Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 11 June 2015

Najib salahkan Tun Mahathir atas kesilapannya sendiri. Najib PM tak guna!




 1. Perdana Menteri menyatakan bahawa Dr M (saya) adalah di sebalik krisis ini.

2. Saya boleh mengakui bahawa sayalah di sebalik krisis ini. Sayalah di sebalik semua ini kerana terdapat suasana ketakutan di negara ini.



3. Ramai orang tahu 1MDB kerugian berbilion ringgit. Mereka tahu kerana mereka telah menyaksikan bukti kerugian tersebut. Tetapi mereka takut kerana tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah dengan menentang mereka. Mereka mungkin kehilangan kerja, kontrak atau pangkat dsb.

http://darah-satria.blogspot.com/2015/05/1mdb-najib-menipu-rakyat-dan-salah-guna.html

4. Jadi mereka datang memberitahu saya. Mereka meminta saya untuk melakukan “sesuatu”. Setelah sekian lama saya bertahan kerana saya tahu jika saya mendedahkan perbuatan salah laku 1MDB, ia akan membuatkan Perdana Menteri dipersoalkan.

5. Saya telah cuba melakukannya secara tertutup. Tetapi tidak berkesan. Saya telah memberitahu Perdana Menteri bahawa saya tidak lagi menyokong beliau. Tidak berkesan.


6. Oleh itu, saya perlu buat dengan cara terbuka. Najib telah memusnahkan UMNO dan BN. Saya sedar dia bakal kalah dalam pilihanraya akan datang. Kemudian seluruh negara bakal menghadapi kekacauan kerana tiada parti yang mempunyai majoriti untuk mentadbir negara.



7. Pembangkang tidak mampu kerana mereka bertelagah sesama sendiri. Kerajaan Pakatan akan lemah dan tidak stabil.

8. Tanpa sebuah Kerajaan yang kuat, negara ini akan menjadi anarki. Krisis yang akan bersama dengan pemerintahan anarki akan lebih teruk.


9. Jadi saya memutuskan untuk membuat pendedahan tentang salah laku 1MDB yang mana diketuai oleh Perdana Menteri.

http://darah-satria.blogspot.com/2015/05/krisis-1mdb-kenapa-najib-terus.html

10. Adakah terdapat krisis? Ya, ada. Ini disebabkan oleh Perdana Menteri yang telah membuatkan 1MDB meminjam jumlah wang yang begitu besar dan kehilangan berbilion-bilion ringgit.


11. Krisis ini boleh ditamatkan segera jika Perdana Menteri meletakkan jawatan dan membenarkan siasatan menyeluruh terhadap pinjaman RM42billion oleh 1MDB. Selagi Perdana Menteri masih disitu, siasatan rapi tidak boleh dibuat. Kita telah melihat bukan sahaja laporan polis dibuat terhadap 1MDB dan Jho Low tidak disiasat, bahkan orang yang melaporkan perkara ini telah diisytiharkan bankrap, rumahnya dirampas dan dijual malah beliau pula disiasat kerana penggubahan wang haram dan membiayai pengganas. Mahkamah telah memutuskan beliau bukanlah muflis.



12. Jika tidak ada jenayah dikesan dan kesemua wang dikembalikan, Najib boleh kembali menjadi Perdana Menteri dan memimpin BN pada pilihanraya akan datang.


PM -Prime Minister (Perdana Menteri), Najib Razak
FM-Finance Minister (Menteri Kewangan), Najib Razak



13. Menuduh saya bertanggungjawab terhadap krisis ini, Najib seolah-olah menyatakan bahawa marilah kita semua menerima kehilangan wang berbilion ringgit ini dan menganggap tidak ada-apa yang berlaku. Melihat daripada minat dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh rakyat di atas kerugian yang dialami 1MDB, perkara ini tidak boleh diabaikan. Orang-orang yang bertanggungjawab mesti disiasat dan jika didapati bersalah, mereka mesti dihukum.


14. Krisis mungkin terhasil, tetapi adakah kita boleh membiarkan pencuri mencuri berbilion-bilion ringgit bagi mengelakkan krisis.

Sumber


Lihatlah permainan Najib yang sering menyalahkan orang lain. Siapa yang lebih serabut sekarang ini? Rakyat bertambah serabut kerana berhadapan dengan masalah kenaikkan harga barang, kenaikkan harga minyak dibuat secara tergesa-gesa, siaran-siaran rancangan hiburan yang menggila setiap hari, setiap masa. Adakah pemimpin seperti Najib ini berfikir untuk kebaikkan rakyat? Apabila buat sikit kebajikan saja, sudah habis diheboh seluruh dunia seperti  memberi BR1M serta media-media pengampu disertai beberapa menteri yang gemar memuji melambung-lambung tinggi sedangkan masih ramai graduan-graduan yang mencari-cari pekerjaan...

Dalam Program nothing to hide, dia sendiri yang tidak datang serta berpakat dengan ketua polis negara kononnya isu keselamatan.. lihat disini

http://darah-satria.blogspot.com/2015/06/tidak-hadir-najib-arahkan-polis.html


Kerajaan telah menyebabkan rakyat tidak lagi menyokongnya serta PRU14 akan menyaksikan BN bakal tumbang serta meletakkan Najib antara Perdana Menteri terakhir, tatkala itu, Najib serta kaki-kaki pengampunya juga tidak akan menyalahkan diri sendiri, mereka akan menyalahkan Tun Mahathir.

Mungkin kerana Najib takut dengan seksyen 218 yang pernah disebutkan oleh Tun, jadi, dia akan berusaha bersungguh-sungguh menyerang Tun Mahathir untuk menyelamatkan dirinya sendiri dan menggunakan rakyat untuk membayar balik hutang 1MDB serta hutang-hutang yang lain.. itulah dibuat GST yang mana pembayarnya dikutip dari rakyat. 


Najib adalah Perdana Menteri paling tak guna !!





~ Disini bukanlah wilayah pembodek Najib

3 comments:

Anonymous said...

Artikel berani dari tuan..says bersama bersetuju menyokong tuan

Anonymous said...

Najib sebenarnya lebih dari faham,cuma dia buat2 tidak faham.

Anonymous said...

Aku sebagai Rakyat Malaysia yang teraniaya berdoa agar kau Najib Dan Rosmah akan terima balasan dari Allah SWT. Amin.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya