Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday 7 September 2016

Jho Low cuba sembunyikan maklumat simpanan wang Najib kedalam AmBank & DOJ Secret File.




WSJ  mendedahkan  transkrip mesej antara Jho Low dan Pegawai Bank yang bernama Joanna Yu berhubung kemasukkan sejumlah wang yang dirahsiakan kedalam Am Bank.
Mereka merujuk nama Najib sebagai Mohamed.  Rahsia ini dianggap satu perkara yang begitu sensitif yang orang lain tidak boleh ketahui. 

 Siapakah Pegawai yang bernama Joanna Yu tersebut ?




Perbualan tersebut menggambarkan seperti Jhoanna Yu sudah pun tahu mengenai kemasukkan wang Najib setiap minggu . MNR's  (Minister Fund Coming this week ?)  Siapakah orang yang dimaksudkan ?




Menurut laporan itu, Jho Low berulang kali menekankan sensitiviti akaun berkenaan dan menekankan keperluan untuk kerahsiaan.

Beliau juga dilaporkan melarang AmBank daripada menghantar penyata kad kredit yang berkaitan dengan akaun tersebut ke kediaman perdana menteri.

"Jangan biarkan mereka di luar bank atau lebih daripada beberapa orang dalaman tahu mengenai akaun ini, arahnya. Gunakan Gmail, bukan sistem e-mel bank, untuk komunikasi.

“Apa sahaja yang kamu lakukan, jangan hantar penyata kad kredit ke rumah perdana menteri,” petik laporan WSJ yang menyenaraikan arahan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Low.
"Tidak tidak tidak, tulis Low, menurut transkrip mesej BlackBerry yang diperolehi oleh The Wall Street Journal. Super sensitif.
"Sebaliknya, beliau mengarahkan seseorang untuk menerima penyata secara peribadi," petik laporan yang disiarkan pagi ini.


Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan itu.
Laporan itu merujuk kepada transkrip yang dikatakan antara hartawan kelahiran Pulau Pinang itu dengan seorang pegawai bank AmBank yang bertindak sebagai orang perantara mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan akaun berkenaan.

Seorang lagi eksekutif kanan bank itu didakwa mengendalikan akaun berkenaan secara peribadi.

Low dilapor menegaskan bahawa sangat penting yang tidak ada sesiapa kecuali kedua mereka yang harus mempunyai akses kepada penyata bank itu.


"(Ini) kerana jika ia (disebar) di internet mengenai sumber dana itu, kita akan sakit kepala," kata Low yang dipetik WSJ.

Mesej berkenaan juga kononnya membincangkan bagaimana untuk berurusan dengan gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, sekiranya beliau menimbulkan kebimbangan mengenai transaksi berkaitan 1MDB.

-Zeti Aziz ditukarkan kerana tidak mahu mengikut kemahuan Najib, Zeti telah memberi beberapa kali amaran berkenaan krisis 1MDB yang berisiko kedalam kancah sistem kewangan Negara.



Dalam keadaan sedemikian, eksekutif AmBank kanan itu sepatutnya berjumpa dengan Zeti dan memberitahunya bahawa “ini adalah permintaan bos" yang WSJ merujuk kepada Najib.

Najib sebelum ini telah didakwa memiliki ratusan juta dana 1MDB melalui pelbagai perantara yang berakhir di akaun bank peribadinya di AmBank.



Menurut laporan, peguam Jho  Low enggan mengulas mahupun pihak AmBank dan dua pegawai bank berkenaan yang didakwa terbabit berurusan dengan Low dan akaun bank Najib.

Ia juga mendakwa bahawa dokumen bank menunjukkan Najib telah mengeluarkan lebih 500 cek daripada akaun yang kononnya dibiayai melalui dana 1MDB berjumlah AS$ 400 juta.


rekod mendedahkan Najib menerima wang dari beberapa Bank. kenyataannya menerima DERMA dari Negara Arab langsung tidak ada.  Dia berbohong.!!


Skandal 1MDb ini telah mendapat perhatian seluruh dunia.

 Sekurang-kurangnya 53 organisasi media antarabangsa yang telah melaporkan isu-isu berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal 1MDB.

Senarai media tersebut ialah:
1. South China Morning Post
2. The Australian
3. Australia Broadcasting Corporation
4. Sydney Morning Herald
5. Herald Tribune
6. Herald Tribune Latin America
7. International Business Times
8. International Business Times Singapore Edition
9. Wall Street Journal
10. International New York Times
11. TIME Magazine
12. The Guardian
13. The Daily Mail
14. Sun Daily (UK)
15. Euronews
16. Deutsche Welle
17. Singapore Straits Times
18. TODAY
19. Today Online
20. India Today
21. Business Standard (India)
22. India Times
23. Fortune
24. EJ Insight (Hong Kong)
25. Anadolu (Turkey)
26. Bangkok Post
27. Chiang Rai Times
28. BBC
29. New Zealand Herald
30. Reuters
31. Bloomberg
32. Channel News Asia
33. Al-Jazeera
34. PAKISTAN FIRST
35. Swissinfo.ch
36. MWC News
37. East Asia Forum
38. Radio New Zealand
39. CNBC
40. The Independent
41. NewsX (Pakistan)
42. StateoftheStateKS (USA)
43. Asian Correspondent
44. Times of London
45. Financial Times
46. Asia Sentinel
47. Courier Mail
48. Jawa Post
49. Tempo
50. Waspada
51. The Telegraph
52. The Diplomat
53. Myanmar Times

Hingga kehari ini Najib terus tak berani saman WSJ. Dia hanya berani hina Tun M menerusi TV3 sahaja..
Dalam pada itu, Tun Mahathir telah lama mencabar Najib Razak untuk menunjukkan laporan akaun Bank nya .Namun Najib tidak melayan. Penyamun mana yang mahu tunjukkan wang yang telah disamun olehnya ??



Baca Laporan penuh siasatan DOJ disini


Rahsia yang cuba disembunyikan oleh Najib serta Kerajaan Malaysia adalah berhubung kematian Pengasas AmBank Hussein Ahmed  Najadi yang ditembak mati selepas mendedahkan sejumlah wang yang masuk ke akaun Najib Razak. Namun media memutar belitkan kematian Hussein tersebut berkaitan dengan  spekulasi bahawa ia dibunuh kerana membantu sebuah kuil menghalang tanahnya diambil untuk pembangunan.


Hussain Ahmad Najadi (75 tahun) merupakan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia /AmBank Beliau ditembak mati di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai 2013.


Anak beliau yang dikenali sebagai Pascal Najadi mempersoalkan punca kematian ayahnya yang mati ditembak. Sebaliknya dia  percaya bahawa kematian bapanya ada berkaitan dengan rasuah sehari selepas membuat laporan berhubung kes Rasuah yang melibatkan Najib Razak.

"Saya tidak ada penjelasan atas pembunuhannya kecuali rasuah di bank"

http://www.sarawakreport.org/2015/07/my-father-died-for-reporting-corruption-at-ambank-exclusive-interview/


Pakar perubatan patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Nurul Kharmila Abdullah menyatakan bahawa terdapat beberapa kesan tembakan di bahagian hadapan, sisi dan belakang badan mayat Hussain.Lima kesan tembakan di bahagian depan meliputi kesan peluru masuk dan keluar manakala terdapat enam kesan tembakan masuk dan keluar di bahagian belakang. Berdasarkan kesan kecederaan, penyerang dianggarkan berada dalam jarak antara 40 ke 60 sentimeter.


Mengapa Hussein Najadi perlu ditembak mati ?? Kerana ia adalah bahaya jika rahsia-rahsia tersebut sampai ke tangan bekas pemimpin Negara Tun Dr Mahathir Mohamad.Najadi antara pihak yang tidak mahu berkomplot melakukan rasuah apa lagi rasuah tersebut berlaku didalam bank yang diasaskan olehnya sendiri.


Tun telah memberi beberapa klu kepada kita berhubung perkara ini. 


Najib takut jika rahsia-rahsia ini diketahui umum. Jadi ia terpaksa kembali menyerang Tun M dengan menggunakan pengaruh wang serta merasuah beberapa menteri untuk mengikut telunjuk dia. 
Seperti mana teguran-teguran Tun berkaitan kes Altantuya.. 

Siapa yang arahkan Altantuya dibunuh ?

Image result for siapa arah altantuya dibunuh



Saya telah mendedahkan perkara ini sejak lama dahulu. 


Kad kredit atas  Mastercard dan Visa Platinum diatas nama Najib Razak telah membuat lebihan pengeluaran dengan pembelian 3,320,670.65 ringgit ($ US1,039,369.91) barang kemas pada September 2014 - perbelanjaan yang dinyatakan dalam AmBank sebagai "jumlah yang besar".

Isteri Najib, Rosmah Mansor sebelum ini telah dilaporkan telah membeli satu siri barangan mewah, dari barang kemas berlian untuk beg tangan berjenama pada harga $ A130,000 

Menurut rekod dari AmBank pada 13 Januari 2011 dan 10 April 2013, Najib menerima sebanyak lebih daripada $ US1 bilion - atau, lebih tepat lagi, $ US1,050,795,451.58 - termasuk satu siri deposit individu adalah antara $ US9 juta dan $ AS70 juta.


Kiriman wang antara 2011 dan 2014 dilihat  termasuk bayaran oleh Kementerian Kewangan di Arab Saudi sebanyak $ US49,999,988 pada 19 Ogos 2011, dan $ US29,999,988 pada 29 November 2011.



Terdapat juga deposit direkodkan oleh AmBank dikatakan datang dari seorang yang bernama Prince Faisal bin Turki bin Bandar Alsaud, Riyadh.


Tahun 2011, SRC International mencetuskan kontroversi  dengan meminjam RM4 bilion daripada dana persaraan awam Malaysia Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).



Antara syarikat-syarikat yang memberi pinjaman kepada 1MDB. 


Pada 24 Februari 2011, dan berterusan sehingga 2012 dengan $ US49,999,965 didepositkan ke dalam akaun Najib Razak  pada 25 April, 2012, dan satu lagi $ US24,999,965 didepositkan pada 23 Mei 2012.



No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya