Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 5 June 2015

Tidak Hadir !! Najib arahkan polis hentikan ucapan Tun M. !











Tun Mahathir tiba atas jemputan program bersama Najib Razak. Program anjuran dari NGO Najib.

lihat bukti video dibawah yang menyatakan bahawa Najib akan datang.



 Selepas menunggu sehingga 2 jam, akhirnya Najib membuat keputusan tidak akan hadir didalam program "Nothing to hide"





kehadiran para wartawan menunggu ketibaan najib


Lihatlah salah guna yang Najib lakukan terhadap Tun Mahathir. Mengarahkan Polis hentikan ucapan Tun Mahathir.

video



Suasana menjadi kecoh apabila polis menghentikan ucapan Tun.




polis yang menerima arahan pemimpin atasan untuk menghentikan ucapan Tun.. biadapnya..





Ini antara upacan Najib yang mempunyai nada cukup riak dan takbur serta berlagak sombong tetapi sebenarnya adalah bodoh.



Lihat disini

Media pengampu Najib ' utusan' menyatakan bahawa Tun  M diberi peluang bertanya.. 



                                              

Sampai bila mahu menipu rakyat?? jika diberi peluang..mengapa arahkan polis menghentikan ucapan Tun M ?

Ini antara kandungan ucapan Tun,
Petikan ucaptama Tun M pada dialog bersama PM bertajuk ‘Nothing To Hide’...

"....Bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang telah berlaku dan kenapa saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong DS Najib walaupun dia adalah anak Tun Razak yang menjadi idola saya dahulu yang menyebabkan saya dapat jadi PM. Saya amat terhutang budi pada Tun Razak. Sebab itu saya hendak DS Najib meneruskan perjuangan Tun Razak. Sebab itu saya sokong DS Najib. Tetapi saya dapati banyak dasar-dasarnya tidak membawa kebaikan kepada negara. Dia terlalu tunduk kepada Singapura. Dia terlalu tunduk kepada Amerika. Sehingga nak buat keretapi di negara sendiri pun dia bertanya kepada PM Singapura. Bolehkah saya buat keretapi laju di negara sendiri? Dia bagitahu tak boleh. Jadi DS Najib sendiri pun tak bolehlah... pasal PM Singapura tak setuju. Jadi apakah negara kita ini sudah merdeka? Atau kita masih dijajah. 

Ternampak bagi saya seolah-olah negara kita masih dijajah. Banyak sudah rancangan dan polisi lama yang dibatalkan dan digantikan dengan dasar-dasar baru ciptaannya sendiri yang saya tak bersetuju. Namun saya tahan hati. Saya beritahu kepada diri saya, saya bukan PM. Masa saya sudah habis. Ini masa DS Najib dan saya tak patut ganggu. Saya bertahan lama. Tetapi apabila kehilangan wang berbillion ringgit. Saya dapati ini tak boleh dibenarkan kerana perbuatan ini dibuat secara sulit. Tidak diberitahu kepada rakyat dan tak diberitahu kepada kabinet pun. Saya ingin menceritakan daripada mula, diwaktu mana cadangan dibuat, dimana duit minyak Terengganu mahu digunakan untuk pelaburan. Dan ditubuhlah satu badan pelaburan TIA, 


Terengganu Investment Authority. Tetapi walaupun ia milik Terengganu tetapi negeri itu sendiri tak berkuasa atas pengurusan wang tersebut. Segala pengurusnya dilantik oleh DS Najib. Saya bermula pendapat bahawa ini adalah cadangan yang baik. Seperti Kuwait dulu boleh melabur. Dan menjadi lebih kaya. Tetapi saya dapati pengurusannya tidak seperti yang dikehendaki. Yang pertamanya, telaga minyak Terengganu mahu digadai nak dijadi collateral untuk pinjaman wang. Ini telaga minyak Terengganu adalah milik Terengganu dan telaga minyak milik negara. Kita tak boleh gadai semudahnya. Zaman dulu kita biasa gadai tanah untuk nak dapat bantuan daripada British. Bagi Pulau Pinang, bagi Singapura pada orang. Ini nak digadai harta kita kepada orang dan dibuat pula tanpa tanya orang negeri Terengganu. Saya diberitahu bahawa tiba-tiba cadangan dibuat untuk pinjam sebanyak 5 billion Ringgit dengan cagaran telaga-telaga minyak Terengganu. Pihak Istana tidak setuju dan disuruh supaya pinjaman ini ditangguhkan tetapi DS Najib teruskan juga sebab itu Terengganu asingkan diri daripada perkara ini. Pada masa itu pun sudah ada jolo menghasut sana sini supaya diadakan pelaburan....."

Ucaptama terhenti apabila pihak Polis mula menyerbu nak ke pentas untuk memberhentikan ucapan Tun M. Apabila Tun M memberitahu sebab ucaptamanya kepada Polis, mikrofon telah dirampas dan Tun M diarahkan duduk

Mengapa Najib sendiri tidak hadir?
Najib penipu.!! 

Tatkala itu, TV3 (medium pengampu terkuat Najib) memutarbelitkan fakta yang sebenar.

lihat pada tajuk dibawah


Wow.!! hebatnya..

Tun Mahathir dikatakan mencetus suasana huru hara ?
hebatnya penangan TV3 yang mendapat imbuhan dengan bayaran tinggi setiap kali cuba 'backup' Najib.
Apakah mereka selalu menipu rakyat yang lain? adakah tidak ada wartawan didalam itu yang mana mereka adalah saksi semasa kejadian ? 
kenapa tv3 sehingga sanggup memfitnah Tun M hanya kerana menerima bayaran yang tinggi ?


Apabila menghalang ucapan Tun, bukankah  akan terhebahnya  seluruh media baik media tempatan mahupun luar negara  mengenai cara layanan Najib terhadap Tun Mahathir?

Nampak sangat disini Najib mungkir janji, lepas itu tindas Tun Mahathir  dengan cara yang dibuat.. Media-media kerajaan menafikan ini datangnya dari arahan orang atasan.. siapa yang akan mengaku ?? orang sendiri sudah boleh berfikir  permainan Najib ini..



Salah seorang kaki pengampu kuat Najib, Lokman Nor Adam


Dalam pada itu, Najib memberi alasan tidak hadir atas sebab keselamatan. keselamatan apa? adakah dia hanya datang keseorangan  tanpa "body guard, polis? 


tahukah anda mengapa Najib takut utk hadirkan diri? kerana dia tidak boleh menipu kenyataan sebenar dihadapan Tun M serta kedatangan bekas MB Terengganu, Ahmad Said.

Sila baca kenyataan ini berhubung tindakan Najib terhadap bekas MB Terengganu ini.





Bukankah Najib pernah  mengatakan bahawa dia tidak keseorangan ?? jika benar tidak keseorang kenapa takut untuk hadir? mengapa Ketua Polis Negara pulak lebih-lebih mengarahkan program ini dibatal sedangkan orang yang lain sudah siap sedia menunggu ketibaan hanya Najib?



Mengapa Ketua Polis Negara berkomplot dengan  Najib? mengapa tidak ada apa-apa tindakan keatas Najib kerana laporan polis telah dibuat keatasnya berhubung penipuannya  didalam parlimen berkaitan wang 1MDB ? serta terikat kepada seksyen 218 ?


Seksyen 218 antara lain memperuntukkan adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pengkhidmat awam yang bertanggungjawab bagi penyediaan mana-mana rekod dengan cara yang tidak betul, dengan niat untuk menyebabkan kerugian atau kecederaan kepada orang ramai atau dengan niat untuk menyelamatkan seseorang daripada hukuman undang-undang. Kesalahan tersebut akan mengakibatkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya.

Mungkinkah juga badan PDRM  telah menerima Rasuah? hebat sangatkah PDRM ? Atau hanya menjadi hebat dan lagak hero kepada bangsa sendiri sahaja? 

Mengapa semasa perhimpunan BERSIH yang berlaku kekecohaarn boleh sahaja Polis mengawalnya dan kenapa Forum yang diadakan ditempat tertentu serta kehadirannya disertai golongan media dan wartawan dianggap sebagai bimbang berlakunya kekecohan ?



Perhimpunan BERSIH dalam keadaan terburuk boleh pula dikawal oleh PDRM ?


Perusuh yang merusuh dijalanan boleh saja dikawal oleh Polis walaupun melakukan kerosakkan ?




Manakala program yang dibuat didalam dewan PWTC tanpa ada apa-apa huru hara ini pula dianggap tidak boleh dikawal ? 



BERAPAKAH JUMLAH WANG YANG TELAH DITERIMA OLEH AGENSI  PDRM DARI NAJIB RAZAK ? MUNGKIN BANYAK SEKALI KAN ? 


yang menghina Islam, menghina negara secara terang-terangan langsung tidak ditangkap. malah membiarkan mereka bermaharaja lela sahaja.. 


Bolehlah negara Malaysia menambahkan lagi rangking
rasuah tertinggi didunia terus menerus yer.

Najib pada itu menyalahkan Tun Mahathir dengan menggangap ini semua salah Tun Mahathir. kepala hotak dia.! Dia sendiri yang suka menyusahkan rakyat, membebankan rakyat dengan setiap kenaikkan kos sara hidup yang tinggi.




Ini bererti Najib memang pembohong dan bersalah.Dia takut untuk meletakkan jawatan kerana boleh menyebabkan dirinya masuk ke dalam penjara akibat beberapa skandal salah guna wang rakyat dan salah guna kuasa.



Jangan selalu memperbodohkan rakyat.!! 







~ ini bukan wilayah pembodek Najib.! 



1 comment:

Anonymous said...

Gasak terus gasak selagi bugis ke pahlawan ke tak turun mesti diasak sampai masak. Semakin menyombong kata kata najib sampai blogger bootlickers dia menghina Tun M begitu kuat.

Najib dari peluang soft landing nak jatuh cara hard landing agak nya.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya