Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Friday, 24 April 2015

Ulasan mengenai Jambatan Bengkok, Tambak Johor serta kegagalan Najib.




Najib terus gagal. walaupun gagal memenangi pilihanraya ke13 melebihi Perdana Menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mendapat 140 kerusi.. Najib hanya mendapat 133 kerusi.

Walaupun menyedari prestasi beliau lebih buruk,, tetapi terus tidak mengendahkan segala nasihat yang diberikan kepadanya,,

Tun Mahathir yang terus mendesak agar PM Najib letakkan jawatan langsung tidak dipedulikannya, malahan, mengganggap teguran Tun adalah utk kepentingan peribadi.. Inilah dia pemimpin yg tak cukup akal nak pikir jauh.

Kritikan-kritikan terdahulu boleh dibaca disini;

Najib terus megelak Soalan Tun Mahathir
Najib PM Paling teruk dalam Sejarah Negara


Ada beberapa rahsia yang tidak boleh dijelaskan kepada umum mengapa Jambatan Bengkok ini perlu diteruskan dan tembok Johor perlu dirobohkan, saya pernah menjelaskannya dalam facebook saya sebelum ini, tetapi  akaun saya  telah dirampas dan dihilangkan  tanpa dikesan. Mungkin ada sesuatu agenda terahsia yang takut diketahui umum..


 Saya juga  pernah menyuarakan beberapa hasrat dan ada jalan-jalan tertentu untuk menyekat pengaruh Singapura  yang berada di selatan Johor.. Malaysia berada pada kedudukan startegik, namun amat malang kerana pemimpin hari ini begitu dangkal dan lembab berfikir.. pemimpin lebih gila nak jadi popular..!! kesannya lihatlah, Ekonomi semakin jatuh, nilai ringgit jatuh merudum dengan teruk, mengakibatkan kesan yang amat bahaya kepada   ekonomi negara, jumlah hutang mencecah paras  melebihi RM800 bilion.. Amatlah rugi sekelian rakyat jika tidak mengendahkan saranan Tun Mahathir ini dan kesannya akan  dilihat dalam tempoh 5-10 tahun akan datang.. Negara akan kehilangan satu persatu kawasan demi kawasan, perairan demi perairan..



Kritikan terbaru tulisan Tun Mahathir boleh dibaca dibawah,.






 “Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.




 Sewaktu negara ditadbir oleh Tun Dr Mahathir dulu, ada cadangan oleh kerajaan untuk membina Jambatan Indah (scenic bridge) bagi menggantikan Tambak Johor. Malangnya disebabkan projek jambatan itu tidak disetujui oleh Singapura (negara itu enggan meroboh bahagian Tambak Johor di bahagian sempadan negaranya), kerajaan Malaysia terpaksa mengubah rekabentuk jambatan itu menjadi Jambatan Bengkok (crooked bridge). 

Kerja-kerja awal (menanam cerucuk jambatan) sempurna pada 10 Mac 2006. Malangnya, atas arahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003), projek Jambatan Bengkok itu telah dihentikan pada April 12, 2006. Ini kerana Tun Abdullah mempunyai penasihat dari kalangan orang yang mempunyai kepentingan pada negara Singapura. 
Begitu juga apa yang berlaku semasa pemerintahan Najib, ia memiliki penasihat dari luar negara dan tidak percaya kepada bangsa sendiri lebih-lebih lagi pada nasihat Mantan PM Tun Mahathir. 

Sejarah  bakal berulang.


Isu Jambatan Bengkok ini cukup memberi kesan kepada Tun Dr Mahathir. Beliau pernah kata , "Saya cuba menahan diri untuk mengkritik, tapi bila kerajaan ketika itu tunduk kepada Singapura dan mengorbankan kedaulatan negara, saya tak boleh diam lagi,"


Pada masa itu apabila ada orang bertanya kenapakah projek Jambatan Bengkok itu dibatalkan, antara sebab yang diberi adalah kononnya “orang Johor tak mahu projek jambatan itu diteruskan” – satu jawapan yang bukan sahaja tidak masuk akal, bahkan satu pendustaan kepada orang Johor.!! Alasan ini antara alasan yang diberikan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. 


Alasan ini juga diguna sama seperti alasan PM dibawah Pak Lah. kata mereka itu merupakan satu pembaziran.. tetapi pembaziran yg dilakukan oleh pemimpin mereka langsung tak disentuh pula?? pembelian pesawat peribadi dgn nilai jutaan ringgit, BR1M nilainya berbilion ringgit langsung pulak tak dikatakan membazir ?? malah banyak lagi pembaziran-pembaziran mega yang belaku sehingga sekarang.



Pada awal Ogos 2013, ketika bercakap dengan wakil media yang hadir di upacara pelancaran buku "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia" (disunting oleh Bridget Welsh and James Chin) Tun Abdullah berkata “Sekiranya saya ikut kata Mahathir, Malaysia akan jadi bankrap” (If I listened to Mahathir, Malaysia would be bankrupt) Benarkah Malaysia akan bankrap jika mengikut haluan mantan PM itu?? bukankah negara telah  mengeluarkan kos yang lebih tinggi apabila jambatan ini tidak dibatalkan?  bukankah nilai disitu telah menyebabkan kosnya menjadi lebih tinggi berbanding kos membina jambatan ini ?? Apakah Negara tidak Bankrap apabila menjual pasir kepada Singapura serta membenarkan ruang udara Johor diceroboh tentera Singapura ?



26 Jun 2010: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar cadangan pembinaan jambatan bengkok dipertimbangkan semula.


"Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini. Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor." - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, 26 Jun 2010.


Jadi kenapa Media TV memainkan isu jambatan ini tidak perlu sedangkan Sultan Johor pernah menyuarakan hasrat mahukannya?? Mereka menggunakan saluran media untuk menipu rakyat.!! Kerajaan Pusat yang dikepalai  Najib mempunyai agenda tersendiri apabila tidak mahu menunaikan hasrat Sultan Johor ini.


Hasrat Sultan Johor yang mahukan Jambatan Bengkok adalah sama seperti hasrat kesultanan Kedah yang mahu mengambil alih kembali Pulau Pinang kerana P.Pinang masih dibawah jajahan Kerajaan Kedah.!!tetapi Kerajaan Pusat juga masih berdegil.. 



Najib pemimpin yang telah menderhaka kepada SULTAN dan RAJA?? adakah pemimpin seperti ini perlu terus memerintah negara?? 



Najib, kenap diam tak memberi sebarang reaksi ?? adakah kamu tidak malu menggunakan slogan rakyat didahulukan tetapi memanipulasi kemahuan sebenar rakyat serta permintaan Sultan  ? apakah kamu memang muka tak malu ?




Tambak Johor (yang kini berusia hampir 9 dekad) telah sekian lama menyebabkan pencemaran air dan marin menjadi begitu teruk lagi, kerana kewujudannya menghalang air mengalir dari barat (Selat Melaka) ke timur (Laut Cina Selatan). Bila nanti seluruh kawasan pantai dari pusat Bandar Johor Bahru ke Danga Bay terus dibina dan dibangunkan ala Hong Kong, keadaan di sini pastinya menjadi lebih buruk lagi.



Ini sudahpun di 'plan' sejak awal lagi.



Pada  12 April 2006  Pak Lah telah membuat pengumuman ; 

“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.  Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit jambatan tersebut.” 


Kawasan pembinaan adalah dalam kawasan Malaysia, apakah hak Singapura untuk membantah? Tidakkan kita  fikirkan sikap Singapura yang tidak mempedulikan jirannya apabila menambak laut di sebelah timur laut Singapura iaitu di Pulau Tekong Kecil dan Pulau Tekong Besar yang dahulunya dua pulau kini dah jadi sebuah pulau dan saiznya dah menjadi dua kali ganda, menyebabkan perairan di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat di Johor menjadi makin cetek dan boleh menjejaskan operasi perkapalan di sana? 



Kenapa perlu tunduk dengan Singapura?
Apakah pemimpin sekarang begitu bacul dan hanya tunjuk berani setiap kali berucap saja?nk jadi hebat ?? 



26 Jun 2009 Tun  pernah mengulas mengenai tambak Johor


1. Saya siarkan dokumen berkenaan pembiayaan pembinaan Tambak Johor kerana ada Menteri di dalam pentadbiran Tun Abdullah yang mendakwa Tambak Johor milik bersama antara kita dan Singapura. Sebab itu Singapura harus bersetuju sebelum apa-apa tindakan (meroboh) dapat dilakukan terhadap tambak tersebut.


2. Tidak terdapat apa-apa persetujuan mahupun perjanjian yang mengatakan Tambak Johor milik bersama. Jika ada pun 2/3 daripada tambak tersebut adalah milik Johor. Dan bahagian 2/3 tersebut sudah semestinya yang berakhir di Johor Bahru kerana sempadan di Selat Tebrau merupakan laluan air yang paling dalam, kira-kira separuh dari selat tersebut antara Singapura dan Johor. Ini mestilah juga sempadan tambak. Dengan itu separuh tambak di bahagian utara adalah hak Malaysia, satu negara yang berdaulat dan merdeka.


3. Cadangan yang mengatakan kita tidak boleh sentuh tambak tanpa kebenaran Singapura bukan merupakan sebahagian daripada apa-apa perjanjian dengan Singapura. Apa yang kita buat pada bahagian tambak di sebelah kita adalah hak kita sebagai satu negara yang berdaulat. Tidak melaksanakan hak kedaulatan kita samalah dengan menganggap diri kita dijajah.


4. Kenapa kita perlu bina jambatan untuk gantikan tambak? Jalanraya di Johor Baru di mana lalu lintas dari dan ke arah tambak bertemu dengan lalu lintas menghala ke arah timur dan barat seringkali sesak. Di masa hadapan apabila lebih banyak kenderaan menggunakan jalan tersebut, kesesakan tentu akan bertambah buruk.

Kesesakan yang teruk  pada laluan ini, Menteri tak peduli hal ini sebab mereka naik pesawat. Mereka pentingkan diri sendiri. 


5. Jambatan akan disambung ke jalan jejambat dari dan ke kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ), dan ini akan benarkan lalulintas dari timur ke barat untuk bergerak lancar.


6. Selain masalah trafik, laluan air di selat juga tidak mengalir. Jika tambak dibuka, air akan bebas mengalir di kedua-dua arah, dan akan membersihkan perairan di selat.


7. Ketiadaan tambak juga akan benarkan bot dan kapal layar belayar pergi balik di kedua-dua arah. Pengangkutan barangan dan penumpang di antara pelabuhan Pasir Gudang dan pelabuhan Tanjung Pelepas juga akan dipermudahkan. Ini akan bantu pertumbuhan kedua-dua pelabuhan – sesuatu yang mungkin Singapura tidak suka lihat.


8. Laluan tanpa halangan bot-bot sepanjang selat juga akan mewujudkan peluang perniagaan. Jambatan akan lebih lebar daripada tambak dan akan mempercepatkan aliran lalulintas. Bangunan CIQ juga direkabentuk untuk menampung jumlah trafik yang lebih tinggi.


9. Saya ditanya kenapa ianya tidak dibina semasa 22 tahun pentadbiran saya, jawapannya ialah keperluan untuk jambatan hanya jadi lebih jelas di akhir jangka waktu pentadbiran saya. Walaubagaimanapun saya telah luluskan projek tersebut sebelum saya berundur. Kerja-kerja pembinaan juga bermula semasa saya masih lagi mentadbir. Jika Abdullah tidak berhentikan, jambatan sudah tentu akan hampir siap sekarang.


10. Oleh kerana Singapura hanya akan setuju untuk membina jambatan lurus jika satu bilion metre padu pasir dijual kepadanya; oleh kerana rakyat Johor membantah penjualan pasir dan kebenaran bagi pesawat pejuang Singapura berlatih di ruang udara Johor, pilihan yang ada bagi Kerajaan Malaysia hanyalah untuk kembali pada pembinaan jambatan bengkok (indah) di perairan wilayah kita. Ini adalah hak sebuah negara berdaulat yang merdeka.


11. Sebaliknya Abdullah putuskan untuk bukan sahaja tidak bina jambatan di perairan kita tetapi juga untuk berhenti berunding berkenaan semua perkara lain termasuk keengganan Singapura meluluskan dana CPF (Central Provident Fund) yang dicarum pekerja dari semenanjung Malaysia, tanah keretapi, harga air mentah 3 sen untuk 1,000 gelen yang dibayar Singapura (Melaka bayar 30 sen untuk 1,000 gelen).



12. Kesemua isu ini memberi keuntungan pada Singapura dan dengan menghentikan rundingan untuk mendapatkan hak yang lebih baik dalam masalah tersebut kononnya kerana orang Johor menolak penjualan pasir yang rugi ialah kita. Yang kalah adalah kita. Saya rasa ini satu cara bodoh untuk hukum Singapura. Ataupun adakah ianya satu hukuman bagi orang Johor kerana tidak setuju jual pasir (ada orang yang akan buat banyak duit) dan menolak cadangan supaya ruang udara Johor Baru dijadikan tempat pesawat pejuang Singapura berlatih berperang dan mengebom.

Kenapa Singapura begitu takut dengan idea Tun Dr Mahathir




Pada persepsi Singapura, meruntuhkan Tambak Johor walaupun dibahagian Johor sekalipun adalah dipercayai akan membawa kemudaratan yang cukup besar kepada mereka. Kenapa ?? Tambak Johor yang dibina British telah menyebabkan adanya sekatan laluan bagi sebarang pergerakan kapal kecil mahupun besar.

Rahsia tersuratnya disini-

"Seandainya separuh daripada tambak Johor diruntuhkan dan digantikan dengan sebuah jambatan baru yang akan bercantum kembali dibahagian tambak disebelah Singapura, maka laluan Selat Tebrau akan terbuka dan bersedia untuk dilalui oleh kapal-kapal perdagang.!!!  Ini bemakna, Pelabuhan Singapura akan menjadi lumpuh secara tak langsung.!!!   Ekonomi Singapura yang terkenal sebagai pusat pelabuhan antarabangsa akan tergugat. Kapal-kapal besar yang melalui Selat Melaka  dan ingin menuju ke Laut China Selatan akan dapat memendekkan tempoh perjalanan dengan mengambil 'jalan pintas' di Selat Tebrau tanpa perlu mengelilingi Pulau Singapura yang kecil itu.! 



Tun melihat dengan pemotongan Tambak Johor itu akan menguntungkan ekonomi Malaysia  dengan berkembangnya aktiviti-aktiviti di Pelabuhan Pasir Gudang dan juga di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). 



Namun begitu, Najib  menjaga hati Singapura  dengan mengekalkan Tambak Johor dan membina jambatan ke-3 pula.. Pihak Singapura begitu gembira kerana  Selat Tebrau tidak boleh dilalui oleh kapal pedangang! Pada 18 Jun 2009, Tuanku Sultan Johor melalui Mahkota Johor bertitah tidak berkenan dengan sebarang usul untuk membina jambatan ke-3. !


Kini, Selepas Pak Lah tunduk kepada Singapura, kini tiba pula giliran Najib yang hanya ikut kemahuan kaki pembodek dan penjahanam negara,. Malahan lebih buruk tidak mempedulikan sebarang nasihat Tun Mahathir yang dikenali sebagai "Bapa yang membawa pemikiran Genius yang Strategik". tidak cukup dengan itu,  Najib menggunakan pengaruh orang dibawah dia dengan cuba mencemarkan imej Tun Mahathir pula.. Menggunakan media, menggunakan pemimpin-pemimpin UMNO, menggunakan menteri- menterinya untuk mengekalkan kedudukannya sekaligus menjadi penyebab kepada kegawatan ekonomi akibat terlalu boros dan gila nak jadi popular.!


“Episod memalukan ini tidak cukup untuk Tun menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan Tun  sebagai Perdana Menteri.

“Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika Tun  menjadi Perdana Menteri, Tun  mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu Tun  bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,”


Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.


“Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.


“Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.


“Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,


Tun  turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.


“Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

                      
“Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya.


Tun  turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang dan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat.



“Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.
“Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,” 


Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.


Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu pun tidak sokong Najib, malahan selepas Najib mengambil alih Umno, keputusan di Selangor lebih buruk daripada 2008.


“Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.


“Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-perlu-berundur-jika-gagal-dalam-pru-13-kata-dr-m

“Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.




“Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang,




Sebelum ini, Tun juga ada menulis kritikannya yang terdahulu.


Bagitu pedas dan terasa sekali, tetapi Najib selaku perdana Menteri Pekak Badak tak ambil peduli itu semua.. yang penting dia terus menjalankan agendanya menjahanamkan negara.. Well done Najib kerana anda telah menyebabkan  BN bakal tumbang dalam PRU 14 akan datang.. Itulah jasa  Najib sekaligus meletakkan dia  antara PM terakhir Barisan Nasional.


SOAL TAK JAWAB

 1. Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya.


2. Saya fikir jika diadakan soal jawab melalui T.V tentulah kerana ingin beritahu rakyat, bukan saya sahaja.


3. Hakikatnya wang 1MDB ada dimana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.



4. Rakyat jadi lebih keliru. Jika tidak ada di Cayman Islands, ada dimana? Daripada mana datang wang yang separuh dibawa balik dahulu dan separuh dibawa balik untuk disimpan di Singapura.


5. Kenapa perlu simpan duit yang bukan dari Cayman Islands dan tidak diguna untuk bayar faedah dua billion. Kenapa kerajaan membuat standing credit sebanyak 900 million.
-Soal ini langsung tak dijawab Najib.



6. Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh. Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah. Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adil lah jika Sirul dibunuh.



7. Ramai orang datang jumpa saya. Jika keluarga Sirul nak jumpa, saya jumpa. Ini bukan soal lapan tahun dahulu. Ini soal nak gantung anak orang ini hari ini.


8. Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab.


9. Banyaklah lagi soalan saya yang tidak dijawab. Sebaliknya, tindakan saya ini kononnya kerana jambatan bengkok tidak dibina.


10. Jika kerana jambatan bengkok yang saya marah, saya patut tuntut perletakan Najib sebelum PRU 13. Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.


11. Sokongan dari kumpulan-kumpulan tertentu tidak bermakna mereka sokong 1MDB. Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu. Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan kepada Najib.


12. Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “I M 4 U”. Tetapi dalam PRU 13 kalah.
-part ini adalah bahagian yang begitu memalukan sekali.. tetapi Najib muka tak malu


PM yang gila popular memang muka tak malu walaupun kalah dan terus dengan agenda menjadikan dirinya popular.kasihan pda orang-orang UMNO yang hanya menjadi pak turut kemahuan Najib Razak. 

Sekarang adalah pada tahun 2015, lagi 2 atau 3 tahun akan melangkah ke Pilihanraya Umum ke-14.. Masa ini adalah terlalu singkat untuk memperbetulkan keadaan tatkala kepimpinan negara masih lagi leka dgn agendanya yang membodohkan rakyat sepanjang tahun..


~Ikuti sambungannya dalam 1MDB.  


Monday, 19 January 2015

Pulau Pinang hak milik Kedah





 Ada ura-ura DAP hendak menjadikan Pulau Pinang pemerintahan (Autonomi).. Ini telah terbukti dengan beberapa  tuntutan DAP untuk menjadikan ianya kenyataan bukan?


 Lihat apa yg telah di catatkan oleh saya sebelum ini. 


Lihat sekarang.. apakah benar atau tidak apa yang telah saya perkatakan tentang ini?



 Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786. “Setelah negara kita merdeka pada 1957,

 Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.
“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,”


Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu. Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini. “Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,”

 

Kota Aur dan Rantau Panjang yang terletak di Seberang Perai Utara menjadi salah satu Ibu Negara Kedah Langkasuka hingga ke Pembukaan Pulau Pinang seperti di Batu Uban oleh Nakhoda Intan pada 1706 dan Zaman Francis Light  mengambil Pulau Pinang pada 1786,dimana bermulanya era Kerajaan British . Namun Seberang Perai telah lama diduduki oleh Orang Melayu sejak zaman Kedah Tua itu lagi dan Orang asal seperti di Kubang Semang . Penemuan batu bersurat di  Cerok Tok Kun juga mengesahkan hal ini. Penempatan awal ini  terutamanya di Sepanjang Sungai Muda,di Kuala-kuala Sungai Perai,Sungai  Juru dan Sungai Kerian. Kemasukan  Seberang Perai menjadi wilayah Negeri Selat adalah secara berperingkat pada 1800,1831 dan 1874 melalui beberapa siri perjanjian dengan Sultan Kedah,Siam dan Sultan Perak. Sementara itu Kampong Kota menjadi Pusat pemerintahan penting bagi Seberang Perai sebelum sepenuhnya di bawah kawalan Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang pada 1831 selepas 
“Revision Perjanjian Burney” 1826.

Dari segi kedaulatan kesultanan Kedah (yang tertua di dunia dan Malaysia), 
 Pulau Pinang adalah HAK SULTAN KEDAH !!

DARI sudut Perlembagaan Persekutuan,  Mengubah sempadan sesebuah negeri diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 1, Artikel 2, tertakluk kepada persetujuan Dewan Undangan Negeri terbabit dan
Majlis Raja-Raja Melayu.

Kita maklum bahawa apabila Inggeris dan Belanda bertapak di Kepulauan Melayu, mereka melakarkan sempadan geopolitik. Ini membawa maksud mencampur tangan dalam hal ehwal masyarakat dan kerajaan Melayu.

Apa yang berlaku pada hakikatnya ialah pihak Inggeris telah campur tangan dalam hal-ehwal kesultanan Kedah. Dan campur tangan ini bermula lebih awal daripada Perjanjian Pangkor 1874.

Maka wujudlah nama-nama seperti Light, Scott dan Leith yang dikaitkan dengan sejarah Pulau Pinang dan seterusnya Malaysia. Maka pelbagai buku dan bahan tentang sejarah Pulau Pinang mengandaikan bahawa Pulau Pinang hanya mempunyai sejarah selepas mendaratnya Francis Light di Tanjung Penaga pada 11 Ogos 1786, dan seterusnya perjanjian pada tahun yang sama dan pada tahun 1800.

Akibat dari perjanjian-perjanjian tersebut, alam Melayu mula dikotak-katikkan – khususnya jajahan Kesultanan Kedah, kerajaan Melayu yang tertua di Malaysia dan kerajaan beraja yang tertua di dunia


Jika Hong Kong sudah boleh masuk kembali ke negara China, mengapa tidak Pulau Pinang kembali masuk ke Kedah??


Great Britain mengambil Pulau Hong Kong pada tahun 1842, Semenanjung Kowloon pada tahun 1860, dan memajak Wilayah Baru pada tahun 1898.


Baca sedikit berkaitan hal Sejarah Hong Kong ini:


Penyerahan Hong Kong daripada United Kingdom kepada Republik Rakyat China berlaku pada 1 Julai 1997. Peristiwa ini menandakan berakhirnya pemerintahan British di Hong Kong dan penyerahan kedaulatan Hong Kong kembali kepada pemerintahan China.

Wilayah Hong Kong diambil daripada tiga perjanjian berlainan: Perjanjian Nanking pada tahun 1842, Perjanjian Beijing pada tahun 1860, dan Konvensyen bagi Peluasan Wilayah Hong Kong pada tahun 1898 yang memberi United Kingdom kawalan ke atas Pulau Hong Kong, Kowloon (kawasan selatan Boundary Street), dan Wilayah Baru (kawasan utara Boundary Street dan selatan Sungai Shenzhen, dan pulau-pulau di sekitarnya. Walaupun Pulau Hong Kong dan Kowloon sudah diberikan kepada United Kingdom selama-lamanya, kawalan ke atas Wilayah Baru adalah pajakan selama 99 tahun. Pajakan 99 tahun ini tidak mengganggu pembangunan Hong Kong kerana Wilayah Baru digabungkan sebagai sebahagian daripada Hong Kong. Pada tahun 1997, adalah tidak praktikal memisahkan ketiga-tiga wilayah terbabit dengan hanya mengembalikan Wilayah Baru. Tambahan pula, dengan tanah dan sumber alam yang terhad di Pulau Hong Kong dan Kowloon, Wilayah Baru dibangunkan dengan skala yang besar dan ada pembangunan yang akan siap selepas 30 Jun 1997. Oleh itu, status Wilayah Baru selepas pajakan tamat menjadi penting bagi pembangunan ekonomi Hong Kong.


Pada bulan Mac 1979, Gabenor Hong Kong, Murray MacLehose, melakukan lawatan rasmi pertama ke Republik Rakyat China sebagai satu inisiatif untuk membincangkan kedaulatan Hong Kong dengan Deng Xioping. Tanpa penjelasan rasmi daripada kerajaan China, menguruskan pajakan dan perjanjian pinjaman hartanah di Hong Kong akan menghadapi kesukaran. Malahan, seawal pertengahan tahun 1970an, Hong Kong menghadapi masalah mendapatkan pinjaman untuk projek berskala besar seperti sistem keretapi transit awam (MTR) dan lapangan terbang baru. Deng, yang tidak bersedia, menekankan kepentingan Hong Kong dikembalikan kepada China, dan akan diberikan status istimewa.

Ramai berpendapat kalau tidak kerana sikap terburu-buru MacLehose, kerajaan China mungkin tidak meletakkan persoalan Hong Kong dalam agendanya. Bagaimanapun, lawatan MacLehose ke China menyebabkan isu kedaulatan Hong Kong menjadi penting. Britain kini sedar hasrat China yang mahukan Hong Kong dikembalikan, dan mula mengatur rancangan untuk memastikan kepentingannya dilindungi dan merancang pelan pengunduran.


Pada tahun 1982, kedua-dua kerajaan mula berbincang mengenai kedaulatan Hong Kong. Dengan mengambil kira keterbukaan kerajaan China dan pembaharuan ekonominya, Perdana Menteri Britain ketika itu, Margaret Thatcher, meminta persetujuan China untuk membenarkan British terus memerintah Hong Kong.  Bagaimanapun, China mengambil pendirian sebaliknya. Ia bukan sahaja mahukan Wilayah Baru yang dalam pajakan sehingga tahun 1997, tetapi juga menolak untuk mengiktiraf perjanjian yang meletakkan Pulau Hong Kong dan Kowloon sebagai hak milik kekal British.

China hanya mengiktiraf pentadbiran British di Hong Kong, bukan kedaulatan British ke atas Hong Kong.


Ini sama seperti apa yang terjadi kepada PULAU PINANG. Sultan Kedah hanya  mengikhtiraf  Pulau Pinang selepas perjanjian bersama Francis Light.. Ini tidak bermakna Pulau Pinang mempunyai hak dan kedaulatan untuk memerintah secara sendiri!!!
                                  

Pedagang Cina panggil Kedah -Cheh-Cha
Pedagang India-Kataha, Kalagam atau Kadaram
Pedagang Arab-Kalah atau Kalah Bar
Orang Siam- Sai


Dalam peta ini, Kedah ditulis Kadaram.  Langkasuka ditulis dengan nama-nama lain - Ilangasogam=Ling-ia-sieu-kia.

Begitu juga pada apa yang tercatat pada sumber sejarah yang mengatakan KA-Cha itu adalah kedah dalam sebutan Cina yang disinggahi I-Tsing, sebuah kota yang menjadi pusat Sriwijaya. 



Lihat dari sumber peta lama ini, tidak wujud nama PULAU PINANG sebaliknya yang tercatat hanya Kedah. 

Inilah yang berlaku apabila kita mengenepikan fakta-fakta Sejarah.. Bukan sahaja kita akan dikatakan bangsa pendatang, tetapi kita juga dikatakan berasal dari Manusia yang bermula tamadunnya dari dalam GUA.serta dikaitkan pula dengan beruk.. Paleolitik, Neolitik.. Sampai bila kita harus ditipu oleh penjajah sendiri?? apakah kita semua tidak ada otak untuk berfikir ??




 Mengapakah beberapa kubu serta kota pemerintahan dimusnahkan oleh Penjajah ??Agenda utama meraka adalah menghapuskan bukti seberapa banyak yang boleh.. Apabila bukti peninggalan kota-kota ini dihapuskan, maka bangsanya akan mudah di manipulasi. Ingat, jika hendak rosakkan tanaman, racunlah akarnya, jika hendak merosakkan bangsa, racunilah sejarah mereka.!

Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhi sebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan dinasti Ahlul Bait Al-Jefri Merong Mahawangsa. Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyak kota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, Kota Star, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Sharifah dan lain-lain.



Ada jejak-jejak peninggalan Ahlul Bait disini yang menggunakan gelaran Sharifah di sebelah perempuan dan menggunapakai beberapa gelaran disebelah lelaki. Ini akan didedahkan kemudian.


Kota Star dirobohkan semasa era Musuh Bisik pada tahun 1821 manakala gerbangnya diruntuhkan pada tahun 1960 untuk memberi laluan pada pembangunan kononnya. 


Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James Low dari buku “Sejarah Kedah Sepintas Lalu“, mencatatkan Raja Thai Chulalongkorn telah mengarahkan tentera-tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah kerajaaan Melayu Siam Malacca, antaranya ialah :-

1. Kota Raja Melayu Siam Kedah Pelabuhan Kota sekitar Kota Teluk Bahang, Kuala Kedah.

2. Kota Palas Istana Sultan Maulana di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi .

3. Istana Maharaja Jalil Sutan Yaakub Kedah Langkasuka Khrun Waran Wangsa tahun 1548 M .

4. Istana Tanjung Putri, Kuala Ketil dan di situ masih terdapat Perigi Puteri Dayang yang dibina bersebelahan kota tersebut .


5. Istana Sultan Sheikh, Sultan Abdul Kadir Shah Alam tahun 904 M di pekan Langgar, Kedah.

6. Kota Pagar Air Istana Sultan Hussain Shah Alam di Limbung, Kedah.

7. Istana Dato’ Paduka Maharaja Nai Cau Shin Ibni Al Marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang.

8. Kota Sarjana di Alor Ganu milik Rama Tibodi 1 Ananda Pagan Ibni Al Marhum Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mencipta wang emas yang ada di Muzium Negeri Kedah.


9. Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu milik Sultan Sharif Abu Bakar Shah.

10. Istana Maharaja Melayu Siam Syburi Sultan Syeikh Ali Kaifa Tabim di Utan Aji, Perlis.

11. Kota Naga dan Kota Siputeh di Daerah Kubang Pasu.


12. Kota Sarang Semut, Pendang, Bukit Choreh milik Sultan Badrul Munir dan periginya masih wujud di kampung tersebut.

13. Kota Pinang Tunggal di Kulim, Kedah juga milik Sultan Saidina Jamalul Alam Sultan Badrul Munir.


14. Kota Merong Mahawangsa Muzafar Shah 700 M di Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah.

>>Pintu Gerbang Kota Kuala Muda

15. Istana Majlis Raja Iskandar Zukarnain di Lembah Bujang juga di Kuala Muda dan Gok Arang Maharaja Melayu Islam Sultan Jaafar Muadzam di Pulau Tiga, Kedah, rujuk mukasurat 49 Buku Undang-Undang Kedah.

16. Istana Maharaja Melayu di Pusat Pembuatan Senjata Api, Merbuk, Kedah juga milik Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.

 

17. Istana Bendang Raja, Kubur Panjang di Pendang milik Sultan Muzaffar Shah Kuala Kangsar yang mana sebelum itu merupakan Raja Melayu Siam daerah Kemboja tahun 1788 M.

18. Kota Burha Istana Raja Legeh milik Tuanku Long Taha Ibni Almarhum Tuanku Long Putra di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.

19. Kota Oo, Pelantik, Sik, Kedah milik Raja Idris Jammu Pattani suami Ratu Hijau Pattani.

20. Kota Ruman juga di Sik, Kedah juga di miliki oleh suami Ratu Hijau iaitu Raja Idris Jammu Pattani.


21. Kota Istana Bukit Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang, Kedah.

22. Istana Maharaja Melayu Siam Sultan Muzafar Shah Kuala Kangsar di Kampung Dusun Raja, Padang Sanai, Daerah Padang Terap, Kedah.

23. Istana Maharaja Melayu Siam Songkla Sultan Syed Alang Alauddin di Kampung Nai Lang, Mukim Durian Burung di sebelah Thailand.



Apakah sumbangan Najib Razak selaku Perdana Menteri tatkala arahan SULTAN KEDAH YANG MAHUKAN KEMBALI PULAU PINANG?? 



BUKANKAH PUSAT PERLU AKUR?? PUSAT APA?? KERAJAAN PUSAT YANG MEMERINTAH NEGARA ADALAH KERAJAAN DIBAWAH NAJIB PEKAK,


Ingatlah PM pekak wahai Najib bahawa kamu terus mendapat mandat memerintah Kerajaan kerana hasil sumbangan sokongan orang-orang Melayu, Etnik2 di Sabah & Sabah yang terceruk didalam hulu-hulu kampung... Namun keadaan itu terus tidak berubah.. mereka terus tidak dijaga, prasarana, lampu-lampu jalan, bekalan elektrik, air masih juga tidak dibangunkan...

Pergi jahanamlah sama kamu Pemimpin Gila Popular serta para penyokongnya yang gila nak mengampu.!!!


Sultan Kedah mahu Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah, namun kerajaan Pusat terus buat tak endah. Itu bermakna Kerajaan Pusat yang  diketuai oleh datuk Seri Najib adalah seorang yang derhaka  kepada Sultan bukan??



Apakah hukumannya  kepada seorang yang derhaka kepada RAJA wahai sekelian rakyat??

KERAJAAN PUSAT TELAH MENDERHAKA KEPADA SULTAN KEDAH.!!!


Jika kita hidup di awal tahun 1600, 1700, mungkin Datuk Seri Najib Razak serta kaki pembodeknya  sudah di hukum keluar negeri atau menjadi pengemis di negara luar kerana menderhaka kepada Sultan.!!!


Inilah bahananya jika mendapat seorang pemimpin yang buta pada Sejarah. Dia lebih gila nak jadi glamor berbanding bantu rakyat yang hidup dalam kesusahan manakala si kaki-kaki pengampu & pembodek dikiri kanan beliau terus memuji2 beliau.. Itulah namanya Buta Akai.


DAP iaitu adik kepada PAP Singapura  menyedari akan hakikat Sejarah ini, kerana itulah bibit-bibit penumbuhan Singapura  ada di Pulau Pinang.



Mereka akan terus berusaha agar Pulau Pinang ini dijadikan pemerintahan sendiri seperti berlakunya kepada Singapura sebelum Kedah mengambil semula haknya.

Kemana hilangnya Sejarah Asal Singapura yang diasaskan oleh Tun Nila Utama ???
Kerajaan Singapura cuba menutup fakta-fakta sejarah serta mengangkat nama Lee Kuan Yew  sebagai pelopor dan tokoh yang membangun Singapura.

Sila baca semula Sejarah DAP & PAP dari bahagian pertama hingga akhir ini:

DAP Penyambung perjuangan PAP, Part 1
,Part 2
 ,Part 3
,Part 4

 



Startegi mengeluarkan Pulau Pinang dari Kedah adalah startegi yang telah lama dirancang

Inilah masa yang baik untuk DAP melakukan perancangan ketika mana Pemimpin negara Malaysia yang diketuai oleh Najib Razak yang tak sedar diri tak mahu ambil tahu tentang Sejarah sendiri..
Ketika itu juga beliau sibuk menjaga hak-hak bangsa lain yang tak pernah hargai apa yang kerajaan buat.. Sudah ku katakan bahawa Najib ni memang dah tak guna.. Dia ingat dia bagi BR1M, dia boleh dapat sokongan dari Rakyat?? sedangkan  ada pihak yang menerima dan ada yang tidak pemberian tersebut... pemberian yang disifatkan kurang adil.





Sifat Najib ini sama seperti sejarah Kejatuhan Melayu Singapura ketika itu . 'Gua malas nak post selebihnya tentang dia ni sebab hanya menghangatkan hati gua aje'

Lihatlah apakah kesudahannya.. Najib serta para menteri Kabinetnya yang pekak(tak semua) sebenarnya terdiri daripada individu yang BUTA SEJARAH.

sebab itulah mereka pon BUTA PERUT.



Baca apa yang telah lama ditegur oleh Tun M kepada Najib ni.



Najib Razak tidak boleh lagi mentadbir negara.. Pentadbiran di bawah beliau semakin huru hara.. Apa jadi dengan kes MH17 yang ditembak jatuh?? kenapa sampai sekarang tak de apa-apa khabar berita?? sebab apa?? sebab negara kita dah jadi Hak Kolonial Pihak Amerika dari segi ketenteraan. Sebab itulah apa sahaja yang tidak disukai oleh Pihak Barat terus sahaja tidak disukai oleh Pemimpin Negara...

Baca juga tentang sejarah yang dah lama ada didalam Blog wa ni..



Apabila media barat melaporkan Pesawat MH17 ditembak oleh BUK Russia, maka  bercambahlah juga  media-media Malaysia melaporkan perkara yang sama.. lebih best lagi, menteri Pertahanan yang lembik, Hisyamudin juga antara individu yang terawal menafikan setiap bukti-bukti milik Rusia tersebut... 

Ahh.,.. sory lah.. melalut sudah wa pasal tu... nanti kita bukak BAB lain kita TIBAI kaw-kaw para menteri yang buta akai dalam bab tersebut yer.. 




Kesimpulannya, adakah anda semua mahu lihat nasik menjadi bubur?? jika sudah jadi bubur ianya tidak berguna lagi.. Inilah masanya kita bertindak.. Jika Kerajaan pusat terus buat tak reti, itu petanda mereka telah menderhaka kepada titah  Sultan. Sultan dengan Perdana Menteri mana lagi besar? kenapa setiap kali pentadbiran Perdana Menteri perlu melawat Sultan/serta Agung?? itu bermakna Sultan dan Agung lebnih besar dari perdana Menteri bukan.

 Mungkin Najib akan terus membiarkan DAP memerintah Pulau Pinang dengan sendiri selepas ianya dimajukan berpuluh-puluh tahun oleh Bapa Pembangunan, Tun Dr Mahathir yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun. Mungkin juga Najib fikir itu adalah cara terbaik untuk beliau mendapatkan undi dari puak yang satu ni... 



Apalah Nasib rakyat akibat bahana dapat pemimpin yang bodoh sombong macam ini yer...


Najib Razak ( BAPA PELINGKUP )

Akhir kata, jangan jadi bangsa yang buta Sejarah.. Jika tidak kamu akan jadi buta Perut.. kikiki...
Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786. “Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya