Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Thursday 28 June 2012

Memori: Kesan buruk dari Amanat Hadi Awang






ULASAN KHAS LIKU-LIKU AMANAT HAJI ABDUL HADI



1.       Amanat ini dipetik daripada ucapan YB.  Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.  Petikan ucapan itu dicetak dengan cara yang menarik dan jelas untuk sebaran kepada ahli-ahli dan pengikut PAS. Tajuk amanat ini memang sudah tertera dari mula lagi dengan nama AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI.


2.      Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah pengikut PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir.  Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.  Yang demikian sebab itulah beriaku gejala pemulauan dalam masyarakat muslim hingga terjadilah SEMBAHYANG DUA IMAM TARAWIHsebulan Ramadan dan sembahyang Jumaat pula bergilir selepas selesai imam kerajaan maka jamaah pembangkang pula melakukan segala yang berkaitan dengan Jumaat seperti yang dahulu tadi.  Peristiwa pelik ini berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di dalam masjid Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu.  Peristiwa tersebut dirakam melalui video yang boleh ditonton pada bila-bila masa juga.  Akhbar Berita Harian 19hb.  Julai 1982 juga turut menyiarkannya.  Sembahyang Jumaat DUA SEKAMPUNG di Terengganu sehingga sekarang (Alaf Baru Tahun 2000) masih terus rancak berlaku pada setiap minggu. (LAMPIRAN-M).

3.       Amanat Haji Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Berita Harian 12 Ogos 1983 membuat liputan.  Saya sendiri memang berada di dalam DUN itu ketika YAB.  Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan linangan tangis tersedu-sedu sehingga tersekat ucapannya demi kerana hati kecil beliau begitu sedih dengan hukum yang bersifat fatwa karut YB.  Haji Abd.  Hadi Awang (Sahabat sendiri) ini.  Apatah lagi mengenangkan peristiwa sembahyang berlawan dan musnah keharmonian hidup umat lslam merata kampung seluruh Terengganu.  Semua hadirin senyap turut merasai suasana yang memilukan ini. YB.  Hj.  Ab.  Hadi tiba-tiba bangun mencelah, "Itu memang benar ucapan saya" (LAMPIRAN N).

                            
                                          

4.      Pada 1 9 November 1985 behaku Peristiwa Berdarah Memali, Baling, Kedah.  Dalam video yang dirakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini ada tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan RUMI.  Kemudian setelah dilihat dalam Kertas Putih Peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen (Kertas Perintah 21 Tahun 1986) bertarikh 25 Februari 1986, jelaslah bahawa amanat ini telah dicetak dalam EMPAT versi.  Mengikut gambar dalam lampiran "B" kertas putih Memali, cetakan jawi ada dua versi iaitu Penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.  Cetakan rumi pula ada dua versi lagi iaitu oleh PAS sendiri dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.  Ertinya bermula dengan cetakan jawi pertama untuk sebaran pilihraya kecil Selising 1983 dan berakhir dengan cetakan rumi yang terdapat dalam video Memali 19.11.1985 (LAMPIRAN 0).

                                    
5.      Musibah Peristiwa Memali 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati.  Barangsiapa yang turut menonton gambar video rakaman oleh polis yang disiarkan sebahagiarnya oleh RTM (TV1) akan terkejut melihat betapa peliknya keadaan orang Islam di Memali; iaitu wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis menjalankan tugas keselamatan negara di kawasan rumah lbrahim Mahmood Libya.  Golongan kanak-kanak dan wanita yang kelihatan terpukau lupa diri terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis.  Namun begitu yang terkorban ialah EMPAT orang polis dan EMPAT BELAS orang awam Memali dan mereka semua adalah orang lelaki dewasa.  Beginilah akan berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga.

6.      Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin PAS tetap terus menyelewengkan fakta bahkan mereka mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut disamping terus menegakkan hukum ciptaannya iaitu "Ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kalau kita mati kerana jasa berlawan dengan puka-puak ni mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam" - demikian kaset ucapan amanat Haji Ab.  Hadi Awang 07.04.1981.  YB. Haji Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut Trg. pada 21 disember 1981 pula mengulangi ketegasan hukum SYAH1Dnya dulu (Rakaman video masih ada). lkutilah sedutan ucapannya di bawah ini:

"Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah; dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan.  Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereke adalah syahid"  (YB.  Hj. Hadi. umumkan bahawa ini adalah keputusan ulamak PAS Kedah).

                                       
                                                   

7.      Fatwa yang sama juga telah pernah dikeluarkan oleh YAB.  Datuk Haji Nik Abd.  Aziz Mursyidul Am PAS. Buktinya dapat kita baca dalam ruangan Jamaah Islamiah - Antara Realiti dan Fantasi sperti yang disebutkan oleh Ustaz Haji Omar Khalid, aktivis PAS yang sudah menyesal dan meninggalkan PAS. Setelah beliau bertemu dengan YAB Datuk Haji Nik Ab.  Aziz,  dia membuat pengakuan, "Kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita janji kerana tak cukup kuasa".  Setelah dirasakan begitu menyesal dengan kegiatannya selama ini memperdaya muslim mengundi PAS sedangkan begini sahaja jawapannya maka beliau pun menulis buku Parti Islam - Antara Realiti dan Fantasi dan beliau sedia bertanggung jawab dengan segala kenyataan di dalam bukunya itu pada bila-bila masa jua.  Para yang kedua muka surat 26  tersebut dinyatakan seperti berikut:

(( Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab.  Aziz semasa dia mengajar di Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan, "Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia maka kita dikira mati syahid")) (LAMPIP.AN P).

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya