Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Thursday, 13 March 2014

Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370



Kecoh seluruh dunia ,mengenai sebuah pesawat MAS yang dikesan telah hilang dari radar.

Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014.

Flightradar24 / AFP PHOTO HANDOUT

MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.


Majority  penumpang dalam pesawat berkenaan adalah terdiri dari warganegara China.


Peristiwa ini menjadi suatu perkara yang begitu pelik kerana MAS diantara pesawat terbaik didunia yang dilengkapi sistem alatan canggih. Mana mungkin pesawat yang canggih dan dipandu oleh juruterbang yang berpengalaman  boleh hilang begitu sahaja tanpa dikesan?


Bila melihat kepada situasi ini,inilah masa yg terbaik utk Amerika masuk melintasi sempadan Asia tenggara,, 
CIA bantu dlm kes ini... Jika dikaitkan dgn pengganas,, negara berdepan tekanan besar.


Namun diberita-berita pro barat, kehilangan ini dikaitkan dengan pengganas.



Dan kenapa laporan Interpol berubah setelah wajah suspek yang menggunakan  passport palsu berjaya dikesan??

Kerana suspek tersebut dilihat memakai rantai salib bukan?

 Mungkin jika suspek tersebut memakai serban, jubah, sudah tentunya Interpol akan mengaitkan dengan pengganas. tetapi kita perlu tahu, situasi dalam negara amat berbeza dengan ditanah besar Arab.

Selepas gambar cctv didedahkan kepada media, Interpol  membuat pengumuman suspek terbabit tiada kaitan dengan pengganas dan percaya mereka menjadi mengsa pemerdagangan orang...
Mungkin mereka juga secara kebetulan menaiki pesawat ini, dan rampasan pesawat melalui udara berlaku. Secara tak disengajakan, mereka menjadi mangsa keadaan..? wallaualam..


Lihat semula insiden WTC di Amerika.siapakah yang menjadi mangsanya? 



Jika WTC dijadikan sandaran dan bahan utk menyerang Afghanistan  dgn dikaitkan pengganas, tak mustahil agenda yg sama digunakan ketika kehilangan MH370 ini..Pengganas Islam dikatakan bertanggungjawab diatas insiden serangan 11 September 2001.

 Insiden WTC ini berlaku di Amerika sendiri dimana situasinya jauh berbeza dengan situasi yang berlaku hari ini.. Dalam serangan WTC, suspek yang dikatakan terlibat adalah Al-Qaeda, namun ianya kurang bukti untuk mengaitkan mereka dgn serangan pengganas. tetapi di Malaysia, kerana pendedahan 2 individu yang menggunakan passport palsu terbabit dimana salah seorangnya memakai rantai salib, tuduhan pengganas itu perlu digugurkan dari laporan Interpol sendiri.



Insiden WTC, yang menjadi mangsa adalah rakyat Islam Iraq.
Apakah situasi yg sama juga dilihat bakal berlaku dgn meletakkan China sebagai sasaran.. 

Soalnya kenapa China ?? 

Sejak dari awl tahun 2014 lagi, hubungan ketegangan diantara US dan China tidak begitu baik.. Laporan-laporan media barat juga banyak menyebut mengenai peperangan diantara US & China..


Salah satu news  ini datang daripada CNN 


http://www.rense.com/general38/conflict.htm

Kenapa CIA begitu berkeras mahu membantu dalam misi mencari pesawat ini dan kenapa media barat terutamanya Amerika kerap kali menyelar China.



US cuba menimbulkan ketegangan dan mensabitkan China sebagai sasaran...
Jika  pesawat ni akhirnya diletup atau terhempas... China akan menuntut bela atas kematian rakyatnya.. Amerika juga akan menggunakan platform sebagai  FBI & CIA konononya utk menyekat serangan pengganas...

MAS Malaysia yang menjadi kambing hitam.
Dalam pada masa yang sama, media barat melaporkan militan dari pengganas China yang bertanggungjawab sama seperti halnya menggunakan nama Al-Qaeda di Iraq yg dijadikan sasaran.

Militan ini dikatakan bertanggungjawab diatas kehilangan pesawat MAS MH370 namun dinafikan China.




" Chinese Martyrs’ Brigade "

http://hollywoodlife.com/2014/03/10/chinese-martyrs-brigade-missing-plane-malaysia-responsibility-flight-mh370/

Dlm mana-mana tragedi peperangan sebelum ini... kambing hitam itu yg penting dlm misi  agenda peperangan. Lihat  serangan WTC, pekerja disitu yang menjadi mangsa......
baca sejarah... anda akan ketemui jawapannya.


 Lihat juga situasi ini.
Kerajaan Malaysia mengesan radar di Selat Melaka.. dlm masa yg sama, beberapa orang membuat laporan di kawasan pantai timur dr lokasi yg berbeza.., system pemantauan traffic seperti diceroboh.

Lihat video dibawah, laluan radar seperti di hack.


 Mungkin bila dibuat petunjuk flight disitu.. operasi bantuan akan dikerah kesitu.. makanya.. kuasa-kuasa besar seperti Amerika turut memasuki perairan Malaysia dan secara tak langsung perairan negara telah diceroboh dengan menggunakan alasan misi bantuan pencarian..



Apakah pesawat ini telah dirampas melalui ruang udara dengan memutuskan segala sistem talian komunikasi masuk dan keluar serta radar pengesan? Apakah pesawat telah disembunyikan dilokasi rahsia akibat rampasan yang berprofile tinggi ini? 


Satu hal lagi bila difikirkan mengenai pesawat yang dikatakan dikesan radar disekitar selat  Melaka dan dikatakan berpatah balik, Mungkin ada kemungkinan yang jarang difikrkan kita semua.

Semasa flight hilang dari radar pada jam 2.40 pagi, negara-negara seperti China & Japan juga mempunyai unit kawalan trafik dinegara mereka. Jadi untuk menghilangkan kesan pesawat ini menuju ke Timur adalah dengan berpatah balik kebarat, tapi tidak memasuki ruang udara Malaysia..
Mengapa??


 Jika hal ini disahkan oleh MAS & DCA sendiri dengan beberapa pengesanan radar seperti gambar dibawah.. apakah perlunya pesawat ini menuju kelokasi yang mempunyai radar pengesan bagi negara-negara yang berdekatan?






Jalan yang mudah adalah dengan memasuki kawasan yang tiada pengesanan radar.. dimanakah ia lokasi itu? 

Indian Ocean.


Dimanakah pesawat tersebut perlu dibawa dan disembunyikan adalah bergantung kepada jumlah bahan api yang mencukupi.


Adakah disini lokasinya pesawat tersebut disembunyikan??



Tahukah anda dimana lokasi ini??

2000 km dari jarak Benua India
4500 km ke Tanah Arab
3500 km ke Benua Afrika
3500 km jarak ke Nusantara
5000 km jarak ke Benua Australia

Ingin tahu?? kita rahsia dulu..


Kenapa setelah negara-negara yang membantu dalam misi ini  beralih perhatian pada kawasan Indian Ocean dan seketika itu juga, pegawai dari US menyatakan menerima isyarat pesawat MH370 ini?

http://www.bbc.com/news/world-asia-26572172

kenapa US tidak mengeluarkan arahan atau isyarat ketika pesawat itu hilang dari radar disekitar Laut China Selatan setelah hampir 3, 4 hari yang lalu?

Adakah ini dilakukan kerana tidak  mahu  misi bantuan dari negara-negara serantau yang mencari pesawat ini menuju kesini??


Renung punya renung, akhirnya saya  temui beberapa jawapan lagi berkaitan hal ini.

Masih ingatkah kita terhadap rundingan TPPA ??

TPPA ini dibuat dari tahun lepas..

Sebenarnya, rundingan TPPA ini adalah salah satu agenda Amerika dan pihak barat meluaskan kawasannya secara tak langsung dirantau Asia Pasific.

Tun Mahathir dapat menghidu gerak kerja mereka sebab itu ditentangnya habis-habisan..



Antara negara yang terlibat dalam perjanjian TPPA ini.

Amerika, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Singapura, Vietnam, Jepun, Brunei, Malaysia, Australia & New Zealand.


Kerana telah  mendapat beberapa tentangan dari beberapa negara jadinya agenda ini tergendala buat sementara waktu.

Cuba lihat, kenapa China dan Rusia tidak terlibat dengan TPP ini? Adakah TPP ini hanya sebuah rundingan biasa atau ada sesuatu agenda?


Namun pada awal bulan Mac 2014, berlaku insiden kehilangan pesawat MAS MH370 di lokasi Laut China Selatan menuju lokasi Vietnam dimana lokasi ini diantara lokasi  TPPA yang direncanakan.


Namun kehilangan pesawat ini menimbulkan misteri seluruh dunia kerana radar tidak  dapat dikesan dan juga tiada sebarang komunikasi yang berhubung setelah lebih masuk 6 hari (setakat ditulis).

Bukankah Amerika mempunyai sistem komunikasi tercanggih dunia? menghilangkan pesawat dari radar dan menyekat sebarang komunikasi juga boleh dibuat dengan sistem perisikan..
Bukankah mereka juga mencipta beberapa pesawat tanpa juruterbang dan tak dikesan radar?




Kenapa dalam laporan Washington Times menekankan tentang perairan Laut China Selatan??



Zon lokasi Laut China Selatan menjadi perhatian pihak barat untuk menguasai seluruh rantau Asia Pasifik.

Mungkin jika pelan menguasai Asia Pasifik dengan TPP ini tidak berjalan, plan seterusnya perlu digunakan.
Apakah kehilangan misteri pesawat MH370 ini salah satu agenda tersusun rancangan dari kuasa besar negara itu?



Apakah benar serpihan serpihan yang dilihat ini adalah  serpihan dari pesawat yang dilaporkan hilang seperti yang dilaporkan media China atau hanya satu jalan untuk Amerika masuk ke perairan di negara itu?



Adakah ini secara kebetulan atau adanya suatu rancangan disebalik campur tangan kuasa-kuasa besar dunia?



Apakah misteri dan pengakhiran ini bakal berlaku dengan sebuah tragedi yang menyayat hati disebalik percaturan konspirasi dunia hari ini??


Saya tidak meminta anda mempercayai sepenuhnya hasil penulisan saya ini kerana ianya adalah pendapat dari seorang Marhaen biasa yang tiada apa-apa kelayakan sehingga mampu berfikir ke tahap menteri bak kata seorang wanita UMNO terbabit  terhadap saya.. tak mengapalah...


Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Wednesday, 5 March 2014

Rahsia tersirat disebalik pembinaan Jambatan Pulau Pinang.



 Sebelum nak memulakan mukadimah mengenai ulasan yg panjang tentang jambatan ke-2 ini.. adalah lebih baik utk saya memperincikan kaitan perihal sejarah pembinaan jambatan yang pertama dahulu.

 

Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang

Kebanyakkan idea-idea yang ditulis oleh Tun melalui buku tulisan  Malay Dilema diguna pakai sewaktu pentadbiran Tun Razak.

Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya.
3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad


Rancangan pembinaan jambatan yang kedua ini pula berlangsung pada tahun 2005, P.Pinang ketika itu masih diperintah oleh BN yang diterajui PakLah selepas Tun bersara.


Namun, regim DAP cuba membatalkan perlaksanaan jambatan ini melalui tindakan mereka yang mahu membina terowong.Tahukah kamu kenapa DAP anak didik PAP ingin membina laluan terowong pada Pulau Pinang ??

Tahukah juga  kamu kenapa pembinaan jambatan ini sangat perlu?
Pertamanya kerana perhubungan diantara tanah besar dan tanah kecil yang dikenali sebagai sebuah pulau.. namun hakikatnya sedarkah anda apakah yang dimaksudkan perhubungan?

Bila tiada perhubungan, makanya wilayah terbabit akan menjadi sebuah pemerintahan sendiri atau dikenali sebagai "autonomy" jika wilayah itu dikuasai oleh pemerintah yang berbeza.


Proses pecah dan perintah ini dilakukan oleh penjajah yang sudah lama memisahkan tanah Melayu yg kini dikenali seperti  Phillipines, Japan, Taiwan, Singapore, Kemboja, Thailand dan gugusan Nusantara yang serantau.

Proses autonomy lebih mudah  pada tanah yg terputus hubungan dengan tanah-tanah  besar. Lihatlah pada Singapura yang sudah terlepas ketangan PAP. Lihat juga sejarah kejatuhan terlepasnya Pulau Batu Putih pada Singapura walaupun pada asalnya pulau itu adalah milik Malaysia..


Lihat pada kelemahan sistem pentadbiran negara bagaimana boleh terlepasnya Pulau Batu Putih ketangan Singapura.

Kerana kehilangan dokumen penting sejarah,

Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos1824 




Surat kebenaran yang telah diberikan oleh Temenggung dan Baginda Sultan Johor kepada pihak Inggeris di Singapura untuk membina Rumah Api Horsburgh pada 25 November 1844 juga membuktikan penguasaan dan kedaulatan Kesultanan DiRaja Johor di perairan tersebut.

Mengikut surat kebenaran tersebut, pembinaan serta operasi rumah api telah dibenarkan 'berdekatan dengan Titik Romania' atau di mana-mana yang bersesuaian.


Mungkin kerana kerajaan selepas era Tun M dan  kesultanan Johor tidak mementingkan perihal sejarah ini lagi, sebabkan itulah kehilangan-kehilangan dokumen rasmi seperti ini tidak lagi menjadi perhatian..

Tun menyedari akan perkara ini, sebab itulah perancangan rapi dibuat untuk membina Jambatan bengkok.
Tahukah kamu rahsia tersirat disebalik pembinaan jambatan bengkok?

Dr M:Teruskan pembinaan jambatan bengkok

Let's read apa yg telah didedahkan oleh saya sebelum ini.

http://darah-satria.blogspot.com/2011/06/surat-terbuka-mahathir-jambatan-bengkok.html

Itulah sebabnya  Singapura memberi berbagai-bagai alasan dan cuba membatalkan projek ini.



Kedudukan Pulau Batu Putih ini lebih dekat dengan wilayah Malaysia yang hanya cuma terletak 7.7 batu nautika dari Johor berbanding 25 batu nautika dari Singapura..

Namun selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan negara, pembatalan projek tersebut berlaku.


Pada 12 April 2006, PM Malaysia yang ke-5 berucap:

“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.”



Perbalahan antara Tun Mahathir dan Tun Abdullah juga tegang seketika selepas pembatalan ini.



Wilayah ini menghadapi pertindihan antara Singapura dan Malaysia sejak 1979 yang mana Malaysia menerbitkan peta yang memaparkan batuan ini berada di dalam sempadannya

Lagi satu kelemahan sistem pentadbiran negara apabila pihak tertentu sendiri yang tidak bijak memainkan peranan.

Menurut pendapat pakar maritim, Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca bukan sebuah pulau tetapi batu. Pakar maritim Datuk Dr Abu Bakar Jaafar memberi pendapat pulau didefinisikan sebagai kawasan semulajadi yang lebih tinggi dari laut dan dikelilingi air serta boleh menampung habitat secara semulajadi. Pulau Batu Puteh menurutnya bukan pulau kerana menurut definisi Artikel 121 Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS), batu yang tidak boleh menampung habitat manusia atau ekonomi sendiri tidak mempunyai zon esklusif ekonomi.

Mungkin kerana statusnya Pulau berkenaan dinamakan tak ubah seperti sebuah batu yang tidak boleh menampung habitat semula jadi, atau tidak mempunyai zon esklusif ekonomi, maka dengan itu mereka tidak berminat nak ambil tahu tentangnya kan?

Bagi Singapura pula, mereka tidak mementingkan status samaada ianya sebuah batu atau  kayu sekalipun, apa yang mereka pentingkan adalah perluasan sempadan wilayah..

Sebab itu, Singapura terus membuat tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980 apabila Singapura mengemukakan nota bantahan kepada Malaysia menuntut pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayah berdaulatnya.


Kerana pembatalan jambatan tersebutlah jugalah yang menyebabkan Pulau Batu Putih ini jatuh ketangan Singapura dan masuk kesempadan negara itu,


Sebarang idea yang datang dari Tun M bukanlah sebuah idea yang biasa.. jadi janganlah nak berlagak sombong sangat dan melawan cakap orang-orang yang lebih bijak dan berpandangan jauh..




Pulau Batu Putih hak Singapura

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca,

Mungkin kerana Kesultanan Johor juga  tidak mementingkan kedudukannya pada masa hadapan, atau juga tak ambil kisah dengan sebarang kaitan Sejarah, dengan itu tuntutan keatas hak milik Pedra Branca (Pulau Batu Putih) juga tak ambil peduli.

Itulah perlunya betapa kepentingan sejarah, Sejarah perlu ditekankan dengan lebih mendalam dan kerajaan perlu memainkan peranan. Jangan lupa pada sebuah pepatah yang berbunyi:

Jika hendak merosakkan tanaman, racunlah akarnya,
Jika hendak merosakkan bangsa, racunilah sejarah mereka.



Legasi wawasan 2020 yang dibawa Tun juga tidak lagi diberikan perhatian, malahan  konsep Islam Hadhari & Transformasi pula yang menjadi agenda utama selepas era pemerintahan beliau.

cerita mengenai ini belum lagi habis..

sementara menunggu sambungannya, anda bolehlah membaca apa ditulis  pada link dibawah.

http://darah-satria.blogspot.com/2012/10/agenda-singapura-mahukan-semula.html



- bersambung bahagian ke-2 -

Wednesday, 22 January 2014

Kegagalan Najib Razak menurut Tun Daim



  

 1- Isu kenaikan harga barang kerana kerajaan gagal mengawal. 

2- Isu kenaikan harga tol. Kerajaan sepatutnya mengkaji perjanjian yang lama utk dilanjutkan bukan menaikan kadar. 

3- Isu pengurangan Subsidi yg selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara. Terlalu banyak wang dibelanjakan untuk perkara yang tidak patut dan tidak memberi pulangan yg baik kpd rakyat dan negara. 

4- Kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi harga barang. 

5- Menteri-Menteri tidak pandai menerang dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan rakyat. Buatkan rakyat marah. 
6- PM selaku menteri kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara. 

7- Ketika negara dilanda bencana banjir. PM dan ada juga menteri-menteri yang bercuti di luar negara. 

8- Tun meramalkan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan ketika ini atau di dalam keadaan yang sebegini rupa. 

9- BN masih kuat dan memerintah kerana masih mendapat sokongan orang Melayu. Sepatutnya Melayulah yang perlu mendapat lebih manfaat daripada pemerintah. 

10- Perbelanjaan besar dalam perkara-perkara 'mengambil hati' kaum Cina adalah kerja yang sia-sia dilakukan PM kerana mereka masih dan tidak akan menyokong kerajaan BN. 

11- Tun juga persoalkan kenapa Melayu tidak dijaga. 

12- Terlalu mengikut kehendak para penasihat dalam menentukan dasar yang akhirnya merugikan Melayu. 

Kerajaan UMNO dibawah pimpinan PM tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dlm pemerintahan negara pada PRU akan datang. Polisi dan tadbirurus negara oleh Kerajaan UMNOBN ternyata gagal memberikan kesan yang baik kepada rakyat malah rakyat berdepan dengan peningkatan kos sara hidup yang membebankan. UMNO ternyata GAGAL memperjuangan nasib orang melayu tetapi orang Melayu terus diperbodohkan demi menyelamatkan kuasa dan kemewahan Pemimpin UMNO. Orang Melayu harus sedar bahawa UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi mempergunakan Melayu untuk kepentingan dan survival Pimpinan UMNO untuk terus berkuasa dan memperkayakan diri,keluarga dan kroni mereka.

Thursday, 19 September 2013

Agenda Yahudi hancurkan negara Islam.



Yahudi mendirikan pusat Studi Islam untuk melatih ejen-ejen perisikan untuk menyusup ke dalam masyarakat islam. Tahun 1822 didirikan "Society Asiatic of Paris, di Paris". Tahun 1823 Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland didirikan di Inggeris; Tahun 1842 American Oriental Society, didirikan di Amerika; Tahun 1916 University Of london mendirikan School Of Oriental Studies sekarang menjadi SOAS (School of Oriental and African Studies).

Ejen-ejen Orientalis itu dihantar ke negara-negara Islam dan untuk menyamar sebagai Ulama. Di antara TOKOH-TOKOH orientalis dari Yahudi dan Kristian yang menyusup ditengah-tengah umat islam adalah Mr. Hempher (Syaikh Muhammad Majmui) pada tahun 1710 dihantar oleh British ke Mesir, turki, iraq, hijjaz dan sekitarnya.
http://intellibriefs.blogspot.com/2012/10/memoirs-of-mr-hempher-british-spy-to.html?m=1

Mr. Christiaan Snouck Hurgronye (Syaikh Abdul Ghaffar) 1857-1936) di Aceh dan Nusantara. http://en.wikipedia.org/wiki/Christiaan_Snouck_Hurgronje.


                                      

Duncan Black MacDonald (1863-1943) dihantar ke Amerika dan menjadi rujukan cenderakawan Islam dari seluruh dunia  . 

 


http://www.bu.edu/missiology/missionary-biography/l-m/macdonald-duncan-black-1863-1943/





WAHABI satu konspirasi menjatuhkan Islam dari dalam!! Apa itu WAHABI? Wahabi adalah satu fahaman yang diasaskan Oleh Muhammad Bin Abdul Wahab. Fahaman ini dinisbahkan atas nama bapaknya Abdul Wahab kepada WAHABI, Tidak kepada namanya sendiri kepada Muhammadi. ini kerana kesepakatan Ulama supaya Umat Islam tidak keliru dengan Fahaman yang dibawa Oleh Muhammad bin Abdul wahab dan Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Muhammad bin Abdul Wahab adalah orang yang Lemah Ingatan dan Gagap. Ayah dan Abangnya sendiri menganggap beliau tidak siuman. Muhammad bin Abdul wahab sangat terpengaruh dengan ajaran Ibnu Taimiyah yang mengasaskan fahaman Mujasimmah. kemudian dia mengembara dan belajar di BASRAH. berguru dengan Syaikh Muhammad Al-Majmui iaitu Mr. Hempher. Beliau adalah seorang yang pakar bahasa Arab, turki, parsi dan telah lama mempelajari islam. Mr. Hempher merasuah Muhammad bin Abdul Wahab dengan hadiah Mutaah 2 orang ejen perempuan Yahudi yang menyamar sebagai muslimah. Maka dengan Mudah Yahudi mengatur untuk mengajar Muhammad Bin Abdul wahab tentang fahaman yang baru yang sesuai dengan rancangan yahudi. Dengan ajran yang baru itu, Muhammad bin Abdul Wahab kembali ke kampungnya, Namun ditentang dan diusir oleh bapaknya seorang Ulama Sunni (Ahlus Sunnah Wal Jamaah)


 Kerjasama Yahudi, Keluarga Al-Saud dan Golongan Wahabi membentuk kerajaan Arab Saudi. Selepas diusir oleh ayahnya, muhammad bin Abdul Wahab menyambung terus menyebarkan ajarannya itu ke seluruh Najd. Perjuangan yang disebarkan oleh muhammad bin Abdul Wahab itu dipantau oleh Mr. Henpher dan disokong oleh kerajaan British. Muhammad Bin Abdul Wahab membawa misi Yahudi kepada pemimpin-pemimpin Arab. Pada Tahun 1747 Muhammad Bin Abdul Wahab bertemu dengan Muhammad bin Sa'ud, dia adalah keturunan Yahudi. Maka bergabunglah Muhammad Bin Abdul Wahab dengan Muhammad bin Sa'ud untuk mengembangkan ajaran wahabi.



 Diantara ajaran wahabi ialah, Siapa yang tidak ikut wahabi di anggap SESAT, KAFIR, HALAL DARAH dan HARTANYA DIRAMPAS. Dengan fatwa Wahabi Ini, Maka orang-orang yang tidak ikut dengan Wahabi akan dibunuh dan hartanya dirampas. Kaum Wahabi melancarkan Perang didalam dan diluar wilayah Najd, seperti Yaman, Hijjaz, daerah sekitar Syria, dan Iraq. Mereka membantai 300 lelaki wilayah kota Al-Ahsa dan merampas harta milik mereka. Pasukan Muhammad Bin Sa'ud dan Muhammad Bin Abdul Wahab terus melakukan kekejaman keseluruh Arab.

Siapa yang Taat kepada ajarannya Wajib berBai'at, bila melawan Wajib dibunuh dan harta miliknya dirampas. Diantara Umat Islam yang paling banyak dibunuh oleh pasukan ini adalah, Keturunan Rasulullah SAW.

Namun ada diantara keturunan Rasulullah SAW yang sempat melarikan diri ke Malaysia dan Indonesia



                                                       
 Peninggalan Rasulullah SAW dimusnahkan supaya Umat Islam tidak lagi membesarkan Rasulullah SAW dan keturunannya. Pada Tahun 1793 Muhammad Bin Abdul Wahab meninggal dunia, Namun ajaran Wahabi semakin mengembang dengan sokongan keluarga Muhammad Bin Sa'ud dan British atau Yahudi. Dinasti As-Sa'ud dan golongan Wahabi terus meluaskan jajahannya hinga pada tahun 1912, berjaya menguasai seluruh Najd. Yahudi mencetuskan Rovulusi Arab untuk menjatuhkan Empayar Islam Usmaniyyah Ketika pemimpin Empayar Usmaniyyah telah diserang oleh Penyakit Al-Wahan.

 Agenda Yahudi seturusnya ialah menghapuskan pemerintahan para syarif Makkah yang bertindak sebagai penjaga Haromain. Yahudi melantik satu ejen Yahudi untuk masuk kedalam bangsa Arab. Ejen ini ialah Sainstis yang menguasai 6 bahasa Dunia, termasuklah bahasa Arab. Yahudi mengesan siapakah Tokoh Bangsa Arab yang Inginkan kekuasaan. Ditemukan tokoh Sherif Hussin, wakil empayar Usmaniyyah di haromain. Yahudi berjaya menghasut dan menipu Sherif Hussain untuk membebaskan diri dari Empayar Islam Usmaniyyah. Yahudi menaburkan semangat Nationalism untuk menentang Bangsa Turki dan memimpin empayar Islam Usmaniyyah.

Perhubungan antara Yahudi dan Sherif Husain sangat rapat, Bahkan menjadi kawan karib putranya yang bernama Amir Faisal. Amir Faisal berpaling tadah dan memihak kepada Britain, sejak dari itulah kerajaan Arab jadi Tali barut Britain. Atas nasihat Yahudi, Sherif Hussain mengirim surat rahsia, untuk memohon bantuan tenteran British dengan menjanjikan Sherif Hussain sebagai tentera bagi seluruh wilayah Arab, maka mudahlah Yahudi mencatur keluarga ini untuk mengagih-agihkan wilayah-wilayah sesuai dengan perancangan Yahudi. Pada Tahun 1915 Britain mula menduduki kawasan Iraq, akhirnya pada tahun 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Pada tahun 1918, tentera Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Usmaniyyah, iaitu Istanbul.

 Perjanjian Faisal & Weizmann ditandatangani pada 3 januari 1919 dalam persidangan Paris. Weizmann adalah prasident Pertubuhan Zionis Dunia. Selepas perjanjian itu, Weizmann menjadi Prasident pertama dinegara Israel. Iraq diserahkan kepada Amir Faisal, Jarussalam atau Palestin diserahkan kepada Kristian, Baitul Maqdis diserahkan kepada Yahudi.


Pada Tahun 1922, setelah tamat perang dunia pertama, persidangan diadakan. Hasil persidangan, Sistem khilafah Islam di Tamatkan. Kedua, Khalifah dibuang keluar negara. Ketiga, Harta Khalifah dirampas. Keempat, kerajaan Turki Baru ditubuhkan atas dasar Sekular dibawah pimpinan Mustafa Khamar.

Negara-negara jajahan Turki usmaniyyah di ambil Alih sebagai jajahan British, prancis dan itali. Yahudi Melantik Wahabi sebagai Penguasa Haromain Setelah kejatuhan Empayar Usmaniyyah, Negara-negara kecil seperti Kuwait, Yaman, dan lain-lain diserahkan kepada khabilah-khabilah yang dipilih oleh Yahudi. Negara-negara kecil itu, semua tertakluk kepada jajahan British, Prancis dan Itali. Janjinya kepada Sherif Hussain untuk mengangkatnya sebagai penguasa seluruh Arab hanyalah janji Kosong. Sherif Hussain hanya mendapat kerajaan Jordan yang kecil dan miskin. inilah balasan bagi pengkhianat Islam. Pada tahun 1925 keluarga As-Sa'ud berjaya menawan Kota Suci Makkah daripada Sherif Hussain.

 Pada 10 Januari 1926 Abdul Aziz As-Sa'ud ditabalkan menjadi Raja Hijjaz di Masjidil Haram, Makkah. Pada tahun 1932 setelah menguasai sebahagian besar semenanjung Arab, Ibnu Sa'ud menamakan tanah gabunggan hijjaz dan Najd sebagai Arab Saudi. Abdul Aziz ibnu Sa'ud kemudian menabalkan dirinya sebagai Raja Arab Saudi dengan sokongan Pihak British. Fahaman Wahabi menjadi Agama Rasmi Arab Saudi dan dikembangkan ke seluruh dunia.


 Mengapa Yahudi Mencipta Wahabi?

1) Yahudi sangat Faham, kerana kekuatan umat Islam adalah pada kekuatan Rohnya yakni Rohnya sangat kenal Cinta dan Takut kepada Allah SWT, oleh kerana itu Umat islam mesti dipisahkan dari Allah.

2) Yahudi sangat faham, bahawa kehebatan Umat Islam kerana berjaya menghubungkan kekuatan Roh dan kehidupan Lahir. Maka keyakinan adanya kuasa Roh dalam kehidupan Lahir itu mesti dihapuskan.

3) Yahudi sangat Faham, Bahawa Kunci Kemenangan Umat Islam adalah kerana Adanya Bantuan Ghaib dari Allah SWT, maka Yahudi menghapuskan keyakinan Umat Islam kepada Perkara Ghaib Itu. Ulama Sufi dan Tarikat yang mempunyai karomah dikatakan SESAT dan SYIRIK.

 4) Yahudi tahu, bahawa kekuatan Islam adalah kepada Pencintaan Umat kepada Rasulullah SAW, Ahlul Bait, dan Para Sahabat Baginda SAW. Maka segala peninggalan atau amalan boleh meyuburkan kepencintaan itu diMUSNAHkan dengan alasan Bida'ah, khurafat, dan Syirik serta lain-lain alasan yang diada-adakan.

5) Yahudi sangat faham Selemah-lemah Umat Islam, Mereka sangat fanatik agama para Ulama. Oleh kerana itu, Ulama baru dan Islam gaya baru mesti dicipta yang sesuai dengan Agenda Yahudi itu.
http://www.youtube.com/watch?v=NF2dIfX6pU4

6) Untuk menguasai Kota Suci Umat Islam Haromain. Yahudi tidak dapat menghancurkannya seperti tempat-tempat yang lain kerana ditakutkan Umat Islam sedunia akan bangkit menentang Yahudi.

Kejahatan Wahabi

1) Membuat Fatwa setiap yang Bida'ah itu sesat dan yang sesat itu neraka.

2) Membuat Fatwa Umat Islam yang tidak ikut ajarannya itu sesat, Halal Darah dan Hartanya dirampas.

3) Membunuh Keturunan Rasulullah SAW.

4) Menghukumkan Sesat keturunan Rasulullah SAW dan Para sahabat yang Utama.

5) Menganggap Alam Roh Itu tidak Wujud.

6) Menolak adanya Alam Lahir dan Alam Roh.

7) Memusnahkan peninggalan Rasulullah SAW.
   http://www.youtube.com/watch?v=QpXXu_a0w5I

8) Dalam mempelajari Ilmu Usuluddin atau Tauhid menganut fahaman Ibnu Taimiyyah, yang menganggap    Tuhan Itu berjisim seperti makhluk atau mujassimah.

9) Didalam Feqah dibenarkan menampal-nampal mazhab.

10) Mengambil Sumber Al-Quran dan Hadith tanpa ijma' Ulama dan Qiyas.

11) Melarang keras Umat Islam berdoa dengan tawassul (perantaraan).

12) Melarang menziarahi Kubur sekalipun Makan Nabi muhammad SAW.

13) menghancurkan bangunan atas tempat lahir Nabi SAW.

14) Melarang memuji-muji Nabi seperti baca Qasidah, berzanji, Burdah, tahlil, dan sebagainya.

15) Melarang Umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj, dan semua perayaan    hari kerayaan Islam yang lain.  

    http://www.youtube.com/watch?v=v4e3_AmKzpc&list=PL34FC426BF8C0752E&index=1
    http://abu-syafiq.blogspot.com/2008/02/mohd-asri-pendakwah-wahhabi.html
    http://jomfaham.blogspot.com/2009/10/wahai-dr-asri-tolong-jangan.html

16) Melarang belajar Sifat 20

17) Melarang Amalan Tarikat, Umpamanya Tarikat Naqsabandiyyah, Syazali, Muhammadiah dan lain-lain tarikat.


18) Mengundang Amerika untuk mengesport kekayaan minyak di timur tengah.

19) Berkomplot dengan Amerika membina pengkalan tentera di Arab Saudi.

20) Meminta bantuan tentera bersekutu dalam perang, untuk menghancurkan Saddam Hussain.

21) Mencetuskan Gerakkan Teroris seperti Al-Qaeda, dan lain-lain. Untuk memburukkan Imej Islam.

 Wahabi adalah buatan Yahudi

                             

Dimana umat Nabi Muhammad yg mengaku mencintai Nabi &Sahabat??. Kita tolak Syiah yg hina sahabat nabi waktu yg sama
kita biarkan sahabat Nabi dan kubur Nabi akan diperhina begini?! fikirkan apa tindakan kita??!

Tahukah anda baru2 ini Wahhabi hancurkan dan bakar kubur sahabat nabi yg terkenal bernama Saidina 'Uqbah Bin 'Amir di kawasan Al-Buhairah di Mesir? (gambar)

http://www.azahera.net/showthread.php?t=7740

Dan tahukah anda bhw Wahhabi baru2 ini menghancurkan maqam/kubur sahabat Nabi di Libya yg bernama Saidina Zuhair bin Qais di kwsn Darnah di Libya?
http://naseemalsham.com/ar/Pages.php?page=readviestor&pg_id=34713&page1=1

                                                
                                             
Dalam buku Muhammad bin Abdul Wahhabi yang turut disyarahkan oleh tokoh-tokoh Wahhabi bahawa mereka (wahabi) bersetuju bilik Nabi Muhammad itu di BAKAR dan kubah di atas maqam Nabi dihancurkan


William Ewart Gladstone ( 1809 – 1898 ) – mantan PM Britain zaman Queen Victoria “selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini”. – ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )

Theodore Hertzel – pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) “misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran – ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.

Paderi Simon: “ sesungguhnya kesatuan Islam dapat memadukan cita-cita masyarakat Islam serta dapat membantu mereka mengelak diri daripada penguasaan Eropah…lantaran itu, kita mestilah mengalihkan tumpuan orang Islam daripada kesatuan mereka melalui Kristianisasi.” Baca lanjut mengenai ini 


Lornis Brown: “ apabila orang Islam bersatu di bawah empayar Arab, maka ia boleh menjadi satu malapetaka dan bahaya kepada dunia. Adapun jika mereka kekal dalam perpecahan, maka ketika itu mereka tiada nilai dan tidak memberikan kesan kepada sesiapa. Umat Arab dan umat Islam mestilah terus berpecah belah supaya mereka terus kekal tanpa kekuatan dan autoriti.”

Kerana itulah diciptakan agen-agen Syiah & Wahabi dalam memusuhi Islam dari dalam.




Moro Byjer menulis dalam bukunya, Dunia Arab Masa Kini: “ telah sabit (tetap) dari segi sejarah bahawa, kekuatan Arab bererti kekuatan Islam. Maka mereka hendaklah dihancurkan supaya dengan kehancuran mereka, Islam akan turut hancur.”

W.K Smith – orientalis Amerika yang mahir dalam hal ehwal Pakistan: “ apabila orang Islam diberikan kebebasan di dunia Islam serta hidup dibawah system demokrasi , maka sesungguhnya Islam akan mendapat kemenangan di Negara-negara tersebut. Hanya dengan cara diktator sahaja yang boleh memisahkan antara umat Islam dan agamanya.”

Lihat kepada sejarah Singapura yg lalu. 


Pemimpin Tertinggi Imprealis: “ arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”

Karl Marx – pengasas ideology sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada aqidah ketuhanan, beliau menjawab: “ penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem) , maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”



1) Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur’an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.


Negara bakal mengalami kehancuran jika keadaan ini tidak dikawal, Pemimpin perlulah peka akan kepentingan Islam & Melayu di Negara ini, bukan lagi masanya untuk bertransformasi!

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya