Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday, 22 July 2014

Agenda tersirat disebalik insiden MAS MH17




Sekali lagi, seluruh dunia digemparkan dengan insiden yang begitu menyayat hati dimana sebuah pesawat MAS MH17 ditembak jatuh.

 Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.


 Cuba anda lihat. pesawat ini adalah jenis BOEING.. belum lagi habis pertanyaan mengenai  MAS MH370.. kini timbul pula isu baru.

 saya telah mendedahkan beberapa perihal konspirasi yang mengaitkan negara China serta penjelasan hubungkait sistem pesawat yang mampu di kawal tanpa pemandu.. "remotely pilot" Jika negara China cuba  disekat kemaraannya melalui MAS MH370, tak mustahil MH17 ini untuk Rusia pula... mengapa 2 negara ini begitu menjadi pilihan pihak NATO serta sekutunya ?? kerana China negara yang memegang ekonomi dan menjadi pesaing untuk US manakala Rusia negara yang memiliki aset ketenteraan yang canggih..

Mengapa pesawat Malaysia Airliners MAS yang menjadi mangsanya?? kerana Malaysia bersikap berkecuali untuk mencampuri urusan kuasa-kuasa dunia besar ini..Sekali lagi MAS Malaysia dijadikan kambing hitam disebalik perancangan konspirasi demi konspirasi yang terlindung.

Secara diplomatiknya Kesatuan Soviet telah runtuh bersama hancurnya negara-negara blok komunis di Eropah Timur. Tetapi pengaruhnya masih kukuh kepada Rusia, negara paling berpengaruh dalam Kesatuan Soviet. Ukraine merdeka daripada Kesatuan Soviet pada 1991 tetapi ideologinya masih di bawah pengaruh Rusia. Ukraine yang terbelah dua; barat dan timur dan pengaruh Rusia menguasai di sebelah timur apabila majoriti rakyatnya menggunakan bahasa Rusia, sementara di barat lebih kepada pengaruh Eropah Timur.

US mencampuri krisis politik Ukraine dengan alasan menghalang Rusia menceroboh kedaulatan Ukraine yang sudah merdeka. Dalam bahasa mudahnya US menjadi pejuang kepada negara-negara merdeka daripada diceroboh oleh negara lain. Tetapi kita jangan lupa bahawa perkara yang sama kerap dilakukan US misalnya menyerang Afghanistan dan Iraq, dua buah negara yang sudah merdeka.

Kemaraan US tidak akan pergi jauh kerana faktor Rusia yang mengimbangi pengaruh US dalam Majlis Keselamatan menerusi hubungan baik dengan China. Sebagai kuasa ekonomi utama dunia, China mempunyai pengaruh yang cukup besar, apa lagi dalam keadaan US yang terperosok dengan krisis ekonomi yang masih belum pulih.


Krisis di Ukraine membayangkan konflik yang lebih besar kerana sudah dimanipulasi oleh US. Pada masa sama Rusia yang mempunyai semangat nasionalisme tinggi telah mempertahankan rakyat Ukraine berbahasa Rusia. Ini bermakna Putin mempunyai kecenderungan untuk mempertahankan sesuatu yang mempunyai pertalian dengan Rusia termasuk pengguna bahasa Rusia yang merentasi bekas Kesatuan Soviet - dari Asia Tengah hingga ke Baltic.

Di sisi inilah sukarnya AS untuk menundukkan Rusia. Sebabnya tindakan Rusia berakar umbi daripada sejarah yang panjang, ditambah dengan nasionalisme yang utuh antara Rusia dan orang Rusia di seluruh negara bekas Kesatuan Soviet.




Kita tahu dalam konflik dengan Rusia, Ukraine dilindungi oleh US dan Ukraine juga awal-awal lagi sudah pukul canang bahawa yang menembak jatuh MH17 adalah kumpulan pemisah pro Rusia.

Rusia pula mengatakan MH17 menggunakan laluan yang sama dengan pesawat IL96 yang membawa Vladimir Putin dengan selang masa tidak sampai sejam. Mesej Rusia seakan mahu memberitahu tembakan itu disasarkan kepada pesawat yang membawa Putin.


Kekeliruan dikatakan berpunca daripada warna biru merah dan corak pesawat IL96 yang seakan sama kedua-duanya.


Namun timbul beberapa persoalan logik. Jika Rusia dikaitkan antara yang terlibat menebak pesawat ini.. apakah di pihak Rusia mahu menembak pesawat yang mirip milik Presidennya sendiri??

Ukraine: Crew that shot down MH17 was Russian

 Kenapa US serta NATO antara pihak paling awal  mengeluarkan kenyataan seolah-olah melindungi UKRAINE ?? Apakah UKRAINE mendapat pertolongan dari pihak US berhubung insiden pemberontakan yang berlaku disana?
Jika tiada campurtangan dari pihak US serta NATO.. kenapa media-media yang didalangai CIA seringkali menyibuk perihal negara China dan Rusia ini ?


                                        

Jika insiden kehilangan pesawat  MH370 cuba dikaitkan dengan negara China yang digelar
" Chinese Martyrs’ Brigade "

Apakah insiden yang berlaku keatas  MH 17 ini juga cuba dikaitkan dengan Rusia ??
Memang benar. Media barat akan menyalahkan Rusia sekaligus menyebabkan Rusia menerima ancaman dari negara-negara lain.


CIA menggunakan platform agen penyiasat menggunakan ruang yang secukupnya dengan berbekalkan keadaan huru hara dan ketegangan di beberapa buah negara..Lihatlah apakah yang terjadi selepas Al-Qaeda dituduh melakukan serangan atas insiden 9 September New York... yang menjadi mangsanya adalah rakyat Afghanistan yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita yang mati dibunuh atas alasan mencari individu yang dikaitkan dengan Osama Bin Laden sedangkan Osama Bin Laden itu sendiri adalah agen CIA.. nanti saya kupas lebih lanjut perihal strategi NATO  dalam menjayakan misi menawan Afghanistan seterusnya  menawan Iraq, Libya, Syiria serta negara-negara teluk serantau dalam bahagian 3 "Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH 370 " ini..

Apa yang lebih menariknya dalam insiden ini.. lokasi dimana pesawat ini jatuh adalah bersempadan dengan Rusia..Inilah waktu terbaik untuk memasuki Rusia berbekalkan agen penyiasat yang didalangi CIA serta FBI.


Media-media Barat melaporkan sebuah BUK9K37 milik Rusia dikaitkan dengan insiden ini.

Kenapa mereka begitu berani membuat spekulasi sedemikian?? kerana Rusia akan dituduh terlibat dalam serangan ini seterusnya Rusia bakal menerima ancaman dari negara-negara luar termasuk Australia, Belanda, German, British yang merupakan antara beberapa negara besar semasa era jajahan... 

Rusia mempunyai keluasan negara yang begitu besar, manakalah sistem ketenteraannya begitu canggih ini tak mungkin boleh diganggu gugat oleh pihak NATO melainkan perancanaan  sebuah strategi untuk menghentam negara Soviet Union ini melalui ancaman dari kuasa-kuasa besar.

US tak boleh  bersendirian dalam melaksanakan misi perangnya terhadap Rusia, inilah sebabnya mereka memerlukan sokongan dari beberapa negara yang kuat seperti Belanda , German & British.

Jika BUK milik Rusia ini dikatakan menembak pesawat MH17.. pesawat tersebut sudah tentu meletop diatas udara lagi..


Tetapi ini tidak.. pesawat tersebut telah terhempas akibat dari tembakan atau apa-apa yang boleh menyebabkannya jatuh..

Lihat video dibawah dari media pihak US CNN ini.


Media Barat juga sebelum ini melaporkan bahawa Juruterbang  pesawat MAS MH370 dikaitkan dengan pengganas bukan?


Media yang dikuasai pihak Barat terutamanya didalangi oleh US sendiri begitu berani membuat andai serta spekulasi seterusnya cuba 'mind control' minda pihak lain melalui spekulasi-spekuasi yang dicipta oleh mereka. 

Hari ini seluruh dunia melaporkan BUK jenis ini yang menembak pesawat MH17.
Pada pandangan saya.. BUK ini tidak menembak pesawat MAS MH17 tetapi pesawat ini ditembak dari atas udara lagi melalui pesawat yang tidak mampu dikesan dari radar satelit. Mungkin ??

Kenapa BUK ini dikatakan menembak pesawat terbabit?? kerana Rusia mempunyai peralatan ini.. 
Cuba anda lihat beberapa news milik US ini semdiri.



Rusia mempunyai sistem radar yang begitu hebat, apakah mereka tidak boleh mengesan pesawat lagi-lagi pesawat  ini miripnya seperti pesawat Presiden mereka ?

Apa untungnya menembak pesawat  komersial ini ?? Lagipula kenapa pesawat itu boleh terhempas di Ukraine jika dipihak Rusia yang menembaknya?? 
Apakah Rusia menembak pesawat yang lalu dikawasan jiran negaranya ? 

Jika atas alasan pesawat ini ingin masuk melalui Rusia.. sudah tentu amaran dari pihak Rusia akan diberikan serta menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat MAS yang sudah masuk kekawasannya.. Ini tidak lagi masuk di ruang udaranya, malahan terhempas di kawasan Ukraine..

Cuba anda lihat semula krisis yang berlaku di Ukraine dan Rusia.. 
Mengapa Amerika begitu menyibuk dan mahu campur urusan negara lain lagi-lagi perihal Rusia ??


Suasana panas dan tegang antara Rusia dan Amerika Syarikat yang disokong Kesatuan Eropah terus meninggi pasca referendum Crimea yang memutuskan ingin menyertai ke Rusia.

Sejak krisis di Ukraine dan Crimea bermula, Rusia terus menunjukkan kekuatan tenteranya , baik di sempadan Ukraine dan di dalam wilayah Crimea sebagai sokongan terhadap wilayah yang baru saja melepaskan diri dari Ukraine itu.

Di sisi lain, Amerika Syarikat dan negara - negara NATO serta Kesatuan Eropah secara terang - terangan menyokong Ukraine dengan mengecam referendum Crimea dan merancang sekatan untuk Rusia serta  sekatan yang akan dilakukan US termasuk menyingkirkan Rusia daripada menganggotai G8.


Tahukah kamu, pihak barat yang didalangi US  mempunyai beberapa startegi untuk mengawal beberapa wilayah di dunia?? East Asia Timur, South ( lokasi Tanah Arab telah berjaya menggulingkan Libya, Iraq, Afghanistan, Syiria dan lain-lain)

Middle Space (Rusia)


Sekarang, Konspirasi untuk menggulingkan Middle Space kini telah bermula..

Mengapa China & Rusia ini paling berbahaya bagi pihak US dan NATO ?? kerana ia adalah ancaman terbesar dalam misi mereka menawan seluruh dunia lagi pula 2 negara ini terbabit dalam penubuhan Bank yang boleh menjahamkan ekonomi US serta menyebabkan nilai USD jatuh serta  nilainya tidak akan berguna lagi.. apakah ia??




Wednesday, 9 April 2014

Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370- Part 2



Tulisan ini adalah sambungan daripada tajuk dibawah,


Berbalik kepada insiden serangan  WTC pada 11 September 2001.

Kenapa pesawat digunakan  dalam serangan keatas WTC.?


n

Rempuhan pesawat Boeing 767 American Airlines Flight 11 di Menara Utara WTC pada pukul 8.46 pagi waktu tempatan dan pesawat United Airlines Flight 175 di Menara Selatan WTC pada pukul 9.03 pagi itu dikatakan didalangi oleh sekumpulan pengganas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda.

Mustahil pengganas dikatakan telah merampas pesawat ini dan melakukan keganasan terhadap Amerika sedangkan sistem pengawasan di Amerika begitu ketat, lagipula jika pesawat yg membedil bengunan WTC pada kali pertama, sudah tentu agensi keselamatan Amerika melalui tentera udaranya sudah boleh memintas pesawat yang kedua bukan? US mempunyai sistem ketenteraan yang begitu canggih..Jika pesawat telah dirampas oleh pengganas, sudah tentu tindakan cepat akan dilakukan sejak rampasan itu berlaku.. Mustahil pengganas mampu merampas 4  pesawat secara serentak seperti mana yang dilaporkan dalam Washington Post salah sebuah media US sendiri

Bukan sahaja itu, bahkan Pentagon juga dijadikan sasaran sedangkan Pentagon adalah kubu kuat pertahanan  Amerika. Betul tidak masuk akal serangan 11 September ini dengan dikaitan pengganas yang didalangi Al-Qaeda.

Pesawat yang melanggar WTC New York adalah  pesawat jenis bersaiz sama seperti Boeing 777 dimana boleh dipandu dan dikawal  dari sistem kawalan jauh tanpa memerlukan  juruterbang.

Apa buktinya?



United States Air Force Special Operations Command (AFSOC) 
to provide Remotely Piloted Aircraft (RPA) Ground Control Station (GCS) and Combined Operations Center 
(Combined Ops Ctr) support.


Boeing menerima dana sebanyak USD $69.7 juta dari tentera udara Amerika Syarikat untuk fasa pertama program QF-16. Jet tanpa pemandu yang pertama.




 Tentera Udara Amerika Syarikat dan aeroangkasa dan pertahanan Boeing syarikat mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menukar persara F-16 ke drone.

Boeing mengumumkan bahawa versi diubah suai daripada F-16 Fighting Falcon akan beroperasi sebagai Skala Sasaran Udara QF-16 penuh untuk digunakan dalam amalan latihan Air Force.


Secara kebetulan pula pesawat MAS MH370 yang hilang dari radar ini juga adalah jenis Boeing bukan?


Missing Flight: Malaysia Flight MH370
Plane Type: Boeing 777-200ER

Pesawat yang melanggar WTC New York  juga adalah jenis Boeing


Jika jet pejuang jenis  Boeing boleh di tukar tanpa pemandu, inikan pula pesawat biasa untuk penumpang.??
Israel juga tidak ketinggalan dalam menguasai teknologi ini

Mungkin penguasaan teknologi tanpa pesawat ini telah di ketahui sebelum didedahkan  di media-media massa lagi pada tahun-tahun yang sebelumnya..

Dokumen lengkap Pemandu tanpa pesawat yang disediakan pihak US  Air Force. Mahu lihat lebih detail didalamnya??

Oppss... anda bukanlah menteri.. lagipula anda tiada apa-apa kelayakkan untuk menyibuk soal risikan negara, adalah dinasihatkan untuk anda agar buat kerja sendiri kerana anda bukanlah ditugaskan untuk ambil tahu satu apa pun melainkan anda hanya layak dijadikan tukang pacak bendera sahaja.. 

Mungkin Penasihat PM Najib Razak  lebih arif tentang ini rasanya selain arif dlm agenda melingkupkan negara satu persatu..
Terasa ker? peduli hape gua.!

Kita tinggalkan dulu soal ini.

Dikatakan pesawat melintasi kepulauan maldives ?

http://www.haveeru.com.mv/news/54062

 Maldives' "Haveeru" News: "Satellite data suggests that the last "ping" was recieved from the flight somewhere close to the Maldives and the US naval base on Diego Garcia."

Kenapa setelah laporan dari penduduk Maldives yang mengaitkan pesawat MAS ini di  lautan Hindi dan seketika itu juga US memberitahu  radarnya ada mengesan pesawat MAS ini  dan mengerahkan pencarian? Apa tujuannya?


Kenapa US boleh mengesan radar disekitar perairan Hindi selepas semua mata memandang kearah ini?

Kenapa US tidak boleh mengesan radar yang hilang di lokasi Selatan Vietnam di perairan Laut China Selatan semenjak hari pertama kehilangannya pada 8 March lagi?

Kenapa Amerika yang diterajui CIA sering menyalahkan Malaysia dan sibuk sangat dalam urusan negara ini?

Sekumpulan wartawan di negara China menerima e-mel dalam bahasa Mandarin daripada kumpulan  yang mendakwa mereka bertanggungjawab atas kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu.

Kumpulan itu yang sebelum ini tidak diketahui kewujudannya telah mengeluarkan satu kenyataan dalam format PDF kepada beberapa agensi media di China semalam dengan berkata: 

“Anda membunuh seorang daripada puak kami, kami akan bunuh 100 daripada anda sebagai pembalasan.”.

Sebahagian besar media di China menolak kenyataan berkenaan bulat-bulat dan menganggap ia sebagai satu cubaan untuk mencipta ketegangan etnik selepas berlaku beberapa siri serangan di wilayah Barat Laut China di wilayah Xinjiang.Wilayah berkenaan ditadbir oleh puak Uyghur dengan kuasa autonomi.


Ketegangan cuba ditimbulkan dengan menguasai sebahagian wilayah China. serangan pengganas cuba digunakan di beberapa wilayah ini. 

http://www.globaltimes.cn/content/851921.shtml

Tidak cukup menggelar pengganas dari China yang dikenali sebagai
" Chinese Martyrs’ Brigade "

Kini beralih arah pula isu pengganas keatas Juruterbang pula.
Lihat video dibawah.



Soalnya mengapa perkataan pengganas begitu gemar diungkapkan dari pihak barat keatas pihak Muslim? adakah mereka yang berjanggut, serban akan dikaitkan dengan seorang pengganas? 


Beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara China dan Malaysia meningkat dengan pesat. Sejak tahun 2008, Malaysia telah menjadi rakan dagang terbesar China di dalam ASEAN selama tiga tahun berturut-turut. China pula menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2010, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara ini mencecah 74.2 bilion dolar Amerika, mencatat rekod tertinggi dalam sejarah.

 
Selepas insiden kehilangan pesawat MAS ini, hubungan antara Malaysia dan China kembali tegang. Kita lihat penduduk China sering menyalahkan Malaysia, media2 barat seperti CNN menyalahkan negara dengan mengatakan negara menyembunyikan maklumat. Memang ada perkara yg perlu disembunyikan memandangkan sesuatu fakta itu begitu "high risk" untuk didedahkan..



MAS sudahpun berdepan masalah akibat beban hutang yang mencecah RM4 bilion. Ia hanya mampu bertahan dengan suntikan dana daripada kerajaan.



Berbalik kepada soal ekonomi Malaysia dan China,
Eksport China meningkat sepuluh kali ganda (bernilai sekitar USD436 trilion antara tahun 1990-2003). Kini nilai ekspot China melebihi 1 trilion dolar dan merupakan ekonomi terbesar di dunia selepas AS dan Jerman.

Dasar memencilkan China ini tersirat di dalam tulisan Condoleezza Rice ketika ia menjadi penasihat dasar luar negara George W Bush, yang pada waktu itu masih lagi menjadi Gabenur Texas, ketika pilihanraya presiden tahun 2000 dalam artikel majalah Foreign Affairs,” China adalah kekuatan besar yang memiliki masalah yang belum selesai terutamanya dengan Taiwan. China juga tidak menyukai peranan AS di wilayah benua Asia Pasifik.” Oleh kerana itu, Rice mengatakan, “China bukanlah kuasa ‘status quo’, tetapi ia adalah kekuatan yang berkeinginan untuk mengubah keseimbangan kuasa di Asia yang sesuai dengan kepentingannya. Kenyataan ini menjadikan China sebagai pesaing, bukan sebagai ‘sahabat strategik’ sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Clinton. AS perlu memperkuatkan hubungan dengan Jepun dan Korea Selatan serta mempertahankan komitmen untuk meletakkan pasukan AS di wilayah benua tersebut.

Sebab itulah AS membuat satu helah baru dengan memerterai Perjanjian Trans Asia Pacific (TPPA). Negara yang terlibat dalam rundingan ini juga termasuklah Jepun dalam agenda menguasai rantau Asia Pasifik.


Ketika AS mendominasi beberapa wilayah pada awal abad ini, iaitu perang Afghanistan dan Iraq, krisis ekonomi global telah membuatkan AS tidak mampu untuk mendominasi China. Ini dapat dilihat melalui fakta.  AS merupakan pengguna terbesar dunia di mana majoriti barangan yang mereka gunakan adalah  dikeluarkan oleh China. Akibatnya, AS memiliki defisit perdagangan dengan China bernilai USD268 trilion. Dengan itu, sekitar USD1 juta trilion matawang dolar telah dikuasai oleh China.

Puak kanan AS, yang dipimpin oleh golongan koporat melihat China dari aspek perdagangan kerana populasi China yang besar merupakan suatu pasaran yang menjanjikan keuntungan sehinggakan golongan ini melobi pemerintah AS untuk menarik China ke dalam pasaran bebas global serta memaksa China supaya membuka pasaran domestiknya. Puak kiri AS pula, yang sejak dahulu lagi memandang China sebagai ancaman, selalu menghentam China dengan isu hak asasi manusia, menapis internet dan melaga-lagakan China dengan Taiwan.

AS meningkatkan kerjasama keselamatannya dengan Jepun dan mendukung hasrat Jepun untuk mengembangkan nuklearnya.Perkembangan di Jepun merupakan pengimbang kekuatan China di wilayah Timur.AS telah memulihkan hubungannya dengan Vietnam, menguburkan dendam masa lalu dan membangunkan kerjasama dua hala. AS berjaya menarik Vietnam dari pengaruh China sehingga memutuskan perikatan tradisional China di wilayah pasifik ini. Sehingga kini, Vietnam mempunyai konflik sempadan dengan China di sebelah utara .

Bukankah Vietnam juga antara negara yang terlibat dengan rundingan TPP ?

Mereka diluar sana diantara beberapa negara yang menolak rundingan ini.



Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Chuck Hagel menerima undangan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika pertemuan mereka di Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-12 di Singapura, 12 Jun lalu.

Tun Mahathir melihat ini adalah salah satu usaha Amerika untuk menguasai negara Malaysia dimana kedudukannya yang begitu startegik dan merupakan penghubung antara Timur dan Barat.Sebelum ini, negara tidak terlibat dlm dasar memencilkan negara China sebagai kuasa yang mendominasi soal ekonomi di rantau Asia, namun jika pertahanan negara sudah menjadi hak kolonial bagi pihak Amerika, ianya sudah tiada apa-apa makna lagi kerana pemimpin hari ini begitu bodoh sombong dan tidak mahu langsung merujuk kepada pemimpin terdahulu yang memerintah seperti Tun Mahatir.

Walaupun diusia  yang senja, namun Tun tetap bercakap untuk kepentingan negara.



Apakah pemimpin hari ini begitu ambil berat dengan setiap teguran Tun? tidak.!! mereka lebih mengutamakan suara-suara  tukang penasihat 20% dan suara-suara golongan yang hanya pandai membodek sahaja.

Sebelum ini, CIA yang merupakan agen AS  dilihat hampir  berjaya memisahkan ideologi penduduk di Tibet dan Xinjiang,

Namun China berjaya menyatukan Tibet & Xinjiang didalam satu ideologi yang sama.. Persoalannya, tanpa ideologi, bagaimanakah  China dapat menyatukan Tibet dan Xinjiang dan dengan ideologi apakah penduduk tersebut dapat disatukan?


Kenapa Tibet yang menjadi sasaran?? kerana lokasinya terletak diantara China & Sempadan India..
Dan kenapa pula 2 wilayah ini Tibet & Xinjiang  menjadi perhatian bagi pihak US yang menggunakan platform sebagai CIA?

Kerana kedudukannya yang strategik di antara lokasi Sempadan beberapa negara di Asia.


Konsep pecah dan perintah .!!

Cuba lihat, jika negara  Rusia & China itu tidak berada didalam satu ideologi yang sama, apakah mereka mampu bekerjasama satu sama lain walaupun diantara mereka  berlainan bangsa bukan?


China & Rusia. dimanakah persamaanya?? 


Lihat juga bagaimana ideologi yang dicipta dari jarum-jarum halus Yahudi yang berjaya mencipta Syiah dalam agenda memerangi Sunnah.

Walaupun satu bangsa,  mereka memusuhi dan berbunuhan satu sama lain kerana perbezaan ideologi.. 

Syiah Iran
baca apa yang ditulis mengenai agenda Yahudi ini..


Dasar meluaskan wilayah jajahan dengan menggunakan alasan "terrorist" dan  agenda tersirat konspirasi disebalik nama CIA akan didedahkan dalam bahagian 3 dengan lebih detail.. 



Pandangan Tun M mengenai MH370 ini.. sila baca di sini




... bersambung bahagian ke-3

Thursday, 13 March 2014

Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370



Kecoh seluruh dunia ,mengenai sebuah pesawat MAS yang dikesan telah hilang dari radar.

Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014.

Flightradar24 / AFP PHOTO HANDOUT

MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.


Majority  penumpang dalam pesawat berkenaan adalah terdiri dari warganegara China.


Peristiwa ini menjadi suatu perkara yang begitu pelik kerana MAS diantara pesawat terbaik didunia yang dilengkapi sistem alatan canggih. Mana mungkin pesawat yang canggih dan dipandu oleh juruterbang yang berpengalaman  boleh hilang begitu sahaja tanpa dikesan?


Bila melihat kepada situasi ini,inilah masa yg terbaik utk Amerika masuk melintasi sempadan Asia tenggara,, 
CIA bantu dlm kes ini... Jika dikaitkan dgn pengganas,, negara berdepan tekanan besar.


Namun diberita-berita pro barat, kehilangan ini dikaitkan dengan pengganas.



Dan kenapa laporan Interpol berubah setelah wajah suspek yang menggunakan  passport palsu berjaya dikesan??

Kerana suspek tersebut dilihat memakai rantai salib bukan?

 Mungkin jika suspek tersebut memakai serban, jubah, sudah tentunya Interpol akan mengaitkan dengan pengganas. tetapi kita perlu tahu, situasi dalam negara amat berbeza dengan ditanah besar Arab.

Selepas gambar cctv didedahkan kepada media, Interpol  membuat pengumuman suspek terbabit tiada kaitan dengan pengganas dan percaya mereka menjadi mengsa pemerdagangan orang...
Mungkin mereka juga secara kebetulan menaiki pesawat ini, dan rampasan pesawat melalui udara berlaku. Secara tak disengajakan, mereka menjadi mangsa keadaan..? wallaualam..


Lihat semula insiden WTC di Amerika.siapakah yang menjadi mangsanya? 



Jika WTC dijadikan sandaran dan bahan utk menyerang Afghanistan  dgn dikaitkan pengganas, tak mustahil agenda yg sama digunakan ketika kehilangan MH370 ini..Pengganas Islam dikatakan bertanggungjawab diatas insiden serangan 11 September 2001.

 Insiden WTC ini berlaku di Amerika sendiri dimana situasinya jauh berbeza dengan situasi yang berlaku hari ini.. Dalam serangan WTC, suspek yang dikatakan terlibat adalah Al-Qaeda, namun ianya kurang bukti untuk mengaitkan mereka dgn serangan pengganas. tetapi di Malaysia, kerana pendedahan 2 individu yang menggunakan passport palsu terbabit dimana salah seorangnya memakai rantai salib, tuduhan pengganas itu perlu digugurkan dari laporan Interpol sendiri.



Insiden WTC, yang menjadi mangsa adalah rakyat Islam Iraq.
Apakah situasi yg sama juga dilihat bakal berlaku dgn meletakkan China sebagai sasaran.. 

Soalnya kenapa China ?? 

Sejak dari awl tahun 2014 lagi, hubungan ketegangan diantara US dan China tidak begitu baik.. Laporan-laporan media barat juga banyak menyebut mengenai peperangan diantara US & China..


Salah satu news  ini datang daripada CNN 


http://www.rense.com/general38/conflict.htm

Kenapa CIA begitu berkeras mahu membantu dalam misi mencari pesawat ini dan kenapa media barat terutamanya Amerika kerap kali menyelar China.



US cuba menimbulkan ketegangan dan mensabitkan China sebagai sasaran...
Jika  pesawat ni akhirnya diletup atau terhempas... China akan menuntut bela atas kematian rakyatnya.. Amerika juga akan menggunakan platform sebagai  FBI & CIA konononya utk menyekat serangan pengganas...

MAS Malaysia yang menjadi kambing hitam.
Dalam pada masa yang sama, media barat melaporkan militan dari pengganas China yang bertanggungjawab sama seperti halnya menggunakan nama Al-Qaeda di Iraq yg dijadikan sasaran.

Militan ini dikatakan bertanggungjawab diatas kehilangan pesawat MAS MH370 namun dinafikan China.




" Chinese Martyrs’ Brigade "

http://hollywoodlife.com/2014/03/10/chinese-martyrs-brigade-missing-plane-malaysia-responsibility-flight-mh370/

Dlm mana-mana tragedi peperangan sebelum ini... kambing hitam itu yg penting dlm misi  agenda peperangan. Lihat  serangan WTC, pekerja disitu yang menjadi mangsa......
baca sejarah... anda akan ketemui jawapannya.


 Lihat juga situasi ini.
Kerajaan Malaysia mengesan radar di Selat Melaka.. dlm masa yg sama, beberapa orang membuat laporan di kawasan pantai timur dr lokasi yg berbeza.., system pemantauan traffic seperti diceroboh.

Lihat video dibawah, laluan radar seperti di hack.


 Mungkin bila dibuat petunjuk flight disitu.. operasi bantuan akan dikerah kesitu.. makanya.. kuasa-kuasa besar seperti Amerika turut memasuki perairan Malaysia dan secara tak langsung perairan negara telah diceroboh dengan menggunakan alasan misi bantuan pencarian..



Apakah pesawat ini telah dirampas melalui ruang udara dengan memutuskan segala sistem talian komunikasi masuk dan keluar serta radar pengesan? Apakah pesawat telah disembunyikan dilokasi rahsia akibat rampasan yang berprofile tinggi ini? 


Satu hal lagi bila difikirkan mengenai pesawat yang dikatakan dikesan radar disekitar selat  Melaka dan dikatakan berpatah balik, Mungkin ada kemungkinan yang jarang difikrkan kita semua.

Semasa flight hilang dari radar pada jam 2.40 pagi, negara-negara seperti China & Japan juga mempunyai unit kawalan trafik dinegara mereka. Jadi untuk menghilangkan kesan pesawat ini menuju ke Timur adalah dengan berpatah balik kebarat, tapi tidak memasuki ruang udara Malaysia..
Mengapa??


 Jika hal ini disahkan oleh MAS & DCA sendiri dengan beberapa pengesanan radar seperti gambar dibawah.. apakah perlunya pesawat ini menuju kelokasi yang mempunyai radar pengesan bagi negara-negara yang berdekatan?






Jalan yang mudah adalah dengan memasuki kawasan yang tiada pengesanan radar.. dimanakah ia lokasi itu? 

Indian Ocean.


Dimanakah pesawat tersebut perlu dibawa dan disembunyikan adalah bergantung kepada jumlah bahan api yang mencukupi.


Adakah disini lokasinya pesawat tersebut disembunyikan??



Tahukah anda dimana lokasi ini??

2000 km dari jarak Benua India
4500 km ke Tanah Arab
3500 km ke Benua Afrika
3500 km jarak ke Nusantara
5000 km jarak ke Benua Australia

Ingin tahu?? kita rahsia dulu..


Kenapa setelah negara-negara yang membantu dalam misi ini  beralih perhatian pada kawasan Indian Ocean dan seketika itu juga, pegawai dari US menyatakan menerima isyarat pesawat MH370 ini?

http://www.bbc.com/news/world-asia-26572172

kenapa US tidak mengeluarkan arahan atau isyarat ketika pesawat itu hilang dari radar disekitar Laut China Selatan setelah hampir 3, 4 hari yang lalu?

Adakah ini dilakukan kerana tidak  mahu  misi bantuan dari negara-negara serantau yang mencari pesawat ini menuju kesini??


Renung punya renung, akhirnya saya  temui beberapa jawapan lagi berkaitan hal ini.

Masih ingatkah kita terhadap rundingan TPPA ??

TPPA ini dibuat dari tahun lepas..

Sebenarnya, rundingan TPPA ini adalah salah satu agenda Amerika dan pihak barat meluaskan kawasannya secara tak langsung dirantau Asia Pasific.

Tun Mahathir dapat menghidu gerak kerja mereka sebab itu ditentangnya habis-habisan..



Antara negara yang terlibat dalam perjanjian TPPA ini.

Amerika, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Singapura, Vietnam, Jepun, Brunei, Malaysia, Australia & New Zealand.


Kerana telah  mendapat beberapa tentangan dari beberapa negara jadinya agenda ini tergendala buat sementara waktu.

Cuba lihat, kenapa China dan Rusia tidak terlibat dengan TPP ini? Adakah TPP ini hanya sebuah rundingan biasa atau ada sesuatu agenda?


Namun pada awal bulan Mac 2014, berlaku insiden kehilangan pesawat MAS MH370 di lokasi Laut China Selatan menuju lokasi Vietnam dimana lokasi ini diantara lokasi  TPPA yang direncanakan.


Namun kehilangan pesawat ini menimbulkan misteri seluruh dunia kerana radar tidak  dapat dikesan dan juga tiada sebarang komunikasi yang berhubung setelah lebih masuk 6 hari (setakat ditulis).

Bukankah Amerika mempunyai sistem komunikasi tercanggih dunia? menghilangkan pesawat dari radar dan menyekat sebarang komunikasi juga boleh dibuat dengan sistem perisikan..
Bukankah mereka juga mencipta beberapa pesawat tanpa juruterbang dan tak dikesan radar?




Kenapa dalam laporan Washington Times menekankan tentang perairan Laut China Selatan??



Zon lokasi Laut China Selatan menjadi perhatian pihak barat untuk menguasai seluruh rantau Asia Pasifik.

Mungkin jika pelan menguasai Asia Pasifik dengan TPP ini tidak berjalan, plan seterusnya perlu digunakan.
Apakah kehilangan misteri pesawat MH370 ini salah satu agenda tersusun rancangan dari kuasa besar negara itu?



Apakah benar serpihan serpihan yang dilihat ini adalah  serpihan dari pesawat yang dilaporkan hilang seperti yang dilaporkan media China atau hanya satu jalan untuk Amerika masuk ke perairan di negara itu?



Adakah ini secara kebetulan atau adanya suatu rancangan disebalik campur tangan kuasa-kuasa besar dunia?



Apakah misteri dan pengakhiran ini bakal berlaku dengan sebuah tragedi yang menyayat hati disebalik percaturan konspirasi dunia hari ini??


Saya tidak meminta anda mempercayai sepenuhnya hasil penulisan saya ini kerana ianya adalah pendapat dari seorang Marhaen biasa yang tiada apa-apa kelayakan sehingga mampu berfikir ke tahap menteri bak kata seorang wanita UMNO terbabit  terhadap saya.. tak mengapalah...


Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya