia semasa.



Pada tahun lepas, Kerajaan telah mengumumkan kenaikkan harga minyak dengan pengurangan subsidi..

 Apabila tun menegur untuk menghentikan BRIM.. kaki-kaki pembodek akan tegar mempertahankan Najib.

Page kaki kuat bodek najib iaitu Friend of BN juga tak mahu update isu semasa ini sebab adminnya kan kaki kuat ampu Najib..

Tak percaya masuk sendiri tengok.

Berapa Najib dan BN bayar untuk  ini??


Adakah kerajaan benar-benar mendengar masalah rakyat? Jika mendakwa mendengarnya.. kenapa perlu menarik subsidi yang diberikan kepada rakyat?? Adakah  kerajaan sudah benar-benar tiada wang selepas berbelanja ratusan juta  serta memboros yang keterlaluan??


Kerajaan  menarik kembali subsidi untuk rakyat dengan kesan kenaikkan harga minyak  pada 2 Oktober sedangkan pada 5 Oktober Umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Mesti ramai yang akan pulang kekampung bukan?? bila pulang kekampung mesti mengisi minyak.

Ini adalah satu startegi yang begitu baik untuk mengutuk kerajaan dibawah BN kerana pada masa ini mereka akan berkumpul bersama sanak saudara.. Ini akan menjadi bahan utama setiap perbualan serta gua yakin, kesannya akan membuatkan setiap keluarga yang berhimpun akan menolak BN kerana kenaikkan minyak serta kos yang secara mendadak akan menjadi bahan bualan.


Apakah mereka tidak terkesan dengan kerajaan kerana mereka terdiri dari orang Melayu yang menyokong penuh UMNO & BN pada PRU yang lepas??

Inilah hadiah  Hari Raya Qurban buat penyokong BN sendiri.
Kesilapan startegi yang bakal menumbangkan Barisan Nasional..

Tunggulah masanya akan datang serta ditumbangkan oleh rakyat yang marah dengan setiap tahun kenaikkan, Kerajaan juga dilihat  tidak menunaikan janjinya untuk  tidak menaikkan harga barang selepas Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu..


BN takkan lama memerintah kali ini..Selamat mengampu untuk kaki-kaki pengampu pemimpin kesayangan anda yer...



9 comments:

Anonymous said...

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia. Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar. Tapi.. Kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen. Memang kita berduit. Memang kita berharta. Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari. Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis? Hanya 20 sen? Itu pun nak bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk dimurahkan rezeki? Ya.. Sembang kalian sembang mereka yang berharta. Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa. Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada. Motor buruk hanya tunggu masa. Kerja lebih kuat dari si Sarjana Muda. Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun Master. Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya.. Mereka tak berharta. Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda. Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka? Kalau itu sistem kehidupan. Aku rela jadi bodoh dari kalian. Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

Anonymous said...

Bagi BRIM yang kenyang orang kaya...iaitu peniaga yang bukan MELayu...Walaupun pendapatan puluhan ribu sebulan tetapi mereka tidak ada pay slip...oleh itu mereka layak. Bagi Melayu...semua gaji dah dinaikan kesatu paras yang tidak layak....Begitu juga PTPTN...anak melayu kena bayar...anak cina tak kena sebab 1St class. Apa beza 1st class dengan 3rd class?...mereka manusia juga...

Anonymous said...

Rakyat di perbodohkan!

Anonymous said...

Rakyat yang bodoh pilih BN dan UMNO untuk menerajui negara.parti paling sial di dunia.!!!
tanggunglah dosa dlm mainan politik kamu semua pemimpin BN and BABI UMNO!!

Anonymous said...

Memang telah diperbodohkan sebulat2nye..nak bagi brim tp xikhlas dgn tujuan supaya dpt pujian dr rakyat, lepas tu da menang naik semua brg dan minyak..rakyat lagi benci la..klu la 1 masa nanti kerajaan PR menang harapnye mentadbir la.dgn baik..aku da xsabar nak tgk sekor2 kroni umno/bn humban dlm penjara..baru depa rasa mcm mana rasanye kesusahan

Anonymous said...

1malaysia 1 tahun minyak naik,GST rakyat didahulukan pencapaian dimestikan(utamakan)strategi!strategi! Najib

CyberHacking said...


Teguran Tun Mahathir buat Najib pekak..

1. Saya gembira kerana Kerajaan terima dengan terbuka teguran saya.

2. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada Kerajaan negeri.

3. Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan Kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksana nasihat yang diberi.

4. Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksana, ia bukan lagi nasihat. Ia sudah menjadi arahan atau “command” dalam bahasa Mat Salleh.


5. Demikian apabila British Resident (nama lain bagi adviser yang bermakna “penduduk”) mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya dianya tidak diberi hak untuk mengganti Raja. Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Resident mesti diterima dan dikuatkuasakan.

6. Raja-Raja Melayu biasanya mempunyai Majlis Penasihat. Tetapi Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi.


7. Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur.

8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.

9. Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

10. Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas.

11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

14. Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.

Mohd Fadzli Zakaria said...

BANG... tengok la belakang najib sape... penaung permata bang... itu yg menjahanamkan neagara ni....

Anonymous said...

Terbaik..

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya