Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Friday, 25 April 2014

Tun Mahathir hentam pemimpin hipokrit & pembodek.!!




Sejak akhi-akhir ini, Tun kerap bersuara, adakah ini petanda yg kurang baik bagi nama sebuah negara Malaysia?

Jika dahulu zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, tidak banyak teguran Tun M.Tetapi di era  zaman Najib sekarang ini makin teruk, boleh dikatakan, setiap bulan akan didengari teguran dari Tun Mahathir.

Adakah pemimpin hari ini seperti Najib kisah dengan setiap teguran ini?? tidak bukan... Najib seorang pemimpin yang dilihat terlalu mengejar populariti untuk diri sendiri langsung tidak risau setiap masalah yang berlaku dalam  negara. Bermula teguran kepada pemimpin, bangsa Melayu, UMNO dan sebagainya.

Saya melihat ini adalah dari satu sudut yang negatif buat masa depan negara.Sepatutnya, diusia Tun Mahatir perlu banyak berehat, tetapi apakah yang membuatkannya terus menegur & menegur? tidak kasihankah pemimpin hari ini kepada beliau? Sehingga beberapa kali Tun Mahathir masuk IJN akibat masalah jantung.. Jika sakit jantung ia petanda melibatkan stress.


Tun seorang yang berpandangan jauh, jadi setiap teguran itu ada kesan jangkamasa panjang yang jarang dimiliki oleh pemimpin dunia hari ini.

Kita  beruntung kerana jasa-jasa telah menyelamatkan negara dari krisis ekonomi dunia pada tahun 1997. Janganlah terlalu bodoh sombong   untuk menerima setiap pandangan beliau.. 


Ini antara teguran terbaru Tun Mahathir.


 1. Di mana Negara pun akan ada orang yang berkuasa. Mereka berada di berbagai peringkat. Di Negara yang demokratik pun terdapat orang yang berkuasa. Budaya orang Malaysia pula demikian sehingga orang yang berkuasa lebih berkuasa kerana tidak akan ada sesiapa yang akan menegur. Orang yang berkuasa boleh buat apa sahaja termasuk yang tidak dibenar. Hanya jika diadakan pemilihan oleh rakyat atau pengikut barulah ketidakpuasan hati mereka dilahirkan. Walaupun demikian faktor lain sering menenggelamkan faktor salahguna kuasa.


2. Saya mengaku bahawa inilah pengalaman saya semasa menjadi pemimpin yang berkuasa. Jarang terdengar teguran melainkan oleh musuh terutama parti lawan. Dan teguran oleh musuh jarang dapat diterima kerana ini memang sifat mereka. Saya dapati teguran pihak ketiga, pihak yang tidak punyai kepentingan biasanya lebih ikhlas dan perlu ditimbang secara serius.

http://www.sinarharian.com.my/tun-m-kecewa-wawasan-2020-tidak-lagi-diguna-1.220978

3. Kebiasaannya ramai yang bersedia untuk menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berkuasa. Sokongan mereka mungkin kerana mereka betul-betul dan ikhlas berpendapat apa yang dilakukan memang baik atau buruk. Tetapi ada juga yang menyokong dan mengiakan apa sahaja kerana ini akan disukai oleh yang berkuasa. Dan ini juga akan meningkat pengaruh mereka dan banyaklah nikmat yang akan dikecapi oleh mereka.






4. Mereka yang dapat mempengaruhi orang yang berkuasa sebenarnya mendapat sedikit dari kuasa itu. Lebih kuat pengaruh lebih banyaklah kuasa yang didapati oleh mereka. Dan ramailah mereka yang cuba mendekati dan mengelilingi seseorang yang berkuasa. Mereka akan cuba pengaruhi pihak yang berkuasa sehingga pendapat mereka sahaja yang diterima. Apabila ini berlaku maka kuasa yang didapati oleh mereka amatlah besar, begitu besar sehingga tiada pendapat atau nasihat lain yang akan diterima.




5. Jika pendapat mereka ini baik dan hanya untuk menjayakan pihak berkuasa tidaklah sukar untuk diterima. Malangnya yang kerap berlaku apabila sahaja seseorang atau sekumpulan orang keliling sudah dapat menguasai fikiran dan tindakan orang yang berkuasa, maka bermulalah usaha untuk memperalatkan orang yang berkuasa untuk kepentingan diri.

6. Ramai akan sedar dan melihat kesan buruk dari orang sekeliling pihak berkuasa. Ramai yang akan bercakap berkenaan perkara ini, Ramai yang tidak senang tentang apa yang sedang berlaku.



7. Tetapi di Malaysia mereka tidak sanggup untuk menasihat pihak berkuasa, takut dimarahi atau dipandang serong.

8. Tanpa teguran yang berani oleh mereka, maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa. Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian.


9. Kita lihat dalam sejarah raja dan orang kuat pun akhirnya dihadapkan dengan tindakan keras dan ganas oleh rakyat untuk menjatuhkan mereka. Inilah yang berlaku kepada beberapa raja dan diktator di Timur Tengah.

10. Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas. Mereka mungkin mengguna pilihanraya untuk memperbetulkan keadaan.

11. Tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka terus berlembut.



12. Dalam sejarah raja yang berkuasa mutlak pun tindakan ganas untuk menyatukannya pernah berlaku. Sultan Mahmud dibunuh walau pun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja.

13. Jika hendak berkuasa lama jangan salahguna kuasa yang diberi walaupun ada yang menasihat kita kebal dan segala salahlaku kita tidak akan diketahui dan jika diketahui pun tidak ada yang berani membuat apa-apa.

14. Pembodek diantara penasihat dan orang keliling ialah sebabnya yang berkuasa menyalahguna kuasa sehingga tersingkir.




15. Kuasa membawa kepada korapsi dan kuasa mutlak akan menyebabkan korapsi yang tidak terhad.

16. Bahasa Mat Salleh berbunyi “Power corrupts and absolute power corrupts absolutely”.

17. Mereka yang pegang kepada perpatah ini akan bertegas elak atau gugurkan sahaja kuasa. Bangsa yang korap dan negara yang terkenal dengan bangsa yang korap tidak mungkin maju, bahkan akan runtuh.


Lihatlah pada sejarah kejatuhan Melayu di Singapura,Apakah yang terjadi pada bangsa yang bergelar Melayu ketika itu? Dikelilingi kaki pembodek dan mereka lebih mempercayai bangsa lain dari bangsa sendiri..

Lagipula.. maruah bangsa Melayu hanya boleh dibeli dengan sebuah songkok sahaja..


Belajarlah Sejarah.. anda akan ketemui jawapannya...... 


3 comments:

Anonymous said...

Nevertheless, some are allowed but are based on certain exceptions and subject to limitations.
A: You want to ride safely; do not contemplate buying a car with a salvage title.
Ya that's right, hand made, an every time someone changed
the size of a nut or bolt, a new wrench had to be made.


My web site http://youtube.com/watch?v=vqtk7OVIPOw

Anonymous said...

Thanks, we appreciate your articles. Good day! DB Product Review

Anonymous said...

Сan I simply just say what a reliеf to discover
a person that actually knows whɑt they are talking aboսt online.

You certainly understand how to bding an issuе to light and make
it important. A lot more peoрle rеally need to check this out and understand this side of the story.

I was surprised you aren't more popular since youu ceгtainly have the gift.


my web pagе ... how to become a ƶumba instructor in victoria ()

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya