Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Saturday 12 December 2015

Najib cuba rasuah Tun M supaya tutup mulut. !!



 1. Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

2. Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

3. Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

4. Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.


5. Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.


6. Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.


7. Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.


8. Tetapi kehilangan wang Kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit Kerajaan berbillion-billion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila 2.6 billion Ringgit tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.


9. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki 2.6 billion Ringgit.


10. Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan UMNO telah menang dengan berkali lebih baik dari Najib dalam PRU 13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.


11. Kononnya duit ini diderma oleh penderma-penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada UMNO tetapi sebagai “pemimpin” mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelas dari mana duit itu datang, menyembunyi perbelanjaan.

12. Tuduhan dibuat bahawa Bank Negara tahu. Apa buktinya Bank Negara tahu. Kenapa laporan dari Bank Negara ditolak oleh AG. Apakah AG tidak percaya kepada Bank Negara sedangkan kita dikehendaki percaya Bank Negara berkenaan sesuatu yang hanya disebut oleh Najib, tidak oleh Bank Negara.


13. Adakah lebih meyakinkan jika laporan Bank Negara didedah daripada hanya Najib berkata Bank Negara tahu. Wang 50 million dan lebih yang dimasuk dalam mana-mana bank mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Tunjuk sahaja bukti kelulusan Bank Negara berkenaan RM2.6 billion dan Najib akan dipercayai.



14. Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang Kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku bahawa dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala yang dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka. Dan segala urusan dibuat oleh pengawai Kerajaan yang bertanggungjawab. Saya tidak terlibat dengan pengurusan terutama pengurusan modal wang. Tugas saya tamat dengan melulus pelaburan. Saya tidak menjadi pengurus atau penasihat eksekutif.


15. Sebaliknya Najib menubuh 1MDB yang dibiayai sebanyak 1 juta sahaja oleh Kerajaan. Najib juga menjadi Penasihat kepada 1MDB.

16. 1MDB hutang RM42 billion Ringgit iaitu 42,000 kali ganda lebih besar dari modal. Wang ini dipinjam dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen kepada Golden Sachs berjumlah 10%.

http://www.wsj.com/articles/goldman-entangled-in-malaysia-fund-scandal-1444795262


17. Wang ini diguna untuk beli stesen janakuasa yang usang dan hampir tamat lesen dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Hutang sebanyak RM 8 billion diambil alih menjadi jumlah hutang RM50 billion.


18. Stesyen digabung menjadi Edra. Tetapi pulangan begitu rendah sehingga tidak dapat bayar faedah dan terpaksa dijual. Ia tidak boleh disenarai kerana akaunnya tidak dapat disah oleh juruaudit. Ia terpaksa dijual kepada syarikat negara Cina kerana TNB tidak dapat bayar harga yang boleh selesaikan hutang sebanyak RM 18 billion.




19. Baki hutang diguna untuk beli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah iaitu RM 60 skp sedangkan tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000 skp. Harga belian tanah lapangan terbang tidak disebut.


20. Tanah yang diduduki oleh setinggan di Pulau Pinang dibeli dengan harga yang amat tinggi. Sukar untuk dibangun.


21. Percubaan dibuat untuk jual tanah Jalan Tun Razak yang dibeli dengan harga RM60 skp dari Kerajaan, kepada Tabung Haji dengan harga RM3000 skp (50 kali ganda harga beli). Wajarkah Kerajaan rugi sebanyak RM2940 skp. Inikah perniagaan stategik 1MDB?


22. Apakah saya pernah buat perkara-perkara seperti ini? Buktikan. Jangan tuduh melulu.

23. Kononnya ekonomi negara tidak teruk.

24. Hakikatnya nilai Ringgit dan harga saham jatuh dengan teruk. Kos sara hidup meningkat dengan GST, subsidi minyak diturunkan, tol dan tambang dinaikkan dll.


25. Pendapatan dinaikkan tetapi daya beli turun kerana nilai Ringgit jatuh. Pengangguran bertambah, termasuk dikalangan lulusan universiti. Perniagaan dan industry menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi.


26. Apakah saya yang merosakkan imej negara?


27. Akhbar dunia telah melaporkan berkenaan Jho Low dan persahabatannya dengan Najib, cara hidupnya dan pembelian rumah mewah, pembiayaan filem Wolf of Wall Street bersama anak tiri Najib jauh lebih awal dari sebutan 1MDB oleh saya. Semua ini yang memburukkan imej negara. Ia menjadi lebih buruk kerana laporan tentang pelaburan 1MDB, dan kemudian wang yang terdapat dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM 2.6 billion.



28. Jika ada sesiapa yang merosakkan imej Negara, ia adalah Dato Sri Najib sendiri. Sebelum ini imej Negara amat baik.


29. Jika apa yang dituduh Najib lakukan fitnah, Najib harus membuktikan semuanya tidak benar. Bahkan Najib perlu saman malu akhbar-akhbar yang melapor. Walaupun kononnya tindakan akan diambil, tetapi tidak ada apa-apa tindakan selain dari menakutkan sesiapa yang membuat teguran atau melapor kepada polis dengan disoal siasat oleh polis, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan kepada mahkamah. Tidak pernah terjadi dimana-mana bahawa orang yang melapor jenayah kepada polis dituduh mensabotaj demokrasi atau menguling Kerajaan. Juga peguam pihak yang mengadu disoal oleh polis dan dimasuk dalam tahanan.


30. Orang kampung mungkin tidak kisah. Sebabnya mungkin kerana akhbar tidak dibenar melapor. Tetapi hanya kerana orang kampung tidak ambil kisah, maka perbuatannya curang dan jenayah masih tidak boleh dihalalkan


-Najib pakar Rasuah dan pakar penipu . Presiden UMNO adalah org yang kuat menipu..
UMNO dikuasai oleh kaki-kaki pengampu untuk kepentingan peribadi serta UMNO tidak ubah seperti parti wang untuk mengkayakan diri sendiri apabila mengampu untuk Presiden.. Mereka akan diberi imbuhan wang.. Najib hanya ada wang untuk percaturannya.. Apabila wang sudah hilang dan habis, maka kaki-kaki pembodeknya tidak lagi mengampu dan lari meninggalkannya. Dia merasa hebat kerana  menggunakan wang rakyat utk kepentingan peribadinya.

UMNO bakal tumbang dlm PRU 14 akan datang kerana sikap Najib,.


Monday 7 December 2015

Najib makin takut dengan siasatan 1MDB dan siasatan 2.6 bilion dalam akaun peribadinya ??






 1. Terima kasih di atas penjelasan mengenai isu-isu yang berbangkit. Oleh kerana terlepas pandang banyak perkara dalam kenyataan awal anda, saya terpaksa membuat andaian tertentu dan meminta penjelasan.

2. Sekarang boleh tak saya jelaskan mengapa anda masih mengelirukan pembaca di dalam blog saya dan lain-lain.


3. Anda kata 1MDB ialah syarikat pelaburan strategik. Apabila anda menjual aset yang diperoleh pada harga yang sangat rendah daripada Kerajaan dan tidak jujur adakah ini yang dipanggil pelaburan strategik? Membeli perniagaan pada harga yang lebih tinggi daripada harga, apakah ini dipanggil sebagai pelaburan strategik?


4. Anda juga akan menjual 40% bekas tanah Kerajaan di Sungai Besi yang anda dapati di bawah harga pasaran, apakah ini pelaburan strategik? Bunyinya seperti menjual AP (Approved Permit) yang didapati secara percuma daripada kerajaan.

5. Adakah ini caranya bagaimana 1MDB membuat wang melalui pelaburan strategik?

6. Sementara Edra dijual kepada sebuah syarikat asing yang cuba untuk menjual tanah kepada syarikat GLC yang mengumpul dana daripada rakyat. Maka, jemaah haji dan rakyat Malaysia perlu membeli tanah 1MDB, supaya anda boleh membayar hutang anda. Anda sebenarnya memaksa rakyat untuk membayar hutang anda dengan wang hasil titik peluh mereka. Adakah ini juga pelaburan strategik?

7. Bagaimana RM42 bilion diperoleh? Adakah melalui pinjaman? Berapa banyak yang dipinjam dalam Ringgit Malaysia? Tunjukkan bukti dokumen dan bank-bank yang anda pinjam. Jika anda membayar kembali dalam Ringgit, nilai Ringgit yang menurun tidak akan mempunyai nilai yang sama dengan Ringgit dipinjam. Setiap US Dollar sama dengan kurang dari satu ringgit. Bank-bank akan menghadapi kerugian ini. Ya ini adalah pelaburan strategik melainkan apabila meminjam anda tidak tahu nilai Ringgit susut dengan mendadak.


8. Jika anda meminjam dalam US Dollar, terangkan berapa banyak dan dari siapa. Adakah anda membayar 10% setiap komisen kepada Goldman Sachs? Yang mana anda akan membayar faedah sebanyak 5.9% daripada 100 peratus jumlah pinjaman tetapi mendapat hanya 90% daripada jumlah pinjaman. Sekali lagi tunjukkan bukti dokumen. Jangan hanya menafikan ini tidak benar.


9. Jika anda telah meminjam US Dollar, nilainya akan menjadi RM3.2 setiap dolar. Sekarang anda perlu membayar kembali pada RM4.2 setiap dolar. Berapa banyak pelaburan dolar telah dibuat? Sebahagian daripada USD 2 billion anda katakan telah dijana, anda seolah-olah tidak dapat membayar faedah atas pinjaman anda. Sila berikan bukti dokumen keuntungan anda, bagaimana ia dibuat dan daripada siapa. Anda bukan sebuah syarikat swasta. Anda di syarikat Kerajaan dan apa-apa kerugian yang anda buat akan ditanggung oleh orang ramai. Mereka mempunyai hak untuk tahu.


10. Anda mengatakan SPRM telah mengesahkan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib bukan datang daripada 1MDB. Jabatan dan kakitangan kerajaan kini tekanan. Mereka boleh dipecat atau dipindahkan. DPP pula telah dibubar.






11. Orang yang membuat laporan pula ditahan. Peguam mereka boleh ditangkap. Orang yang tinggal di bawah ancaman tidak dipercayai apabila membuat kenyataan.


12. Oleh itu, kita tidak boleh menerima kenyataan pegawai SPRM begitu sahaja. Kami mahu bukti. Kami ingin tahu bagaimana RM2.6 bilion berada dalam akaun PM bukan dari 1MDB. Kita mesti tahu di mana semua RM42 bilion berada. Penjelasan yang anda berikan tidakpun disertakan dengan bukti.



13. Dengan menjelaskan bahawa anda mempunyai lebih banyak aset daripada pinjaman tidaklah mencukupi. Setiap sen wang yang anda pinjam mesti diambil kira. Di mana wang dari Caymans? Dalam bentuk apa? Anda kata anda melihatnya. Adakah secara tunai atau catatan dalam buku bank. Kenapa bank mengatakan mereka tidak menyimpan wang ini? Bank-bank manakah yang menyimpan wang ini? Siapakah yang berhak untuk mengeluarkan wang tersebut? Transaksi apakah yang telah dibuat. Jika anda kata ini adalah rahsia, saya mempunyai hak untuk mengatakan anda mahu menyimpan wang tersebut dan merahsiakan transaksi. RM2.6 bilion telah secara senyap dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM.




14. Peraturannya ialah apabila berlaku transaksi RM2.6 bilion, mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Wang yang telah berpindah masuk dan keluar, hanya Allah yang mengetahui di mana. Bank Negara perlu tahu. Melalui laporan Bank Negara, saya percaya, pergerakan RM2.6 bilion telah dihapuskan oleh Peguam Negara yang baru.

15. Perdana Menteri mendakwa wang ini untuk UMNO. Menurut Akta Pertubuhan, UMNO mesti melaporkan semua urusniaga kewangan. Tidak ada bukti bahawa ia telah berbuat demikian. Ia melanggar Akta Pertubuhan. UMNO telah diharamkan pada masa saya. Sebabnya tidaklah terlalu serius. Sekarang UMNO tidak dilaporkan dan tidak mengambil tindakan untuk mendapatkan semula wang itu dan membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan. Apa yang diperkatakan undang-undang tentang tindakan yang perlu dilakukan oleh Pendaftar?



16. Ini adalah suatu perkara biasa bagi audit luar yang perlu mereka lakukan. Ini cerita jumlah wang yang besar. Dengan hanya mendakwa ini adalah derma adalah tidak mencukupi. Tunjukkan bukti yang kukuh. Institusi kerajaan telah dihalang daripada mengaudit dan melaporkan mengenai 1MDB. Terdapat satu percubaan sengaja untuk menyembunyikan aktiviti 1MDB, RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, transaksi melibatkan PetroSaudi, Caymans, Seychelles, Hong Kong, Switzerland, United Kingdom dan Amerika.







17. Sehingga Kerajaan membenarkan audit yang sebetulnya oleh juruaudit bukan Kerajaan, saya berhak untuk membuat andaian yang munasabah dan menganggap bahawa terdapat lebih dari sekadar kepincangan dalam transaksi 1MDB.


http://chedet.cc/?p=1931

Tuesday 1 December 2015

Tolak Najib demi selamatkan UMNO dlm PRU14. !!




Najib dan kuncu-kuncu para pengampunya tidak dapat menutup kebenaran bahawa kepimpinan Kerajaan di bawah Najib terlalu teruk. Para pengampu diupah dengan wang..

Najib telah menyalah gunakan kuasa selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Soalan mudah, kenapa Najib takut meletakkan jawatan.??? kerana jika dia meletakkan jawatan dan hilang kuasa, dia bakal di dakwa dan dimasukkan kedalam penjara dengan beberapa salah laku yang dilakukannya..  kematian pengasas AmBank, Kevin Morais, PI Bala, Altantuya... dan banyak lagi..


1. Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan UMNO sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang.


2. Sebab itu apabila Dato Onn Jaafar, Pengasas dan Yang diPertua Parti yang pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan pejuangan parti, cadangannya di tolak dan dianya keluar dari parti.

3. Hari ini kita dapati UMNO sudah jadi milik Presiden dan perjuangan UMNO terhad kepada mendokong Presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada Presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.



4. Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat. Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi, bayaran gaji kepada badan bukan Kerajaan yang amat tinggi, meletak negara dibawah kehendak Singapura, meminjam berbillion Ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negera, menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat membukti dimana modal yang dilabur berada, gagal membayar faedah hutang, membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah, menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi, wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB, 2.6 billion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, 





Sanggup bercakap bohong dihadapan penyokong nya semasa majlis berbuka PUASA .. kesiannya mereka yang kena tipu oleh Najib.. Mana maruah anda ?? 





Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB, cara hidup mewah lebih dari kemampuan Perdana Menteri, gaji minima dinaik sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan, kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk, cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah, sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasuk dalam tahanan dibawah undang-undang yang salah.


http://darah-satria.blogspot.my/2015/05/1mdb-najib-menipu-rakyat-dan-salah-guna.html

5. Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan UMNO akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama.


6. Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.


7. Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.


8. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan UMNO. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak keatas kesalahan mereka semasa memerintah.

9. Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.

10. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi.

11. Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN sebelum PRU14.

12. Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya UMNO selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.

13. Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli UMNO dan orang awam. Jentera yang diguna yang terdiri dari badan-badan Kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan-kesalahan sedang dilakukan.


 http://darah-satria.blogspot.my/2015/09/najib-bakal-jatuhkan-bn-umno-pada-pru-14.html

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya