Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Sunday 11 October 2015

Ketua Peguam Negara terima rasuah ?



KE MANA PERGI USD $1.83 BILION YANG BANK NEGARA MINTA 1MDB BAWA PULANG?


Bank Negara dalam pekeliling am tadi telah membalas pekeliling am yang dikeluarkan oleh AG dengan menegaskan peranan Bank Negara selaku badan tata kelola (regulator) tertinggi negara berhubung hal-hal kewangan tetap kekal relevan biarpun Pejabat Peguam Negara telah menepis sebanyak DUA KALI kertas siasatan yang dihantar oleh Bank Negara kepada AG bagi tindakan undang-undang ke atas 1MDB yang dikesan melakukan jenayah kewangan:

Ref No : 10/15/06

Embargo : For immediate release

Kenyataan berkenaan 1MDB

Keputusan Peguam Negara berhubung dengan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkait dengan saranan Bank Negara Malaysia supaya pendakwaan jenayah dibuat terhadap 1MDB atas pelanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (Exchange Control Act 1953, ECA). Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada Peguam Negara.


Bank Negara Malaysia, sebagai pihak berkuasa siasatan dengan penuh bertanggungjawab telah menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. Bank Negara Malaysia menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA. Di pihaknya, Bank Negara Malaysia merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki Bank Negara Malaysia semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu. Walau bagaimanapun, didapati bahawa maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap.


lihat berita mengenai Bank Negara mahu 1MDB bawa balik USD 1.83 bilion


Oleh yang demikian, Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah ECA untuk pelaburan di luar negeri yang bernilai sebanyak USD1.83 bilion. Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Act) 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik ke Malaysia jumlah sebanyak USD1.83 bilion dan mengemukakan kepada Bank Negara Malaysia perancangannya berkaitan dengan perkara ini.
rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/315186
Bank Negara Malaysia akan terus memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Bank Negara Malaysia
09 October 2015

Rujuk sini: Bank Negara Malaysia




Selain daripada Gabenor Tan Sri Zeti, kecerdasan dan sifat amanah Bank Negara terzahir pada Timbalan Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (Perisikan Kewangan [Financial Intelligence]) yang mengemudi siasatan Bank Negara ke atas 1MDB dengan mengeluarkan kenyataan dan arahan tegas berdasarkan Akta Perkhidmatan Wang 2013 (FSA) yang memberi kuasa penuh kepada Bank Negara untuk menyuruh 1MDB membawa pulang semula USD1.83 bilion (~RM 7.5 bilion) kerana didapati telah melanggari Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA).


Soalnya sekali lagi, apakah kesalahan yang Bank Negara jelaskan berhubung pemalsuan maklumat yang 1MDB telah lakukan sehingga Bank Negara dengan tegas memaksa 1MDB membawa pulang jumlah wang yang amat besar itu?


Hal ini bukanlah rahsia kerana beberapa bulan lalu, akhbar The Edge yang telah digam oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berserta laman siasatan kewartawanan Sarawak Report telah lama dedahkan transaksi-transaksi pelaburan 1MDB yang diyakini telah melanggar banyak undang-undang negara khusus melibatkan Bank Negara.


Antara yang menjadi perhatian adalah berhubung duit 1MDB yang telah digunakan dalam usahasama (joint venture) melibatkan PetroSaudi International (PSI) telah dipakejkan dan melalui beberapa siri transaksi rumit (complex financial engineering). (rujuk laporan panjang berkenaan penipuan ini: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jho-low-petrosaudi-berpakat-tipu-malaysia-as1.83-bilion-menerusi-1mdb


Penipuan tersebut turut sama dijelaskan dalam bentuh rajah transaksi wang yang amat kompleks oleh akbar The Edge (rujuk di sini:  http://www.scribd.com/doc/272024142/20150720-FD-19-22-C ) sebelum akhbar tersebut digam oleh Kementerian Dalam Negeri.


Namun demikian kini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah batalkan penggantungan akhbar The Edge yang menafikan bahawa The Edge tidak melanggar, seperti dakwaan KDN, Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. ( http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-tinggi-batal-keputusan-penggantungan-edge-74018)


Antara impak penting kenyataan tegas Bank Negara hari ini ialah:


(1) Laporan The Edge dan juga Sarawak Report berhubung peranan Jho Low dalam menghilangkan wang 1MDB dalam usahsama 1MDB dengan PetroSaudi International itu mempunyai asas yang kukuh, bukan bohongan dan fitnah. Bank Negara telah mengambil tindakan tegas berdasarkan siasatan rapi mereka ke atas semua bahan bukti tersebut.




(2) Titah Majlis Raja-Raja yang dikeluarkan pada Selasa lalu bukanlah omongan kosong bilamana Majlis Raja-Raja menegaskan “mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.”. Ini menunjukkan Raja-Raja Melayu telah maklum dan memahami kesalahan 1MDB seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara yang telah menerima semua bahan bukti daripada akhbar The Edge sebelum ini. Majlis Raja-Raja tidak akan mengeluarkan kenyataan tegas bersabitkan hukuman kalau mana mereka sendiri tidak memahami kesalahan yang wujud dalam transaksi 1MDB seperti yang ditegaskan oleh Bank Negara hari ini.


Nampaknya kisah duka 1MDB ini sudah hampir sampai di penghujung jalan.

Soalnya, adakah Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dan juga menteri bertanggungjawab selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan diambil tindakan undang-undang atas kesalahan yang Bank Negara tegaskan ke atas 1MDB dalam pekeliling hari ini?


Adakah Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Peguam Negara yang dilantik Yang Dipertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu akan mentaati perintah para Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk laksanakan amanah menyiasat dengan telus, jujur dan mengambil tindakan undang-undang ke atas kesalahan yang dijelaskan oleh Bank Negara ke atas 1MDB?

 SSTDM


Note: 1MDB nk mintak menangguhan lg 6 bulan..mengapa ?

1. 1MDB ada cari baki duit yg "hilang" untk cover line kertas siasatan yg ditolak 2 kali sebb bercanggah .

2. dunia tidak percaya pd Kerajaan Pusat disebabkan skandal pemecatan peguam negara ,3 menteri kabinet ,membubar PAC serta membubar pasukan siasatan .




Rujuk pula tulisan terbaru Tun Mahathir berhubung bagaimana cara Najib mahu selamatkan dirinya:



Chedet



1MDB tiada kes. Itu jawapan yang diterima dari Peguam Negara upahan Najib


 1. Jabatan Peguam Negara telah membersihkan 1MDB dari segala salah laku yang berkaitan dengan penggunaan dana yang diluluskan oleh Bank Negara untuk pelaburan asing.

2. Tetapi Bank Negara jelas tidak berpuas hati dan merayu kepada Peguam Negara tanpa apa-apa perubahan dalam laporan itu. Sekali lagi Peguam Negara menolak rayuan itu.

Ketua Peguam Negara upahan Najib, berapa juta rasuah yang telah diterima beliau?



3. Kita tahu memangnya Peguam Negara diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada sesuatu kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. Anggapannya adalah Peguam Negara akan menghargai dan memahami betapa serius atau sebaliknya kes yang dibawa kehadapannya, bahawa dia akan menghargai keprihatinan pengadu atau agensi yang membuat laporan itu, bahawa jika ada perasaan tidak puas hati kes itu patut dihakim dalam mahkamah undang-undang oleh seorang hakim dan jika masih tidak berpuas hati rayuan dibenarkan.


4. Itulah cara yang betul. Tetapi sekarang nampaknya Peguam Negara telah membuat penghakiman itu, menolak kes itu kerana tidak mempunyai merit untuk perbicaraan di mahkamah undang-undang. Dan apabila rayuan dibuat, rayuan itu ditolak oleh beliau atas alasan yang tidak jelas. Terdapat kekurangan ketelusan di sini.


5. Adakah ini kedaulatan undang-undang yang negara ini patut dukung? Adakah Peguam Negara lebih tinggi daripada seorang hakim, yang penghakimannya adalah muktamad dan tidak ada sebarang rayuan?


6. Dalam kes ini rakyat ingin tahu sama ada Perdana Menteri terlibat atau tidak. Dengan menolak kes ini syak wasangka akan kekal dalam minda rakyat. Malah orang berfikir bahawa keputusan Peguam Negara ini mungkin tidak dibuat oleh Peguam Negara.


7. Sebaliknya kita melihat orang sedang ditahan di bawah undang-undang yang kononnya bertujuan untuk membendung keganasan.


8. Dalam ucapannya ketika memperkenalkan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Security Offences Special Measures Act) 2012, PM berkata aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen ditafsirkan sebagai satu aktiviti yang dijalankan oleh individu atau kumpulan dengan niat untuk menjatuhkan atau melemahkan demokrasi berparlimen melalui kekerasan dan dengan melanggar Perlembagaan.


9. Undang-Undang Kesalahan Keselamatan itu sendiri membatasi pemakaiannya bagi hal-hal keselamatan. Ia memperuntukkan penangkapan dan penahanan oleh seorang pegawai polis mana-mana orang yang dia mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan selama dua puluh empat jam dan bagi maksud penyiasatan, tahanan boleh dilanjutkan selama tempoh tidak melebihi dua puluh lapan hari.





10. Penangkapan Dato Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang telah menimbulkan perasaan takut di kalangan orang ramai bahawa melaporkan tentang salah laku Kerajaan dan pegawai-pegawainya merupakan ancaman kepada keselamatan. Pemberi maklumat yang Kerajaan dikatakan menggalakkan, kini menghadapi bahaya dituduh mengancam keselamatan negara.


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/khairuddin-ditahan-di-bawah-sosma-74288


11. Dengan ini titah oleh Raja-Raja untuk pemeriksaan dijalankan secara adil dan telus tidak lagi boleh dicapai. Terdapat berpuluh-puluh orang yang mempunyai maklumat tentang salah laku dalam 1MDB yang tidak akan mengambil risiko memberi keterangan atau membuat tuduhan kerana mereka menghadapi risiko ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan.


12. Kita semua tahu bahawa siasatan dalam hal ehwal 1MDB dan USD 700 juta dalam akaun peribadi Dato’ Sri Najib telah tergendala oleh pemecatan Peguam Negara, pemindahan pegawai-pegawai SPRM, pengebirian Jawatankuasa Kira-kira Awam dan ancaman tersirat terhadap Bank Negara. Sekarang peguam pembelaan boleh dipersoal dan ditahan.

Pengasas AmBank Ahmed Najadi telah membuat laporan polis  berhubung sejumlah wang didalam akaun Najib sebanyak USD 700 juta atau kira-kira RM 2.6 bilion. Kemudiannya dia ditembak mati selepas membuat laporan polis tersebut.. Siapakah penjenayah terbesar yang mengupah orang menembaknya?? Adakah pihak Polis sendiri yang telah menerima arahan pihak atasan ??

Adakah pihak Polis memang benar-benar memerangi  Jenayah ?



13. Tindakan-tindakan ini telah meningkatkan kurang keyakinan dan rasa tidak percaya terhadap mereka dalam Kerajaan. Semata-mata dengan menyatakan siasatan adalah berterusan tidak akan meyakinkan rakyat bahawa kebenaran akan berlaku.


14. Di mata dunia Malaysia telah menjadi sebuah negara pariah, sebuah negara di mana sesiapa sahaja boleh ditahan dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa melalui menyalahgunaan undang-undang negara.


15. Dan Jabatan Peguam Negara akan menolak atau tidak mengambil hirau apa-apa laporan salah laku yang melibatkan Perdana Menteri.
-Ada kemungkinan disini Ketua Peguam Negara telah menerima rasuah dr PM Najib Razak.


16. Sudah pun ahli-ahli Kerajaan mengatakan bahawa tiada sesiapa, tidak juga Raja-Raja boleh komen mengenai penyalahgunaan yang jelas undang-undang Negara oleh Kerajaan.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-desak-najib-kembalikan-pasukan-petugas-khas-asal-1mdb


Kita agak hairan mengapa  Ketua Peguam Negara menafikan segala tuduhan dan menolak semua laporan yang telah diserahkan kepada jabatannya ?? Adakah kemungkinan Ketua Peguam Negara yang bernama Apandi ini telah menerima rasuah dari Najib ?? berapakah Rasuah yang telah diterima olehnya?? Najib hebat kerana wang.. apabila wang sudah habis, dia akan mengerahkan rakyat untuk  membayar segala hutang yang dibuat olehnya..


PM paling tak guna dalam sejarah adalah Najib Razak.!! 

1 comment:

Anonymous said...

Kenyataan yg dikeluarkan oleh Timbalan Ketua SPRM adalah sangat berkait dengan apa yang telah diluahkan oleh BNM baru2 ini. Dato Seri zakaria jaffar mengatakan pihak AGC tidak memberi sebarang komen penolakan pada kertas siasatan yang diajukan kepadanya.

AGC akan memberikan komen pembuktian tambahan, kekurangan atau kesalahan petikan akta digunakan pada semua kertas siasatan yg dimajukan oleh agensi. Ini membolehkan agensi terbabit menambahbaik kertas siasatan untuk mengukuhkan tujuan pendakwaan di dalam mahkamah.

Apa yg telah dilakukan oleh AGC adalah sesuatu yg janggal dan menimbulkan syak wasangka bahwa AGC telah terlibat dlm hal 1mdb ini secara langsung melindungi kesalahan tertuduh. Sepatutnya AGC dibahawa ke tribunal salah laku yang jelas melanggar tata cara pejabat peguam negara.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya