Alangkah jahil dan berdosanya manusia-manusia kerdil yang tega menyamakan PAS dan UMNO sebagai agama. Islam adalah addeen, cara hidup yang syumul. Islam agama suci yang telah ALLAH turunkan melalui Jibrail kepada Muhammad SAW, Nabi akhir zaman untuk menjadi pegangan kita dan seluruh umat manusia. Tiada bezanya antara Islam PAS dan Islam UMNO, keduanya sama saja. UMNO dan PAS adalah pertubuhan politik yang berdaftar yang matlamatnya ialah untuk memenangi pilihanraya raya dan memerintah negara.
Tidak hairan kenapa orang bukan Islam khususnya kaum Yahudi, Nasrani dan golongan Athies sangat memandang rendah, kritis dan skeptikal terhadap Islam malah kini mereka semakin berani melabelkan Nabi Muhammad sebagai pembohong besar termasuk diangap gila kerana konon membawa agama baru... yang penganutnya pula kini semakin berpecah mengikut berbagai mazhab dan sektor, ditambahi oleh masalah perbezaan fahaman politik (Mujaihidin vs Taliban, Nasionalis vs Liberal vs. Sosialis-Komunis vs Agamawan), perbezaan tafsir dan hukum di kalangan pelbagai perguruan dan school of thoughts yang kekadang sangat berbeza dan menyimpang.
Islam dianggap bukan lagi agama yang sempurna dan perlu dihormati kerana di Malaysia sendiri ia jelas semakin diwarna-hijaukan oleh parti politik PAS untuk kepentingan sempit pemimpin dan penganut totok mereka. Bermula dari TASKI hinga ke Muktamar tahunan, para pengikut PAS telah ditarbiyahkan agar membenci sesama saudara seagama khususnya dari kalangan ahli dan pengikut UMNO. Adakah sikap dan perbuatan tersebut tersebut benar dan diredhai oleh Allah? Saya yakin tidak! Kerana Islam adalah agama sejagat yang merentasi fahaman dan kepentingan sempit politik seperti yang dianjurkan oleh segelintir pemimpin PAS yang ada sekarang.
Nabi Muhammad SAW telah berjaya menyatu dan mengislamkan kaum-kaum yang berbeza di Madinah terutama di kalangan kaum ansar dan muhajirin, juga berhasil menjinakkan kaum Yahudi tetapi di Malaysia puak PAS menolak mentah-mentah akidah orang Islam UMNO yang mereka anggap sebagai kafir dan wajib dimusuhi kerana bukan di kalangan golonga mereka yang diwawarkan konon bersih hati dan maksum dari segala dosa. PAS sebenarnya adalah warisan kegilaan puak kawarij sesudah wafatnya Nabi Muhammad yang tega memecahbelahkan umat Islam. Mereka menjadikan parti Islam PAS sebagai agama baru, yang sesat lagi menyesatkan. Mereka sahaja yang layak masuk syurga sedangkan PAS hanya wujud selepas tahun 1951 di Malaysia.
Keadaan ini sangat berbeza dengan pendirian dan ketegasan UMNO yang sejak dari mula ditubuhkan pada 1 Mac 1946 tegas berjuang dan akan terus berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan sosial serta Islah melalui pegangan Ahli Sunnah Waljamaah, iaitu fahaman dan pegangan agama yang sederhana dari kumpulan majoriti di Gugusan Kepulauan Melayu Nusantara. Cuba anda baca dengan teliti Perlembagaan UMNO yang menegaskan bahawa:-
FASAL 3 ASAS DAN TUJUAN:
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan (kenegaraan) Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara (Doktrin Kepentingan Negara),
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan,
3.3 Menegak, mempertehan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormai prinsip kebebasan beragama,
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputra khasnya dan rakyat Malaysia amnya,
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tungal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu,
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada Hak-hak Asasi Manusia dan Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputra.
Pertelagahan dan pertentangan di antara PAS dan UMNO sebenarnya bukan atas perkara pokok atau persoalan akidah tetapi lebih kepada soal kulit atau kilafiah semata-mata. PAS mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Islam versi mereka tetapi negara ini adalah sebuah negara Islam sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sebab itu bila Dr Mahathir Malaysia negara Islam pada tahun 2002 tiada siapa yang membantah kecuali Karpal Singh. Apabila Hadi Awang kata PAS kini memperjuangkan Negara Berkebajikan pula, ia dengan sendirinya mengiiktiraf apa yang telah sekian lama diperjuangkan oleh UMNO dan BN yang menggunakan lambang DACING sebagai simbol KEADILAN SOSIAL dan menjjaga kebajikan rakyat.
Mengkafir dan menjatuhkan hukum sewenang-weang sesama umat Islam sangat besar dosanya disisi Allah SWT. Di hari baik dan bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama bermuhasabah, semoga Allah menampuni dosa-dosa kita yang telah lalu.
No comments:
Post a Comment