Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday 10 August 2011

Ini Dia Jawapan 52 Bilion Saham



 52 billion pegangan bumiputra didalam pasaran saham yang tinggal hanya 2 billion,Kemudian bermodalkan fakta ini ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang memerangkap MP Bagan menjadikan modal untuk memperbodohkan melayu yang beliau tahu cukup mudah dimanipulasi seperti mana beliau melembukan melayu Pulau Pinang.

Tujuan Lim Guan Eng membangkitkan isu ini sebenarnya untuk membuktikan bahawa melayu sendiri yang bodoh kerana menjual saham saham pegangan mereka kepada orang lain.


Perkara yang sebegitu mudah tidak boleh dicernakan otak haprak pakatan yang kita semua tahu bebal bodoh dan tidak mampu untuk berfikir,maka fakta itu dijadikan azimat untuk menghentam Umno .


Tahukah mereka apa yang mereka cakap atau sekadar berkokok dan menyalak menjadi pencacai DAP? Saham RM52 billion yang telah diagihkan melalui peruntukan khas saham bumiputera bukannya dapat secara percuma,tetapi harus dibeli. IPO yang dikeluarkan boleh dibeli asalkan beliau seorang bumiputra dan MAMPU. Kalau mana mana haprak pakatan nak beli dipersilakan,pakat beli ramai ramai di bursa saham.Tapi semua orang tahu yang berlonggok di Bursa Saham dan syarikat sekuriti adalah uncle uncle dan aunti aunti bukan melayu.Juak haprak pakatan hanya berlonggok di bursa saham fitnah di ceramah ceramah haprak pakatan.Itu saja saham mereka!


Pensyarah,doktor,enginer mahu pun kerani ofis yang berkemampuan boleh membeli saham kuota bumiputra . Saham itu bukan seperti subsidi mahu pun wang ehsan yang diberi terus kepada mana mana individu secara percuma.


Kita kena tahu,Agihan saham kepada bumiputra adalah dibawah Dasar Ekonomi Baru. Apabila ramai individu Bumiputera mendapat saham dari IPO (Initial Public Offer), semuanya menjual saham dengan serta-merta untuk mendapatkan keuntungan dan agar dapat memohon saham yang baru. Maka pegangan saham yang dapat melalui IPO habis begitu saja.


Lim Guan Eng menuduh kononnya 54 billion saham bumiputra diperuntukan tetapi hanya 2 billion yang tinggal manakala bakinya 52 billion lesap,siapa yang dapat tidak menjadi persoalan sedangkan saham amanah seperti ASN/Saham wawasan pun melayu tak beli,inikan pula saham syarikat senaraian awam,lihat contoh bagaimana kaum lain menghabiskan kuota bukan bumi hingga terlebih langgan.


Saham yang dibeli,apabila harga telah meningkat maka pemegang saham bebas untuk menjualnya,adakah ini dikatakan skandal? Bezanya cuma pemegang saham bumiputra tidak mempunyai ketahanan untuk mengekalkan pegangan kerana mahu mengaut keuntungan.Saham bukannya seperti lot rumah bumiputra yang tidak boleh bertukar tangan kepada bukan bumi apabila dijual.


Lim Guan Eng ternyata cuba memanipulasi fakta bombastik ini untuk menghasut dan membangkitkan kebencian.Beliau berasakan amat mudah memperbodohkan orang melayu kerana kaum ini cukup malas untuk berfikir hanya tahu terima kencing beliau mentah mentah.


Alangkah bagusnya jika Lim Guan Eng mendedahkan siapakah penerima pink form saham saham bumi paling banyak dinegara ini daripada menyalak dan berbohong kepada rakyat. Barangkali beliau boleh rujuk kepada Anwar bekas menteri kewangan dahulu dan Azmin kerana mereka berdua yang menguruskan siapa yang patut duduk didalam syarikat senaraian awam sebagai proksi mereka.:klik sini , selepas itu kita boleh bincang apakah SAHAM YANG DIBELI itu adalah satu skandal atau pun penyelewengan.


Anda harus tahu,yang mendedahkan isu pegangan ekuiti bumiputra yang tinggal 2 billion didalam pasaran saham adalah Ds Najib sendiri.Lim Guan Eng hanya ambil isu ini dijadikan modal kononnya beliaulah hero dan pembela melayu.



Petikan artikel AndakJauhar

Ekuiti Bumiputera: Apa Ada Pada Statistik?

Saya agak kecewa selepas membaca artikel di sebuah akhbar harian tempatan berbahasa Inggeris pada Isnin lepas. Artikel berkenaan yang ghairah ‘mendedahkan’ kelemahan beberapa tindakan kerajaan, dicetuskan oleh ayat yang ‘menjelaskan’ isu laporan kajian tentang pegangan ekuiti bumiputera:
“Di sini merupakan seorang saintis yang melihat data mentah dan membuat beberapa kesimpulan. Kesimpulan beliau mungkin betul atau tidak betul, namun ia tidak melibatkan sebarang niat jahat.”
Tampak mudah. Inilah yang digambarkan oleh penulis mengenai proses kajian tersebut, seolah-olah tiada sebarang kesan besar sekalipun kesimpulan kajian itu salah. Walhal pada hakikatnya, proses memperoleh maklumat peratus pegangan ekuiti bumiputera jauh lebih sukar.
Pertama, bagaimana pemilikan sesuatu perniagaan boleh didefinasikan sebagai mempunyai 51 peratus atau lebih saham atau ekuiti dalam perniagaan tersebut.
Jika 51% pemegang saham sesebuah syarikat adalah bumiputera, maka syarikat tersebut adalah milik bumiputera. Namun apa terjadi kepada baki 49% pemegang saham bukan bumiputera? Adakah angka 49% itu kini akan diabaikan atau perlukah ia ditambahkan kepada peratusan pemegang saham bukan bumiputera daripada syarikat lain? Saya yakin mana-mana kajian atau bancian akan mengabaikan angka 49% ini, sekali gus mengakibatkan gambaran yang tidak adil.
Sesetengah syarikat milik kerajaan atau GLC mempunyai ‘saham emas’, yang merupakan satu unit saham tetapi mewakili 51% jumlah keseluruhan. Walau bagaimanapun, saya fikir GLC perlu diasingkan daripada kajian ini kerana ia milik semua rakyat, tanpa mengira kaum.
Usah lupa bahawa harga saham juga adalah berbeza-beza, daripada beberapa sen hinggalah kepada belasan ringgit.
Bukan sahaja itu, malah sesuatu perniagaan boleh dimiliki oleh lebih daripada satu kaum. Ini boleh disebabkan oleh:
  • Pemilik tunggal ialah lebih daripada satu kaum;
  • Pemilik majoriti adalah lebih daripada satu kaum;
  • Kombinasi majoriti pemilik adalah lebih daripada satu kaum.
Sekiranya 6 daripada sejumlah 10 syarikat adalah milik bumiputera, adakah bermakna pegangan ekuiti bumiputera merupakan 60%? Sudah tentu tidak, jika baki 4 syarikat lain adalah syarikat-syarikat yang jauh lebih besar saiznya.
Bagaimana pula dengan syarikat yang boleh dibeli dengan harga serendah RM2, tetapi pembelinya bakal menanggung hutang sedia ada sebanyak RM600 juta? Dengan hanya RM2, pembeli akan memiliki 100% syarikat. Namun saya tidak fikir pemilikan sebegini boleh diterjemah sebagai kekuatan ekonomi.
Dari manakah pula data untuk kajian diperoleh? Terdapat beberapa organisasi yang boleh menyumbang data kajian, seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia. Namun begitu, adakah data daripada pelbagai organisasi yang berbeza ini dihubungkan? Jika tidak, maka sudah pasti terdapat data yang tertindih. Malah, jika kakitangan organisasi berkenaan pun menghadapi masalah untuk mendapatkan data terkini, apatah lagi pihak luar?
Salah satu situasi unik di negara ini pula ialah ‘ali baba’. Umum sedia maklum bahawa terdapat syarikat bukan bumiputera yang ‘membeli’ nama bumiputera dengan penawaran elaun, saham dan jawatan bagi menikmati faedah serta status sebagai syarikat bumiputera. Antara faedah yang boleh dikaut ialah kontrak-kontrak kerajaan.


Kerajaan mengambil berat mengenai saham bumiputra di Bursa Saham yang tidak mempunyai "holding power" sebab itulah Equinas ditubuhkan.

Penubuhan Ekuinas oleh kerajaan mungkin boleh menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada kelemahan yang wujud di kalangan pelabur bumiputera. Ia akan menjadi satu instrumen untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera, fungsi yang gagal dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun.


Walau pun kencing Guan Eng dan juak haprak tidak disahut dan dijawap oleh pemimpin BN,perkara ini harus dijawap supaya rakyat tidak ditipu hidup hidup oleh haprak pakatan.





Fakta:Melalui sistem amanah saham PNB hari ini lebih lapan juta Bumiputera memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar. Diadakan had jumlah yang boleh dimiliki oleh seseorang supaya yang kaya tidak bolot terlalu banyak saham.

Kerajaan boleh hentikan agihan saham pada Bumiputera. Tetapi ini akan menjadikan syarikat yang tersenarai tidak dimiliki sahamnya oleh Bumiputera sama sekali.Kerajaan yang ada bijak dan menjaga kepentingan bumiputra maka ditubuhnya Permodalan Nasional Berhad yang akan membeli saham Bumiputera, memasukkannya dalam unit trust (saham amanah) untuk dijual kepada semua Bumiputera walaupun mereka boleh labur dengan hanya RM10 sahaja.


Kaum puak khawarij dan pakatan pun melabur juga dalam ASB,tak malu ka pakai produk DEB??

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya