Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday 19 August 2014

Teguran keras Tun Mahathir kepada Najib Razak tak sedar diri..





 Sudah acap kali kita mendengar teguran Tun Mahathir sejak pemerintahan Najib Razak.. Najib kelihatan seperti tidak sedar diri, dirinya seolah-olah terlalu sibuk mengejar glamer. Apa sahaja teguran kepada Najib langsung tak diendah, malahan kelihatan juga kaki  pengampu akan bersedia  mempertahankan Najib, Mungkin juga sudah dibayar.. maklumlah.. Siapa yang menjadi Menteri Kewangan?? Najib... Dia boleh menggunakan saluran wang untuk mengekalkan kedudukannya seperti mana kita lihat apa yang terjadi kepada calon-calon yang bertanding dalam perebutan kerusi tertinggi UMNO yang lepas..



Ini adalah si kaki pengampu yang amat disayangi Najib Razak iaitu Nazri Aziz


Page kaki pengampu  ( Friend of BN ) turut serta mengampu sebaik mungkin. 





Gua  agak tertarik mengenai beberapa ayat ini.. antaranya ;


Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

 Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

 Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.


Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.


Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

Sila baca teguran sepenuhnya didalam blog Tun Mahathir Mohamad
MENEGUR

Lihat juga teguran-teguran Tun yang lain;
http://darah-satria.blogspot.com/2014/07/tun-mahathir-kembali-tegur-kepincangan.html
http://darah-satria.blogspot.com/2014/04/tun-mahathir-hentam-pemimpin-hipokrit.html
http://darah-satria.blogspot.com/2014/01/kegagalan-najib-razak-menurut-tun-daim.html


                                                    
Hanya Tun sahaja yang berani menegur kepincangan pentadbiran Najib, nak harapkan pemimpin UMNO yang lain?? boleh pegi jahanmlah.!! Lagi2 kaki pengampu UMNO yang hanya bersepah menjadi pak turut.. Mereka lebih  berminat mendengar perkara yang baik-baik sahaja sedangkan perkara  yang tidak baik tidak dipedulikan sama sekali..


Apakah di dalam UMNO & BN yang memimpin kerajaan hari ini semuanya kaki pak turut sahaja??
Orang yang lebih berusia jika menegur itu adalah untuk kebaikkan.. bukan untuk menjatuhkan, tetapi benda ini selalu disalah ertikan oleh species kaki pengampu.. mereka takut menerima teguran dan sering menyalahkan satu sama lain.. Ayat yang paling utama kita akan dengar bila ditegur, dilebel perosak UMNO, dilebel tidak mendapat imbuhan, dilebel cuba menjatuhkan pemimpin dan macam-macam lagi.. Inilah dia mentaliti  dan standart mereka. Bila disuruh letakkan jawatan untuk mengelakkan UMNO dipenuhi oleh yang bodoh-bodoh, mereka tak peduli.. Apakah kerajaan pimpinan Najib hari ini akan fikir mereka  lebih selamat walaupun kehilangan 7 kerusi berbanding 140 diera pantadbiran Tun Abdullah??


UMNO sudah tiada pelapis baru untuk menerajui parti ini, Majoriti anak-anak muda menolak Kerajaan. mereka tidak membuka peluang kepada generasi baru dan pelapis baru.. UMNO now is stupid party.



Dihadapan penyokong, bukan main lagi mengeluarkan kenyataan UMNO akan berubah. tetapi apa yg sudah jadi semasa pemilihan tertinggi UMNO yang lepas??



Saya telah menulis awal lagi berkaitan hal ini, . Strategi lapuk dan tidak berkesan tidak membawa apa-apa perubahan..  Kerajaan menaikkan kos harga barangan dengan memotong subsidi rakyat, berbelanja mewah untuk setiap program-program kerajaan..

Adakah ini yang dikatakan BANGKIT UNTUK BERUBAH?? 






Setiausaha Agung UMNO, si Tengku Adnan mendesak agar Tun jangan menegur secara terbuka padahal kedudukannya semasa mengundi Parlimen di Putrajaya juga adalah kerana suara Tun yang datang berkempen.. Inilah dia jenis-jenis orang UMNO yang tak sedar diri..


Tengku Adnan  dengan  Raof Gemok ni sama-sama  kaki pengampu untuk kestabilan kerusi masing-masing.. 


Ini yang dikatakan BANGKIT UNTUK BERUBAH?? 


Kesilapan kerajaan kerana seringkali berjanji untuk sedapkan hati akhirnya membawa padah.. Padah bukan waktu sekarang, tetapi padahnya akan dilihat semasa PRU yang akan datang.


sebelum ini berjanji untuk tiada kenaikkan harga barangan kawalan, namun apa yang sudah jadi?? kenaikkan minyak 20 sen, gula 34 sen




 

Apakah mereka fikir rakyat akan mengundi BN kali ini sedangkan penyokong BN sendiri ramai yang tidak puas hati dengan cara pentadbiran kerajaan??

Mereka memotong subsidi rakyat, menaikkan tarif elektirk, minyak tetapi dalam masa yang sama mereka boleh membazir berjuta-juta ringgit ketika UNDI?? 

 

Memang benar cakap Tun, Kerajaan tidak menitik berat kepada penyokong sendiri.  
PRU13 yang lalu, BN kembali mendapat mandat memerintah kerana sokongan orang Melayu & India.

Sarawak & Sabah juga adalah penyumbang kepada BN, tetapi begitu menyedihkan nasib disana, frasarana begitu teruk, lampu-lampu jalan juga tidak ada, apakah mereka memang benar BANGKIT UNTUK BERUBAH??




Apakah mereka mendegar teguran Tun untuk tidak berboros?/ TIDAK.. Mereka jenis pekak sahaja..


Didalam media-media arus perdana, kerajaan seringkali mencari salah dan  silap negeri-negeri pembangkang  sedangkan negeri mereka sendiri langsung tidak dijaga... 

Diluar negara, banyak menyanjungi Tun Mahathir... 



 tetapi begitu malangnya kita hari ini langsung tak peduli setiap teguran beliau..tunggulah saat-saat kejatuhan BN kali ini.

BN takkan kekal memerintah. dijangkakan dalam PRU14 tahun 2018 kali ini, BN bakal tumbang sekaligus meletakkan Najib adalah PM terakhir untuk Barisan Nasional.
Melalui konsep RAHMAN, Najib adalah Perdana Menteri yang terakhir..





biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya