Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday 4 April 2012

Amanat Hadi petualang perpecahan melayu



 Pada hari ini, umat melayu di Malaysia berpecah belah kepada tiga pihak yang seterusnya memudahkan anasir-anasir yang sudah lama mengingini Malaysia dengan mudah mengambil kesempatan memerintah Malaysia.

Perpecahan ini terjadi kerana Amanat Hadi di kampung banggol peradong, manir pada tahun 1981. Perkara ini diakui sendiri oleh bekas mujahid pas, Haji Mokhtar  yang ketika itu begitu taksub dengan pas dan sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh pemimpin mereka.
Beliau yang juga bertanggungjawab mengutip derma ketika amanat itu dikeluarkan mengesahkan memang benar Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mengkafirkan UMNO sehingga terjadinya sembahyang dua iman.

Beliau yang kini telah menyedari penyelewengan yang dilakukan pas tidak seperti matlamat perjuangan asal mengambil tindakan drastik tanpa memikirkan maruah terus keluar daipada pas kerana merasakan pas sudah tidak relevan.

Menurut Haji Mokhtar lagi beliau memamng daripada remaja menjadi pengikut setia Pas hingga sanggup menuruti segala arahan yang dikeluarkan pimpinan Pas. Beliau juga mendedahkan Pas yang mengakibatkan terjadinya sembahyang dua imam, kejadian kanak-kanak tadika dihalau ketika era pemerintahan Pas 1999-2004, tidak boleh mengimamkan orang UMNO dan bermacam-macam lagi.

                                 
Namun apabila Pas berjaya menakluk Terengganu tahun 1999-2004 semua perkara yang dulu diharamkan telah dihalalkan. Setelah tiga hari memerintah, Pas Pusat telah mengeluarkan arahan meminta semua ahli Pas sembahyang di kariah masing-masing.
Perkara ini mengejutakan penyokong Pas sendiri yang 
seterusnya mengelirukan umat Islam. Ini bermakna selama ini Pas hanya bertopengkan agama semata-mata untuk meraih undi bagi mendapatkan kuasa. Setelah berkuasa segalanya berubah……………………………………

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya