Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 11 August 2011

Wajib Taat Pemerintah Elak Huru-hara!


Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahli Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemimpin negara di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana telah dijelaskan melalui beberapa tulisan sebelum ini.

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk:

1. Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan,

2. Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,

3.  Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah,

4.  Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka (terutamanya di khalayak umum) walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini selagi mana mereka masih tetap menegakkan syi'ar-syi’ar solat dan tidak dilihat padanya kafir bawwaahan (kekafiran yang jelas tanpa dapat ditakwil).

5. Membenci maksiat atau keburukan yang mereka lakukan dan mengingkarinya dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i.

Tanda Taqwa

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي

Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)


Beliau juga bersabda:

أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وان كان عبدا حبشيا

Aku wasiatkan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan patuh serta taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 28/373, no. 17144. Ad-Darimi, 1/57, no. 95. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

Dalam riwayat Imam Muslim, Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu menyebutkan:

إِنَّ خَلِيلِي أَوْصَانِي أَنْ أَسْمَعَ وَأُطِيعَ وَإِنْ كَانَ عَبْدًا مُجَدَّعَ الْأَطْرَافِ

Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) memberi wasiat kepadaku supaya patuh dan taat walaupun yang memimpin adalah seorang hamba yang cacat (hina).” (Hadis Riwayat Muslim, 9/367, no. 3420)

Kaedah asalnya, seorang hamba atau orang yang cacat tidak boleh dilantik menjadi pemimpin. Tetapi apabila ianya telah berlaku dengan sebab-sebab yang tertentu, maka ia tetap wajib ditaati dan diperakui kepimpinannya.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa mentaati pemimpin adalah salah satu sebab mendapat jaminan Syurga. Ini adalah sebagaimana kata beliau:

سمعت رسول الله وخطبنا في حجة الوداع، وهو على ناقته الجدعاء، فقال: أيها الناس. فقال رجل في آخر الناس: ما تقول أو ما تريد؟ فقال: ألا تسمعون: إنه لا نبِي بعدي، ولا أمة بعدكم، ألا فاعبدوا ربكم، وصلوا خمسكم، وصوموا شهركم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بِها أنفسكم، وأطيعوا أمراءكم تدخلوا جنة ربكم

Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan khutbah pada haji al-Wida’ dalam keadaan baginda menunggang untanya yang kepenatan. Sabda beliau, “Wahai manusia!” Kemudian, seorang lelaki di belakang berkata, “Apakah yang engkau perkatakan atau mahukan?” Sabda Rasulullah, “Adakah kamu tidak mendengar, sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku dan tiada lagi ummat selepas kamu. Ketahuilah, hendaklah kamu sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu, berpuasalah kamu pada bulannya, tunaikanlah zakat dengan harta kamu, berbuat baiklah terhadap diri kamu, dan taatilah pemimpin kamu, pasti kamu akan memasuki Syurga Tuhan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 36/487, no. 22161. Tahqiq Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat Imam Muslim. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi dan katanya hasan sahih)

Ahli Sunnah wal-Jama’ah bersepakat berkenaan kewajiban mentaati pemimpin dan pihak berkuasa. Mereka juga mewajibkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pemimpin selagi mana ianya tidak bertentangan dengan dalil-dalil syara’. Ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

فلا طاعة في المعصية، إنَّما الطاعة في المعروف

Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/218, no. 6716)

Perkara ma’ruf di sini adalah merujuk kepada urusan yang bukan maksiat dan bukan kemungkaran. Sama ada ianya perkara yang diwajibkan agama, yang disunnahkan, ataupun yang diharuskan kerana maslahah tertentu. Jika masyarakat diperintahkan supaya melaksanakan perkara-perkara yang diharuskan (tidak dilarang agama), maka hukum mentaatinya menjadi wajib. Sebagai contoh, hukum mematuhi undang-undang jalan-raya yang digubal atas dasar maslahah bersama oleh pihak berkuasa adalah wajib selagi mana ianya bukan maksiat walaupun ianya tidak pernah diwajibkan oleh syara’ secara khusus. Begitu juga sekiranya pemerintah memerintahkan supaya meninggalkan perbuatan demonstrasi jalanan yang sedang hangat diperkatakan hari ini, maka rakyat wajib meninggalkannya. Lebih-lebih lagi perbuatan tersebut termasuk larangan dalam agama.

Kata Imam al-Mubarakfuri rahimahullah, “Apabila seseorang pemerintah memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)

Justifikasi perkara ini adalah bagi memastikan keamanan terjaga sekaligus mengelakkan suasana huru-hara tercetus. Sekiranya masyarakat msing-masing tidak mahu diatur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah sebaliknya lebih suka bertindak sesuka hati, nescaya negara akan menjadi kacau-bilau dan kelam-kabut.

Ijma’ Ahli Sunnah wal-Jama’ah

Kesepakatan (ijma’) ahli sunnah wal-jama’ah dalam mentaati pemerintah antaranya disebutkan oleh Imam an-Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani. Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H), “Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemerintah serta memerangi (atau membangkang kedudukan kepimpinan) mereka, maka hukumnya adalah haram berdasarkan kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Syarah Shahih Muslim, 12/229)

Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati pemerintah yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakkan (mutaghallib). Dan kita turut diwajibkan berjihad bersama-samanya. Ini kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila pemerintah melakukan kekafiran yang jelas nyata.” (Fathul Bari, 13/7)

Al-Kirmani berkata, “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) bahawa penguasa yang telah terpilih (sebagai pemimpin) wajib ditaati selagi dia menegakkan solat berjama’ah dan jihad melainkan jika dia melakukan kekafiran yang nyata (murtad). Sehingga tidak ada lagi ketaatan kepadanya. Bahkan wajib memeranginya bagi orang yang mampu.” (Syarah Shahih al-Bukhari, 10/ 169)

Asy-Syarqawi berkata, “Larangan (keharaman) memerangi penguasa yang zalim dan fasiq diambil daripada ijma’ para ulama daripada para tabi’in.” (Hasyiyah asy-Syarqawi, 2/398)


Jauhi Sikap Suka Memberontak

Salah seorang ulama tertinggi anggota Majlis Fatwa ‘Arab Saudi, Syaikh Soleh as-Sadlan hafizahullah mengatakan, “Sebahagian daripada saudara kita menyangka perkara tersebut (pemberontakan) adalah suatu yang baik. Mereka menyangka bahawa yang dimaksudkan dengan sifat kepembangkangan (atau pemberontakan) itu adalah dengan senjata, padahal sebenarnya pemberontakan itu bukan semata-mata dengan senjata dan kekerasan, tetapi termasuk juga dengan lisan (kata-kata). Bahkan pemberontakan dengan lisan itu jauh lebih bahaya. Kerana pemberontakan dengan lisan itu adalah laluan (printis) kepada pemberontakan bersenjata. Kami katakan dengan penuh kejujuran kepada saudara-saudara kami yang terbakar emosinya, kami menganggap mereka berniat baik - insyaAllah. Namun, hendaklah mereka tidak terburu-buru dan menahan diri. Kerana sikap ekstream mereka tersebut hanya akan menumbuhkan kesan negatif dalam hati-hati mereka. Hati mereka sebenarnya kosong (dari nilai ilmu) dan hanya mengenal sentimen kemarahan. Tindakan mereka itu juga hanya akan membuka lebih banyak lagi pintu-pintu kejahatan untuk bertindak dengan cara yang batil.

Pemberontakan dengan kata-kata seperti melalui tulisan, ceramah, seminar, dan media massa yang mengandungi ciri-ciri menaikkan semangat membenci pemerintah adalah termasuk ke dalamnya. Aku memberi peringatan kepada semua dengan peringatan yang tegas. Aku katakan, lihatlah apa hasil yang diperolehi dari setiap tindakan tesebut, dan fikirlah faktor-faktor penyebab timbulnya fitnah ke atas negara-negara Islam. Apabila kita memahami perkara tersebut, maka akan kita ketahui bahawa pemberontakan dengan kata-kata dan media massa untuk menaikkan emosi masyarakat adalah punca pelbagai jenis fitnah (huru-hara).” (Madarikun Nazhar fi as-Siyasah, m/s. 306-307)

Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri hafizahullah menegaskan, “Walau hanya sekadar melakukan provokasi (membangkitkan kebencian dan kemarahan) terhadap pemerintah umat Islam walaupun pemerintah tersebut fasiq, ia telah layak dilabel khawarij (pemberontak).” (Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 266)

Pembuat Huru-hara Boleh Dihukum
Berkenaan mereka yang bertindak memecah-belahkan kesatuan umat Islam yang telah memiliki pemimpin, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّهُ سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ
Sesungguhnya akan berlaku bencana dan malapetaka, maka sesiapa yang hendak memecah-belah urusan umat ini padahal umat tersebut telah bersatu, bunuhlah mereka dengan pedang walau siapapun orangnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3442)
Dalam riwayat yang lain disebutkan:
مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ فَاقْتُلُوهُ
Siapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak menggugat kedudukan pemimpin kamu atau memecah-belahkan perpaduan di antara kamu, maka bunuhlah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3443)
Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa:
فيه الأمر بقتال من خرج على الإمام أو أراد تفريق كلمة المسلمين ونحو ذلك وينهى عن ذلك فإن لم ينته قوتل وإن لم يندفع شره إلا بقتله فقتل
Di dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan penentangan kepada seseorang pemimpin, atau hendak memecah-belah kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah perkara yang dihalalkan.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/241)

Demikianlah secara ringkas manhaj ahli sunnah wal-jama’ah dalam bermu’amalah dan mentaati pemerintah negara. – Wallau a’lam.



NOTA :
Tuan Guru Nik Ajis, Tuan Guru Hadi Awang, DS Anuwar BUKAN Pemerintah Negara TETAPI adalah Pemimpin Pembangkang Pemerintah Negara Malaysia ! Bertaubatlah sebelum kamu MATI JAHILIYAH !



5 comments:

Darah Satria said...

Ingat tak cerita pasal Holocaust. Pasal pembunuhan beramai-ramai orang-orang yahudi oleh Hitler. Sehingga sekarang, inilah modal yang Israel gunapakai bahawa diaorg dianiaya dan teraniaya sehingga membikin dendam kesumat tak berkesudahan terhadap rakyat Palestin. Walaupun hakikatnya bukan rakyat Palestin yang membuat angkara, tetapi Hitler. Rakyat Palestin cuma jadi kambing hitam jer.

Serupa jugaklah ngan UMNO, sehingga sekarang dipersalahkan walhal UMNO takde kaitan pon pasal memali. Tapi sehingga sekarang, PAS menuduh UMNO sebagai dalang pembunuhan tu. Aku cabar orang-orang PAS, tolong bukak balik fail kes memali ni kat Bukit Aman. Selain tu, kita korek cerita sebenar dari saksi-saksi yang terlibat pada masa tu.

Cerita ni dah lama berlalu. Adakah kita sanggup memulaukan barangan Jepun hanya kerana Orang Jepun pernah memancung datuk nenek moyang kita ? Sampai bila UMNO nak dipersalahkan dalam kes memali ? Sudah-sudahlah tu

Darah Satria said...

SYARA’ tidak menghalalkan adanya dua parti dan dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis yang sahih:

“Apabila dilantik dua orang khalifah (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka "bunuh"lah orang yang terakhir antara keduanya (pelantikan yang kedua)” (Hadis Riwayat Muslim 3/1480 dan Ahmad 3/95). ‘Khalifah’ yang dimaksudkan oleh hadis-hadis seperti ini ialah pemimpin atau ketua negara.

Darah Satria said...

“Sesiapa telah mengangkat (telah bersetuju melantik) seorang pemimpin kemudian memberikan huluran tangannya dan buah hatinya (sebagai tanda persetujuan), maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir (penentang), aku (Abdul Rahman bin Abdul Rabbi’l Kabah) bertanya: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Ia (Abdullah bin Amr) menjawab: Aku mendengar (hadis ini) dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku” (Hadis Riwayat Muslim 3/1472, Abu Daud 4/97 dan Ibn Majah 2/1306).

Darah Satria said...

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., “Barangsiapa yang memilih seorang untuk menguruskan urusan kaum muslimin, lalu mengangkat orang tersebut (sebagai pemimpin) kemudiannya dia mengangkat (pula) orang lain yang lebih layak dan sesuai daripada orang yang telah diangkatnya, maka dia telah berkhianat kepada Allah dan RasulNya”.

Darah Satria said...

Kewajiban Taat Terhadap Pemerintah(waliyul ‘amr)
Hal ini berkaitan dengan program “wajib” pemerintah berkaitan dengan imunisasi - yang kita kenal dengan PPI [Program Pengembangan Imunisasi]- di mana ada lima vaksin yang menjadi imunisasi “wajib”.
Sudah menjadi aqidah ahlus sunnah wal jamaah bahwa kita wajib mentaati pemerintah. Berikut kami sampaikan dalil-dalil yang ringkas saja.
Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu.” [An Nisa’: 59]

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya