Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Thursday 8 October 2015

1MDB: Najib semakin ketakutan.





 

1. Saya telah berusaha keras untuk menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

2. Tetapi sekarang, saya mahu dia diturunkan daripada menjadi Perdana Menteri.

3. Ini bukan soal peribadi.

4. Ini hanya kerana dia telah gagal sebagai Perdana Menteri.

5. Saya mula menyedari kesalahan yang dilakukan sejak dari awal.

6. Kita telah merdeka sejak 1957. Kita sepatutnya sudah mampu untuk mentadbir negara kita sendiri. Malah, kita telah pun melakukannya berabad lamanya sebelum Najib dan kita telah melakukannya dengan jaya.

7. Tetapi Najib telah melantik beberapa orang pegawai British sebagai penasihatnya.

8. Najib melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya dalam pentadbiran negara.

9. Mereka ini memakan perbelanjaan yang besar tetapi nasihat mereka secara umummnya tidak baik untuk negara. Mereka tidak tahu tentang politik, ekonomi dan sensitiviti Malaysia. Hasilnya, pembangunan Malaysia semakin menurun dan bangsa berpecah belah.

10. Kerajaan Najib menjadi tidak popular. Walaupun telah banyak menabur wang kepada rakyat, mereka masih menolak dia pada pilihan raya 2013. Prestasinya lebih teruk daripada Abdullah, yang juga ditolak oleh rakyat. Bangsa cina juga menolaknya walaupun dia menganggap dirinya sebagai saudara mereka.

11. Dia menimbulkan kemarahan penjawat awam apabila menyelaraskan Pemandu bagi menggantikan tugas EPU. Pegawai Pemandu bukan-kerajaan diberikan gaji yang sangat tinggi, jauh lebih tinggi daripada skim gaji kakitangan kerajaan. Beberapa orang penjawat awam marah sehinggakan apabila mereka pencen, mereka menyertai parti pembangkang dan sekaligus menjadi calon pembangkang, ini tidak pernah terjadi sebelumnya.


12. Pembangunan ekonomi jatuh lebih rendah berbanding Filipina dan Indonesia.

13. Matawang semakin susut dan harga saham turun sehingga menyebabkan masalah dalam perniagaan, import dan eksport. Kos sara hidup meningkat terutamanya setelah pengenalan GST.


14. Kemudian ditambah pula dengan skandal 1MDB. Dana yang sama sekali tidak perlu wujud yang kemudiannya akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan telah memberikan satu juta ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) meminjam 42 billion ringgit daripada pasaran. Bayaran faedah yang tinggi dikenakan sebanyak 5.9% dan memberikan 10% komisen kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam atau membayar dengan faedah setinggi itu.



15. 1MDB membeli loji jana kuasa elektrik dengan harga yang lebih mahal daripada pasaran. Ia juga membeli hutang-hutang syarikat pemilik pusat jana kuasa tersebut. Jumlah keseluruhannya adalah 18 billion Ringgit. 1MDB telah banyak rugi dan tidak mampu membayar faedah pinjaman.

16. 1MDB membeli tanah kerajaan dengan harga 60 ringgit setiap kaki persegi tetapi harga sebenar adalah lebih daripada RM3000 setiap kaki persegi. Memberi semula nilai sebanyak 50 kali ganda, dan mendakwa asetnya lebih besar daripada hutangnya. Ini sama seperti menjual permit yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.


17. Kemudian, 1MDB memasuki perniagaan bersama Petro Saudi dan Usahasama sebagai rakan kongsi. Ia membayar 1 billion USD utk saham sebanyak 40%. Enam bulan kemudian Usahasama dibubarkan. Tetapi 1billion USD bersama dengan 700 billion USD ditukarkan menjadi pinjaman kepada Petro Saudi. Sekarang, duit tersebut lesap.


18. Aset yang dimiliki oleh 1MDB sekarang hanyalah loji jana kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 billion daripada 42 billion Ringgit tersebut tidak dapat dikesan atau dikira.


19. Kemudian secara tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai sebanyak 700million USD (setara dengan RM2.6 billion pada ketika itu) di dalam akaun peribadinya di Arab Malaysian Bank.


20. Tidak ada Perdana Menteri Malaysia atau Presiden UMNO boleh memiliki wang yang begitu banyak. Semua derma kepada UMNO biasanya diterima dan dimasukkan ke dalam bank oleh bendahari UMNO. Semua aset adalah dibawah nama tiga pemegang amanah.

21. Tidak pernah dalam sejarah UMNO memiliki lebih daripada RM250 juta tunai. Semua aset yang lain adalah dalam bentuk saham, tanah atau bangunan. Presiden seharusnya menyerahkan semua derma kepada bendahari untuk dimasukkan ke dalam bank. Presiden tidak memiliki wang UMNO atau wang yang diderma kepada UMNO untuk pilihan raya ke dalam akaun peribadi. Tiada peruntukan untuk Presiden mengendalikan akaun UMNO.


22. Najib dan isterinya terkenal dengan kehidupan yang mewah. Jelas sekali jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk pertunangan dan majlis perkahwinan di Malaysia dan di Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan beberapa ratus juta dollar untuk membeli hartanah di London, New York dan California. Dia juga membiayai produksi filem Hollywood “The Wolf of Wall Street” dengan lebih daripada 100 juta USD.

23. Gaji Najib sebagai Perdana Menteri, mustahil dapat membelanjakan jutaan ringgit untuk semua ini. Kenyataan daripada PMO mendakwa bahawa duit untuk hartanah asing dan pembikinan film tersebut adalah warisan. Mustahil bagi Tun Razak atau Haji Noah atau ayah Rosmah memiliki dan meninggalkan jutaan Ringgit. Mereka tidak terkenal sebagai keluarga yang jutawan. Adik Najib menafikan dakwaan itu.

24. Jadi, dari mana datangnya wang ini. Najib mendakwa wang sebanyak 2.6 billion Ringgit itu didermakan kepadanya dari seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tidak ada orang yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada orang lain. Dan Najib tidak dapat membuktikan siapakah orang Arab yang memberikan wang tersebut.


25. Kemudian satu pasukan petugas khas terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara telah diwujudkan untuk melakukan siasatan ke atas wang RM2.6 billion dalam akaun peribadi Najib di Arab Malaysian Bank.

26. PAC juga menyiasat tentang RM42 billion ringgit yang dipinjam oleh 1MDB. Termasuk Ketua Audit Negara.


27. Tiba-tiba, Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa bahawa Peguam Negara jatuh sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada surat pengesahan daripada doktor bagi membuktikan bahawa beliau sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa Peguam Negara sedang sakit.

28. Pada masa yang sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM dikatakan pergi bercuti ke luar negara. Gabenor Bank Negara menyepi. Kemudian membuat kenyataan bahawa beliau takut ditangkap.

29. Dua daripada ahli PAC telah dilantik sebagai Timbalan Menteri dan dua lagi telah diberi tugas lain. Mereka tidak dapat menjalankan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC telah kehilangan pengerusinya dan siasatan terhadap 1MDB telah terhenti.


30. Dua anggota SPRM telah ditangkap, dilepaskan, dan dipindahkan ke Pejabat PM. Selepas aduan dibuat, mereka ini telah dipulangkan semula kepada SRPM.

31. Timbalan Pengarah Cawangan Khas ditukar. Beliau kemudian membuat suatu kenyataan yang tegas dan mengecam pertukaran tersebut.


32. Individu yang telah membuat kenyataan tentang 1MDB dan sejumlah wang bernilai 2.6bilion Ringgit dalam akaun peribadi Najib telah ditahan, pasport dirampas dan diancam akan disoal siasat polis. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa apa sahaja pertikaian mengenai 1MDB dan 2.6bilion milik Najib merupakan suatu tindakan yang melemahkan sistem demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang telah dipilih melalui saluran yang sah. Seseorang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa bicara di bawah undang-undang baru bertujuan untuk menangani keganasan. Membahaskan tentang 1MDB dan 2.6bilion merupakan suatu bentuk keganasan. Najib lupa bahawa dia-lah antara orang yang terlibat untuk menjatuhkan pemimpin sebelum beliau yang juga telah dipilih secara demokrasi.


33. Kemudian bom meledak. Al-Jazeera telah menayangkan kisah pembunuhan seorang gadis Mongolia, Altantuya. Berdasarkan cerita tersebut, jelas sekali Najib punyai kaitan dengan pembunuhan tersebut.

http://www.aljazeera.com/programmes/101east/2015/09/murder-malaysia-150908131221012.html


34. Ramai rakyat Malaysia menolak untuk percaya. Tetapi seluruh dunia percaya cerita ini. Ini menjadi sebuah skandal antarabangsa. Membawa malu kepada Malaysia. Di mana saja anda berada, pasti akan ditanya “Apa yang telah berlaku kepada Malaysia?”


35. 1MDB, 2.6billion Ringgit di dalam akaun peribadi Najib dan kes pembunuhan Altantuya, telah mencemar nama baik Malaysia. Tidak pernah sebelum ini Malaysia menjadi hina dek kerana Perdana Menteri-nya sendiri. Tidak pernah sebelum ini orang asing memandang rendah kepada negara ini. Tidak pernah sebelum ini rakyat Malaysia berasa teramat malu dengan negara sendiri.

36. Najib telah mengupah orang untuk melakukan demonstrasi jalanan sebagai tanda menyokongnya. Semestinya dia telah mendakwa bahawa perhimpunan untuk menjatuhkannya sebelum ini sebagai perhimpunan haram.


37. Jika matawang dan ekonomi perlu dipulihkan, Najib harus berhenti daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia harus menuntut perletakan jawatan Najib. Ini adalah sebuah tindakan demokrasi untuk menuntut perletakan jawatannya. Tindakan undang-undang yang diambil beliau kepada orang ramai yang mengadakan perhimpunan untuk menuntut perletakan jawatannya adalah tidak demokrasi dan menyalahi undang-undang Negara ini.


38. Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengalu-alukan siasatan terhadap Najib dijalankan oleh individu bebas yang bukan dilantik oleh beliau. Najib perlu membenarkan proses undang-undang dijalankan. Jika beliau didapati melakukan perkara yang haram dan salah, beliau perlu meletakkan jawatan.

39. Hanya dengan perletakkan jawatan beliau sebagai PM Malaysia sahaja-lah akan dapat memulihkan ekonomi, kenaikan semula nilai Ringgit, dan kos sara hidup turun. Selepas penyingkiran Najib, rakyat Malaysia akan dapat bersama berdiri megah semula.


 Chedet

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya