Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday 7 October 2015

Siapa dalang disebalik pembunuhan Kevin Morais ? Ahmed Najadi?






 Seperti yang telah dijangka, Kevin Morais yang menjadi  pendakwaraya siasatan kes 1MDB telah dibunuh.. Sebelum ini dia telah dilaporkan hilang ketika berangkat di Pejabatnya di Putrajaya..

Laporan berita menemui keretanya yang telah dikikis no. engine


 SHAH ALAM - Penyiasatan terhadap sebuah kereta Proton Perdana yang ditemui rentung di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hilir Perak menjadi sukar berikutan nombor casis dan enjinnya yang telah dipadam.

BACA : Kenderaan Dijumpai Terbakar Dipercayai Mirip Milik Kevin Anthony Morais

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, setakat ini tiada perkembangan positif berhubung penemuan kereta terbabit.

“Kereta yang dijumpai di Hutan Melintang itu tidak ada nombor casis dan nombor enjin untuk dikenal pasti.

“Dua nombor berkenaan telah dikikis,” katanya.

Penemuan kereta terbabit dikaitkan dengan laporan kehilangan Timbalan ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas.

Laporan polis telah dibuat oleh abang Kevin, Datuk Richard Morais pada jam 7  malam di Balai Polis Jingjang. 



 Polis dan Badan Peguam Negara menafikan Kevin Morais dengan siasatan kes 1MDB.. 
Adakah  mereka cuba menyembunyikan sesuatu ?? 


Melalui kupasan  didalam blog saya yang terdahulu, saya telah menjelaskan bahawa melalui Kenyataan Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz menegaskan mereka telah menyerahkan siasatan kes 1MDB kepada Peguam Negara ..Lihat disini :

http://darah-satria.blogspot.my/2015/09/1mdb-punca-kejatuhan-ringgit-tidak.html


 Ketua Peguam Negara  yang diangkat oleh Najib cuba menyembunyikan kebenaran tersebut setelah Peguam Negara dipecat. !!


 Lihat berita ini: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peguam-negara-nafi-penglibatan-morais-dalam-siasatan-1mdb-72455 


 Kenyataan Ketua Peguam Negara upahan Najib Razak


 Peguam Negara upahan Najib juga cuba berpakat untuk tidak meneruskan siasatan kes 1MDB ini.. 
 ( Mungkin telah menerima rasuh berjuta-juta ringgit daripada beliau )


Bukankah dia sendiri pernah menyatakan tidak perlu pasukan Petugas Khas dalam siasatan 1MDB tersebut ?  Rakyat ditipu dengan pembohongan setiap pembohongan melalui media kerajaan.. 


Ketua Peguam Negara yang baru diangkat oleh Najib menyatakan bahawa Kevin Morais tidak terlibat dalam siasatan kes 1MDB..  Tetapi yang sebenarnya, Kevin Morais telah menerima hasil siasatan dari Bank Negara  isu berhubung 1MDB..



 Salah satu kaedah menutup bukti tersebut adalah dengan melakukan pembunuhan.. Itulah yang berlaku dan menjadi tanda tanya  selama ini.. Bukankah hal yang sama juga telah berlaku kepada Pegasas AmBank Ahmed Najadi ?

 http://darah-satria.blogspot.my/2015/09/najib-wang-dan-rasuah.html


 Hussien dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung wang sejumlah USD 700 juta atau kira-kira RM 2.63 bilion kedalam akaun Perdana Menteri pada  28 Julai 2013 akhirnya mati ditembak setelah pulang dari membuat laporan polis tersebut.

 
 Siapakah dalang disebalik pembunuhan tersebut ?


Seperti  mana pertanyaan Tun Mahathir kepada Najib Razak. !

 6. Apabila dituduh telah lesapkan duit Kerajaan melalui 1MDB, Najib serah siasatan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC – Public Accounts Committee) Dewan Rakyat. Rakyat disuruh tunggu sehingga siasatan oleh badan-badan ini selesai.


7. Apabila wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun peribadi Najib, dan dia tak dapat menafi duit ini ada dalam akaunnya, dan ramai bertanya daripada mana duit ini datang, dan penjelasan yang munasabah tidak dapat diberi oleh Najib, maka satu pasukan bertugas (task force) dibentuk untuk secara rasmi menyelidik wang ini.



Kenyataan SPRM mengaitkan dengan penderma, bukan 1MDB.. adakah SPRM juga telah diberi rasuah ?


Ucapan Najib Razak semasa dibulan Puasa.. cuba menafikan wang tersebut didalam akaun peribadinya.. lihat video tersebut. Kata-katanya berlagak sombong dan cuba membodohkan rakyat dan penyokongnya sendiri. 


 8. Pasukan ini terdiri daripada Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara, Ketua Badan Pencegah Rasuah dan Gabenor Bank.


9. Rakyat menunggu hasil siasatan ini. Tiba-tiba Pendakwa Raya disingkir oleh Najib, Ketua Badan Pencegah Rasuah diarah bercuti, dan Gabenor Bank diugut kononnya kerana Bank Negara bocor maklumat. Dan terhentilah siasatan oleh badan ini.



10. Di masa yang sama Pengerusi PAC dan tiga lagi ahli diberi jawatan dalam Kerajaan dan siasatan berkenaan wang 1MDB oleh PAC pun dihentikan.



11. Beberapa pegawai polis dan lain-lain pegawai dipindah ke jawatan lain supaya tidak lagi dapat meneruskan siasatan.



 Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib sudah tidak lagi ada.


Soalannya.. 
Kenapa Najib begitu takut dan menyekat kesemua saluran untuk menyiasat wang didalam akaunnya..?  Mengapa akaun tersebut ditutup ? Wang berjumlah RM 2.63 bilion bukanlah sedikit tetapi begitu banyak dan sehingga sekarang, si Penderma masih lagi tidak diberi tahu dan tidak masuk akal wang sebanyak itu diterima dari penderma.  


Najib mulai merasuah blogger-blogger pengampunya untuk 'backup' dirinya.. Si pengampu hanya membuat kerja setelah menerima upahan.. 

Dari mana Najib memperoleh wang tersebut ? 

Selaku menteri Kewangan, dia boleh  berbuat sesuka hati dengan wang.. Money is King.. !! Wang inilah yang disembah oleh Najib.. Dia berkuasa kerana mempunyai wang selanjutnya untuk mengekalkan kedudukannya, dia perlu lebih lagi banyak wang.. !!

Persoalan melalui sejumlah wang didalam akuan peribadinya masih tidak dijawab. Si penderma juga tidak  diberi tahu.  Tidak Logik dan tidak masuk akal penderma tersebut mendermakan jumlah wang yang begitu banyak dan tidak tahu untuk tujuan apa wang tersebut didermakan. 


Seperti yang dilaporkan  berhubung penemuan mayat Kevin Morais




Fakta :
1- Dia didapati hilang dan keretanya  ditemui dan di kikis no engine serta dibakar. 



2- Mayatnya dijumpai disimen.



Pertanyaan kepada fakta diatas.!


 Adakah seorang doktor suspek utama seorang yang pakar menghakis no. engine kenderaan tersebut ?


 Adakah seorang doktor adalah seorang yang pakar dalam  menggunakan simen  dan menyimen mayat tersebut?


Kerja-kerja pembunuhan dan teknik menghapuskan bukti tersebut bukanlah calang-calang boleh dilakukan oleh rakyat biasa apatah lagi suspek-suspek yang menjadi kambing hitam didalam kes ini.
Bagaimana Altantuya dibunuh ? di Bom.. siapakah yang melakukannya??
Polis sendiri. 



Dan agak menghairankan juga apabila kes pembunuhan Kevin Morais tersebut digesa siasat  oleh Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Razak.



 Mengapa kes tersebut digesa dan menjadi perhatian untuk Najib Razak dan mengapa kes-kes lain tidak  menjadi perhatian beliau?

Seperti halnya pembunuhan terancang PI Bala yang mendedahkan  penglibatan  VVVIP  dalam kes Altantuya akhirnya dia ditemui mati.

Wahh begitu hebatnya dunia apabila wang sudah menguasai diri. 
Money is King. !


Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.


 Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.



Bagaimana Sirul boleh berada diAustralia ?


Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepek”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. 
Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.


  Melalui laman portal Al Jazeera pernah memaparkan pembunuhan dasyat ini serta mengaitkannya dengan Najib Razak.. Tetapi mengapa Najib tidak berani menyaman berita portal tersebut? Sama seperti keadaannya yang tunjuk berani mahu menyaman WSJ kerana mendedahkan RM 2.6 bilion sejumlah wang didalam akaun peribadinya ??
 Sehingga sekarang ini rakyat diperbodohkan oleh permainan Najib dan pandai berlakon.. 

Lihat dokumentari pembuhunan yg didedahkan oleh portal berita tersebut disini: http://www.aljazeera.com/programmes/101east/2015/09/murder-malaysia-150908131221012.html


Berani kerana benar dan takut kerana salah.. kita sendiri boleh lihat Najib seperti ketakutan dan cuba menghalang siasatanm kes 1MDB dan wang peribadinya berjumlah RM 2.63 bilion. Jika dia benar dan tidak takut, dia sudah menyaman Wall Street Journal dan Al Jazeera tersebut.. mungkin kerana telah dipengarui oleh wang menyebabkan nyawa manusia sudah lagi tidak ada nilainya..

Kita juga agak hairan mengapa Najib begitu takut dengan setiap persoalan Tun Mahathir berhubung 1MDB seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu. Akhirnya dirinya telah terperangkap oleh permainannya sendiri.. Sampai bila dia boleh bertahan dengan menggunakan pengaruh kuasa dan wang ??

Masa depan UMNO & BN juga malang hanya menunggu masa untuk tumbang dalam PRU14 jika ia terus menjadi Presiden UMNO, Presiden BN serta Perdana Menteri Malaysia.


UBAH atau REBAH. !!




7 comments:

Anonymous said...

Satu lagi kupasan isu dari seorang pakar. Detective Monk sure tabik spring dengan kupasan ni.

Darah Satria said...

Nah.. awal2 lagi aku dh bgtaw bahawa siasatan tersebut ad melibatkan VVIP.. ada kemungkinan Najib terlibat seperti pembunuhan Ahmaed Najadi yang membuat report mengenai wang USD 700 Juta dlm akaun Najib.. Najadi lastly mati kena tembak..

Siapa yang tembak ?? ada kemungkinan kerja pihak polis sendiri..

http://www.malaysiastylo.com/139258/abang-kevin-morais-pemimpin/

Anonymous said...

KEMATIAN MENDIANG TIMBALAN PENDAKWA RAYA, ANTHONY KEVIN MORAIS DIDAKWA ADA KAITAN DENGAN SIASATAN RASUAH MELIBATKAN PEMIMPIN TINGGI DAN ISTERINYA.

Abang kepada mendiang, Charles Morais membuat pengakuan dalam akuan bersumpah yang mendakwa adiknya yang mati dibunuh pada September lalu sedang menyiasat kes melibatkan seorang pemimpin dan isterinya.

“Tiga bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dua memberitahu saya bahawa pemimpin itu adalah ‘lelaki dahsyat’ dan isterinya adalah lebih dahsyat ,” katanya sambil menambah mereka berdua berkomunikasi dalam bahasa Malayalam sepanjang perbualan telefon itu.

“Kevin takut perbualan kami ‘dirakam’, oleh itu kami bercakap dalam bahasa ibunda kami,” katanya.

Anonymous said...

Charles berkata, dia juga ‘sangat tidak puas hati’ dengan laporan bedah siasat oleh Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, laporan pertama mendapati Kevin kemungkinan mati kerana lemas.

“Ini membuatkan saya ketawa kerana hanya ada satu baris dalam laporan itu. Ia tidak menjelaskan lebih lanjut,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Laporan The Malaysian Insider:

Ketika bercakap pada sidang media yang penuh dengan wartawan dan jurugambar di pejabat peguamnya Americk Sidhu, Charles berkata, Kevin sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga mendakwa adiknya, Datuk Richard Morais, bersekongkol dengan “seseorang” yang mengawal “permainan” melibatkan pembunuhan Kevin.

Charles mendakwa, inilah puncanya kenapa Richard mengambil mayat Kevin dari rumah mayat pada hari sama dia (Charles) memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kedua.

Charles yang kelihatan marah melontarkan kritikan kepada Jabatan Peguam Negara kerana didakwa mempermainkannya.

Pembunuhan bekas timbalan pendakwaraya Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan kertas pertuduhan yang sedang beliau sediakan terhadap seorang ‘pegawai kanan kerajaan’, kata abangnya Charles hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 November, 2015.
Pembunuhan bekas timbalan pendakwaraya Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan kertas pertuduhan yang sedang beliau sediakan terhadap seorang ‘pegawai kanan kerajaan’, kata abangnya Charles hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 November, 2015.
“Mereka (Jabatan Peguam Negara) pada awalnya bersetuju dengan bedah siasat kedua tetapi membuat pusingan U, dan meminta saya mendapatkan perintah mahkamah,” katanya.

Charles juga membuat 18 muka surat akuan bersumpah tentang hubungan adik beradik Morais dan beberapa perbincangan yang dia lakukan dengan adiknya, Kevin, menjelang pembunuhannya.

Dalam SD itu Charles berkata, 2 atau 3 bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dia ada memberitahunya sedang bekerja untuk kes yang melibatkan pembesar negara.

“Dia sebenarnya menggunakan perkataan ‘kolata ala’. Ia merupakan perkataan Malayalam yang bermaksud ‘orang yang tidak baik’,” kata Charles merujuk kepada pembesar negara berkenaan. Kevin adalah Malayalee.

Charles yang tinggal di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) berkata, adiknya memberitahu melalui telefon menggunakan bahasa Malayalam, kerana bimbang telefonnya mungkin diintip.

Charles berkata, dia memiliki pen drive (pemacu pena) yang dikirim Kevin melalui syarikat penghantaran sebelum beliau meninggal dunia.

“Ia selamat dalam simpanan seseorang di AS dengan arahan ia disebarkan kepada umum jika kejadian tidak diingini berlaku terhadapnya kerana membuat SD ini.

“Kandungan pen drive ini sangat jelas dan tidak kurang pentingnya mendedahkan tentang penyiasatan yang diamanahkan kepada Kevin sebelum dia mati, mengaitkan beberapa personaliti yang sedang berada di pusat kuasa di Malaysia sekarang,” kata Charles.

Katanya, dia tidak percaya Kevin dibunuh akibat mendakwa seorang ahli patologi kerana rasuah.

Ahli patologi kerajaan yang disebut itu merujuk kepada seorang doktor di makmal patologi di Hospital Tentera Tuanku Mizan yang didakwa pada Disember 2013.

Kevin adalah timbalan pendakwa raya untuk kes itu.

“Kevin dibunuh kerana sebab lain dan saya yakin motif lain ini ada kaitan dengan dia tahu terlalu banyak tentang fakta kes jenayah pihak di pusat kuasa Malaysia dan dia perlu didiamkan kerana itu,” katanya.

Unknown said...

dunia2

Yinrazak said...

Cepat atau lambat...ssiapa yg trlibat dgn pmbunuhan keji ini kerana mnyembunyikan kebenaran..pasti akn menerima balasan! Tggu la apa akn jd pd 'MEREKA@cash is KING!!!!'

Anonymous said...

PRU14 DH SELESAI.. TERBUKTI.. BN SUDAH REBAH!!!

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya