Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Thursday, 27 October 2011

PAS (Parti Islam Semalaysia) wajib ditukar kepada nama Parti Angguk Saja.



 PAS hnya pergunakan agama untuk Politik, tetapi tidak berani mempertahankan agama Islam itu sendiri.!


     


“Barangsiapa yang meniru syiar sesuatu kaum (bukan islam) maka dia dari kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud bilangan 4031. Musnad Ahmad ibn Hanbal, bilangan 5093)

Mufti perak pernah menegaskan hal ini. 


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpin, sebahagian mereka dalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Baragsiapa antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orag itu termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidakk memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim” Surah Al-Maidah ayat 51.


Meraikan perayaan kaum lain sama dengan meredhai kekufuran yang sedang menyaluti diri mereka.Islam tidak membenarkannya.
 Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah pula ada mengeluarkan fatwa, seperti berikut:
Dalilnya adalah: 
“Ikut merayakan hari-hari besar mereka adalah tidak dibolehkan kerana dua alasan”
1) Bahawa hal tersebut mengikuti ahli kitab, yang tidak ada dalam ajaran kita, dan tidak ada dalam kebiasaan salaf(yakni zaman Rasulullah, para sahabat dan tabi’in).
2) Kerana hal itu adalah bid’ah yang diada-adakan. Alasan ini jelas menunjukkan bahawa perkara itu sangat dibenci hukumnya, kerana menyerupai mereka dalam hal itu.


 

Apakah ini yang dimahukan oleh Pakatan Rakyat?? Nik Aziz diam terus membisu.
Ibn Taimiyyah menyatakan lagi: “Tidak halal bagi kau muslimin bertasyabuh(menyerupai) mereka dalam hal-hal yang khusus bagi hari raya mereka, seperti makanan, pakaian, mandi, menyalakan lilin, memberikan cuti dari bekerja dan beribadah ataupun selainnya. Tidak halal mengadakan kenduri atau memberi hadiah atau menjual barang-barang yang diperlukan untuk hari raya tersebut.
Ringkasnya, tidak boleh sama sekali melakukan sesuatu yang menyamai ciri mereka dalam syiar mereka pada hari kebesaran mereka itu. (Dalam Iqtidha Siratul Mustaqim, ditahqiq oleh Dr Nahir Al-‘Aql 1/425-426)
Ada juga hadith yang menyatakan larangan ini secara jelasnya, di dalam riwayat Abu Daud dengan urutan sanadnya menepati ciri-ciri Haidth Sohih Bukhari dan Muslim.

Ada seorang lelaki yang datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta pendappat kerana dia telah bernazar menyembelih haiwan di Buwanah(satu nama tempat). Maka Rasulullah SAW bertanya: “Apakah di sana(Buwainah) ada berhala, dari berhala-berhala yang disembah jahiliyyah?”
Lelaki itu menjawab: “Tiada”
Baginda bertanya lagi: “Apakah di sana merupakan tempat dilaksanakannya hari raya dari hari raya mereka?”
Dia menjawab: “Tidak
Maka Nabi bersabda: Tepatilah Nazarmu kerana sesungguhnya tidak boleh melaksanakan nazar dalam maksiat terhadap Allah dalam hal yang tidak dimiliki oleh anak adam”
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang kafir itu, nescaya mereka hanya akan mengembalikan kamu ke belakang(kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang merugi” Surah Ali-Imran ayat 149.





No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya