Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday 29 June 2016

Najib, Rasuah dan Peringatan Hadis. !!



 1. Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor dari mencuri. Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif. Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewat keputusan dan pelaksanaan.

2. Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.


Kenapa Ketua Pesuruhjaya disuruh letak jawatan ?? kerana dia antara orang yang sukar mengikut kehendak dan kegilaan Najib. 


Apa kata Ketua Pesuruhjaya SPRM ini ??

 "Jika terbukti bersalah, mahkamah adalah tempat pengadilan kelak. Rakyat akan menilai dan menghukum anda. Tidak kira anda seorang rakyat biasa, ahli perniagaan, tokoh korporat atau pemimpin politik.

 SPRM yg diketuai oleh Abu Kassin juga pernah membuka semula kertas siasatan berhubung 



Kerana sukar dimanipulasi dan digunakan oleh Najib, sebab itu dia dipaksa untuk melepaskan jawatannya dan konon membuat sidang akhbar berhenti secara rela adalah penipuan semata-mata.




Najib cuba mempergunakan SPRM dalam siasatan kes wang nya ini seperti mana dia mempergunakan  Polis DiRaja Malaysia, Peguam Negara serta terbaru menukarkan Zeti Aziz ( Gabenor bank Negara ) dengan orang suruhannya.



Kerana Najib takut siasatan berakhir, maka dia perlu menukarkan Zeti Aziz dari terus bercakap tentang kebenaran 


Asia Sentinel  telah melaporkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansur sedang merangka perancangan untuk menyingkirkan Zeti Akhtar Aziz dari posisi gabenor bank negara. Maklumat didapati dari sumber berpengaruh yang berpengkalan di Kuala Lumpur.





Laporan tersebut menyebut ;

1. Rosmah marah dengan kebocoran maklumat berkenaan akaun banknya dan mengenai kemasukkan wang ke dalam akaun peribadinya. 





2. Sekaligus cakap2 mengenai gaya hidup dan perbelanjaan mewahnya menjadi sasaran rakyat dan menjejaskan persepsi terhadap pentadbiran Najib.

3. Susulan dari penyebaran tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi akaun banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam.

4. Zeti enggan melayan permintaan Rosmah dan sejak itu Zeti dijadikan target untuk dijatuhkan.



5. Selain itu, isu mengenai siasatan 1MDB juga menjadi antara punca kenapa Zeti perlu disingkirkan menurut sumber.

6. Ini kerana Zeti akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi2 yang melibatkan syarikat2 yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas. Zeti dikatakan akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media.


7. Perkara inilah yang merisaukan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya apatah lagi tidak pula Zeti mahu berkompromi dengan sesiapa demi pertahankan kedudukannya.

8. Pada tahun 2009, Najib meluluskan satu usul yang mana bank negara dikecualikan dari terlibat dengan sebarang tekanan/pengaruh politik ini termasuklan soal perlantikan ke atas jawatan tertinggi.

9. Cadangan ini dikemukakan oleh Zeti atas alasan bagi memastikan bank negara bersikap telus dan bebas dari sebarang unsur2 politism dalam mengambil atau membuat sebarang keputusan.

10. Jawatan gabenor bank negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh Agung semata-mata. 

11 Sumber Asia Sentinel juga berkata agak sukar untuk menjatuhkan Zeti dari kedudukannya memandangkan Zeti bukan sahaja diakui berkredibliti dan berkeupayaan mentadbir kewangan dalam negara bahkan turut diiktirafkan di pentas antarabangsa.

12. Zeti telah berkhidmat dalam dunia perbankan selama 36 tahun dan mula diangkat sebagai gabenor pada tahun 2000.

13. Pada tahun 2009, bakat dan keupayaan Zeti diiktirafkan menerusi pentas antarabangsa menerusi award antara ketua (gabenor) bank negara terbaik dunia dan terus menerima pengiktirafan yang lebih kurang pada tahun2 selepasnya.

Kerana Najib dan ROSMAH takut mereka bakal kepenjara, jadi mereka  segera mengatur rancangan  menukarkan Zeti Aziz serta menggantikan orang suruhannya . Hal ini adalah lebih mudah untuk Najib memanipulasi sistem kewangan Negara yang sekaligus menggunakan Bank Negara seolah-olah sumber kewangan utamanya. Sebab itu Najib semakin BONGKAK dan SOMBONG.! 



Bukankah Zeti pernah mendakwa dirinya akan kepenjara jika menyentuh mengenai akaun peribadi individu?? siapa individu tersebut? tak lain tak  bukan adalah Najib dan ROSMAH.!!




Apa yang jadi selepas Pertukaran dibuat ? 



Terkini menukarkan pula Pesuruhjaya SPRM.!

3. Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima 100 juta Ringgit rasuah akan dikenakan tindakan samada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.



4. Ada yang berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Ia tidak akan dihukum di dunia. Ia hanya akan dihukum di akhirat.


5. Pendapat ini seolah-olah memperkecilkan hukum akhirat dan menggalakkan amalan rasuah kerana tidak akan dihukum di dunia.



6. Pendapat seperti inilah yang merosakkan moral masyarakat manusia dan menghalang proses kearah bertamaddun. Masyarakat ini tidak akan dipercayai kerana moralnya rendah.



7. Dalam PRK baru-baru ini parti pemerintah menghulur duit, beras dan barangan elektrik sebagai cara sogokan untuk mendapat undi.


8. Penerima pula disuruh bersumpah ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, supaya mengundi parti yang sogok mereka. Jika mereka tidak undi seperti sumpahan mereka, maka segala pemberian itu adalah haram dimakan atau diguna oleh mereka.


pengundi umno rasuah prk

umno rasuah pengundi


9. Ramai yang terima bahawa sumpah mereka apabila ditunai maka penerimaan mereka menjadi halal.


10. Sebenarnya pemberian kepada mereka adalah haram kerana ia adalah sogokan rasuah. Rasuah tetap rasuah dan tidak halal bagi pemberi dan penerima. Tidak melaksana tujuan rasuah tidak akan menghalalkan rasuah. Balasan di dunia mungkin tidak berlaku kerana yang menghulur rasuah adalah juga mereka yang dipertanggungjawab mengawal rasuah. Pihak mereka ini lebih berdosa kerana sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah rasuah, sebaliknya merekalah yang melakukan rasuah.

umno rasuah pengundi prk

11. Ada juga mereka yang berpendapat bahawa jika duit rasuah yang mereka terima diguna untuk kebajikan atau ibadat, maka mereka terlepas daripada membuat kesalahan bahkan mendapat pahala. Pendapat ini datang dari orang yang ingin menyedapkan hati mereka.

12. Sebenarnya wang hasil pencurian atau rasuah tetap haram. Kebajikan atau ibadat yang dibuat tidak akan halalkan wang yang haram.


13. Ramailah yang sedia terima wang untuk buat ibadat haji dan umrah tanpa bertanya dari mana datang wang yang mereka terima. Kita tidak dipaksa oleh agama untuk buat kerja haji jika kita tidak mampu. Kita tidak dipaksa curi dan samun atau melakukan jenayah rasuah supaya dapat menunaikan ibadat haji.

14. Tetapi ada pendapat bahawa ibadat ini, walaupun dari punca kewangan yang tidak halal, maka mereka sudah penuhi rukun kelima ini dan yang menghadiahkan belanja haji, terlepas dari dosa rasuah.

15. Agama Islam memberi kelonggaran tentulah kerana tidak hendak membebankan umat Islam sehingga mereka terpaksa berjenayah untuk membiayai perlaksanaan ibadat ini.

16. Tidak ada dalam Al Quran atau Hadith yang sahih yang menyuruh orang Islam mengamalkan rasuah atau menyamun atau mencuri supaya dapat buat kebajikan dan ibadat.


17. Yang menyebabkan adanya orang yang cuba menghalalkan rasuah, matlamat mereka ialah kerana kepentingan duniawi seperti umpamanya politik. Dalam masyarakat yang menghalalkan rasuah, yang berkuasa dan kaya boleh menindas yang miskin. Ini adalah oleh kerana segala urusan pentadbiran akan menanggung kos rasuah. Keselamatan rakyat juga akan terabai kerana sebahagian dari dana pemerintah akan diselewengkan. Pihak berkuasa akan menipu rakyat sepanjang masa.

18. Inilah sebabnya mereka yang berhajat menyalahguna kuasa Kerajaan sanggup menghulur rasuah daripada duit yang didapati secara halal atau tidak halal atau mempergunakan duit Kerajaan dengan cara yang salah. Bagi mereka ini rasuah yang dihulurkan dalam pilihanraya adalah satu pelaburan yang akan hasilkan pendapatan yang tinggi dan kuasa yang berterusan untuk menerima rasuah lagi.


19. Ingatlah, wahai pemberi dan penerima rasuah bahawa walaupun terlepas dari hukum di dunia tetapi di akhirat sogokan rasuah tidak akan menyelamatkan mereka dari api neraka.












‎ Hadis nabi SAW ada menyatakan :"Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah ‎SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan ‎dalam soal hukum menghukum" (HR. Abu Daud & Tirmizi)‎ Ibnu Mas'ud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut:‎ ‎"Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi ‎sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu ‎dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas ‎diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga. 


 Menurut 'Transparency International' pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan ‎atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara ‎tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya ‎kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan ‎kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. ‎

Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang ‎yang dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta ‎memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat.‎



Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:-‎ ‎“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu ‎dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi ‎rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari ‎harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.



Perbuatan sedemikian ‎diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di ‎antaranya :‎

 ‎1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan ‎sogok menyogok masih dilakukan 

 ‎2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi ‎kehendak hawa nafsunya.


 ‎3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang ‎dengan orang yang lain dan sebagainya.‎ Dalam Islam rasuah juga bermaksud harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu ‎kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari ‎kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan (imbuhan).‎ 


"Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam ‎penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)". ( HR. At-‎Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)‎

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di ‎antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu ‎kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain ‎itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )‎ 



3 comments:

Anonymous said...

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka.(quote)

rasa nak tergelak guling2 aku baca statement nie..kwangkwang.setahu aku ada orang dulu cakap bangsa melayu nak buat jarum pun tak pandai.Agak2 siapa yang merosakkan bangsa melayu tue.zaman tue boleh la sembang besar pasal takda kemudahan IT.Zaman sekarang ramai dah tahu sejarah sebenar bangsa melayu.So rasanya kita semua boleh fikir,siapa malaun siapa hero...hehehehhehe

Naza Jay BEE

Anonymous said...

MACAI Najib dikenal pasti. Berapa Najib bayar utk komen mempertahankan Najib tu MACAI ??

Anonymous said...

alo - dia tuju kat umno la... siapa yg sibuk dulu nk merdeka (PKMM) sapa sibuk yg duk pertahankan british sampai kata org melayu nk buat jarum pun xreti... (jenis puak sebangsa dgn umno gak)... sila bc sejarah

jd jgn mudah mulut berkata nista yg ni macai, yg tu macai. pastikan dulu apa yg diucap. jika x diamlah karna diam itu emas, bercakap bila perlu. itulah sifat org bijaksana...

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya