Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Saturday, 4 May 2013

Bagaimana kuasa Melayu bakal terhapus melalui penggabungan Malaysia & Singapura?





Jika kita melihat kepada komposisi kaum didalam Pakatan Rakyat, golongan Melayu hanyalah 32 % jika  dibandingkan dengan Cina & India.

Lee Kuan Yew (bekas PM Singapura) sebelum ini memberi cadangan agar Singapura bersatu bersama Malaysia tetapi dengan syarat UMNO haruslah dihapuskan sama sekali.

Tun Mahathir juga telah menjelaskan bahawa impian Lee Kuan Yew ialah mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.


1985 – Lim Kit Siang di dalam bukunya “Malaysia Crisis Of Identity”mengulangi cita-cita DAP mahu mewujudkan “Malaysian Malaysia”dengan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

                                                                    

Pada 1997 – Lee Kuan Yew dalam kenyataannya menyebut pentingnya Singapura bergabung semula dengan Malaysia.



PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT


 

Bagaimana caranya UMNO yang menjadi tunjang kepada BN bakal terhapus sama sekali.??


Mari sini saya dedahkan 
Jika PR memerintah Kerajaan Pusat & mengambil tampuk pemerintahan negara, selang beberapa abad berlalu, Pakatan Rakyat bakal bergabung bersama PAP (Parti yang memerintah  Singapura)


    
Jumlah terkini kerusi Parlimen
PAP Singapura (81)  + Pakatan Rakyat (82)= 163






Jika Parlimen Malaysia sebanyak 222 ini bergabung bersama Parlimen Singapura yang berjumlah 87, maka jumlah keseluruhan kerusi Parlimen akan menjadi 309 kerusi.


 PRU12, kerusi BN hanyalah berjumlah 140.

Jika Pakatan Rakyat bergabung bersama Parti Tindakan Rakyat (PAP) atau lebih mudah saya jelaskan disini Malaysia bersatu bersama Singapura maka secara purata jumlah kerusi parlimen sudah menjadi dominan 163.Jumlah ini cukup lengkap untuk menghapuskan BN dimana UMNO menjadi tunjangnya pada hari ini.
Kerusi Parlimen BN hanyalah sebanyak 140 jika kita ambil pada PRU 12 yang lalu.


Jadi secara tak langsung Pembentukan Malaysia & Singapura ini amat berjaya menghapuskan UMNO/BN & kuasa Melayu sama sekali.

Perancangan ini antara perancangan rapi yang telah pun disusun bertahun-tahun lagi dalam menghapuskan kuasa Melayu didalam UMNO.

lihat apa yang telah saya tulis dan dedahkan  sebelum ini didalam blog ini :



Apakah perkara ini bakal menjadi kenyataan??

                              Fail:Parliament House Singapore.jpg
Parlimen Singapura 87 kerusi


Parlimen Malaysia 222 kerusi

Hakikat Tun M mengatakan bahawa jika PR memerintah negara ini, kuasa pemerintahan  penuh akan  diambil alih oleh Cina akan menjadi kenyataan kerana jumlah penduduk Cina Singapura yang seramai 76 % ditambah dengan penduduk bukan Melayu di Malaysia berjumlah 46.7% dimana kaum cina  26% yang menjadikan jumlah penduduk cina bakal meningkat sekaligus mengatasi penduduk  Melayu dalam negara yang berjumlah 53.3%.Secara tak langsung Melayu bakal menjadi minority ditambah penguasaan  kerusi Parlimen bukan Melayu ketika ini.


Di dalam insiden BERSIH dimana kita lihat bendera Malaysia dikibarkan seperti bendera Singapura.

                                       

Lihat semula tulisan saya disini:

Jadi soalnya disini Singapura merupakan negara Republik tetapi Malaysia pula masih mempunyai  sistem beraja, jadi bagaimana kuasa Raja ini bakal terhapus?? Sedarkah anda jika Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini majoritynya dikuasai oleh bukan Melayu, sedangkan Raja-Raja ini adalah dari orang Melayu, jadi secara tak langsung agenda Malaysian Malaysia & hak samarata akan berjaya kerana Raja-raja  tidak lagi terbela  & mendapat perlindungan serta sokongan dari Melayu yang pada hari itu bukan lagi menguasai Parlimen.Jadi segala apa yang diusulkan akan memihak kepada bukan Melayu.

                                             
Jika sekarang ini pun DAP berani meminta agar Kerajaan Pusat  membenarkan Kalimah Allah diguna oleh Kristian, apatah lagi jika mereka memerintah?? Mungkin lebih daripada itu akan diminta.

                                             

Tak mustahil perkara ini bakal berlaku & agenda inilah yang akan memusnahkan sama sekali sistem Raja Berpelembagaan di negara ini di tambah  dengan slogan KETUANAN RAKYAT yang mula menggantikan KETUANAN MELAYU.. Jika Ketuanan Rakyat itu diangkat-angkat, maknyanya sudah tiada lagi keistimewaan Melayu kerana sesiapa sahaja yang menjadi Rakyat dinegara ini termasuk Cina & India berhak menjadi Tuan bukan??

Kemungkinan besar dalam tempoh jangkamasa yang panjang, Agama Kristian bakal menjadi Agama Rasmi di negara ini kerana sokongan masyarakat Singapura yang  beragama Kristian ditambah penguasaan ahli-ahli DAP yang beragama Kristian.

Belajarlah sejarah bagaimana sistem beraja ini berjaya dihapuskann sama sekali dengan menukar pemerintah. Inilah yang diingini oleh musuh-musuh kita diluar sana lebih-lebih lagi Raja-Raja Melayu yang masih mengamalkan Agama Islam & dijadikan Agama Rasmi dalam negara ini.

                                 

 Ketua Pembangkang (bakal PM dari Pakatan Rakyat)  yang melaungkan Ketuanan Rakyat!


Tak mustahil jika PR berjaya memerintah, dengan menggunakan penggabungan Malaysia & Singapura ini, kuasa Raja bakal terhapus sama sekali.

                            


Didalam penjelasan  di bawah Perkara 159 menyatakan bagaimana  perlembagaan Malaysia dipinda.

Perkara 159 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak bagaimana perlembagaan Malaysia dipinda. Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimana penggubal undang-undang (ahli parlimen) membuat pindaan perlembagaan.

Menukar pemerintah bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main kerana ianya melibatkan soal masa depan sesebuah negara

Ingatlah, apa yang anda lakukan hari ini bakal menentukan masa depan generasi akan datang. Hargailah pengorbanan orang-orang terdahulu kerana merekalah kita berkeadaan  selesa seperti sekarang.



Friday, 22 February 2013

Pandangan aku mengenai kepentingan ISA.



 Korang boleh baca keterangan aku mengenai kepentingan ISA & cara menanganinya kat gambar bawah nie. saja nak kongsi pandangan & pendapat.

Pada aku.. aku rasa ISA masih belum sesuai untuk dimansuhkan buat masa sekarang kerana terdapat gerakkan yang ingin menggulingkan kerajaan.

Malaysia aman semasa dibawah era Tun M kerana adanya ISA. Begitu juga dengan negara di Seberang tambak Johor, Singapura. mereka juga tetap bertahan kerana mempunyai ISA. Desakan-desakan yang di mintak Pembangkang dalam negara ini seharusnya tidak perlu dilayan & kerajaan perlu bertindak dengan lebih tegas mengikut pada saluran undang-undang.

korang boleh baca kat  prnt screen bawah.


Kalau tak betul  huraian aku @ ada apa-apa yang perlu ditambah, korang  boleh menyuarakan pendapat kat comment blog gua..

Friday, 25 January 2013

Sejarah pembukaan Pulau Pinang.


                

 SEJAUH INI SEJARAH YANG DAPAT DIKESAN MENGIKUT ZAMAN IALAH PARA PEMULANYA YANG TIDAK DIKETAHUI SIAPAKAH MEREKA TETAPI AMAT BANYAK SEKALI. MEREKA YANG MENEROKA, MEMBUKA DAN MEMAJUKAN PULAU KECIL DI HADAPAN PANTAI KEDAH TERLALU RAMAI.HAMPIR SEMUA BAHAGIAN PULAU INI TELAH TERBUKA SEMASA KEDATANGAN INGGERIS.

SEJARAH PEMBUKAAN BUKAN UNTUK MEMBANGGAKAN DIRI SEBAGAI PEMILIK.SIKAP INI TIDAK ADA DALAM KAMUS MELAYU.INI ADALAH WILAYAH MEREKA UNTUK DIHUNI BERSAMA. ORANG YANG MEMBUKA IALAH ORANG YANG MENAMAI SESUATU TEMPAT.SELEPAS ITU IA MENJADI ASAS KEPADA PEMBUKAAN DAN PEMAJUAN SESUATU TEMPAT,MENJELMA MENJADI MUKIM, BANDAR DAN NEGARA.

CONTOHNYA SINGAPURA, SIAPAKAH YANG MENAMAKANNYA.SEJARAH MELAYU MENYEBUT SANG NILA UTAMA. BERKAIT DENGAN PERISTIWA LINTASAN SEEKOR HAIWAN KEPALANYA BESAR, BERBULU LEBAT HINGGA KE TENGKUK DAN LARIANNYA PANTAS.

HAIWAN APAKAH ITU DATUK BENDAHARA? KALAU TIDAK SILAP HAMBA BINATANG YG SEDEMIKIAN RUPA IALAH SINGA. LALU SANG NILA UTAMA MENAMAKANNYA SINGA PURA BERERTI KOTA SINGA.PURA BERERTI KOTA.

BEGITU JUGA DENGAN PULAU PINANG MENGIKUT CERITA LISAN YG MENAMAKAN PULAU INI PULAU PINANG IALAH SEORANG NAKHODA YG SERING BERULANG ALIK KE PULAU PINANG DALAM PERJALANANNYA MELALUI SELAT MELAKA.DATUK NAKHODA RAGAM MENAMAKANNYA PULAU PINANG.SESUAI DENGAN KEADAAN GEOGRAFINYA.SEBUAH PULAU YANG DIPENUHI POHON-POHON PINANG.

DATUK NAKHODA RAGAM JUGA MENGGELARI PULAU PINANG "PULAU KE SATU". DARI SEGI ILMU PELAYARAN "NAVIGATION" PULAU TERBESAR YG PERTAMA DALAM PELAYARAN MEMASUKI SELAT MELAKA.

KITA MULAKAN DENGAN DATUK NAKHODA RAGAM SEBAGAI TOKOH YG MENAMAKAN PULAU PINANG.

BAGAIMANA DENGAN TEMPAT -TEMPAT LAIN. PANTAI ACEH,TELUK DUYUNG,TELUK BAHANG ,BATU FERINGHI, TELUK TIKUS, TANJONG TOKONG,PULAU TIKUS,SELAT UTARA,TANJONG PUCAT MULA, SUNGAI PINANG, KUALA AWAL,BATU PUTIH, BAGAN JERMAL, TANJONG PENEGERI,TANJONG PENAGA,GELUGOR,SUNGAI NIBONG,SUNGAI ARA,KAMPUNG PALEMBANG,SUNGAI ACEH, SUNGAI PINANG,BUKIT TOK SETIA, BUKIT GAMBIR, BAYAN LEPAS, SEBERANG PAYA, BUKIT BENDERA, DATUK KERAMAT, AIR ITAM,AIR PUTIH,PANTAI EMAS, TELUK KAMPI,PANTAI KERACUT, PASIR BELANDA,GERTAK SANGGUL,TELUK KUMBAR,BAYAN LEPAS,BALIK PULAU DAN BANYAK LAGI.

SEMUA NAMA TEMPAT TELAH PUN ADA SEBELUM KETIBAAN KEPTEN INGGIRIS YG DIKATAKAN MENJUMPAI DAN MEMBUKA PULAU PINANG.SEBENARNYA PULAU INI TELAH PUN TERBUKA SEMASA KETIBAAN INGGERIS.MALAHAN SEMASA MENDARAT DI TANJONG PENAGA,KEPTEN LIGHT TELAH MEMASUKI SUATU KAWASAN YG DITADBIR OLEH DATUK NAKHODA KECIL YG TELAH MEMBUKA TEMPAT ITU 50 TAHUN SEBELUM KETIBAAN LIGHT.

SEJARAH BOLEH DIUBAH,DILAKAR SEMULA DAN DIBINA MENGIKUT ACUAN SIAPA YG BERKUASA.NAMUN SEJARAH MESTI MEMPERIHALKAN PERKARA YG MENYELURUH DAN BENAR.SEJARAH MESTI ADA LATAR BELAKNGNYA.MUSTAHIL SEJARAH PULAU PINANG BERMULA DENGAN PENJAJAHAN.

KITA MULAKAN DENGAN DATUK NAKHODA RAGAM

ABAD KE 17

TIGA NAKHODA MINANGKABAU TELAH MENGADAP BAGINDA SULTAN KEDAH UNTUK MEMBUKA BEBERAPA BAHAGIAN PULAU PINANG.MEREKA MENGADAP SYULTAN MUHAMAD JIWA.

DATUK JENATON TIBA BERSAMA DENGAN KELUARGA BELIAU NAKHODA NAN INTAN DAN NAKHODA ISMAIL PADA TAHUN 1740an.MEREKA MEMBUKA KAWASAN SEKITAR SUNGAI GELUGOR,BATU UBAN DAN TANJONG PENAGA.KAWASAN YANG MERANGKUMI PUSAT BANDAR GEORGE TOWN,JELUTONG HINGGA KE GELUGOR.

BUKTI KEDATANGAN MEREKA IALAH WUJUDNYA QURAN MINANGKABAU YG DIHADIAHKAN KEPADA BAGINDA SULTAN KEDAH ,SULTAN MUHAMAD JIWA.SATU NASKAH DARIPADA QURAN ITU ADA TERSIMPAN DI MASJID PERMATANG DAMAR LAUT BAYAN LEPAS PULAU PINANG.AL QURAN ITU BERTARIKH 1689 M

PADA AWAL ABAD KE 18 SEORANG ULAMAK ACEH TELAH MENYUSURI SUNGAI PINANG DAN MEMBUKA PERKAMPUNGAN DI JALAN PERAK. DI SEPANJANG SUNGAI ITU WUJUD PETEMPATAN ACEH DAN MASJID YG DIDIRIKAN OLEH PARA PEDAGANG ACEH.

DI KELAWAI WUJUD KAMPUNG PALEMBANG.BERMAKNA TELAH ADA PERANTAU DARI SANA BEERMASTAUTIN DI SEKITAR KELAWAI.

PADA ABAD KE 18 MUNCUL NAMA BAPU ALAUDDIN MEERA HUSSEIN LEBAI.BELIAU IALAH SAUDAGAR INDIA MUSLIM YG MEMPUNYAI HUBUNGAN RAPAT DENGAN ISTANA KESULTANAN KEDAH DI ZAMAN PEMERINTAH SULTAN ABDULLAH.

BELIAU MEMPUNYAI HUBUNGAN RAPAT DENGAN FRANCIS LIGHT DAN MENJADI WAKIL SULTAN YG MEMBAWA FRANCIS LIGHT MENDARAT DI TG PENAGA.BAPU ALAUDDIN MENJADI JURU PANDU YG MEMBAWA LIGHT MEMASUK PULAU PINANG DARI ARAH BELAKANG PULAU ATAU DARI ARAH BALIK PULAU.KETURUNAN BAPU ALAUDDIN DIANGKAT INGGERIS MENJADI ORANG KEPERCAYAAN EIC, MEMULAKAN PENTADBIRAN AWAL PULAU PINANG.

PADA ABAD KE 19 DI ZAMAN PEMERINTAHAN SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS,MUNCUL BANYAK NAMA YG BERPERANAN DALAM SEJARAH PULAU PINANG MODEN.

NAMA DATUK NAKHODA KECIL DISEBUT DALAM CATATAN INGGIRIS.BELIAU TELAH MENDIRIKAN MASJID JAMIK JELUTONG PADA TAHUN 1781 SEBELUM KETIBAAN INGGERI PADA TAHUN 1786.

MUNCUL NAMA ULAMAK TERKENAL HAJI OMAR AL BASHIR, TAJUDDIN ARIFF( ANAK BAPU ALAUDDIN), DATUK ABUDUL HAMID YG DIANGKAT WIC MENJADI MAJISTRIT PERTAMA DI MUKIM BALIK PULAU,DATUK BAHAUDDIN(ANAK ABDUL HAMID) MENJADI PENGHULU PERTAMA BALIK PULAU(1860-1917), MOHD ARIFF JUTAWAN INDIA MUSLIM YG TERKENAL, TENGKU KUDIN DAN BANYAK LAGI.

SEJARAH MEREKA DAPAT DIKESAN DARIPADA SEJARAH PEMBINAAN MASJID, TANAH WAKAF, NAMA JALAN DAN SUMBER LISAN.

DI ANTARA YG PALING TERKENAL IALAH SHEIKH YUSUF BIN SHEIKH ABDUL LATIFF.NAMA BELIAU MELEKAT PADA MASJID SHEIKH YUSUF DI JALAN AIR ITAM.BELIAU BANYAK MEWAKAFKAN HARTA UNTUK UMAT ISLAM.

RAWANA KADIR MAYDIN,CAUDER @ KADER MYDIN, KHAN MUHAMAD, MN NOORDIN, ALIM SHAH WALE, HAJI WAHAB, HASHIM YAHAYA, DAN BANYAK LAGI YG AKAN DIBONGKAR.

PADA ABAD KE 20

BANYAK SANGAT TOKOH YG MUNCUL DAN AKAN DISINGKAP DENGAN CERMAT.


PULAU PINANG BANDAR BARU 
KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA 
KALAU DIKENANG MASA LALU 
RASA BERLINANG SI AIR MATA

Saturday, 15 December 2012

Sejarah Jambatan Pulau Pinang.





Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama pasangan masing-masing sewaktu perasmian


 Jambatan Pulau Pinang  merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga  terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4  kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya  Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di  Seberang Prai.


Kerja  pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya  3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan  ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian  kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur  tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed  bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985  untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah  13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum  tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang  masih beroperasi sehingga sekarang.



  • Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
  • Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
  • Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
  • Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
  • Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
  • Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
  • Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
  • Gantungan utama: 225 Meter
  • Gantungan hujung: 107.5 Meter
  • Gantungan lain: 40 Meter
  • Had laju: 80 km/j




Tarik-tarikh Penting :

  • Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
  • Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
  • 23  Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau  Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
  • Tahun 1982 - Pembinaan bermula
  • 3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
  • 14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam


Sewaktu dalam pembinaan





Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan Pulau Pinang



Beberapa  hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam  melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi  peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu  peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana  jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang  mengambil peluang tersebut.

Thursday, 13 December 2012

Cadangan ini datang dari orang yang dilebel perosak UMNO.!!

                             


                                                             
                                         
Kerajaan perlu memperbanyakkan siaran yang lebih berimejkan Islamik.. kita sedar PAS dilihat lebih berimejkan Islamik.

Dalam keadaan sekarang, PAS sedang kucar kacir dengan DAP & PKR, inilah masa yang paling sesuai untuk menarik mereka kembali bersatu dibawah UMNO/BN.

Apa yang saya lihat. Kerajaan perlu mengurangkan hiburan yang terlalu banyak ditayangkan. dengan cara mengurangkan hiburan & memperbanyakkan siaran yang lebih islamik akan menyebabkan ahli-ahli PAS menyokong cara pentadbiran kerajaan..

Dalam era pemerintahan Tun Mahathir Mohammad, saya lihat siaran televisyen lebih banyak memainkan peranan dengan menyiarkan cerita-cerita yang lebih islamik dan tayangan yang boleh menyemai perasaan cintakan negara & tanah air.

Cara ini akan mengembalikan semula keyakinan ahli-ahli PAS terhadap pemerintahan UMNO/BN. salah satu punca utama kebencian ahli-ahli PAS terhadap UMNO ini dilihat hasil kesan penayangan filem yang terlampau hiburan.. jadi mereka semakin hari semakin tdk melihat televisyen tambahan pula siaran televisyen kini banyak memihak kepada syarikat swasta.Jika apa pembohogan yang didedahkan melalui televisyen, menyebabkan mereka tdk tahu kerana cara pentadbiran yang dilihat kurang menarik minat.

                                                        
                                            

Mereka akan mencari alternatif lain, sebab itulah Pembangkang dibawah pimpinan Anwar ibrahim memperbanyakkan media bacaan. Jika kita lihat PAS mempunyai Harakah, DAP mempunyai Roket kini & Keadilan mempnyai Suara Keadilan, ditambah pula dengan beberapa negeri dibawah pentadbiran pembangkang.

Setiap negeri yang dikuasai pembangkang mempunyai media alternatif bacaan. dengan cara penyampaian maklumat ini, dilihat lebih berkesan dari satu sudut yang berbeza.

Kerana apa saya kata begitu? kerana jika kita mempunyai Internet di rumah, boleh mengaksesnya untuk mendapatkan cerita sebenar, tetapi bagaimana dengan mereka yang tdk mempunyai kemudahan internet??
Bukankah medium penyampaian bacaan itu dilihat amat berkesan bukan?

Nurul Nizam (orang yang dilebel sebagai perosak UMNO)!!

Sunday, 2 September 2012

ASAL USUL SEJARAH BENDERA MALAYSIA




 
Mohamad Hamzah adalah arkitek kerajaan di Johor.

Bendera Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. Bendera ini telah diilhamkan melalui satu pertandingan khas mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu.


Hasil ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor, Mohamad Hamzah telah terpilih tetapi dibuat beberapa perubahan pada reka bentuk asalnya. Antara perubahan yang dibuat ialah menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, bendera tersebut telah diubah suai sewajarnya menjadi bendera Malaysia.


 

Bendera Persekutuan Tanah Melayu Semasa Dikibarkan di Bangunan United Nation


Hanya pada tahun 1995 barulah ada suatu inisiatif untuk memberi nama khas atau nama rasmi kepadanya. Idea menamakan bendera negara adalah ilham Datuk Hashim Mat Dris, seorang bekas pegawai kerajaan yang dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri.

Menurut beliau, setelah 45 tahun bendera negara berkibar dengan megah tetapi tanpa satu nama yang boleh dibanggakan, sudah tiba masanya bendera Malaysia diberi satu nama rasmi. Nama ini patut diberikan sebagaimana bendera-bendera negara tertentu memilikinya seperti bendera kebangsaan Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom – Union Jack, Amerika Syarikat – Star Spangled Banner dan bendera Perancis digelar Tricolor.

Hashim berpendapat nama yang sesuai untuk bendera negara ialah ‘Si Tuah’ sempena nama Hang Tuah, pahlawan Melayu yang berani, gagah perkasa dan setia kepada raja.

Cadangan Hashim itu kemudiannya dibawa kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu. Pada 11 Julai 1995 Tun Dr. Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi memilih nama yang sesuai untuk bendera Malaysia.

Penyertaan bagi peraduan tersebut dihadkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja iaitu kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Berikutan itu, Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan dianggotai oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan.

Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta nama bendera Malaysia telah bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui peraduan tetapi memadai dipilih daripada senarai nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan.

Ini turut dipersetujui oleh Perdana Menteri ketika itu. Berikutan itu, nama jawatankuasa ditukar kepada Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia.

Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta huraiannya. Setelah penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu ‘Setia Perkasa’, ‘Seri Setia Perkasa’ dan ‘Seri Setia Negara’. Cadangan nama-nama tersebut dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk semangat jitu di kalangan rakyat untuk terus maju membina sebuah negara yang aman makmur.
Bagaimanapun, apabila dikemukakan untuk mendapat persetujuan jemaah menteri pada 11 September 1996, nama-nama tersebut gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang berpandangan bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera Malaysia itu sendiri.
Jemaah menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru dikemukakan. Berikutan keputusan itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama-nama baru untuk bendera Malaysia.

Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’ dan ‘Jalur Sinar Gemilang’.

Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997, jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang’. Perisytiharan Jalur Gemilang sebagai nama bendera Malaysia telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semasa acara Di Ambang Merdeka sempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam.

Pada tahun 2012 ini genaplah 15 tahun nama “Jalur Gemilang” tersemat pada bendera Malaysia. Nama tersebut telah dicadangkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (sekarang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).

Secara ringkasnya, perkataan ‘jalur’ dalam nama Jalur Gemilang melambangkan jalur pada bendera yang menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju serta arah yang sama yang diikuti oleh rakyat negara ini manakala ‘gemilang’ pula melambangkan keadaan yang bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.

Oleh itu, Jalur Gemilang adalah lambang aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharungi kemajuan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi membina sebuah negara yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Wednesday, 21 March 2012

Ciri Ulama Su" akhir zaman




Telah bersabda Rasulullah SAW.
“Wailun li -ummatii min ‘ulamaa- is Suu’ ”.“ Rosaknya perilaku ummatku adalah berpunca dari perbuatan ORANG2 PANDAI AGAMA yang TIDAK DAPAT MENAHAN SEGALA KEINGINAN HATINYA ”

Ciri-ciri Ulama’ Suu’. (Orang orang yang pandai, alim tetapi berfikiran jahat).
1. Bersabda Rasulullah saw,” Ulama’ itu adalah kepercayaannya Rasul , selama dia itu tidak bercampur gaul dengan Sulthan dan dia tidak dimasukkan ke dalam urusan dunia… Maka tatkala dia bercampur dengan Sulthan dan menyampuri urusan duniawi, maka sesungguh dia itu telah berkhianat kepada Rasul. Maka berhati-hatilah terhadap mereka”.
(Hadits dari An Anas rawahu ‘Aqili.Kitab Jami’us shogir )


Keterangan Hadith :


ORANG ORANG YANG PANDAI DALAM ILMU AGAMA SELAGI DIA TIDAK BERGAUL DENGAN PEMERINTAH KECIL ATAU BESAR , DAN TIDAK TERLIBAT DALAM URUSAN POLITIK DUNIANYA ATAU DALAM KERAJAAN SESUATU BANGSA DAN NEGARA, MAKA SELAMA ITULAH ORANG ORANG INI MASIH SELAMAT JIWA RAGANYA DAN RATA RATA MASYARAKAT MASIH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN SETULUS HATINYA. TETAPI JIKA PARA ALIM ULAMA INI SUDAH BERGAUL DENGAN PARA PEMERINTAH DAN MENCAMPURI URUSAN POLITIK DUNIANYA MAKA ramai pun yang sudah kurang percaya dengan kata katanya. Dengan sendirinya orang tidak akan menjadikan si alim itu sebgai tempat rujuknya lagi kerana sudah kurang dan ada kalanya langsung tidak percaya lagi…inilah hakikatnya.. Itulah pengertian BERKHIANAT DENGANKU..Berbeza pula pada pandangan saya mengenai ulamak atau orang orang alim tertentu yang tidak suka melibatkan diri dalam politik israel ini lebih menjadi tumpuan ramai..


Kenapa jadi begini..Apabila seorang ahli agama berdamping dengan raja yang zalim atau fasiq maka dia akan mengikuti segala keinginan dan kehendak para penguasa politik itu. Kenapa…Kalau alim ulama ini tidak menyediakan perkara atau apa sahaja yang menyokongnya untuk mengekalkan kuasa pemerintahan atau perbuatan yang syubhat itu, maka hilanglah tempat cari makan dan periuk nasi sumber mengumpulkan kekayaan dan pangkat. Hanya pemerintah yang boleh memberikan pangkat Dato’,orang kebanyakan tidak layak berbuat demikian..Kenapa suka dengan wang, kuasa dan pangkat serta gelaran ? ..Jawablah sendiri..

2. Memiliki ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya.
Bersabda RAsulullah saw ,” Kerusakan bagi orang yang alim yang tidak mengamalkan ilmunya ”.

Mereka memiliki ilmu “bersedekah”, tetapi mereka rasa tamak dan kedekut, atau mahu membantu tetapi mengharapkan beritanya tersebar melalui corong mikrofon, sembang di pasar atau di dalam berita TV, surat kabar, dll. Qiaskan wahai saudaraku muslimin muslimat..pada perkara menyentuh dan menyakiti hati muslim yang lain dan larangan menyakiti hati walaupun orang kafir di dalam hadith yang lain. Marilah kita semua mengamalkan ilmunya, jangan sakiti walaupun haiwan melata tetapi kita menggembirakannya walaupun kita miskin tanpa harta di dunia..

3. Bersabda Rasulullah saw ,” Barangsiapa menuntut ilmu dan dengan ilmunya itu nanti nama keilmuan dirinya akan tersebar meluas di kalangan masyarakat ramai – ‘di kampung atau di bandar..”,

Keterangan Hadith : “ Mereka mencari ilmu bukan semata mata menuntut redha Allah, menjalankan perintah Allah dan Rasulnya, melainkan untuk mencapai kemasyhuran dan menjadi terkenal dengan kebijaksanaan dirinya berpidato atau berceramah di atas pentas termasuk di depan lanser kamera..perbuatannya pergi balik untuk belajar ilmu itu sangat baik baik..tetapi selitan niat yang jahat di dalam hati sanubarinya itu yang merusak segala galanya..

4. Bersabda Rasulullah saw , “ atau supaya dengan ilmunya itu mereka kelihatan menonjol di mata orang-orang bodoh”,

Mereka khuatir dikata bodoh, sehingga mereka menampakkan seolah-olah mereka adalah termasuk golongan orang yang berilmu tinggi.. Maka, mereka akan tampak menonjol dimata orang-orang yang bodoh. Tetapi di hati para yang a’rif billah hanya berada dalam pandangan disudut tepi mata kirinya sahaja bahkan memandang pun tidak sudi..kenapa.. Bukan ilmu yang dia lihat tapi syaitan syaitan iblis yang melingkarinya..sedarilah wahai saudara saudaraku wal ‘iyazubillah min zaalik.

5. Bersabda Rasulullah saw , “ atau supaya dengan ilmunya itu orang-orang banyak tertarik kepadanya ”.
Atau dengan menyampaikan ilmunya, mereka hanya ingin supaya orang-orang lainnya tertarik padanya dan menjadikan dirinya kiblat ilmu.. Dan bukan untuk menjalankan perintah Nabi untuk syiar agamanya.

Bersabda Rasulullah saw , “Allah subhanahu wata’ala akan memasukkan orang orang itu ke dalam Neraka.”
(hadits rowahut tirmidzi, kitab Jami’us soghir)


6. Telah berkata para ‘arif billah : Manusia itu tergolong kepada empat golongan yang membezakan darajat dirinya dengan derajat diri orang lain walau orang itu alim atau kaya raya atau miskin merempat papa kedana.

Yang pertama, kelu lidah tidak pandai berbicara ditambah pula buta sekalian mata hatinya.- itulah sifat orang jahil 90 persen dirinya dibalut nafsu .

Yang kedua, lancar lidahnya petah kata katanya tetapi sayang buta sekalian mata hatinya dari melihat alam yang ajaib ajaib kekuasaan dan keagungan Allah.- itulah alim ulama suuk. 90 persen dirinya dibalut nafsu 10 persen dirinya dikuasai aqal fikiran.

Yang ketiga, kelu lidahnya di depan ulama, tetapi mata hatinya melihat mereka dan kejahatan mereka yang tersembunyi disebalik tudung serban dan jubahnya lagi melihat da mendapat ilmu hikmah yang melimpah ruah.

Yang keempat dan terakhir, petah lidahnya bertutur mengatur urusan menjadi khalifah Allah memakmurkan bumi, mata hatinya kasyaf kunni melihat segala rahsia kebesaran Allah swt. Orang seperti ini jarang jarang ditemui, mereka adalah kekasih Allah yang sentiasa menjauhkan diri dari manusia berkebun dan bertani memakmurkan bumi sebagai khalifah untuk diri dan murid muridnya sahaja.

Manusia ini tidak menuntut habuan dunia dari kerajaan mana pun yang memerintah, orang orang seperti ini kebanyakkannya menjauhkan diri dari kesibukkan politik dunia dan lebih senang baginya fana’ baqa billah setiap masa dan ketika.

7. Di bawah ini adalah pandangan peribadi yang sengaja dinaqal dari seorang tua yang tidak pernah dikenal orang siapa dia itu. Beliau pernah menyebutkan perkaranya dengan jelas tetapi penulis mengungkapkannya semula dalam bentuk pantun atau sajak ataupun puisi yang hanya menjelaskan sedikit gambaran daripada maksudnya yang sebenar. Mungkin amat mudah memahaminya. Kenapa penulis tidak menyebutnya secara jelas sahaja bukankah itu lebih mudah? Sebenarnya berqias dan bermadah adalah amalan para anbiya warmursaliin wassyuhadai wassalihin..walauliyail muqarrabiin, wabihi nasta’iin ala umuurid dunya waddiin..
” Ingatlah Wahai Saudara Yang Mulia, Ingatlah Mahkota Dan Baju Kita, Jangan Hanya Pandai Bicara, Amalkan Juga Apa Di Kata, Ingat Beringat Tuntutan Baginda, Muga Selamat Gelaran Ahli Agama, Pandai Berkata Pandai Menjaga. Jangan Kata Munafiq Dia, Kita ini Lebih Nifaq Sebagai Bapa…”

“ Asyiq Gemar Mentertawakan Orang, Hobi Suka Mencari Salah Jiran,
Mungkin Tabiat Intai Hak Orang, Zip seluar Lupa Nak Betulkan..”

Bismillahirrahmaanirrahiim,

Ata’ Muruunannaasa Bilbirri Watansauna Anfusakum Wa Antum Tatluunal Kitaaba Afalaa Ta’qiluun.

” Kamu Menyuruh Manusia Berbuat Baik Tapi Kamu Lupakan Perangai Diri Kamu Sendiri, Adakah Kamu Tidak Memikirkannya Ke..”

Kenali Ulama Su" di akhir zaman.!!



Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir zaman ramai "ulama suk (jahat)."

Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi


1. Cinta dunia
Ramai ulama akhir zaman yang menghidap penyakit ini. Rosaknya ulama bermula dari cintakan dunia. Cinta dunia adalah ibunya. Ia kepala segala kejahatan. Ia pintu kejahatan yang membuka kepada kejahatan yang lebih banyak dan lebih besar lagi. Cinta dunia ini bolehlah diterjemahkan kepada cinta duit, harta dan kekayaan, cintakan kuasa, pangkat dan jawatan dan cintakan nama, pujian, gelaran, glamour dan macam-macam lagi.

Bila cinta dunia telah mencengkam hati, maka sukar bagi ulama untuk bertindak dan beramal mengikut ilmu yang ada padanya secara tekun dan ikhlas. Apa pun yang dia buat atau hukum yang dikeluarkan, sentiasa ada maksud lain. Sentiasa ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan dan untung untuk diri sendiri atau untuk kelompoknya.

Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takuti kepentingan dunianya terjejas. Maka jadilah mereka 'syaitan bisu'. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).

2. Ilmu yang tidak global
Ini adalah kerosakan yang kedua. Ilmu yang ada pada ulama tidak menyeluruh dan tidak global. Ilmu mereka juga tidak cukup dan tidak berterusan. Bila sampai pada satu tahap, ilmu mereka tidak bertambah kerana mereka berhenti belajar.
Ini kerana ulama menerima ilmu mengikut susunan dan sukatan yang dicipta oleh Yahudi dan Barat. Ulama diajar dan menerima pengajaran ikut sepertimana Yahudi dan Barat mahu. Ada ilmu yang diajar, ada yang tidak. Ilmu itu pula dijuruskan ke dalam bidang-bidang yang khusus dan tertentu. Ada ilmu yang diketengahkan dan ada yang disorok. Malahan ada ilmu Islam yang terus diselewengkan.

Oleh itu ilmu yang ada pada ulama jadi sangat kurang, singkat, dicatu-catu dan disukat-sukat. Kerana itu peranan ulama tidak berkesan. Ulama tidak cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang di bidang tasawuf tidak tahu menyelesaikan masalah aqidah umat. Yang di bidang syariat tidak tahu menyelesaikan masalah ekonomi. Yang di bidang usulud-din tidak tahu menangani masalah keruntuhan moral muda mudi dan gejala sosial. Yang belajar ilmu wahyu pula tidak tahu bagaimana hendak menyatupadukan umat. Begitulah seterusnya. Jadi banyak ulama pun macam tidak ada ulama. Masyarakat terus rosak tanpa pimpinan. Liciknya tipu daya Yahudi.

Tambahan pada itu, ulama mencari ilmu untuk dapat kerja dan jawatan. Apabila sudah dapat kerja, terus berhenti belajar. Sudah dapat sijil terus berhenti mengaji.

Ulama dahulu mengaji tidak berhenti-henti sebab ilmu tidak pernah habis. Tidak ada siapa yang bagi sijil. Belajar pula bermacam-macam ilmu. Yang ahli dalam bidang tasawuf, dia juga pakar astronomi. Yang ahli dalam bidang syariat, dia juga pakar perubatan. Yang ahli dalam bidang tauhid, dia juga pakar dalam matematik, pertanian dan sebagainya.

3. Sudah tidak mewarisi nabi
Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ulama itu pewaris nabi."

Ertinya ulama itu mewarisi segala apa yang ada pada nabi, baik ilmunya, ibadahnya, akhlaknya (termasuk sikap, percakapan, pergaulan, tawadhuknya) dan lain-lain lagi.

Jelas bahawa ulama akhir zaman tidak lagi mewarisi apa yang ada pada nabi. Mereka hilang wibawa dan karisma. Mereka tidak jadi contoh dan ikutan kepada rakyat dan mereka tidak dapat mengikat dan menyatupadukan umat.

4. Ulama sudah dimiliki
Sepatutnya ulama menjadi hak umum dan hak masyarakat, bergerak dan berkecimpung di kalangan seluruh umat. Ulama sebenarnya tidak berpihak, tidak mewakili dan tidak dimiliki oleh mana-mana kumpulan atau puak.

Di akhir zaman ini, ulama sudah jadi hak parti politik, hak kerajaan dan lain-lain lagi. Ada kes ulama dimiliki dan dibeli oleh orang Kristian dan membuat kerja untuk gereja. Ulama-ulama ini buat fatwa dan hukum ikut kehendak dan kepen tingan tuan-tuan mereka demi untuk memenuhi kepentingan duniawi mereka.

5. Perjuangan ulama yang hak dihasad dengki
Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki Terutama kalau ulama yang hak itu terlalu menonjol, ada jemaah, ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat. Mereka takut pengaruh mereka hilang dan takut tersingkap segala kesalahan dan kelemahan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu.

6. Kejumudan dan liberalisme
Hasil pengajian di pondok dan pesantren, ulama menjadi jumud dan beku. Mereka hanya mementingkan ibadah dan ritual Manusia tidak tertarik dengan mereka kerana manusia ingin maju.

Ada pula ulama dari aliran pengajian moden di universiti yang sangat menganjurkan kemajuan tetapi mengikut cara dan acuan Barat. Maka timbullah fahaman Islam liberal yakni asalkan maju semuanya boleh. Asalkan maju semuanya tidak apa. Riba tidak apa. Bergaul bebas pun tidak apa. Yang penting maju. Cara berfikir ulama yang seperti ini sudah rosak dan tercemar. Kaedah dan hukum-hakam Islam ditolak ke tepi atau diringan-ringankan atas nama kemajuan dan kemodenan.

7. Kesan dari dimiliki, jumud dan liberal
Kerana ulama sudah dimiliki, jumud dan liberal, sunnah Rasulullah yang besar-besar seperti membangunkan jemaah sudah ditinggalkan. Jemaah itu disalah-ertikan dengan parti politik. Maka ulama seperti ini pun memasuki parti politik
seolah-olah dia memasuki sebuah jemaah Islam. Yang jumud, kerana tidak tahu macam mana hendak membangunkan jemaah turut juga masuk parti polirik kerana itu yang termudah. Yang liberal lagi-lagilah. Mereka ini apa pun boleh. Buat apa susah-susah membangunkan jemaah. Masuk parti politik itu bagi mereka adalah jalan pintas.
Oleh itu ulama seperti ini dimiliki dan digunakan oleh parti-parti politik. Suara mereka disesuaikan dengan kehendak dan keperluan parti dan kerajaan. Mereka sudah tidak bersuara lagi dengan suara Islam dan suara kebenaran.

8. Bekerja untuk dapat duit
Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.

Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.
Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara."

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat."

Cuba kita lihat "ulamak-ulamak" sekarang...malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim ...cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang kafir yang telah kamu islamkan? sepanjang masa muda dan tua kamu berada di tanah ini. Malah mereka yang berpakatan dengan orang kafir juga tidak mampu mengislamkan walau seorang! Di mana silapnya? tanyalah hati masing-masing....sejauh mana keimanan dan ketakwaaan kita pada Allah? Sejauh mana niat dan keikhlasan kita untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita digeruni oleh orang-orang kafir atau kita yang mengeruni mereka? Adakah orang-orang kafir itu menghormati kita atau kita yang terlalu menghormati mereka sehingga jatuh martabat islam itu sendiri.

Di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam darah orang islam itu terdapatnya nur dan cahaya dari Allah, manakala di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam orang-orang kafir itu terdapat syaitan dan iblis yang penuh dengan kegelapan. Selagi hati-hati kita ditunggangi nafsu, maka selagi itu api iblis bercahaya dan mengelapkan nur dari Allah. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita masih lagi mahu ditunggangi nafsu duniawi yang terdiri dari emas, tahta, pangkat, kerusi-kerusi parlimen di putrajaya atau nur cahaya Allah yang menerangi kita? Jawaplah wahai si pemakai jubah dan serban yang menzahirkan dirinya lebih mulia dan dan lebih alim...Jawaplah! Di mana kamu letakkan kalimah syahadah? selain mengkafirkan dan mengfasikkan orang-orang islam yang sudah terang syahadahnya! Jangan terlalu mudah untuk kamu menghukum kerana hukuman dan penilaian itu terletakknya di tangan Allah taala. Insafilah dirimu...

Thursday, 1 December 2011

Tun M tetap dikenali pemimpin hebat.



Aku tetap tak akan lupa pada jasa-jasa Tun Mahathir yang  telah disumbangkan pada negara masa kini.

Tuesday, 18 October 2011

Kenpa Dato' On Jaafar Keluar UMNO?



 Kerjaya politikDato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.


Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan SulaimanKuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 
1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.


Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.


Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam MahmoodiahJohor BahruJohor.

Dato onn pada mulanya nak bagi org bangsa lain masuk umno... tapi ditentang oleh ramai org melayu...
kenape dato onn nak bagi bangsa lain masuk umno?

dato onn telah meletakkan syarat- bagi bangsa lain yg memasuki umno, mereka hanya dibenarkan memegang ahli jawatankuasa biasa sahaja
supaya mereka tidak boleh bertanding dlm pilihanraya lantas menyebabkan mereka tidak mempunyai kuasa memerintah.
tetapi walau diterangkan banyak kali pada org melayu, mereka tetap menentang idea dato onn.
dato onn buat camtu bukan pasal ape.. semasa zaman komunis.. dia telah membaca sebuah buku yang dipanggil 'buku kuning'
buku tu adelah terjemahan dari bahasa china.. dlm buku tu ada menyebut komunis sedang berusaha membina wilayah ke 20.
ape dia wilayah ke 20? cube cek sejarah komunis n china.
malah dato onn telah ditangkap oleh british kerana china komunis buat report pada british yg dato onn nih yg mengetuai serangan terhadap org china mase komunis memerintah selama 14 hari.

atas sebab ramai melayu menentang idea dato onn, dato onn bertindak keluar dari umno, mase nih di perlis..
mase tu takde sorang pon org-org yang lantang menentang dia, oleh sebab takde calon yg sesuai, dato onn telah menamakan tunku abd rahman sebagai pengganti- tunku abd rahman.

lepas tu dato onn tubuhkan parti negara..
mase kempen pilihanraya.. org-org yg menentang dato onn telah memperkecilkan dato onn, mengeji, mencaci..
tan cheng lock di dalam ceramahnya di sekolah melayu simpang jeram telah mengeji dato onn, dia cakap dato onn dah takde gigi... so jgn dengor cakap dia..

Dato onn telah menasihatkan tunku abd rahman supaya tidak berkongsi kuasa dengan bangsa lain, tapi tunku tidak mendengar nasihat Dato onn itu..





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA-QIeYoR6zkBDRZs9eQOQcPhN7dnZg857o67sU42qFYzlWUW0X606qnUn2JhSV9r4w6AHRtofUb-PuEQQLiV8P8ZyBKs-RVcLTXRSDgn4HmSud7Cf3BCwt0UWMlhh8Ym0ixy0BjvEcQEB/s1600/2.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGDtRh1D5vgdc40_-Lx8HnHojHmL1ymIQRnx2FWixLZxTWXaNRcjyr_cIiPlRfwMyXHE_5ukGzqZtbBDLBlv7rcuXifWVFbL-p-lmGa6qyy64ASPIhX0vBVgJ7SOFu5lFBgZIp8hGI426U/s1600/3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizhFPlgNj0MIt0s9SCA73jarCxD0Onzzy_iMojNLAivH6x6oHzGOSyj0Zd5amrp8CX41yl9Ma9VM9JME0yamAbDevxTgca_gd2E4tyC4oVqTrWEFG9BlKhc6yWUbWXXvbU0BaR7DzU7MAq/s1600/4.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpDYINN9tv0Sr_bqUty_ngeiaSQWfBRCld1Nwu8zvg1XXipt4UtarFNbdcZtPs4_i0V4v3WfyVaj1MA5PFbDEsCAAZh7Uy_i2_yb_juypIBzyPRYk1cESU5frOwF7TcP_CIavHawrz2cLN/s1600/5.jpg


Pada 21hb Disember 1951, kira-kira empat tahun sebelum Persidangan Perlembagaan Januari Februari 1956, kerajaan Britain telah mengeluarkan satu laporan mengenai kedudukan kaum di Malaya. Nisbah penduduk Cina Melayu adalah 50:50 tetapi oleh kerana ramai orang Cina tidak diberikan taraf kewarganegaraan maka nisbah ini pada akhirnya menyebelahi orang Melayu.

 Halaman empat daripada laporan ini mendedahkan UMNO menyasarkan untuk memulakan dasar 'Malaya for the Malays' (Malaya untuk orang Melayu) dan itulah sebabnya mengapa Dato Onn Jaafar telah keluar daripada Umno dan membentuk Independence of Malaya Party (IMP) atau Parti Negara.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya