Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Saturday 10 December 2016

IPIC tuntut USD $ 6.5 bilion dari 1MDB, risiko peningkatan hutang Negara,



 Syarikat Pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS mengemukakan Permintaan Timbang Tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).




Menurut kenyataan IPIC GMTN Limited kepada Bursa Saham London, RFA membabitkan kegagalan 1MDB dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MOF Inc) untuk melaksanakan obligasi kontrak mereka di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS).




Kegagalan 1MDB dan MOF Inc untuk melaksanakan kewajipan mereka, menyelesaikan keingkaran mereka atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima menyebabkan IPIC berada pada kedudukan yang ia perlu meneruskan tuntutannya melalui timbang tara.
Jumlah yang dituntut oleh IPIC dan Aabar adalah kira-kira RM6.5 bilion.Kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)







On 13 June 2016, IPIC and Aabar have submitted a Request for Arbitration (RFA) to the London Court of International Arbitration (“LCIA”). The RFA concerns the failure by 1MDB and MOF to perform their contractual obligations under the BTS as described in note 22.4 above.
The failure of 1MDB and MOF to perform their obligations, cure their defaults or put forward acceptable proposals has left IPIC in the position where it must pursue its claims in arbitration. The total amount claimed by IPIC and Aabar is approximately US $ 6,469,463 thousand.
The claim will be determined by an arbitral tribunal that will comprise of three arbitrators in accordance with the
BTS and the LCIA Rules.

 Detail report boleh lihat disini : IPIC reequest US$ 6.5 bilion from 1MDB


 The Public Accounts Committee (PAC) has sent a letter dated 27 February 2015 to the National Audit Department (NAD) to ask NAD to carry out an audit on 1MDB by focusing on five (5) aspects as follows:-

a. The source of RM2 billion raised by 1MDB to settle its loans from several banks;
b. RM3 billion new injection of funds from the Ministry of Finance (MOF);
c. 1MDB investment agreement in PetroSaudi;
d. Whether 1MDB investment money in the Cayman Islands has been brought back to Malaysia; and
e. The changes in international auditing firm to verify 1MDB’s accounts

 Lihat disini detail report 1MDB dalam PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara )
 PAC 1MDB


 Sebanyak dua Nota USD berjumlah USD3.50 bilion (RM10.69 bilion) telah diterbitkan bagi membiayai pelaburan sektor tenaga serta kegunaan modal kerja dan korporat am. Penerbitan kedua-dua Nota USD1.75 telah diluluskan tanpa jaminan Kerajaan. Antara kelemahan serta pemerhatian berkaitan pengurusan terbitan Nota USD oleh Goldman Sachs melibatkan 1MDB, IPIC dan Aabar Ltd.

 Jaminan yang diberi oleh IPIC bagi terbitan Nota USD pertama pada bulan Mei 2012 telah dijamin secara back to back guarantee melalui Interguarantor Agreement yang ditandatangani atara 1MDB dan IPIC. Menurut perjanjian tersebut, 1MDB dikehendaki mendapatkan sokongan dan dana secukupnya daripada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk membayar balik kepada IPIC sekiranya 1MDB gagal membayar kesemua kos, perbelanjaan dan semua tanggungan berkaitan. Sungguhpun jaminan telah diberikan oleh IPIC, 1MDB masih menanggung semua risiko sekiranya berlaku kegagalan membayar semua kos berkaitan pembiayaan USD tersebut.

Interguarantor Agreement tidak tersenarai sebagai dokumen yang diluluskan oleh Lembaga pengarah 1MDB bagi terbitan Nota USD yang kedua (Oktober 2012) sebagaimana telah diluluskan untuk terbitan Nota USD yang pertama (Mei 2002). Agreement ini turut disediakan bagi terbitan Nota USD1.75 bilion yang kedua pada 17 Oktober 2012.

Menurut Goldman Sachs, sebagai balasan kepada jaminan IPIC bagi kedua-dua terbitan Nota USD, 1MEL dan 1MELL masing-masing akan menyediakan opsyen kepada Aabar Ltd. bagi memperoleh 49% ekuiti dalam 1MESB dan 1MELSB pada harga yang tetap.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Agensi berita ekonomi Bloomberg melaporkan yang China General Nuclear Power Corporation (CGN) bercadang membuat IPO bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.8 bilion) di Malaysia seawal tahun depan. Bila sesebuah IPO dibuat di Malaysia, logiknya majoriti yang akan membeli sahamnya adalah pelabur tempatan.


 Kita tentu masih ingat macam mana awal tahun ini, CGN telah membeli kilang-kilang penjana elektrik milik Edra Global Energy Bhd dengan harga AS$2.3 bilion. Edra adalah anak syarikat 1MDB.

1MDB terpaksa menjual Edra dengan harga murah kerana kesuntukan wang untuk membayar faedah hutangnya yang kini dianggarkan RM53 bilion. Dengan pembelian Edra, CGN kini menjadi pembekal elektrik kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff Berhad.



 Jadi adalah tidak mustahil syarikat-syarikat negara China lain yang mendapat kontrak raksasa seperti Bandar Malaysia (tapak TUDM Sungai Besi) dan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur akan juga meminjam modal di Malaysia.

Jadi pelaburan asing yang digembar-gemburkan itu sebenarnya tidak wujud atau kalau wujud pun kecil dan bersifat sementara. Apabila sampai masa, mereka akan pindahkan beban hutang mereka kepada pelabur tepatan melalui IPO.

Natijahnya, syarikat-syarikat milik Kerajaan China membeli aset-aset strategik di negara kita dengan dibiayai oleh kita sendiri melalai pemberian pinjaman dan pembelian saham IPO. Kita mungkin memiliki sedikit saham tetapi kawalan dan pengurusan adalah di tangan mereka.

 Najib membebankan kita dengan RM55 bilion hutang tambahan dari China untuk projek kereta api Pantai Timur. 


Pinjaman mudah, kata beliau. Semudah mana pun beban tetap ada dan akan ditanggung oleh rakyat jelata dan pembayar cukai hingga tahun 2036.

Yang pasti syarikat-syarikat China itu akan membawa masuk kelengkapan, pekerja serta bahan binaan. Mereka juga akan memaksa kita membeli enjin dan gerabak kereta api dari mereka.

Adalah menjadi amalan syarikat-syarikat milik kerajaan China membawa pekerja dari negara mereka untuk melaksanakan projek di luar asing. Itulah yang berlaku di Afrika.

Kajian Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat mengenai kegiatan ekonomi China di Afrika menganggarkan ada kira-kira 250,000 pekerja China di Afrika pada 2014. Angka itu pernah mencapai 300,000 pada 2011.



 Tanzania buat landasan keretapi 2200 KM harga nya lebih kurang RM30 bilion.

 Malaysia buat landasan keretapi 620 KM mencecah angka RM55bilion


 Berapa puluh bilion Najib nak guna wang dari kos projek keretapi Pantai Timur yang selebihnya untuk misi dalam PRU ke14 ??

Untuk PRU14, Najib memerlukan lebih banyak wang untuk pastikan dia kekal memerintah selaku terus memegang jawatan Presiden UMNO dan Presiden BN.. wang2 ini akan digunakan untuk merasuah pengundi-pengundi..


Sejak Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan kekal sebagai Menteri Kewangan, Hutang Negara terus meningkat..

Hutang Negara dicatatkan sebanyak RM 847,978,546,769.32 pada tahun 2015.

Hutang 1MDB kini sudah cecah 53 Bilion.

Terkini pula Najib nak buat East Coast Railway yang terpaksa berhutang dengan Kerajaan China sebanyak RM55 bilion.


Kemudian nk buat  High Speed Train dari KL ke Singapura yang menelan belanja RM65 billion.




Berkaitan projek keretapi laju antara Singapura dan KL ini, saya pernah mengulas lanjut didalam tulisan saya yang terdahulu . Pandangan saya dari sudut yang berbeza .. Mungkin ini pandangan dari rakyat marhaen yang dianggap tidak tahu apa-apa seperti mana kata-kata seorang wanita UMNO Tasek Gelugor terbabit kepada saya...



Kos keseluruhan projek ini + Hutang Negara berjumlah

(53 + 55 + 65 )+ 847 = 

173 + 847 = 1,020 , 978, 546, 769.32

Tahun 2017, jumlah hutang sudah cecah melebihi jumlah 1 Trilion.!!!! Itu belum lagi di kira dengan jumlah bunga yang perlu dibayar.!!



biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya