Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 18 October 2011

MENGENALI PAS



 Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.




PAS PARTI ATAU AGAMA

Apabila al-Quran dan al-Hadis diputar-belitkan, apabila Islam dieksploitasi dan dipolitikan, apabila fatwa disongsangkan, apabila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, apabila sesama Islam dipecah-belahkan, apabila kemungkaran disorok-sorokkan, apabila kebatilan diwar-warkan, apabila tabung jihad diselewengkan, apabila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut luar negara diperalatkan, apabila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, apabila air tawar dan selipar Nik Aziz dijadikan keramat, apabila kafir harbi DAP dijadikan teman memerintah negara, dan akhirnya apabila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan. Tidak sesatkah Pas dan masih dianggap Islam lagikah?



BRITISH MELULUSKAN PERLEMBAGAAN PAS
Pada masa Pas dilahirkan, pemerintah Malaya pada masa itu ialah penjajah (British) yang beragama Kristian. Orang Kristian manakah yang bersetuju kepada perjuangan bagi penubuhan sebuah kerajaan Islam yang boleh menggugat sistem kafir. Mereka meluluskan pendaftaran PAS kerana mereka (orang putih) sangat arif tentang sesuatu perjuangan (sebab itu mereka boleh perintah dunia); dan mereka yakin dengan adanya parti PAS nanti akan menjadi saingan sengit serta boleh menghancurkan parti Melayu Islam UMNO, yang secara langsung Melayu akan berpecah menjadi dua puak, dan secara tidak langsung Islam akan pudar.

 Dalam keadaan yang sama, British telah mengharamkan sebuah parti yang bernama “Hizbul Muslimin” yang ditubuhkan di Gunong Semanggol kerana British tahu yang parti ini akan benar-benar menghancurkan kapitalis mereka.

Pas hanya sebuah pertubuhan politik yang diasaskan oleh golongan yang kecewa daripada mendapatkan kedudukan jawatan. Kekecewaan ini menyebabkan timbullah satu gerakan perjuangan menentang UMNO bermula pada tahun 1951.

Parti ini mengambil nama ”Islam” kononnya bercita-cita memperjuangkan Islam sebagai matlamat perjuangan bagi mereka. Hasrat mereka bagi mendapatkan pengaruh di kalangan umat Islam (Melayu) bagi tujuan untuk memperolehi kuasa memerintah.
Persoalannya sekarang: Apakah Islam sebagai alat atau matlamat? Apakah matlamat Islam akan tercapai dengan hanya Islam diperalatkan oleh PAS.

Persoalan inilah yang menjadi punca perbalahan umat Melayu yang membawa kepada perpecahan yang serius yang memerlukan penerangan dan penjelasan sejelas-jelasnya supaya orang Melayu tidak tertipu dengan dakwaan songsang pihak pemimpin-pemimpin Pas yang melabelkan diri mereka sebagai “ulama” atau pejuang Islam.

Menurut falsafah politik bahawa setiap parti lawan adalah musuh, maka setiap musuh wajib diperangi. Cara menguasai kerajaan melalui demokrasi adalah menjatuhkan dalam pilihanraya. Untuk menjatuhkan lawan politik berbagai senjata digunakan termasuk senjata agama dan sehingga sanggup agama diperalatkan.
Dengan sebab menggunkan nama Islam kepada sesebuah parti maka ramai orang menjadi keliru. Mereka sanggup mengatakan; menolak Pas sama sahaja dengan menolak Islam. Menolak Islam boleh menjadi kafir dan murtad yang wajib diperangi – maka inilah jihad sekiranya mati dengan secara jihad ini sebagai mati shahid dan dijanjikan syurga.

Sebagai Contoh: Nik Abd. Aziz semasa beliau mengajar di masjid kampung Pulau Melaka telah mengatakan: “ Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid”.

Dakwaan ini menjadi pegangan yang kukuh di kalangan golongan fanatik Pas yang perlu ditangani dengan cermat kerana ia melibatkan persoalan akidah. Penjelasan dengan bukti yang kukuh berdasarkan al-Quran dan al-Hadis perlu dijelaskan secara terang agar akidah umat Islam tidak terpesong.

PAS BUKAN AGAMA

Menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam di Malaysia menagani persoalan ini dengan memperingatkan mereka bahawa memepralatkan Islam bagi tujuan untuk mendapatkan kuasa politik adalah salah dan mengaibkan agama Islam itu sendiri.

Perlu disedari bahawa PAS bukan AGAMA, tetapi Pas adalah sebuah parti politik yang bersandarkan dengan nama Islam sahaja. Barang siapa yang menyamai PAS dengan agama baik secara terang mahupun sembunyi, mereka adalah golongan sesat lagi menyesatkan. Sebagai contoh jika ada sebuah Bas diletakkan nama “ISLAM” pada Basnya, adakah orang Islam wajib menaiki Bas tersebut, dan tidak boleh lagi naik Bas lain? Tentu tidak, kerana itu nama sahaja demikian juga parti. Rasulullah tak pernah berjuang atas nama parti tetapi Rasulullah berjuang atas nama Islam.
Daripada Sabdaan Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ad-Dailamy dari saidina Ali k.w. : yang bermaksud:-

“Jangan kamu sekali-kali kamu mengqiaskan agama kerana sesungguhnya agama itu tidak boleh diqiaskan dan permulaan orang yang mengqiaskan itu ialah iblis”.

Dan firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 153 bermaksud: “Sesungguhnya inilah jalanku yang lurus (Islam) ikutlah dan jangan mengikuti jalan-jalan lain (yang boleh meneysatkan) . Maka akan terpisah kamu dari jalan Allah”. (terkeluar dari landasan perintah Allah). (Surah al-An’am ayat 153)

Nik Aziz atau Pas menganggap mereka sahajalah Islam dengan menuduh UMNO tidak mahu kepada Islam, ini adalah salah dan satu fitnah, serta tuduhan jahat PAS terhadap orang-orang UMNO malah lebih teruk lagi sehingga sanggup mengatakan; menyokong UMNO akan masuk Neraka.


ISLAM CIPTAAN ALLAH
Islam agama ciptaan Allah yang diturunkan kepada para Nabi sejak Nabi Adam a.s. sehingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengikut syariat masing-masing untuk seluruh umat manusia di muka bumi Allah. Sedangkan PAS adalah ciptaan manusia, dan hanya di bumi Malaysia khusus orang-orang Melayu yang menjadi ahli Pas sahaja. Lebih teruk lagi apabila mereka menganggap parti ciptaan mereka itu sebagai parti Islam sebenar.


DASAR ISLAM
Dasar yang disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah al-Quran dan al-Hadis (Sunnah) yang secara langsung menjadi pegangan umat Islam bagi mencapai kesempurnaan Iman dan Islam. Apa yang berlaku kepada Pas ialah ingin menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai Perlembagaan PARTI dan diperalatkannya untuk mencapai tujuan politik Pas bukannya untuk mencapai keredhaan Allah.
Saidatina Aishah r.ha pernah berkata bahawa. “Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah al-Quran” Persoalannya: Apakah akhlak pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong PAS baik dari segi percakapan dan perbuatan mereka mengambarkan al-Quran dan al-Hadis? Jelas terlau berbeza tingkah laku mereka jikalau dibandingkan dengan sifat Rasulullah s.a.w.. Dan ini juga memperjelaskan lagi bahawa al-Quran dan al-Hadis juga turut diperalatkan oleh Pas bagi mencapai tujuan politik mereka.

Amanah memperjuangkan Islam sebelumnya adalah dipikul oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat, pejuang-pejuang Islam dan seluruh umat Islam dalam menegakkan kalimah Allah, kini Pas mendakawa bahawa perjuangan Islam hanya pemimpin-pemimpin mereka, ulama-ulama mereka sahaja, dan ahli-ahli serta penyokong-penyokong mereka sahaja yang memperjuangkan Islam, malah sanggup menafikan hak orang lain dengan penuh sombong dan bongkak. Segala perlaksanaan Islam orang lain semuanya tidak betul belaka (kita tidak pernah dengar pemimpin Pas memuji kerja-buat Umno) malah dicaci sedangkan Pas tidak melakukan satu apa pun dan masih dianggap merekalah lebih ISLAM berbanding orang lain.

Asas dan matlamat perjuangan Islam adalah menegak dan mengukuhkan Iman dan Aqidah termasuk syariat, muamalah, munakahah merangkumi segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah. Malah bagi Pas tidak ada asas perjuangan yang kukuh mengenai persoalan Iman, Aqidah dan akhlak Islam. Bagi mereka semata-mata mahu (BERKUASA) tanpa melaui sebuah doktrin yang jelas sebagaimana yang ditunjuk pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu melalui ketegori: Individu Islam, Rumah tangga Islam, Masyarakat Islam, dan barulah Negara Islam. Tegasnya Pas tidak ada lansung matlamat perjuangan sebaliknya hanya memuaskan nafsu di samping mencari kedudukan, kekayaan sehingga agama Allah dijadikan urusan jual beli oleh mereka demi mencapai matlamat ini.

 Dan telah jelas bahawa pemimpin mereka semuanya telah menjadi kaya raya belaka.
Perjuangan Pas tidak melaui dakwah atau tarbiyah didikan Islam seperti yang dilaksanakan oleh para nabi khususnya Nabi Muhammad s.a.w. Yang jelas diperlakukan oleh Pas adalah dakyah (menghasut dan menanam sifat kebencian di kalangan ahli mereka terhadap pemimpin negara dengan menggelar gelaran yang buruk dan hina. Perbuatan mereka ini amat bertentangan dengan Islam yang sebenar.

ARAH TUJU ISLAM SEBENAR: seperti yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat seterusnya para-para ulama ‘ warassatun Anbiya’ adalah mengeluarkan manusia dari kejahilan ke jalan kebenaran secara mendampingi mereka dengan memberi nasihat secara sifat berlemah lembut dan memujuk hati mereka sehingga berjaya memikat mereka kepada Islam sebenarnya. Sebaliknya pendekatan Pas dengan memaki hamun, mengkeji caci, menghina dengan sikap kasar semata-mata untuk mendapat pengaruh dan penyokong Pas lebih kepada sikap ganas dan kasar kerana mereka dididik secara agresif oleh pemimpin-pemimpin mereka yang nyata bercanggah dengan kaedah Islam.

Dalam ceramah Nik Aziz di Padang Tembok, Pengkalan Chepa pada 3 Julai 1999 menjelaskan dan memberi pengertian bahawa Umno adalah kafir . Kalau tak masuk Pas dianggap menjadi kafir, apakah status orang-orang Islam yang jadi ahli Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia juga kafir? Kafirkah Anwar Ibrahim? Kafirkah Wan Azizah? Kafirkah Syed Husin Ali? Kamaruddin Jaafar pernah menjadi ahli UMNO sebelum menjadi ahli Pas dan bilakah beliau bertaubat?. Apakah status Kamaruddin semasa dia menjadi ahli UMNO – Islam ke kafir?

ANTARA PENYELEWENGAN PAS
Berikut dicatitkan sebahagian daripada penyelewengan PAS:

1. TAKSUB
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taksub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik jahat mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun pendapat orang lain itu benar sekalipun.

2. JUARA PERPECAHAN
PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam Malaysia. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

5. SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.

6. MENANAM PERASAAN BENCI
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti melatih dan mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.

7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA
Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke manakah wang tersebut dibelanjakan.

8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH
Penyelewengan PAS terhadap wang ‘Darul-Mal’ yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.

9. MEMBOHONGI JANJI
Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan.

10. JANJI KOSONG
PAS membuat janji kosong dalam kesemua pilihanraya mereka untuk rakyat Malaysia.

11. KENYATAAN PALSU & MEMFITNAH
Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri. Sebagai contoh yang menjadi kes Mahkamah; Arwah Bunyamin menuduh Tun Dr Mahadhir melihat filem lucah dengan cucunya

12. MAKSIAT DI KELANTAN
Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di Kelantan, di Kedah dan di Selongor. Terbaru Pelacur sedang bermahrajalela yang kebanyakannya berhampiran sempadan Thai seperti di Tumpat di Rantau panjang dan sebagainya.

13. MEPERMAINKAN DENGAN HUKUM HUDUD
Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan. Sedangkan hari memperingati Hudud di sambut pada setiap tahun.

14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN
Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS.

15. CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah, kaya raya, beristeri ramai, berumah besar dan memakai kereta mewah, sedangkan rakyat masih miskin.

16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN
Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu.

17. FATWA YANG MEROSAKKAN
Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini. Dan menyebabkan rakyat bertindak liar seperti Trajidi Maunah, Memali, Kumpulan Jundu-Llah dan sebagainya adalah berpunca daripada “AMANAT HAJI HADI”.

• PAS melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis Tilawah atas dasar suara perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik senator dan wakil rakyat perempuan mewakili PAS untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara.

• Pada tahun 1963: Dewan ulamak Pas Kelantan menyalah tafsirkan ayat al-Quran daripada maksud asalnya yakni surah Ali-Imran ayat 28: memutuskan satu hukum yang berunsur FATWA: “Orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir (berkongsi kuasa) memerintah negara kafir”. KESANNYA: Orang Melayu (Islam) yang menyokong UMNO terasa takut dan bimbang menjadi kafir atas penyalahgunaan ayat al-Quran.

• Pada tahun 1978: Dewan ulamak Pas Kelantan dalam perjumpaan mereka di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan iaitu sebaik sahaja Pas dipecat daripada BN telah menjadikan surah al-Maidah ayat 44, 45 dan 47 sekali lagi UMNO menjadi kafir: “Kerana orang UMNO menjadi kafir, zalim dan fasik kerana tidak melaksanakan HUKUM ALLAH”.

• Pada 24 September, 1980: Hj.Hadi Awang telah mentafsirkan ayat 251 surah al-Baqarah dengan menyatakan: “Dan jikalau Tuhan tidak menjadikan manusia itu bergaduh, bermusuh, berkelahi, nescaya akan rosaklah muka bumi”. Oleh kerana maksud sebenar di sebalik ayat ini tidak diperjelaskan dengan sebenar, menyebabkan pengikut Pas menjadi lebih berani bermusuh dengan Umno kerana ada hukum yang difahami oleh pengikut Pas bahawa: “ Tuhan Suruh Kita Bergaduh”. Bermula dari situ; Kesannya orang Pas berani bertindak ganas dan ingin menyerang serta berjihad dengan Umno kerana mendapat pahala.

• Pada tahun 1981 Hj. Hadi MENCIPTA HUKUM: yang paling kontroversi dan kemudian dicetak menjadi AMANAT HAJI HADI. Makksud hukum itu ialah “LAWAN UMNO/BN MATI SHAHID”. Kesannya : berlarutan sembahyang dua imam di Terengganu. Lebih serius lagi 19 Nov. 1985 “PERISTIWA BERDARAH MEMALI” yang mengorbankan 18 jiwa.

18. MENGHASUT
PAS menyuburkan perbuatan mengumpat. menghasut, mengelarkan orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memperlekehkan ulama yang tidak sebulu dengan Pas.

19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM

PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat paling besar dalam Asia, dan ini bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam.

20. BAHASA LUCAH
Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku ‘Shit’.

21. PENYALAHGUNAAN PONDOK
PAS telah mengguna pondok-pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh golongan pondol yang tidak bersetuju dengan golongan Wahabi mereka seperti Tahlil, Selawat dan sebagainya.

22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK
PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap Kerajaan BN. Pemimpin Pas juga masing-masing mendirikan sekolah rakyat tetapi anak-anak mereka tidak ditempatkan di situ, hanya dibiarkan anak-anak penyokong Pas sahaja yang belajar, kerana mereka tahu jika lulus sekolah rakyat mereka tidak dapat menghantara anak mereka ke mana yang lebih untu menjadi cerdik.

23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR
Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap pemimpin Islam dalam kerajaan BN.

24. ABAI TANGGUNGJAWAB
PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan orang lain.

25. PERLU TETAPI MALU
PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh kerajaan.

26. MENANAM KEBENCIAN
Buku-buku, risalah, buliten dan akhbar yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan BN bukannya pemberi input pendidikan. Yang paling populer; Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah.

27. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN
PAS menggunakan surau-surau atau masjid-masjid seperti membaca khutbah sambil menghasut pendengar agar menimbulkan kebencian kepada kerajaan BN sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan nikmat hasil daripada progran atau sistem yang dilahirkan oleh kerajaan BN.

28. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
PAS tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat sedanglan mereka juga telah memperolehi faedah yang banyak daripadanya.

29. MENGHASUT TENTANG SAHAM ASB/ASN
PAS memesongkan orang ramai dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalam ASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan BN sedangkan skim itulah yang boleh membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia. Yang menghairan pemimpin mereka telah melabur dalam saham tersebut.

30. HANYA PANDAI MENGKRITIK
PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik.

31. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH
PAS memerintah negeri Kelantan selama hampir 20 tahun tanpa sebarang perancangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.

32. TIDAK IKHLAS
Tidak menunjukkan keihklasan dalam perbincangan sama ada di DUN atau Parlimen.

33. TIDAK TETAP PENDIRIAN
Tidak konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala pendapat mereka menjadi sebaliknya.

34. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN
PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial.

35. KEBAJIKAN TERBATAS
PAS menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah.

36. PAS TIDAK PETRIOTIK
PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara.

37. KHURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN
PAS tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara bidaah/kurafat sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam Islam. Sebagai contoh mempamirkan air tawar Nik Aziz yang kononnya Keramat boleh menyembuhkan berbagai penyakit, sedangkan Nik Aziz dan keluarganya sendiri pergi ke Hospital apabila sakit.

38. KEPERCAYAAN SESAT
PAS mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan yang mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan memasuki syurga.

39. TIADA PERSEFAHAMAN
PAS membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan daripada sembahyang Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan.

40. TIDAK SERIUS DALAM HUKUM-HUKUM ISLAM
PAS tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah mungkar seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan memboikot sesama Islam.

41. MENGKHIANATI AMANAH
PAS menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk memerintah negara.

42. TIDAK MEMBERI KERJASAMA DALAM KEBAIKAN & KEBAJIKAN
PAS memandang rendah kepada Tabung Haji, tidak memberi kerjasama dalam urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat minoriti muslim dari negara-negara lain, bahkan pihak kerajaan Saudi mengiktiraf kebaikan Tabung Haji Malaysia.

43. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN
PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati peraturan Kerajaan Arab Saudi.

44. JEMAAH HAJI TERTIPU
Pemimpin PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas.

45. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM
Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam.

46. KEGONCANGAN DALAM POLITIK
PAS selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan, tetapi mereka sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka.

47. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN
Islam menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS tidak kelihatan berusaha secara bersungguh-sungguh untuk melindungi/menolong golongan tersebut.

48. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN
PAS mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam walaupun terhadap jiran yang kafir.

49. TIDAK JELAS PENDIRIAN

PAS tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah.

50. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN

PAS bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa sendiri seperti DAP/KeADILan sedangkan parti-parti ini memandang rendah kepada usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat Melayu.

51. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN
Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik mereka.

52. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN
PAS di peringkat awal pada zaman pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi dulu kelihatan terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi lebih agresif dan ekstrim.

53. MEMENTINGKAN SIMBOL
PAS hanya mementingkan simbol tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar masyarakat Islam.

55. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA
PAS melarang perempuan yang cantik bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya.

56. TIDAK JAWAB/MEMBERI SALAM PADA PENYOKONG UMNO
Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada orang Islam dari parti Imno.

57. PENYALAHGUNAAN SIMBOL
PAS meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan ibadat.

58. ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AL-QURAN
PAS membenarkan orang bukan Islam membaca al-Quran dan bertakbir di tempat ibadat Islam, sedangkan sesama Islam pun dilarang membaca al-Quran jika orang Islam itu berada dalam hadas besar.

SIAPA MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM DI MALAYSIA

Perlu diperjelaskan: “Siapa sebenarnya yang menjalankan sebahagian besar syariat Islam di Malaysia, sama ada “Ibadah, Munakahat dan Jinayat kecuali HUDUD yang belum dilasanakan sepenuhnya, hal ini berlaku bukan Umno menolak atau ENGKAR atau menganggap HUDUD tidak sesuai, bahkan sebaliknya atas alasan soal “KEMAMPUAN”.

HUDUD PAS

1. Sesungguhnya kewajipan melaksanakan hukum Allah adalah tertakluk kepada kemampuan. Tidak dibeban ke atas seseorang itu melainkan mengikut kadar kemampuannya (Sila lihat maksud ayat 233/286 surat al-Baqarah). Juga maksud hadis Nabi Muhammad s.a.w. ,”Apabila aku menyuruh kamu sesuatu, maka lakukanlah mengikut kemampuan kamu” (Riwayat Al- Bukhari, Muslim, An-Nasaai dan Ibn Majjah). Janganlah merancang sesuatu di luar kemampuan nanti tidak matang dan kecundang.

2. HUDUD Allah memang tidak boleh disangkal lagi: tetapi HUDUD PAS hanyalah suatu enakmen yang digubal oleh manusia yang tidak berotoriti. Menjaga identiti dan keluhan hudud Allah adalah kewajiban seluruh muslim. Hudud Pas ini tidak boleh diterima sebagai hukum Allah: kerana banyak acara hudud Allah yang asal diketepikan dengan begitu terang dan mudah.

3. Faktor kemapuan PAKAR PERUNDANGAN ISLAM, PENGHAYATAN SYARIAT UMAT. KEFAHAMAN ORANG YANG BUKAN ISLAM dan MAJORITI AHLI PARLIMEN mesti diambil kira sebelum HUDUD hendaklah dibawa. Hukum Allah (khususnya HUDUD) tidak boleh tegak ditengah-tengah umat Islam yang gawat dengan kejahilan, maksiat dan berbagai kelemahan. Kaedah usul feqah yang bermaksud, “Sesungguhnya menolak keburukkan mestilah didahulukan sebelum menarik kebaikan” mestilah diberikan perhatian.

4. Hukum Allah kalau tidak lengkap jangan cuba dipermainkan untuk kepentingan; kerana ia merupakan hak dan tugas muslim keseluruhan. Sesungguhnya menjaga kepentingan maruah dan identiti Islam lebih utama daripada segala kepentingan. Kita perlu menentang sesiapa juga yang cuba menggunakan agama untuk kepentingan mereka.

59. MELAKNAT ORANG LAIN
Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 dan diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

60. MELAKUKAN ACARA AGAMA BUDHA,
Wakil Raja Bhumibol temui Nik Aziz di Wat Pikulthong
TUMPAT, 11 Nov 2008 – Satu majlis bersejarah dapat disaksikan di sini apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.

61. KEHADIRAN NIK AZIZ DALAM MAJLIS PERLANTIKAN WATIKAH
YAB Nik Aziz menghadiri Majlis penyerahan watikah perlantikan sami Budha di Wat Uttamaran dalam bulan Mac 1995

62. ULAMA MESTI MENTADBIR NEGARA
“Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

“Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

o “Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

o “Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

o “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” – Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

o “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
o “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

 “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

 “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

 “Islam di bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

 “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.


HUJAH PENOLAKAN

PAS telah mengisytiharkan bahawa bumi atau negara ini mestilah diperintah oleh para Ulama. Sedangkan Allah telah berfirman secara jelas:
Maksudnya: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh” (yang layak untuk memerintah). (Ayat 105 surah al-Anbiya’)

Ayat di atas ini, boleh difahami melalui Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang berikut:
Maksudnya: Ulama itu pemegang amanah rasul-rasul selama mana mereka tidak mencampuri urusan pemerintahan dan urusan keduniaan, tetapi sebaliknya jika mereka mencampuri urusan pemerintahan dan keduniaan, maka mereka itu telah mengkhianati para rasul. Oleh itu hendaklah kamu semua awasi mereka atau lari daripada mereka. (Hadith riwayat al-Baihaqi dan al-Uqaili daripada Anas ra. Hadith Hasan)

KESIMPULAN

Kalau hujjah yang saya berikan di atas ini masih dianggap Pas tidak ajaran sesat, maka semua ajaran sesat lain seperti ajaran Ayah Pin dan sebagainya juga tidak sesat, kerana ajaran mereka lebih ringan berbanding dengan ajaran Pas yang sebahagiannya dipaparkan di sini.

1 comment:

Darah Satria said...

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan ditolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri dari segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya